Sunday, October 30, 2011

wahai ANAKKU yang tercinta





Bismillahirrahmanirrahim





Alhamdulillah, saat ini baharu sahaja sampai di kampus. Tenang…sunyi… yang ada, hanya bunyi kucing yang tidak henti-henti mengiau dan bunyi kicauan burung.





Rindu untuk menulis sesuatu. Alhamdulillah, beberapa hari lalu sempat ke kedai buku, walaupun kali ini tidak ke tempat biasa, Jaafar Rawas, namun masih tidak menjadi masalah meskipun kali ini membeli tanpa sebarang potongan harga seperti biasa.





Buku yang lepas, belum sempat Anis kongsikan secara umumnya dengan pembaca. Seingat Anis, buku yang lepas Ayyuhal Walad dan Syarah Al-Hikam dan satu lagi buku yang Anis tercari-cari iaitu kisah benar, Anakku Brain Turmour , Alhamdulillah berjaya dikhatamkan (sangat menyentuh hati, bacalah!)




Wahai Anakku tercinta!




sangat-sangat mencuri pandangan ini, sudah dua kali khatam dah masih belum puas menatap buku ini. Masya ALLAH, jarang-jarang sekali membaca buku yang bisa menyentap jiwa pembaca. Nasihatnya “hidup”.




Bagi Anis sendiri, buku ini sangat bermanfaat. Buku ini merupakan sebuah buku tasawuf terjemahan. Karya asal Aiyyuhal Walad oleh Imam al-Ghazali. Menerangkan persoalan dan amalan tasawuf, membimbing para pembaca memahami konsep dan teori ilmu tasawuf. Menghayati amalan dan menjauhkan diri daripada ajaran-ajaran sesat untuk keselamatan dunia dan akhirat.




“Aiyyuhal Walad ialah sebuah karya indah. Malah termasuk salah sebuah kitab di dalam senarai kitab kitab yang diterbitkan oleh Lajnah Antarabangsa Bagi Penterjemah Hasil-Hasil Karya Indah yang telah disepakati antara UNESCO dan Kerajaan Lubnan bertarikh 6 Disember 1948.


Kerana nilainya yang tinggi itu, karya ini telah diterjemahkan ke beberapa bahasa termasuk bahasa Perancis.

Di dalamnya terkandung mutiara-mutiara nasihat daripada Imam Al-Ghazali yang mempunyai khazanah yang tidak ternilai. Juga memgandungi doa-doa yang wajar kita amalkan. Karya ini diberi sambutan istimewa oleh penggemar dan pencinta ilmu tasawuf, dibaca berulang kali dan dihadamkan kandungannya.”






Sejarah ternukilnya kitab ini apabila Imam Al-Ghazali menjawab kepada sepucuk surat yg dihantar oleh seorang muridnya yang sangat menyayangi beliau. Murid itu meminta Imam R.A agar menulis kepadanya sepucuk surat sebagai satu nasihat khusus kepada beliau. Lalu Imam R.A dengan bermurah hati menjawab surat anak muridnya tadi dan memberikan kepadanya beberapa nasihat yang begitu bernilai.






Kitab ini mengandungi 25 nasihat khusus kepada pemuda-pemuda Islam. Insya Allah jika ada kesempatan Anis akan kongsikan.  Semoga Allah memberikan maqam yang terpuji kepada Imam Al-Ghazali R.A dan juga kepada seluruh umat islam.Amin.





p/s         : jom relaks minda dengan ilmu… tersentap dengan kata-kata seorang ustaz, “BELAJARLAH AKU TIDAK TAHU, KERANA JIKA ENGKAU BELAJAR AKU TIDAK TAHU, MEREKA AKAN MENGAJAR ENGKAU SEHINGGA ENGKAU TAHU, TETAPI JIKA ENGKAU BELAJAR AKU TAHU, MAKA MEREKA AKAN BERTANYA SEHINGGA ENGKAU TIDAK TAHU!”. W.A Bissowab.




Fi 217,
3.31 petang,
30 0ktober 2011.

5 comments:

SyaheeDah said...

ummi..

ini ida anakmu,hee

bila mau kongsi isi buku ni?
sangat menarik nampaknye..

Bulan Syurga Firdaus said...

Allahuakbar :)

aNis hUmaiRa said...

anak umi...(smpai hati ye balik awal).. insyaALLAH selepas exam nnti ummi update..wink2..sabaq na

Mehmed_shah said...

Mcm best je bukunya

Anis said...

mehmed_ shah:

tersangat best!