Monday, January 31, 2011

monolog sepi

Bismillahirrahmanirrahim..



Sudah lama berlegar di ruang minda, sesuatu yang ingin dikongsikan segera dilupuskan untuk berkongsi dan hasilnya sekadar monolog sepi di ruangan hati. Kata-kata yang dibiarkan berlegar di minda dan sesekali 'berbual' bersama Qarin yang menemani. Pesan dari seseorang buat jiwa ini kembali merenung dan muhasabah, bukan semua cerita boleh dikongsikan di dalam kanvas maya maka biarlah tersimpan di dalam diari hati akan segar dengan monolog-monolog yang berlagu di jiwa. Hanya insan tertentu yang dapat mentafsir rasa atau cukup sekadar tatapan diri.



Awalnya, kanvas maya ini berkisar kehidupan sendiri dan sekadar perkongsian seorang budak sekolah menengah untuk bertatih di alam maya dan Anis sendiri terasa bebas menulis mengikut rentak hati dan perasaan namun lama-kelamaan kebebasan umpama diragut tatkala menyedari bahawa orang yang membaca blog ini bukan hanya diri ini.



Terlalu banyak perkara yang terjadi sejak akhir-akhir ini. Terjatuh, tersungkur kembali bertatih.



Kononnya memberi semangat kepada para dai’e! tapi diri terus melangkah longlai.. tapi terus berusaha bangkit untuk menyuntik semangat sendiri.



Rupanya terlalu banyak yang ALLAH ingin tunjukkan.


Malunya aku…


Benar, sabar itu perlu terus dijadikan teman dalam medan ini.



…………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Apabila kita sendiri di uji dengan apa yang sering kita dakwahkan, itu petanda Allah sedang mendidik kita agar melaksanakan apa yang kita perkatakan. Bersyukurlah kerana Allah masih sudi mengingati kita dalam usaha kita mengingatkan manusia.

…………………………………………………………………………………………………………………………………………………….



Menulis status di laman social..

allahu...allahu..allahu allah...
allahu...allahu..allahu allah...

alhamdulillah..alhamdulillah...
kau maqbulkan doaku...

...Sungguh!
aku benar2 tahu..
aku benar2 malu...
benar!
sabar itu madu..



Benar, terasa cukup manis dan terlalu sukar digambarkan rasa halawah itu, tatkala ALLAH menganugerahkan hadiah yang terasa tidak cukup dengan amal selama ini bagi menggambarkan rasa syukur!



Selama ini hanya menyulam rasa kepada pencipta, meminta hidayah itu dihadiah kepada orang yang kita sayang..



Benar, diri ini tertunduk tatkala lidah kembali basah mengalunkan ayat sucinya..



إنك لا تهدى من أحببت ولكن الله يهدي من يشاء وهو أعلم بالمهتدين

“Sesungguhnya kamu (hai Muhammad) tidak akan dapat memberi hidayah (petunjuk) kepada orang yang kamu cintai, tetapi Allah lah yang memberi petunjuk kepada siapa saja yang dikehendakiNya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk.”
(QS. Al qasas, 56...)

Itu kisah pertama…


Kalam kedua ...

Tersenyum. Kadang tanpa sebarang rasa, membaca kembali apa yang pernah ditulis, Duduk sendirian, meneruskan pembacaan dan tersenyum. Bila berfikir, duduk diam-diam dan tersenyum. Senyuman akan membuatkan kita akan berfikir betapa singkatnya hidup ini, maka hadapilah dengan penuh keceriaan. Senyuman akan mematahkan ranting-ranting berputus asa dari hati, tetaplah dengan senyuman. Benar kata ukht Insyirah!


This blog is open to invited readers only….


(^-^) ini tak ADIL!!!



kak Anis!!!! Nape saye tak dapat buka blog kak Anis???..” keluh seorang adik.


Anis hanya tersenyum lebar. Terasa kelu.


Menutup blog seketika membuat hati lapang dan bercampur antara dua rasa. Banyak perkara yang berlegar difikiran membuatkan hati dan jiwa kembali bertatih untuk menulis.


Maka, dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, Anis kembali membuka blog ini kepada umum, bacalah dengan hati, semoga sentuhannya juga terus ke hati.

Jujur, cara Anis menulis bukanlah mahu seperti yang lain…

Menulis boleh sahaja, percintaan, persahabatan, isu semasa, politik dan sebagainya. Yang penting, TAPI cara Anis, bila menulis sesuatu yang merasa dekatnya Allah dengan kita, menulis hanya bila terasa kehadiran hati..


Cukup, menulis dari hati…bukan berharap dapat menjentik hati sesiapa tapi cukuplah perkongsian dari jendela kehidupan ini. Cukup sekadar itu. Ramai yang menjadi pengunjung dan pembaca tidak mengenali Anis dan terdapat sebilangan pembaca yang sudi menjadi teman di laman social dan tak kurang meminta nasihat dari sudut pandangan yang cukup kecil ini.


Anis tak harapkan yang lebih, cukuplah sekadar menganggap ia sebagai satu usaha yang memberi saham di dunia dan akhirat mengapa kita hanya memilih untuk melabur di dunia


Teringat kata-kata seorang Ustaz dalam sebuah usrah..



Ulama' dahulu boleh berbincang sesuatu permasalahan bermula selepas Isyak dan hanya berhenti selepas solat Fajar. Dipendekkan, sepanjang malam digunakan untuk ummah. Berfikir tentang ummah. Kita ada saudara jauh yang menanti kita, kita ada teman-teman yang menaruh harapan pada kita, kita ada sahabat yang penuh bersemangat di sana, kita ada ramai yang berhajat kepada kita tetapi kita tidak menghargai mereka kerana sikap angkuh dan pentingkan diri.




Siapa mereka? Pernah kita berfikir mendalam tentang kewujudan mereka?




Mereka yang sedang bergelut dengan segala bentuk ujian rohani dan fizikal namun atas amanah dan taklifan sebagai KHALIFAH ALLAH, mereka menjunjung dan menjulang panji Islam meski nyawa mereka menjadi taruhan. Dan kita? Masih bersenang-senang di sini dengan tidak merasa bersalah apabila melupakan mereka.



Baru sahaja melalui sebuah program “Sadness Of Palestine” di kampus baru-baru ini..



Rata-rata terjentik rasa, ia perasaan saudara yang bermusim..




Anis turut terfikir tentang suatu, usahaku untuk mengajak orang kepada ALLAH, sejauh manakah?



“apa yang pasti tak sama kita menulis dan melaungkan jihad berbanding kita duduk di sana dan merasa hiruk pikuk bedilan bom”.



Membuat diri menelan rasa sekejap.

Sungguh usaha yang terlalu kecil, letak di bawah mikroskop pun tak nampak apa-apa dek kerana terlalu sangat-sangat-sangat kecil. Kalau di Mahsyar nanti Allah persoalkan masa yang Dia berikan di dunia ni, apa yang telah kita lakukan. Apalah agaknya jawapan kita...



"Update blog?", "Chatting?", "Upload gambar dalam facebook?", "Mengulit lagu-lagu kegemaran?"... Allah.




Mereka yang jauh dari kita saat ini mungkin sedang menangis ketakutan, anak-anak kecil dan para wanita sedang berpelukan antara satu sama lain. Para remaja mengangkat senjata, menjalani rekrut ketenteraan demi mempertahan sebuah permata bernilai yang kita semua tidak hargai. Permata yang mereka bermandi darah untuk memperjuangkan, ad-deen...!



Terasa panas deraian air mata, tatkala melihat video pejuang Islam di Palestin yang ditunjukkan oleh seorang penceramah ketika suatu program Nuqoba’ baru - baru ini.


Lantas diri ini terus berdoa



ya ALLAH kurniakan aku semangat seperti pahlawan di Palestin!.. malunya aku ya ALLAH.. “



Semangat itu masih terus membara dalam diri, dan apa yang pasti ia harus terus dipanaskan setiap masa.


Kembali menilai diri..


Ungkapan sabar tidak cukup untuk mereka!

Kita yang mudah dan dipermudahkan, dimudah-mudahkan sehingga terlalu leka dengan kesenangan.


Dari dulu sehingga kini, disaat Allah menghadiahkan musibah pasti di antara kita saling berpesan pada ungkapan sabar. Fasobrun jamil. Dan berpesanlah pada kebenaran dan berpesan pada kesabaran, alhamdulillah kita masih mengikut petunjuk Quran juga saranan dari Ilahi namun sangat sedikit di antara yang mengungkapkan kalimah sabar akan mengajarkan bagaimana untuk memupuk sabar, bagaimana untuk melatih sifat kesabaran.


Hakikatnya, dugaan yang Allah pautkan kepada hamba-hamba Nya sehingga tenggelam di dalam lautan ujian lebih enak dan indah berbanding dibiarkan kelemasan dalam lembah nafsu. Setidak-tidaknya apabila diberi ujian, kita diberi peluang untuk muhasabah. Kesempitan dan kesengsaraan zahir membuahkan kelapangan dan ketenangan hati andai hati diikat kepada Allah.




Bila melihat orang ditimpa musibah, jangan sekadar berpesan pada sabar tetapi ajarlah bagaimana cara untuk menjadi orang yang sabar, tunjukkan kaedah untuk bersabar. Umpama berpesan kepada anak-anak kecil untuk solat, jangan hanya berpesan atau menyuruh tetapi ajarlah bagaimana untuk solat, tunjukkan caranya untuk bersolat dan paling penting kita juga mesti solat sebelum suruh orang lain solat. Bila kita ditimpa musibah, haruslah kita juga bersabar sepertimana kita mengungkapkan kepada orang lain.




Relatenya... Sahabat, saudara, teman yang JAUH dari kita di Palestin dan serata dunia sudah bosan apabila disuruh bersabar! Tidak ada cara selain mengangkat senjata dan mempertahankan ad-deen yang sangat mereka hargai tetapi kita memandang sebelah mata. Andai kita merasai apa yang mereka rasai, apakah kita akan 'bersabar' atau mengangkat senjata? Dua pilihan yang diberi, kalau kita memilih untuk mengangkat senjata apakah kita bersedia menjadi syuhada?




"Bukan mudah nak jadi syuhada, susah sangat. Kebanyakan syuhada ni mereka yang sangat jaga hubungan dengan Allah, tahajudnya masya Allah! Mereka juga yang banyak berkorban (menjaga kebajikan sesama manusia), di saat orang lain tidur kepenatan mereka masih membasuh di dapur." - Perkongsian seorang aktivis yang pernah menghidu haruman darah syuhada. (Ukht Insyirah)




Dan apa yang pasti,

Terus berlegar di benak fikiran DAN Lubuk hati…



Dalam proses menyucikan diri…



Dari lubuk hatiku..

sebaik-baik muhasabah adalah merenung kelemahan, kekurangan dan dosa-dosa yang lalu dengan istighfar dan bersyukur kerana masih diberi waktu untuk kembali..

Sudah terlalu lama diri ini bermusafir di daerah itu,

Maka, izinkan diri ini kembali pulang menjalani kehidupan di daerah yang sederhana..

Mengumpul sisa-sisa rindu untuk menemuinya di akhir hidup nanti.

Ampun maaf tulus dilubuk hati atas apa jua yang pernah terlanjur, perbuatan, kata-kata dan apa jua yang membuat dirimu terluka

Aku insan biasa, sentiasa alpa,

Bersalut dosa

Maafkanlah diri ini yang hina

(terus sujud menanti redha ALLAH……)


allahu...allahu..allahu allah...
allahu...allahu..allahu allah...



p/s: sahabat-sahabat doakan diri ini ye..

Ya ALLAH! Makbulkan doa Anis ya ALLAH..AMIN…



Semoga menjadi yang lebih baik,

Akhirul kalam Anis Humaira,

2.53 a.m

1 Februari 2011

Fi Baiti Sakinah.




Tuesday, January 18, 2011

:: 21 ::

Bismillahirrahmanirrahim…

Allahu Akbar… sudah 21 umur si Humaira ni… walaupun baru sebentar rasanya proses “perkembangan kanak-kanak” diri ni, tapi itulah hakikatnya, sudah 21 Anis menjadi penghuni dunia. Semuanya hak ALLAH, saat yang lepas milik ALLAH, yang akan datang dalam rahsia ALLAH, yang kita miliki ini pun hanya detik ini, namun ia tetap milik HAK ALLAH, semahunya hendaklah mengharungi setiap detik dengan penuh bererti.

Dengan angka 21 ini, anis sendiri tidak dapat mengagak bagaimana nilaian cik anis di sisi rabb, semoga nilainya hasanah dan berapa jua bakinya jua hasanah … doakan anis ye ^-^..










Sempena misi menjadi tua ini (15 JANUARI 1990), Anis sentiasa mengaminkan doa dari sahabat sahabiah yang sentiasa mendoakan dan mengharapkan ALLAH sentiasa memberikan yang terbaik (of course!!!!), mendoakan kebahagiaan dunia dan akhirat, mendoakan agar diri ini diperindahkan lagi dengan akhlak yang mulia, dipercantikkan dengan keimanan, mendoakan semoga dihindarkan daripada belenggu syaitan, mendoakan semoga diri ini sentiasa ISTIQAMAH dalam kebaikan, mendoakan semoga sentiasa dalam jagaan ALLAH, semuanya anis ucapkan setinggi-tinggi kesyukuran dan rasa menghargai, tak lupa juga buat sahabiah yang tak jemu-jemu mengucapkan rasa sayangnya seorang sahabat, rindu, mengucapkan syukur atas kesabaran dan apa jua ungkapan yang keluar dari lidah yang tak bertulang, atau cukup sekadar pandangan mata, pelukan cinta seorang sahabiah itu sudah terlalu besar nilai dalam erti kata betapa kalian menghargai diri ini.. ALHAMDULILLAH ‘ALA KULLI HAL





MENGHILANG SEBENTAR? ILA AINA ANTI YA ANIS?


Entahlah apa jua yang menghalang hati ini untuk menulis, (astaghfirullahal ‘azim)… baru je anis menulis entry dengan penuh keazaman untuk terus istiqamah dalam segalanya termasuk dakwah di hujung pena, benar, Allah benar-benar menguji patah kata-kata itu.


Dengan menaiki satu lagi anak tangga, menemui angka 21, banyak juga hati tersentuh dengan pengisian jiwa yang banyak memandu kepada penyucian jiwa. ALLAHU AKBAR…


Dengan menginjak ke angka yang membuatkan diri kelihatan “matang” untuk membuat keputusan, juga matang untuk memilih, maka dengan ini, anis isytiharkan, bahawa “SAYA LAYAK UNTUK MENGUNDI” hehe…


Duhai Anis… jangan terlalu “gembira” dengan nikmat dunia yang menjadikan matamu buta daripada cinta yang ESA…ingatlah sentiasa..


Detik ini….

hari ini ALLAH memendekkan jarakku denganNYA, semakin berkurang tempoh berAMAL, semakin kubur mempersiapkan tempat untukku, semakin bersedia MALAIKAT MAUT datang menjemput, semakin dekat masa amalan diperhitung dan semakin hampir HARUMAN FIRDAUSI atau AZABNYA NERAKA JAHANNAM… (na’uzu billahi min zalik)”


Terima kasih mak, abah kerana bersabar dalam membentuk diri ini menjadi seorang insan, muslimah…walaupun sentiasa sedar akan apa jua diri ini, namun keSYUKURan sentiasa diletakkan pada tangga teratas, agar kepada ALLAH jua sentiasa kembali.


Dan Dialah Tuhan yang menerima taubat dari hamba-hambaNya (yang bertaubat) serta memaafkan kejahatan-kejahatan (yang mereka lakukan) dan Dia mengetahui akan apa yang kamu semua kerjakan.( Syura : 25)


"... (Iaitu) orang yang mengingati Allah sambil berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksaan api neraka." - (Ali-Imran: 191)

Kembali

Wahai Tuhan yang Maha Pemurah
Terangilahku dengan Nur Iman-Mu
Hanya Engkau tempat aku berserah
Mohon maghfirah di dalam syahdu



Wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Ampunilah segala dosaku
Laksana buih di laut memutih
Hanyut ditelan gelombang nafsu


Hari-hari yang telah aku lalui
Ingin kutinggalkan terus bersemadi


Ingin aku kembali kepada fitrah insani
Tak sanggupku jelajahi rimba duniawi
Bebaskanlah diriku dari dibelenggu
Dosa noda nafsu durjana


Terimalah taubatku Ya Allah
Pimpinlah daku ke jalan redha-Mu
Moga sinar-Mu terangi hidupku
Di dalam kegelapan


Akukan kembali pada-Mu Rabbi
Mengadap-Mu Ya Rabbul Izzati
Segala ketentuanku pasrahkan
Di hujung penghayatan

Di hujung pena Anis Humaira,

18 JANUARI 2011,

4.17 P.M

M217