Sunday, March 5, 2017

Kesayangan Allah



Bismillahirrahmanirrahim



Menjadi kesayangan Allah ternyata bukan semudah yang disangka. Walau pelbagai cara telah terbentang, namun tetapku masih merasakan begitu sulit untuk berurusan dengan hatiku.


Siapa tidak mahu menjadi kesayangan Allah?

 

Aku masih mengingati, bagaimana didikan guruku. Saat aku masih kecil. Jika aku melakukan sesuatu yang salah, pasti guruku akan berkata, “Nak Allah sayang tak?” Aku cuba menanamkan kaedah mendidik yang sama. Ternyata bukan mudah. Benar, tidak semudah yang ku sangka. Pasti guruku jua adalah kesayangan Allah, hingga kata-katanya mampu membuatkan setiap murid ingin sekali berebut-rebut menjadi kesayangan Allah dan berusaha untuk tidak membuat Allah marah. Kalau aku membuat silap pasti ditanya, "Allah marah tak kalau macam ni?"


Kita sering kalah dengan hati kita.
Terlalu sering.

Kita sering berkira-kira dengan segala usaha untuk menjadi kesayangan Allah. Tapi pelik, tidak pula kita berkira-kira untuk menjadi kesayangan makhluk. Sedangkan yang abadi itu Allah dan makhluk (segala ciptaannya) dalam hidup kita hanyalah fatamorgana yang sering membawa diri kita semakin hanyut dari impian kita untuk menjadi kesayangan Allah. 


Ayuh, tadahkan tangan, amalkan doa ini. Moga-moga impian menjadi kesayangan Allah menjadi nyata walau lebih banyak jatuh dari bangunnya. Kesat air mata, tadah tangan laju-laju. Tekadkan dalam hati, moga-moga doa ini terus menjadi amalan. Amin



 
Tetap mau jadi kesayangan Allah,
Walau sukar dan sering jatuh bangun.
17 Januari 2017,
6.25 PM.



Thursday, February 23, 2017

Perkara yang membuka minda dan hatiku (Bahagian 1)






Bismillahirrahmanirrahim


Tahun lepas, saya berkesempatan menziarahi sebuah madrasah tahfiz di Kubang Kerian, Kelantan bersama sahabat-sahabat guru dari Sekolah Rendah Islam Tahfiz Darul Hana’ Bintulu. Ada banyak perkara yang sangat membuka mata dan kembali membuka minda saya.


Pertama, ketika diminta berkongsi bagaimana madrasah tersebut boleh berdiri dan dari mana mendapatkan dana. Maka jawapan yang dikongsi berbeza sekali. 


Guru yang berkongsi dengan kami sungguh-sungguh menyatakan bahawa perkara pertama yang diperbetulkan adalah urusan hati. Bagaimana hati mereka benar-benar tidak meletakkan harapan pada sumbangan orang ramai, bukan juga pada yang lain-lainnya tetapi yang pertama adalah meletakkan keyakinan sebenar-benarnya kepada Allah.


Itulah perkara utama untuk mendirikan madrasah. Mintalah kepada Allah! Jangan sesekali mengharapkan manusia. Boleh jadi, manusia yang kita harapkan wangnya itu tidak cukup bersih untuk dibangunkan kebaikan darinya. 

Tetapi jika mengharapkan Allah, sentiasa ada rezeki dari ruang yang tidak disangka-sangka. Guru itu terus bercerita bagaimana saat ketika mereka hendak membina musalla di madrasah. 

Tidak ada dana

Tidak ada wang

tetapi kerana keyakinan yang jitu kepada Allah, mereka tetap meneruskan niat dan dibangunkan musalla tersebut. Benar-benar mereka yakin dan bertawakkal. Mereka tidak berhenti berusaha, ada usaha kerana tidak mungkin kejayaan dibina dengan hanya menunggu. Mereka tetap meneruskan usaha membina musalla tetapi keyakinan kepada Allah tetap berada dipuncak tertinggi.

 Ketika musalla sedang dibina tiba-tiba datang hamba Allah yang tidak dikenali berkata "Ustaz,saya hendak menyumbang karpet surau" (yang berharga berbelas ribu), kemudian datang pula hamba Allah lain yang juga tidak dikenali berkata "Ustaz,saya hendak menyumbang 3 buah aircond." Kemudian datang lagi hamba Allah yang lain hendak menyumbang kos pembinaan dinding musalla.Begitulah guru itu sungguh-sungguh terus menyatakan betapa tingginya keajaiban orang yang hatinya benar-benar berharap dan yakin kepada Allah.

Catatan ini saya tulis pada tahun lepas dan saya baca kembali 2,3 hari lepas sebagai ingatan kembali kepada diri saya. Begitulah keajaiban manusia yang yakin kepada Allah dengan sebenar-benar yakin tanpa mengharapkan manusia. Allah tidak pernah menghampakan harapan hambaNya.
Bottom of Form


 Jumaat, 
 28 Jumadil Ula 1438H, 
10.31 malam,
Pantai Tanjung Kidurong, Bintulu

Wednesday, February 22, 2017

Kreatif dengan Microsoft Power Point (Ep:5)


Bismillahirrahmanirrahim


Assalamualaikum buat pembaca yang masih setia.

Rasanya cukup terlalu lama tidak mengemaskini dan berkongsi hasil kerja menggunakan Microsoft power point di blog. Jujurnya, saya banyak mengemaskininya di laman instagram.

Alhamdulillah, saya masih aktif berkarya menggunakan power point dan masih setia mereka bentuk pelbagai bahan kreatif!

 Jom lihat hasil kerja saya sepanjang 2016 (bahagian 1)


 Banner Majlis Solat Hajat



Kad atur cara Majlis Solat Hajat

Poster Pertandingan Melukis Poster

Bahagian Hadapan Kad Jemputan Majlis Berbuka Puasa & Solat Tarawih

Bahagian Belakang Kad Jemputan Majlis Berbuka Puasa & Solat Tarawih  

Kad Jemputan Majlis Berbuka Puasa & Solat Tarawih siap dicetak!
  
Banner Majlis Khatam al-Quran
 
Banner Majlis Khatam al-Quran siap dicetak!


Poster cara melipat sejadah untuk surau sekolah


Surau Sekolah

 

Bookmark untuk program pasca UPSR 


In shaa Allah saya akan berkongsi lagi hasil karya saya menggunakan microsoft power point sepanjang tahun 2016 dalam pos akan datang. Tunggu :)
 


26 Jumadil Ula 1438H
10.19 malam,
Pantai Tanjung Kidurong, Bintulu.