اعوذ بالله من الشيطان
الرجيم. بسم الله الرحمن الرحيم
(Bacaan bertarannum)
بسم الله والحمدلله
! السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Terima Kasih Tuan Pengerusi Majlis. Yang dihormati barisan para hakim yang adil lagi
saksama, yang saya muliakan guru-guru, kawan-kawan dan para hadirin yang
dikasihi Allah sekalian.
Kisah Ashabul Sabti, itulah tajuk
cerita saya pada hari ini.
”Pernah dengar kisah ini?”
”Ha? Kisah Ashabul Kahfi?”
”Bukan... Ashabul Sabti!”
”Sab...ti.”
Masya Allah, penuh persoalan diwajah
kawan-kawan. Hmmm, jom dengar kisah al-Quran ini.
Kawan-kawan,
Dikisahkan dalam al-Quran, terdapat sebuah kaum berbangsa Yahudi yang
tinggal di Kota Ailah berhampiran Laut Merah pada zaman Nabi Daud alaihi salam.
Mereka sering menangkap ikan di Laut Merah tersebut. Hingga suatu hari, Allah
telah memerintahkan mereka agar setiap hari Sabtu, mereka hendaklah beribadah
kepada Allah SWT dan meninggalkan segala urusan dunia. Namun, mereka telah
melanggar perintah Allah SWT.
Allah SWT menceritakan di dalam al-Quran tentang keingkaran mereka!
”Dan tanyakanlah
kepada Bani Israil tentang negeri yang terletak di dekat laut ketika mereka
melanggar aturan pada hari Sabtu.....”
(Al-A’raf :163)
(Alunan azan)
Hayya ‘alas solah!
Hayya ‘alas solah!
(Nasyid: Fitri Haris)
Suara azan di langit
Tinggi
mengagungkanmu
Puji juga memuja
Allahu Akbar!
Oh azan mendayu
Ingatkan lima waktu
Panggilan
menyembahmu
Tuhan yang satu.
Lihatlah pada hari ini! Setiap kali azan solat Jumaat bergema, betapa ramai
kaum muslimin yang masih ingkar perintah Allah untuk menunaikan solat Jumaat
dan terus berjual beli dan melakukan pekerjaan yang lain ketika waktu solat
Jumaat. Kawan-kawan, kita hendaklah menghentikan segala urusan pada waktu yang
tidak dibenarkan oleh Allah dan jangan sesekali kita mengingkarinya seperti Ashabul
Sabti.
Kawan-kawan,
Setiap hari Sabtu banyak ikan terdapat di dua buah batu putih di pesisir
pantai negeri Ailah. Namun, hari-hari yang lain tidak ada seekor ikan timbul. Umat
Nabi Daud ini tidak tahan melihat ikan yang banyak pada hari Sabtu.
Godaan syaitan berhasil menguasai akal fikiran para Yahudi. Mereka
merancang memasang perangkap di tepi laut.
“Bukankah kita hanya dilarang untuk
menangkap ikan pada hari Sabtu?” Seorang warga kota bertanya.
“Hmmm, betul,betul,betul. Kalau begitu, jom
kita pasang perangkap pada hari Jumaat. Pada hari Ahad, kita dapat mengambil
dan memakannya.”
“Ha…ha…ha….”
Ikan semakin banyak dan tetapi semakin ramai dalam kalangan mereka yang
kufur kepada Allah SWT.
Allah berfirman lagi dalam Surah al-A’raf ayat 163
”....di waktu datang
kepada mereka ikan-ikan (yang berada di sekitar) mereka terapung-apung di
permukaan air, dan di hari-hari yang bukan Sabtu, ikan-ikan itu tidak datang
kepada mereka.”
Lihatlah bagaimana
Allah SWT menguji orang-orang fasik dengan limpahan rezeki sehingga mereka
terus melupakan Allah. Pada hari ini, betapa ramai orang yang kaya dan terus
kaya dengan limpahan rezeki tetapi mereka lupa kepada Allah, lupa mengerjakan solat, lupa mengeluarkan zakat kerana hanyut
dalam kekayaan.
(Sajak)
Mana...mana...mana
Mana milik kita...
Tidak ada apa
Hanyalah milikNya
Rezeki yang ada
Limpahan dariNya
Rezeki yang ada
Limpahan dariNya
Yang ada hanyalah milikNya.
Kawan-kawan, ingatlah bahawa
rezeki yang melimpah itu tidak semestinya adalah nikmat tetapi ia juga adalah
ujian daripada Allah sebagaimana Allah menguji Ashabul Sabti.
(Seloka)
Rezeki diberi
mencurah-curah,
Diberi nasihat tidak
diendah,
Hari dan hari
berlalu sudah,
Terus menerus melupakan
Allah.
Sebahagian daripada mereka yang beriman memberikan peringatan kepada
golongan yang kufur ini namun nasihat mereka tidak diendahkan. Mereka yang
kufur mempersenda-sendakan syariat Allah SWT.
Mereka yang beriman telah menjauhkan diri dari mereka yang kufur agar tidak
ditimpa hukuman dari Allah SWT. Kata-kata orang beriman ini telah ditulis di
dalam al-Quran dalam surah al-A’raf ayat 164:
”Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: "Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang Amat keras?" Mereka
menjawab: "Agar Kami mempunyai alasan (pelepas tanggung jawab) kepada
Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa.”
Pada masa kini terdapat ramai pendakwah dan pelbagai rancangan agama di
rangkaian televisyen seperti Pencetus Ummah, Daie, Adik-adikku dan sebagainya
yang mengajak kita ke arah kebaikan. Kawan-kawan jangan
sesekali kita mempersendakan ajaran Islam seperti Ashabul Sabti.
Kawan-kawan,
Orang-orang beriman
telah mengutuk perbuatan kaum Yahudi yang kufur. Pada pagi keesokan harinya,
orang-orang beriman mengetuk-ngetuk pintu perkampungan mereka dan memanggil
mereka. Tetapi tiada jawapan. Mereka mengambil tangga dan memanjat tembok
perkampungan kaum yang kufur. Mereka terkejut! Apabila melihat yang tinggal
dalam perkampungan tersebut hanya kera-kera! Menangislah kera-kera tersebut
yang merupakan orang-orang yang kufur menyesal di atas keingkaran mereka.
Dan Sesungguhnya telah kamu
ketahui orang-orang yang melanggar diantaramu pada hari Sabtu, lalu Kami
berfirman kepada mereka: "Jadilah kamu kera yang hina".
(al-Baqarah: 65)
Masihkah kawan-kawan
ingat, peristiwa jerebu, gempa bumi dan banjir besar di Malaysia pada tahun
lepas? Semua itu adalah peringatan daripada Allah supaya kita tidak mengulangi
keingkaran seperti Ashabul Sabti dan kaum-kaum yang terdahulu yang telah
ditimpa pelbagai azab.
Sesungguhnya
orang-orang yang tidak mentaati perintah Allah dan tamak adalah mereka yang
rugi.
(Nasyid: Rentak Nasyid Nabi Nuh)
Begitulah kisah
ashabul sabti,
Ingkari Allah…begitu
sekali,
Akhirnya mereka…
menyesali,
Menjadi kera hina
disumpah Ilahi.
Akhirnya mereka…
menyesali,
Menjadi kera hina
disumpah Ilahi.
Kisah Ashabul Sabti!
Sekian.
وبالله التوفيق والهداية السلام عليكم ورحمة الله وبركاته!
Teks disediakan oleh
: Ustazah Nurul Anis (SK Kidurong, Bintulu)
Rujukan : Tafsir Ibnu Kathir (Surah al-A’raf ayat
163-166.)
------------------------------------------------------------------------------------------------------
#Perkongsian Teks Bercerita wakil SK Kidurong pada tahun 2016. Boleh komen di bawah sekiranya ingin copy, dan jangan lupa untuk kreditkan di atas nama saya. Terima Kasih Moga bermanfaat.
12 comments:
saya minta test ni utk rujukan ye.. terima kasih
ok. moga bermanfaat 😃
ok. moga bermanfaat 😃
Alhamdullilah.. teks sangat tersusun..menarik. saya minta izin copy ya.TK.
Saya minta izin copy ya.. Terima kasih
saya minta izin copy,,terima kasih sgt sungguh utk saya dan anak didik saya
saya minta izin copy..terima kasih
mohon izin untuk copy, terima kasih
Minta izin copy ya. Jazakillah Khairan kathiran.
Assalamualaikum, saya minta izin utk copy ya .. terima kasih 🌷
assalamualaikum w.w
saya mohon izin copy ya, terima kasih banyak
Assalamua'laikum usz. Mohon share. Syukron
Post a Comment