Saturday, August 28, 2010

sampai dah...


Bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillhah.. terasa cukup tenang tatkala kaki ini melangkah kembali ke bumi serambi mekah..alhamdulillah..alhamdulillah... paling best cuti kali ini terasa agak panjang disebabkan School Based Experience (SBE) @ Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) untuk sem ini, anis membuat keputusan untuk dilaksanakan di SK Merbau, Kota Bharu je.. huhu barulah rasa lama sikit cutinya..

juz sekadar coretan petang jumaat ini, sebaik sahaja kaki melangkah ke stesen train dan seusai solat jama’, anis dan family terus ke Qaryah Ramadhan.. kalau sahabat-sahabat masih ingat pada post-post yang pernah anis catatkan pada ramadhan lepas, anis pernah bercerita tentang Qaryah Ramadhan ni. Hajat di hati, walaupun tak sempat berbuka bersama dengan family tapi masih diberi peluang untuk berterawih.

badan yang diserang virus ( selsema ) dan batuk tidak menggugatkan anis.. walaupun khuatir jika pengalaman pada SBE yang lepas, ketika sakit yang agak teruk tu menyerang lagi.. (tak nak2)

molek anis..dah lah awak sorang jah kali ni..” pesan sahabatku Tie ketika melihat anis yang kurang sihat on the way dalam train semalam.. dalam kebimbangan (mungkin) kerana teringatkan SBE yang lepas.. SBE untuk kali pertamanya dan pengalaman paling perit... (0.o)..

Namun segalanya terubat... Paling best, sebaik sahaja melangkah ke Qaryah Ramadhan, memang dipenuhi dengan insan-insan bergelar hamba yang masing-masing mengejar keredhaan ALLAH..Allahu Akbar...sehingga ke luar khemah..

Malam semalam sangat bertuah bagi semua jemaah Qaryah Ramadhan kerna menerima ziarah seorang tetamu yang istimewa iaitu Syeikh Asyraf Hamed Hasani Al-Husaini, imam masjid terkenal di dunia, Masjid Al-Azhar yang mempunyai enam orang imam. Beliau telah diberi penghormatan mengimamkan solat Isyak hampir 3 ribu jemaah yang memenuhi Qaryah Ramadhan di samping mengijazahkan sanad bacaan surah al-Fatihah kepada seluruh jemaah. Selain itu, turut hadir Ustaz Hizbur Rahman Omar Zuhdi, finalis program realiti Imam Muda terbitan sebuah stesen televisyen. Petang itu, anis diberitahu bahawa beliau telah menjayakan program bersama remaja iaitu program Sepetang Di Ambang Iftor yang diadakan pada sebelah petang di pentas Qaryah Ramadhan.

Selepas dua salam solat tarawih, beliau telah memberi tazkirah yang antara lain menyentuh tentang permasalahan umat pada hari ini yang terlalu mengejar dunia sehingga melupakan persediaan untuk menuju ke akhirat.

Malah, malam itu berakhir dengan persembahan bacaan Qiraatul Quran: 7 Bacaan oleh pelajar-pelajar dari Tahfiz Al-Quran dan Qiraat Pulai Chondong.

memetik dari buku Thirty Lessons for Those Who Fast, ditulis oleh Dr Aa'id Abdullah al Qarni, penulis buku La Tahzan..


"The month of happiness and generosity has come to you, So greet it with the most beautiful memories, O season of forgiveness.. embrace us..

You are the patron, O time of righteousness.

O ALlah grant us the return of many days of Ramadhan over many years,

in garments of righteousness and renewned repentece.."

‘ala kulli hal... juz sekadar mencurahkan rasa syukur sekembalinya ke bumi Serambi Mekah ini... bumi yang sakinah....

p/s : kait-mengait dengan Qaryah Ramadhan klik di sini (1) klik di sini (2) klik di sini (3)

27 Og0s 2010

Fi Baiti Sakinah..

No comments: