+Bismillahirrahmanirrahim+
Kisah ini
hanya sekadar perkongsian .. Hayatilah bersama dan ambillah iktibar. Jangan
baca kalau x bersedia.. [^^]
Kisah ini berlaku
sewaktu aku di Madinah. Suatu hari aku berjalan melalui pasar pada suatu petang
bila,sebaik saja muazzin melaungkan azan, pandanganku jatuh pada belakang
seorang wanita. Wanita itu ganjil cantiknya, walaupun berbaju abaya penuh
hitam, purdah merentang kepala dan wajahnya, wanita itu berpaling kepadaku seolah-olah tahu bahawa aku merenungnya,
dan wanita itu memberikanku anggukan kecil tapi bermakna sebelum wanita itu
berpusing di satu sudut menuju ke lorong
penjual sutera.
Bagaikan terkena
panahan halilintar, aku serta-merta tertarik, hatiku terpukau dengan pandangan
wanita itu. Dalam kepayahan aku berdebat dengan hatiku, memberikan satu alasan
demi satu alasan untuk meneruskan langkahku ke masjid -bukan kah masanya telah
tiba untuk solat? Tapi perdebatan itu telah tamat: tiada apa yang boleh
dilakukan tapi mengikut wanita tersebut. Aku bergegas mengejar wanita itu,
nafasku pantas mengah, wanita itu tanpa disangka mempercepatkan langkahnya, dan
sekarang pun telah berada jauh beberapa kedai di hadapan. Dia memaling wajahnya
seketika padaku, terasa kudapat melihat cahaya senyuman nakal wanita itu
dibalik purdah hitam rayonnya, sambil wanita itu –adakah ini khayalanku saja?-
melambaiku lagi.
Kasihan aku pada diriku
ketika itu. Akalku seolah hilang. Siapakah wanita itu? Anak perempuan satu
keluarga kaya? Apa dimahunya? Aku memantaskan langk ahku dan memasuki lorong
dimana wanita itu dilihatku masuk. Dan seterusnya wanita itu mengimbau aku,
sentiasa dihadapan, masih tidakdapat dikejar, semakin jauh dan jauh dari mana
kami mula-mula bersua. Perasaanku tambah membuak. Adakah wanita itu orang gila?
Semakin panjang wanita itu berjalan, ke penghujung sempadan bandar itu
benar-benar.
Mentari turun dan
tenggelam, dan wanita tersebut masih berada jauh di hadapanku. Sekarang, kami
berada ditempat yang tidak disangka, sebuah perkuburan lama. Kalaulah aku siumanseperti
biasa, pasti aku kan merasa gementar,
tapi aku terfikir, tempat yang lebih ganjil dari ini biasadijadikan tempat
pasangan kekasih memadu asmara. Dalam 60 langkah di antara kami aku melihat
wanita itu memandang ke arahku, menunjuk arah, kemudian turun ke tangga dan
melalui pintu bangunan sebuah kubur tua. Kalaulah aku tidak diamuk senyuman wanita itu tadi, pasti aku berhenti sebentar
dan memegun masa, tapi sekarang tiada guna berpaling arah, aku menuruni tangga
tersebut danmengekori wanita itu ke dalam bangunan kubur itu.
Di dalam bilik bangunan
kubur itu, kudapati wanita itu duduk di atas ranjang yang mewah, berpakaian serba hitam
masih berpurdah, bersandar pada bantal
yang diletak pada dinding, diterangi cahaya lilin pada dinding bilik itu. Di
sebelah ranjang itu, aku terpandang sebuah lubang perigi.
"Kuncikan pintu
itu," kata wanita itu, dengan suara yang halus gemersik seumpama berbisik, "dan bawakan kuncinya.
" Aku akur.
"Buangkan kunci itu ke dalam perigi itu," kata wanita itu
Aku tergamam sebentar, kalaulah ada
saksi di situ, pasti saksi itu dapat melihat gamamku. "Pergilah buangkan," ujar wanita itu sambil ketawa,
"tadi kau tidak berfikir panjang
untuk meninggalkan solatmu untuk mengekoriku kemari?" Tempelak wanita itu lagi. Aku diam.
"Waktu maghrib
sudah hampir selesai," kata wanita itu bernada sedikit menyindir . "Apa kau risaukan? Pergilah
buangkan kunci itu, kau mahu aku memuaskan
nafsumu, bukan?" Aku terus membuang kunci pintu tersebut ke dalam perigi, dan memerhatikan kunci itu jatuh.
Perutku itu terasa bersimpul bila kunci
itu tiada berbunyi jatuhnya ke dalam lantai perigi. Aku berasa kagum, kemudian takut, kemudian memahami nya.
"Tiba masanya
untuk melihat aku," kata wanita
tersebut, dan dia mengangkat purdahnya untuk mendedahkan bukan wajah segar seorang gadis
remaja, tapi kehodohan wajah yang
mengerikan, jijik, hitam dan keji, tanpa satu zarah cahaya kelihatan pada alur
kedut ketuaannya.
" Pandang aku
sungguh-sungguh," kata wanita itu lagi.
"Namaku Dunia. Aku kekasihmu. Kau habiskan masamu mengejarku ,
sekarang kau telah mendapatiku . Didalam
kuburmu. Mari. Mari." Kemudian wanita itu ketawa dan ketawa, sehingga dia hancur menjadi debu, dan
lilin itu padam satu demi satu, dan kegelapan menyelubungi suasana.
Apa Yang Ada Jarang Disyukuri
Apa Yang Tiada Sering Dirisaukan
Nikmat Yang Dikecap Barukan Terasa
Bila Hilang apa Yang Diburu
Timbul Rasa Jemu
Bila Sudah Di Dalam Genggaman
Dunia Ibarat Air Laut
Diminum Hanya Menambah Haus
Nafsu Bagaikan Fatamorgana
Di Padang Pasir
Panas Yang Membahang Disangka Air
Dunia Dan Nafsu Bagai Bayang-Bayang
Dilihat Ada Ditangkap Hilang
Tuhan Leraikanlah Dunia
Yang Mendiam Di Dalam Hatiku
Kerana Di Situ Tidak Ku Mampu
Mengumpul Dua Cinta
Hanya CintaMu
Ku Harap Tumbuh
Dibajai Bangkai Dunia Yang Kubunuh
4 comments:
aku memahaminya..
Subahanallah..
nice...copy yer
cerita yang bagus... boleh x kamu buat cerita tentang wanita memakai niqad telah mengubah hidup seorang lelaki lalai mengejar dunia ??? terima kasih kalu sudi
Post a Comment