Tuesday, April 29, 2008

Keazaman Menempuh Dunia Yang seMakin meNcabar


Melalui perjalanan hidup yang kita tempuhi,sepatutnya kita bertambah matang dan menyedari bahawa segala kejayaan yang kita kecapi sebenarnya adalah atas ketekunan,usaha gigih dan kesabaran dalam menghadapi segala cabaran dan rintangan,di samping adanya pertolongan dan petunjuk Allah ‘Azza wa Jalla.Sementara kegagalan yang kita alami adalah disebabkan kecuaian dan kelalaian kita sendiri.
Nampaknya liku-liku kehidupan kita pada hari-hari yang mendatang lebih mencabar dari masa-masa yang lalu.Setiap hari kita didedahkan dengan gegala-gegala buruk dalam masyarakat,seperti salah guna dadah yang belum nampak dapat dikurangkan,ditambah pula gegala mat rempit yang semakin menjadi-jadi.
Gegala yang tidak sihat ini tentulah mencabar dan menggugat kesejahteraan keluarda dan masyarakat.Oleh itu,mahu tidak mahu semua pemimpin institusi masyarakat termasuk ibu bapa harus sama-sama memikirkan dan bertindak serius untuk membendung dan memeranginya.
Pembentukan ank soleh dan solehah sebaik-baiknya bermula dari pemilihan jodoh,ketika anak dalam kandungan dan demikian seterusnya ketika anak sudah dilahirkan.Ibarat benih yang sudah bertunas,pendidikan harus berjalan secara sistematik dengan menjadikan ibu bapa sebagai model untuk dicontohi anak-anak.
Pendidikan Islam yang sewajarnya berjalan dengan penuh tanggungjawab hingga Islam berani mengisytiharkan anak permpuan yang berusia 9 tahun Hijrah (kira-kira 8 tahun 8 bulan Masihi) sudah layak diberi tanggungjawab.Bagi anak-anak lelaki pula selewat-lewatnya dalam usia 15 tahun Hijrah (menyamai kira-kira 14.5 tahun Masihi).Pada hal dunia Barat mendeklarasikan seseorang itu dianggap dewasa dan layak memikul tanggungjawab setelah berusia 21 tahun.
Masalahnya sekarang,oleh kerana system pendidikan Islam yang begitu teratur telah diabaikan oleh kebanyakan orang islam,maka natijahnya ramai anak muda mengalami masalah,ada yang sudah baligh tetapi tidak tahu menunaikan solat,atau tahu tetapi mengabaikannya,berlaku krisis akhlak di kalangan generasi muda,anak lari dari rumah,ponteng sekolah,murid melawan guru,penyalahgunaan dadah,mat rempit dan sebagainya.
Bagaimanapun perlu disedari bahawa Islam telah memecahkan rekod,bahawa buluh yang sudah keras sebenarmya masih boleh dilentur lagi.Betapa tidak,kerana telah tercatit dalam sejarah,ramai para sahabat yang masuk Islam setelah dewasa.Sebelum Islam telah menerima pendidikan daripada keluarganya bukan Muslim,sebab itu sudah biasa mereka menyembah berhala,malah memusuhi Islam dan memusuhi Rasulullah s.a.w.Sebagai contoh ialah Umar Ibnu al-Khattab r.a. sebelum masuk Islam adalah musuh Islam dan musuh Nabi s.a.w. nombor satu sehingga Rasulullah s.a.w. berdo’a semoga umar diberi hidayah,akhirnya alhamdulillah Umar masuk islam.
Setelah Islam,beliau mendapat pendidikan secara intensip bersama-sama sahabat lain,seperti Qiyamullail,mengikuti majlis ta’lim dan nasihat yang berterusan daripada Rasulullah s.a.w.Akhirnya terbentuk keluhuran budi dan Umar menjadi insane soleh tang bertaqwa kepada Allah.Umar menjadi Khalifah Islam ke-2,dan semasa pemerintahan Umar telah berjaya membuat kemajuan besar yang sungguh membanggakan.
Justeru,bukan satu kemustahilan untuk seseorang membentuk diri menjadi insane soleh walaupun telah dewasa dan dalam akhlaknya yang tidak baik.
Apa yang penting,ibu bapa,alim ulama,cendikiawan dan pemimpin masyarakat di samping melaksanakan undang-undang dunia,hendaklah terus berdakwah dan berdo’a semoga insan-insan ‘degil’ itu hati mereka menjadi lunak,mahu tunduk kepada peraturan dan hukum Allah.
Ingatlah,batu yang keras akan lekuk dengan titisan air yang berterusan,apatah lagi jiwa manusia.Sudah tentu bukan satu yang mustahil ia menjadi ‘lunak’ apabila diberi suntikan nasihat dan didikan agama.Insya-Allah.

No comments: