Monday, June 16, 2008
=1o saHaBAT YG DIjANJIKAN sYURGa..=
MEREKA YANG DIJANJIKAN SYURGA OLEH ALLAH TA’ALA
Mereka yang dijanjikan syurga oleh Allah Ta’ala dikenali menurut B. Arab sebagai “ المبشَرين بالجنَة " “ ~ Al-Mubashharin Bil Jannah . Manakala yang dimaksudkan oleh para ulama’ sebagai mereka yang dijanjikan syurga oleh Allah Ta’ala ialah golongan manusia yang dijamin oleh Allah Ta’ala dengan syurga, yang mana berita gembira itu disampaikan melalui lisan Baginda Rasulullah s.a.w , samada ianya berbentuk Al-quran Al-Karim , ataupun Hadist An-Nabawi.
Golongan yang dijanjikan Allah Ta’ala dengan syurga ini sebenarnya ramai, bukan setakat 10 orang sahaja – sebagai mana yang difahami oleh sebahagian muslimin iaitu golongan yang berusaha berhempas-pulas menjaga keimanan mereka ( aqidah ) mereka dan sentiasa mentaati Allah Ta’ala. Hal ini diceritakan oleh Allah Ta’ala di dalam Al-Quran Al-Karim itu sendiri di antaranya ;
وَبَشِّرِ الَّذِين آمَنُواْ وَعَمِلُواْ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِن تَحْتِهَا الأَنْهَارُ كُلَّمَا رُزِقُواْ مِنْهَا مِن ثَمَرَةٍ رِّزْقاً قَالُواْ هَـذَا الَّذِي رُزِقْنَا مِن قَبْلُ وَأُتُواْ بِهِ مُتَشَابِهاً وَلَهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُّطَهَّرَةٌ وَهُمْ فِيهَا خَالِدُونَ
[ Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh, sesungguhnya mereka beroleh syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; tiap-tiap kali mereka diberikan satu pemberian dari sejenis buah-buahan syurga itu, mereka berkata: "Inilah yang telah diberikan kepada kami dahulu"; dan mereka diberikan rezeki itu yang sama rupanya (tetapi berlainan hakikatnya), dan disediakan untuk mereka dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang sentiasa bersih suci, sedang mereka pula kekal di dalamnya selama-lamanya. ( Ayat 25 , Surah Al-Baqarah )
إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلَائِكَةُ أَلَّا تَخَافُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ
[Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.
( Ayat 30 , Surah Al-Fussilat )
Mereka yang dijanjikan dengan syurga ini juga ada berbagai-bagai jenis martabatnya , ada yang diazab terlebih dahulu di dalam neraka – mengikut kadar dosa-dosa yang dimilikinya – dan kemudiannya dimasukkan ke dalam syurga.
Ada pula yang masuk ke dalam neraka sebentar , kemudian dimasukkan ke dalam syurga.
Dan ada pula yang masuk ke dalam syurga terus tanpa dihisab, iaitu di padang mahsyar – dengan melalui proses yang amat sukar seperti ke sana-sini demi mencari Para Anbiya’ a.s yang boleh memberikan mereka syafaat.
Ada pula yang masuk ke dalam syurga secara “ berterbangan terus ke dalam syurga “ iaitu bagi para syuhadak ( orang-orang yang mati syahid di dalam memperjuangkan Islam ) .
Pendek kata : Semua orang Islam, sebanyak mana pun dosanya – selagi dia tidak menyekutukan Allah Ta’ala – maka mereka berpeluang untuk masuk ke dalam syurga jua akhirnya !.
SIAPAKAH PULA 10 ORANG SAHABAT YANG DIJANJIKAN SYURGA ITU ? DAN KALAU BENARLAH YANG DIJANJIKAN MASUK SYURGA ITU BUKAN SEKADAR 10 ORANG ITU SAHAJA ,
MAKA KENAPAKAH YANG SELAIN 10 ORANG ITU TIDAK TERKENAL ?
Jawapannya : 10 ORANG YANG DIJANJIKAN SYURGA ini lebih terkenal daripada selain mereka kerana ianya merupakan para sahabat ( r.a ) yang amat terkenal ( popular ) dan satu lagi, ianya diriwayatkan oleh hadis yang menyenaraikan nama-nama mereka secara sekelompok ( 10 orang sekaligus ), berbeza pula dengan selain mereka – yang juga dijanjikan syurga – akan tetapi , nama-nama para sahabat (r.a) selain mereka itu disebut secara berasingan oleh Rasulullah s.a.w , bukannya disebut secara sekaligus @ sekolompok sebagaimana 10 orang yang dijanjikan memasuki syurga. Dan kebanyakan mereka yang dijanjikan dengan syurga adalah Generasi Pertama Islam , iaitu para sahabat (ra) yang telah banyak berkorban untuk mengembangkan dan mempertahankan agama Allah Ta’ala ini !.
10 Orang yang dijanjikan syurga sebagaimana disebut secara sekaligus oleh Baginda Rasulullah s.a.w ialah sebagaimana hadis berikut :
عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ حُمَيْدٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ سَعِيدَ بْنَ زَيْدٍ حَدَّثَهُ فِي نَفَرٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ عَشَرَةٌ فِي الْجَنَّةِ أَبُو بَكْرٍ فِي الْجَنَّةِ وَعُمَرُ فِي الْجَنَّةِ وَعُثْمَانُ وَعَلِيٌّ وَالزُّبَيْرُ وَطَلْحَةُ وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ وَأَبُو عُبَيْدَةَ وَسَعْدُ بْنُ أَبِي وَقَّاصٍ قَالَ فَعَدَّ هَؤُلَاءِ التِّسْعَةَ وَسَكَتَ عَنِ الْعَاشِرِ فَقَالَ الْقَوْمُ نَنْشُدُكَ اللَّهَ يَا أَبَا الْأَعْوَرِ مَنِ الْعَاشِرُ قَالَ نَشَدْتُمُونِي بِاللَّهِ أَبُو الْأَعْوَرِ فِي الْجَنَّةِ قَالَ أَبُو عِيسَى أَبُو الْأَعْوَرِ هُوَ سَعِيدُ بْنُ زَيْدِ بْنِ عَمْرِو
Ertinya : “ Daripada Abdul Rahman Bin Humaid, daripada bapanya : Sesungguhnya Said Bin Zaid pernah menceritakan kepadanya mengenai satu kumpulan , dengan katanya : Pernah Baginda RasululLah s.a.w bersabda : 10 orang yang akan memasuki syurga iaitu (1)- Abu Bakar , (2)- Umar, (3)-Utsman , (4)- Ali , (5)- Zubair , (6)-Tolhah , (7)-Abdul Rahman , (8) – Abu ‘Ubaidah , (9) Sa’ad Bin Abu Waqqas ~ maka beberapa orang yang mengira-ngira jumlah semua yang dijanjikan dengan syurga itu , di manakah lagi seorang ?. Lalu mereka bertanya kepada Said Bin Zaid : Demi Allah Wahai Abu A’awar ! Siapakah dia orang yang kesepuluh itu ?. Maka Said Bin Zaid pun menjawabnya : Bukahkah kamu sendiri telah bersumpah bahawa Abu A’awar itu pun adalah di kalangan mereka yang dijanjikan syurga ? “. – Imam Abu ‘Isa (At-Tirmidzie) menyatakan : “ Abu A’awar itu sendiri adalah Said Bin Zaid Bin ‘Amru “ . ~ ( Hadis Sahih riwayat Imam At-Tirmidzie , di dalam Kitab Al-Manaqib : 3681 ) dan hadis seumpama ini diriwayatkan juga oleh Imam Abu Dawud rh di dalam sunannya – Kitab As-Sunnah : 4031 dan juga Imam Ahmad – Musnad Al-Ansar : 21, 088 )
10 orang itu ialah :
1- Saidina Abu Bakar As-Siddiq (ra).
2- Saidina Umar Al-Khattab (ra).
3- Saidna Utsman Bin Al-‘Affan (ra).
4- Saidina Ali Bin Abu Talib (ra).
5- Saidina Zubair Bin Al-‘Awwam (ra).
6- Saidina Tolhah Bin ‘UbaidiLlah (ra).
7- Saidina Abdul Rahman Bin ‘Auf (ra).
8- Saidina Abu ‘Ubaidah ‘Amir Bin Al-Jarrah (ra).
9- Saidina Sa’ad Bin Abu Waqqas (ra).
10- Saidina Sa’id Bin Zaid (ra).
Jadi sebagaimana dijelaskan tadi, 10 orang ini bukanlah menunjukkan bahawa mereka sahaja yang dijamin masuk syurga , walhal banyak hadis-hadis lain yang sahih yang menunjukkan bahawa begitu ramai para sahabat (ra ) dan umat Islam yang dijanjikan syurga.
Sebagai contohnya : Saidina Bilal Bin Rabah (ra) sendiri telah diberikan pangkat sebagai “ahli syurga” kerana beliau (ra) merupakan sahabat yang tidak pernah putus wudhuknya ( air sembahyangnya ) di dalam jangkamasa yang lama.
Saidina Abu Darda’ (ra) juga digelar oleh Baginda Rasulullah s.a.w sebagai ahli syurga kerana hatinya yang begitu mulia dan tidak pernah menyimpan sebarang hasad-dengki terhadap sesama manusia.
Saidina ‘Ukasyah (ra) juga digelar sebagai ahli syurga.
Menurut hadis , umat Rasulullah s.a.w yang dijamin masuk ke dalam syurga tanpa hisab adalah sebanyak 70 ribu orang ( Hadis riwayat Imam Al-Bukhari rh ).
Manakala di dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzie (rh) pula dijelaskan bahawa ahli-ahli syurga kesemuanya berjumlah 120 ribu barisan dan 80 ribu barisan daripada 120 ribu barisan itu adalah terdiri daripada umat Saidina Rasulullah s.a.w.
Perlulah kita fahami , andainya golongan yang dijanjikan syurga ini tanpa hisab, kebanyakannya daripada kalangan sahabat (ra) dan mereka yang mati syahid di jalan Allah Ta’ala, maka betapa pula dengan golongan isteri-isteri Rasulullah s.a.w ?, walhal mereka sendiri telah menunjukkan jasa yang terlalu besar dan pengorbanan yang tiada taranya di dalam memperjuangkan Islam ini !!.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment