Monday, December 29, 2008

saMbut taHun baru peraNcangan kuFFar??


Tahun baru : perancangan licik kuffar ! Bila sampai 31 Disember, berapa ramaikah umat Islam yang meraikan tahun baru?Tetapi sedarkah mereka bahawa telah difatwakan oleh Sheikh- ul-Azhar , Sheikh Tantawi, Sheikh Yusof Al- Qardhawi dan Ulama2 contemporary bahawa menyambut 31Dis. bererti menyambut ulangtahun hari jadi tuhan Yahudi & Nasarah? Bagi mereka yang tidak tahu, hukumnya fasik, tetapi bagi mereka yang tahu (kita sekarang sudah tahu) hukumnya ialah MURTAD . Nauzubillah. Sesungguhnya yang baik itu adalah dari Allah S.W.T dan yang kurang serta salah dan silap adalah dari kelemahan kita sendiri. Wallahualam.

..saLam maaL HijraH 1430H..


Dari Anas r.a., beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda: "Allah swt. berfirman: 'Wahai anak Adam! Setiap kali engkau berdoa kepada-Ku, Aku akan tetap mengampunimu segala dosa yang engkau lakukan, dan Aku tiada peduli. Hai anak Adam! Andaikata dosa-dosamu setinggi awan di langit kemudian kamu memohon ampunan kepada-Ku, niscaya Aku akan mengampunimu. Hai anak Adam! Andaikan engkau datang pada-Ku dengan membawa dosamu hampir sepenuh bumi ini, kemudian engkau menemui-Ku, dengan tidak menyekutukan Aku dengan apapun, niscaya Aku akan datang kepadamu dengan ampunan hampir sepenuh bumi pula.'"
[Diriwayatkan oleh Tirmizi, dengan mengatakan, "Hadis sahih."]

seMpena taHun baru hijriah ini marilah kita bersama-sama muhasabah atas segala kekhilafan diri sepanjang kehidupan ..seMoga hidup akan lebih diberkatInya.. bersamalah berhijrah ke arah yang lebih baik...aMpun dan maaf jua dipinta jika ada sebarang kesilapan sepanjang ana menguruskan blog ini...

p/s: sem baru bakal membuka tirai nampaknya kelak ana tidak lagi mempunyai masa terluang untuk update blog..sedihnya..[==]

Tuesday, December 16, 2008

PERCINTAAN SEBENARNYA



Zaman muda adalah zaman yang amat istimewa bagi kita. Nikmat kemudaan seharusnya disyukuri dengan cara yang betul. Inilah zaman yang amat mencabar yang akan dipertanggung-jawabkan oleh Allah. Nabi telah bersabda: "Tidak akan berganjak seseorang hamba di hari Kiamat melainkan sesudah ditanya kepadanya tentang 4 perkara:

Tentang umurnya, dimana dihabiskannya, TENTANG MUDANYA, apa yang telah dilakukan dengannya, tentang hartanya, dari mana diperolehi dan kemana dibelanjakannya.Dan tentang ilmunya, apa yang telah dilakukan dengannya." (Hadis Tarmuzi)

Orang muda mudah dilamun cinta. Kasih dan cinta pula adalah perasaan yang fitrah bagi manusia. Allah menceritakan tentang perasaan fitrah ini di dalam Al-Quran dengan firmanNya:
"Dihiaskan bagi manusia kecintaan kepada perkara-perkara yang diingini nafsu berbentuk perempuan-perempuan, anak pinak, harta benda yang banyak dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih, binatang-binatang ternakan dan kebun tanaman. Itulah kesenangan hidup di dunia sedangkan di sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya." (Ali-Imran 3:14)

Dalam banyak cinta, cinta kepada Allah itulah yang lebih utama. Cinta Ilahi inilah yang sepatutnya menjadi suluhan kepada cinta-cinta yang lain, apatah lagi cinta di antara lelaki dan perempuan. Terlampau cintakan yang lain daripada Allah, boleh menyemaikan benih-benih syirik di hati.

"Ada di antara manusia yang telah mengambil SEKUTU-SEKUTU SELAIN DARIPADA ALLAH YANG MEREKA CINTAI sebanding kecintaan mereka kepada Allah. Adapun orang yang benar-benar beriman, amat memuncak kecintaan mereka kepada Allah." (Al-Baqarah 2:165)

Ayat ini menceritakan tentang kecintaan / kasih / pemujaan kepada makhluk sehingga kita sanggup menuruti dan mematuhinya dalam melakukan maksiat. Dalam erti kata yang lain, kita utamakan kehendak makhluk daripada kehendak Allah. Ketika itu kita telah syirik kepadaNya. Cinta yang membawa kepada kepatuhan yang membuta tuli amat membinasakan.

Bila cinta lelaki-perempuan mengatasi cinta Allah, jadilah khalwat,
zina, rogol, pergaulan bebas dan seumpamanya. Sebagai contohnya kajian Kementerian Belia & Sukan keatas 5860 remaja dalam lingkungan umur 13-21 tahun pada tahun 1994 mendapati bahawa 28% daripada mereka telah terlibat dengan seks bebas.

Lapuran akhbar bertarikh 1 November, 1995 menyebutkan tentang kenyataan Menteri Kesihatan Malaysia berhubung satu kajian yang telah dibuat keatas sekumpulan remaja berumur 16-18 tahun di Wilayah Persekutuan, dimana didapati 50% daripada mereka telah mengadakan hubungan seks, termasuk dengan melanggani pelacur-pelacur.

Inilah manifestasinya bila nafsu mengatasi iman. Cinta yang melahirkan manifestasi yang seperti ini akan membawa kepada kehancuran.

Amat berbeza sekali sikap mereka yang benar-benar beriman, yang mana tindakan mereka sentiasa dikawal oleh batas-batas syariat.

Di dalam Al-Hilyah, disebutkan tentang Ummu Sulaim yang pernah dilamar oleh Abu Talhah, sebelum beliau (Abu Talhah) menganuti Islam. Abu Talhah ketika itu cukup kacak dan kaya raya. Jawapan Ummu Sulaim jelas melambangkan keperibadiannya yang tinggi:
"saya cintakanmu. Orang yang sepertimu tidak akan ditolak. Tetapi kamu seorang kafir dan saya tidak boleh berkahwin dengan seorang yang kafir."

Inilah ungkapan hasil daripada suluhan iman dan takwa. Cinta tidak akan menyebabkannya menggadaikan maruah dan harga diri.

Zina yang ikhlas tidak pernah wujud di dalam Islam. Zina adalah haram dan tidak ada sebarang keikhlasan yang dapat menghalalkannya. seorang Datuk yang kisahnya telah dilapurkan oleh akhbar pada 6 Ogos, 1999. Beliau telah menceritakan di mahkamah tentang hubungan seksnya dengan seorang pembaca berita RTM. Beliau mengatakan bahawa niatnya adalah suci kerana dia telah berazam untuk mengahwininya selepas ini.

Inilah nilai yang sedang melanda dunia pada hari ini: seks adalah suci walaupun tanpa perkahwinan!

Pada pengamatan saya, dunia pada hari ini sedang dilanda krisis. Satu di antaranya ialah krisis nilai. Krisis nilai inilah yang telah meruntuhkan Empayar Rom. Edward Gibbon dalam bukunya "The History of Decline and Fall of the Roman Empire" telah menulis:
"Segala dasar-dasar akhlak dan moral di Rom telah runtuh sehingga ramai orang memilih jalan untuk hidup bebas?..Di akhir abad keenam, Kerajaan Romawi Timur sedang berada di ambang keruntuhan yang paling dahsyat sekali."

Saya harus mengatakan bahawa nilai pada hari ini banyak diasaskan kepada konsep "Machiavellianisme" yang dipopularkan oleh seorang pemikir dari Florence, Italy yang bernama Niccolo Machiavelli. Machiavelli, dalam bukunya "The Prince" telah menekankan konsep "the end justifies the means" ataupun "niat membersihkan cara." Maksudnya, asalkan niat kita baik, berzinalah, menipulah, khianatilah, menyamunlah dan begitulah seterusnya. Semua adalah halal bagi Machiavelli.

Itulah yang akan berlaku andaikata nilai-nilai agama diketepikan.Sebagai contoh, sebuah perkampungan di Alwar, India telah mengiktiraf pelacuran sebagai suatu perkhidmatan yang baik. Perkhidmatan seks di tepi lebuhraya yang menghubungkan Delhi dan Gujurat ini, dianggap sebagai aktiviti kebajikan sosial yang terpuji. Inilah contoh nilai yang keji yang tidak diperlukan oleh dunia moden.

Ada yang mengatakan bahawa pergaulan dan seks bebas pada hari ini adalah lambang kemajuan dan kemodenan, dan nilai agama adalah kolot. Jika demikian mari kita perhatikan hasil yang telah disumbangkan oleh seks bebas. Ia telah berjaya merebakkan penyakit AIDS, contohnya di Thailand, sehinggakan akhbar "ada Spiegel" telah menjadikan tajuk "AIDS in Asia - Killer epidemic in sex paradise (AIDS di Asia -wabak pembunuh di syurga seks)," sebagai tajuk muka depannya. Di California, hampir 61,000 bayi luar nikah dilahirkan pada tahun 1997.Kajian tambahan oleh Jabatan Perkhidmatan Kesihatan dan Kemanusiaan Amerika pada tahun 1998, mendapati bahawa anak-anak luar nikah ini mempunyai lebih daripada 2 kali ganda kemungkinan diserangi gangguan emosi di dalam hidup mereka. (Rujukan: California Teenage Pregnancy Statistics) Sumbangan yang seperti inikah yang hendak kita banggakan?

Kita di Malaysia juga telah dimalukan dengan penonjolan kes pembuangan bayi luar nikah di kalangan remaja-remaja kita. Inilah hasil kemajuan dan kemodenan jika agama dipinggirkan. Kita perlu belajar daripada keruntuhan Rom!

Islam menekankan bahawa niat dan cara kita perlu betul di dalam setiap perlakuan. Niat yang betul bermaksud ikhlas, cara yang betul bermaksud selari dengan syariat. Syariat telah mengharamkan zina justeru itu hendaklah kita menjauhinya, demi kebaikan kita sendiri.Nabi telah bersabda: "Selepas dosa syirik kepada Allah, tidak ada dosa yang lebih besar daripada seseorang meletakkan air maninya ke faraj yang tidak halal baginya." (Hadis Ahmad & Thabrani)

Nilai akhlak inilah yang merupakan landasan dan kayu pengukur bagi kita. Akhlak tidak menghalang kehendak-kehendak fitrah, ia mencantikkannya. Sebagai contoh, Islam tidak pernah menyuruh kita menutup nafsu seks, sebaliknya menyalurkannya kepada suatu yang murni, selamat dan mendamaikan. Perkahwinan adalah salurannya.

"Isterimu adalah ladang bagimu maka datangilah isterimu dengan cara mana yang kamu mahu.." (Al-Baqarah: 223)

Dalam bahasa mudah, selepas berkahwin, puaskanlah nafsumu dengan isteri atau suamimu sesuka hatimu, melainkan dengan cara yang jelas telah diharamkan, kerana kemudaratannya.

Jadi, berhati-hatilah dalam bercinta, jangan sampai tergadai maruah dan harga diri kerananya. Cinta terhadap manusia boleh dikawal jika kita hendak mengawalnya. Landasan yang hendak saya cadangkan untuk pegangan mereka yang sedang bercinta ialah: 'berpesan pesanan di atas kebenaran dan berpesan-pesanan di atas kesabaran.'

Sebenarnya cinta yang paling bermakna ialah cinta selepas berkahwin,bukan sebelumnya! Utamakanlah cinta kepada Allah dengan banyak beribadah, dan juga kecintaan kepada ilmu dengan mengejarnya.Itulah yang lebih mendamaikan dan membahagiakan. Insan yang tahu menghargai anugerah Allah akan dihargai dan dihormati sepanjang masa. Moga-moga Allah mencurahkan kasih sayangNya kepada kita semua.

Wassalam.

..haKikat tasaWuf..


Pertanyaan:

Apa sebenarnya erti kata tasawuf hakikat dan hukumnya menurut Islam?

Apakah benar di antara orang-orang ahli tasawuf ada yang tersesat dan menyimpang?


Jawapan:

Erti tasawuf dalam agama ialah memperdalam ke arah bahagian rohaniah, ubudiah, dan perhatiannya tercurah sekitar permasalahan itu.

Agama-agama di dunia ini banyak sekali yang menganut berbagai macam tasawuf, di antaranya ada sebahagian orang India yang amat fakir. Mereka condong menyiksa diri sendiri demi membersihkan jiwa dan meningkatkan amal ibadatnya.

Dalam agama Kristian terdapat aliran tasawuf khususnya bagi para pendeta. Di Yunani muncul aliran Ruwagiyin. Di Parsi ada aliran yang bernama Mani'; dan di negeri-negeri lainnya banyak aliran ekstrim di bidang rohaniah.

Kemudian Islam datang dengan membawa perimbangan yang paling baik di antara kehidupan rohaniah dan jasmaniah serta penggunaan akal.

Maka, insan itu sebagaimana digambarkan oleh agama, iaitu terdiri dari tiga unsur: roh, akal dan jasad. Masing-masing dari tiga unsur itu diberi hak sesuai dengan keperluannya. Ketika Nabi saw. melihat salah satu sahabatnya berlebih-lebihan dalam salah satu sisi, sahabat itu segera ditegur. Sebagaimana yang terjadi pada Abdullah bin Amr bin Ash. Ia berpuasa terus menerus tidak pernah berbuka, sepanjang malam beribadat, tidak pernah tidur, serta meninggalkan isteri dan kewajipannya. Lalu Nabi saw. menegurnya dengan sabdanya:

"Wahai Abdullah, sesungguhnya bagi dirimu ada hak (untuk tidur), bagi isteri dan keluargamu ada hak (untuk bergaul), dan bagi jasadmu ada hak. Maka, masing-masing ada haknya."

Ketika sebahagian dari para sahabat Nabi saw. bertanya kepada isteri-isteri Rasul saw. mengenai ibadat beliau yang luar biasa. Mereka (para isteri Rasulullah) menjawab, "Kami amat jauh daripada Nabi saw. yang dosanya telah diampuni oleh Allah swt, baik dosa yang telah lampau mahupun dosa yang belum dilakukannya."

Kemudian salah seorang di antara mereka berkata, "Aku akan beribadat sepanjang malam." Sedang yang lainnya mengatakan, "Aku tidak akan menikah." Kemudian hal itu sampai terdengar oleh Rasulullah saw, lalu mereka dipanggil dan Rasulullah saw. berbicara di hadapan mereka.

Sabda beliau: "Sesungguhnya aku ini lebih mengetahui daripada kamu akan makrifat Allah dan aku lebih takut kepada-Nya daripada kamu; tetapi aku bangun, tidur, berpuasa, berbuka, menikah, dan sebagainya; semua itu adalah sunnah Barangsiapa yang tidak senang dengan sunnahku ini, maka ia tidak termasuk golonganku."

Kerananya, Islam melarang melakukan hal-hal yang berlebih-lebihan dan mengharuskan mengisi tiap-tiap waktu luang dengan hal-hal yang membawa manfaat, serta menghayati setiap bahagian dalam hidup ini.

Munculnya sufi-sufi di saat kaum Muslimin umumnya terpengaruh pada dunia yang datang kepada mereka, dan terbawa pada pola fikir yang mendasarkan semua masalah dengan pertimbangan logik. Hal itu terjadi setelah masuknya negara-negara lain di bawah kekuasaan mereka.

Berkembangnya ekonomi dan bertambahnya pendapatan masyarakat, mengakibatkan mereka terseret jauh dari apa yang dikehendaki oleh Islam yang sebenarnya (jauh dari tuntutan Islam).

Iman dan ilmu agama menjadi falsafah dan ilmu kalam (perdebatan); dan ramai dari ulama-ulama fiqih yang tidak lagi memperhatikan hakikat dari segi ibadat rohani. Mereka hanya memperhatikan dari segi lahirnya saja.

Sekarang ini, muncul golongan sufi yang dapat mengisi kekosongan pada jiwa masyarakat dengan akhlak dan sifat-sifat yang luhur serta ikhlas. Hakikat dari Islam dan iman, semuanya hampir menjadi perhatian dan kegiatan dari kaum sufi.

Mereka para tokoh sufi sangat berhati-hati dalam meniti jalan di atas garis yang telah ditetapkan oleh Al-Qur,an dan As-Sunnah. Bersih dari berbagai fikiran dan praktek yang menyimpang, baik dalam ibadat atau fikirannya.

Ramai orang yang masuk Islam kerana pengaruh mereka, ramai orang yang durhaka dan lalim kembali bertaubat kerana jasa mereka. Dan tidak sedikit yang mewariskan pada dunia Islam, yang berupa kekayaan besar dari peradaban dan ilmu, terutama di bidang makrifat, akhlak dan pengalaman-pengalaman di alam rohani, semua itu tidak dapat diingkari.

Tetapi, ramai pula di antara orang-orang sufi itu terlampau mendalami tasawuf hingga ada yang menyimpang dari jalan yang lurus dan mempraktikkan teori di luar Islam, ini yang dinamakan Sathahat orang-orang sufi; atau perasaan yang halus dijadikan sumber hukum mereka.

Pandangan mereka dalam masalah pendidikan, di antaranya ialah seorang murid di hadapan gurunya harus tunduk patuh ibarat mayat di tengah-tengah orang yang memandikannya.

Ramai dari golongan Ahlus Sunnah dan ulama salaf yang menjalankan tasawuf, sebagaimana diajarkan oleh Al-Qur'an; dan ramai pula yang berusaha meluruskan dan mempertimbangkannya dengan timbangan Al-Qur'an dan As-Sunnah. Di antaranya ialah Al-Imam Ibnul Qayyim yang menulis sebuah buku yang berjudul: "Madaarijus-Saalikin ilaa Manaazilus-Saairiin," yang ertinya "Tangga bagi Perjalanan Menuju ke Tempat Tujuan." Dalam buku tersebut diterangkan mengenai ilmu tasawuf, terutama di bidang akhlak, sebagaimana buku kecil karangan Syaikhul Islam Ismail Al-Harawi Al-Hanbali, yang menafsirkan dari Surah Al-Fatihah, "Iyyaaka na'budu waiyyaaka nastaiin."

Kitab tersebut adalah kitab yang paling baik bagi pembaca yang ingin mengetahui masalah tasawuf secara mendalam.

Sesungguhnya, tiap-tiap manusia boleh memakai pandangannya dan boleh tidak memakainya, kecuali ketetapan dan hukum-hukum dari kitab Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah saw. Kita dapat mengambil dari ilmu para sufi pada bahagian yang murni dan jelas, misalnya ketaatan kepada Allah swt, cinta kepada sesama makhluk, makrifat akan kekurangan yang ada pada diri sendiri, mengetahui tipu muslihat dari syaitan dan pencegahannya, serta perhatian mereka dalam meningkatkan jiwa ke tingkat yang murni.

Disamping itu, menjauhi hal-hal yang menyimpang dan terlampau berlebih-lebihan, sebagaimana diterangkan oleh tokoh sufi yang terkenal, iaitu Al-Imam Al-Ghazali. Melalui ulama ini, dapat kami ketahui tentang banyak hal, terutama ilmu akhlak, penyakit jiwa dan pengubatannya

SUMBER: FATWA QARDHAWI

Saturday, December 13, 2008

..siaPakah dZulkarnain itu??

Pertanyaan:

Di dalam Al-Qur'an diterangkan masalah Dzulqarnain, iaitu:

“Hingga apabila dia telah sampai pada tempat terbenam matahari, dia pun melihat matahari terbenam ke dalam laut yang berlumpur hitam, dan dia mendapati di situ (di laut itu) segolongan ummat. Kami berkata, 'Hai Dzulqarnain! Kamu boleh menyiksa mereka dan boleh berbuat kebaikan terhadap mereka'.” (Q.s. Al-Kahfi: 86).

Apakah yang dimaksud dengan matahari yang terbenam dalam mata air yang hitam?

Siapakah orang-orang yang didapati oleh Dzulkarnain?



Jawapan:

Kisah Dzulqarnain telah diterangkan dalam Al-Qur'an pada Surah Al-Kahfi, tetapi Al-Qur'an tidak menerangkan siapakah sebenarnya Dzulqarnain, siapakah orang-orang yang didapatinya, dan dimana tempat terbenam dan terbitnya matahari? Semua itu tidak diterangkan dalam Al-Qur'an secara rinci dan jelas, baik mengenai nama mahupun lokasinya, hal ini mengandungi hikmah dan hanya Allahlah yang mengetahui.

Tujuan dari kisah yang ada dalam Al-Qur'an, baik pada Surah Al-Kahfi mahupun lainnya, bukan sekadar memberi tahu hal-hal yang berkaitan dengan sejarah dan kejadiannya, tetapi tujuan utamanya ialah sebagai contoh dan pelajaran bagi manusia. Sebagaimana Allah swt. dalam firman-Nya:

“Sesungguhnyapada kisah-kisah mereka itu terdapat pelajaran bagi orang-orang yang berakal.” (Q.s.Yusuf: 111)

Kisah Dzulqarnain, mengandungi contoh seorang raja saleh yang diberi oleh Allah kekuasaan di bumi, yang meliputi Timur dan Barat. Semua manusia dan penguasa negara tunduk atas kekuasaannya, dia tetap pada pendiriannya sebagai seorang yang saleh, taat dan bertakwa. Sebagaimana diterangkan di bawah ini:

“Berkata Dzulqarnain, 'Adapun orang yang menganiaya, maka kelak Kami akan mengazabnya, kemudian dia dikembalikan kepada Tuhannya, lalu Tuhan mengazabnya dengan azab yang tiada taranya'.” (Q.s. Al-Kahfi: 87).

“Adapun orang yang beriman dan orang beramal saleh, maka baginya pahala yang terbaik sebagai balasan ...” (Q.s. Al-Kahfi: 88).

Jadi, apa yang diterangkan dalam Al-Qur'an, hanyalah mengenai perginya Dzulqarnain ke arah terbenamnya matahari, sehingga berada pada tempat yang paling jauh. Di situ diterangkan bahawa dia telah melihat matahari seakan-akan terbenam di mata air tersebut, saat terbenamnya. Sebenarnya, matahari itu tidak terbenam di laut, tetapi hanya bagi penglihatan kita saja yang seakan tampak matahari itu terbenam (jatuh) ke laut. Padahal matahari itu terbit menerangi wilayah (bangsa) lain.

Maksud dari ayat tersebut, bahawa Dzulqarnain telah sampai ke tempat paling jauh, seperti halnya matahari terbenam di mata air yang kotor (berlumpur) , yang disebutkan diatas. Begitu juga maksud dari ayat tersebut, Dzulqarnain telah sampai di tempat terjauh, iaitu terbitnya matahari dan sampai bertemu pula dengan kaum Ya'juj dan Ma'juj.

Dalam keadaan demikian, Dzulqarnain tetap pada pendiriannya semula, iaitu sebagai seorang raja yang adil dan kuat imannya, yang tidak dapat dipengaruhi oleh hal-hal yang dikuasai dan kekuasaannya diperkuatnya dengan misalnya membangun bendungan yang besar, yang terdiri dari bahan-bahan besi dan sebagainya. Di dunia ini beliau selalu berkata dan mengakui, bahawa segala yang diperolehnya sebagai kurnia dari Allah dan rahmat-Nya.

Firman Allah swt. dalam Al-Qur'an:

“Dzulqarnain berkata, 'Ini (bendungan atau benteng) adalah suatu rahmat dari Tuhanku, maka apabila sudah tiba janji Tuhanku, Dia pun menjadikannya rata dengan bumi (hancur lebur); dan janji Tuhanku itu adalah benar.” (Q.s. Al-Kahfi: 98).

Tujuan utama dari Al-Qur'an dalam huraian di atas ialah sebagai contoh, dimana seorang raja saleh yang diberi kekuasaan yang besar pada kesempatan yang luar biasa dan, kekuasaannya mencakup ke seluruh penjuru dunia di sekitar terbit dan terbenamnya matahari. Dalam keadaan demikian, Dzulqarnain tetap dalam kesalehan dan istiqamahnya tidak berubah.

Firman Allah swt.:

“Sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan di bumi dan Kami telah memberikan kepadanya (Dzulqarnain) jalan (untuk mencapai) segala sesuatu.” (Q.s. Al-Kahfi: 84).

Mengenai perincian dari masalah tersebut tidak diterangkan dalam Al-Qur'an dan As-Sunnah, misalnya waktu, tempat dan kaumnya, siapa sebenarnya mereka itu. Kerana tidak ada manfaatnya, maka sebaiknya kami berhenti pada hal-hal yang diterangkan saja. Jika bermanfaat, tentu hal-hal itu diterangkan dalam Al-Qur'an dan Sunnah Rasulullah saw.


SUMBER: FATWA QARDHAWI

Friday, December 5, 2008

....saLam aiDiladHa...

assaLamuaLaikum
kepada seMua pengunJuNg bloG iNni akhaFuLLah
pada lidah yang khilaf berbicara
pada hati yang salah menduga
pada akal yang salah mentafsir
pada tingkah yang salah lakunya
ampun dan maaf jua dipinta
saLam aidiladha
kullu 'am wa anTum bikhoir

...soLat dHuha..



Matahari telah meninggi, terik cahayanya pun mulai menyengat. jilatan panasnya seakan membakar wajah. Waktu dhuha telah tiba. Waktu untuk bekerja dan menunaikan kebutuhan. Meskipun beban risalah begitu berat seperti, menjamu duta-duta yang datang berkunjung, memberikan ta'lim (pengarahan) kepada para sahabat Radhiallaahu anhum serta menunaikan hak keluarga, namun beliau tidak pernah lupa beribadah kepada Allah.
Mu'adzah berkata: "Aku bertanya kepada 'Aisyah Radhiallaahu anha: "Apakah Rasulullah Shallallahu alaihi wasalam sering mengerjakan shalat Dhuha?" ia menjawab: "Tentu, beliau sering mengerjakan shalat Dhuha empat rakaat bahkan lebih dari itu seluang waktu yang diberikan Allah ." (HR. Muslim)
Bahkan Rasulullah juga mewasiatkan hal itu. Diriwayatkan dari Abu Hurairah Radhiallaahu anhu ia berkata:

Kekasihku (Rasulullah ) telah mewasiatkan kepadaku agar berpuasa tiga hari dalam setiap bulan, agar mengerjakan shalat duha dan agar aku mengerjakan shalat witir sebelum tidur." (Muttafaq 'alaih)

"Rasulullah saw. bersabda, 'Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi. Sebab tiap kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh orang lain agar melakukan amal kebaikan adalah sedekah, melarang orang lain agar tidak melakukan keburukan adalah sedekah. Dan sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat shalat dhuha.'"
(HR Ahmad, Muslim, dan Abu Dawud)