Bismillahirrahmanirrahim..
Semalam sempat mengemas kembali rak buku untuk menyusun bekalan buku-buku yang baru di bawa pulang dari lipis ($_$) fuhh! Lega terasa ..
Time mengemas, terjumpa kembali lukisan zaman kecik-kecik, sangat kelakar dan memang kalau sekarang melukis begitu, insya allah memang kena reject :p
Jika sahabat-sahabat berfikir kembali, zaman kanak-kanak, semua yang melukis, lebih kurang je gayanya. Bak kata seorang blogger ni…
1) kalau melukis mesti lukis ‘ rumah saya
2) kalau dah melukis rumah mesti rumah macam ni.
3) Pastu ada matahari ( ada yang pakai sunglasses, padahal dah nama matahari buat pe nak pakai
sunglasses lagi kan?
4) Ada sawah bendang ( konon tinggal kat kampung la biarpun rumah kita kat bandar hehe)
5) burung-burung berhuruf ‘ m ‘
6) kalau nak cantik lagi letak pokok yang daun merimbun macam rambut ronald mcdonald tuh.
zaman dulu-dulu kalau nak melukis, buku latihan jadi mangsa
lukis muka kawan baik sendiri, walaupun lukisan memang teruk sangat @_@ (adik tengok lukisan ni gelak sakan :P kalaulah asma tengok lukisan ni hehe)
ce tengok bahagian tayar kereta ni (=_=)” confirm accident kalau naik kereta ni hehe
Hakikatnya ingatan dan kenangan anak-anak inilah sebenarnya yang menjadi gambaran pegun sezaman dalam bentuk lukisan. Lukisan-lukisan mereka hari inilah yang akan menjadi perbandingan dan khazanah rakyat dalam tempoh sekurang-kurangnya 10 tahun dari sekarang dan kekal hingga bila-bila.. ($_$)
KENYATAAN
Tapi kebiasaannya apabila kita sudah dewasa, kebanyakan kita lupa zaman kanak-kanak sehinggalah kita terpandang kanak-kanak yang sedang menjalankan aktiviti seharian mereka. Samada semasa makan, minum, tidur, bermain atau semasa mereka bergaul sesama sebaya mereka. Kadangkala muncul juga refleksi kenangan kita yang mendambakan zaman kanak-kanak kita dengan ungkapan, zaman yang tidak perlu memikirkan tentang permasalahan hidup dan tanggungjawab diri.
Ada juga yang berpandangan negatif dan menolak kenyataan, seolah-olah mereka lahir hari ini dan terus dewasa keesokan harinya. Kemungkinan zaman kanak-kanak mereka kurang ceria, menyebabkan mereka membenci zaman kanak-kanak mereka dan tidak menyukai anak-anak. 'Ramai ibu bapa dari zaman sebelum merdeka sehingga selepas merdeka hari ini, lupa pada zaman kanak-kanak mereka yang sentiasa berharap diberi perhatian dan penghargaan oleh orang dewasa'. Mungkinkah kita salah seorang daripadanya?
Walau apapun, lukisan ialah satu aspek komunikasi mudah yang pernah di 'tunjukkan oleh orang zaman pra-sejarah/ zaman batu di dalam gua kediaman mereka' dan berupaya menceritakan pengalaman, kenangan dan apa jua yang terpendam jauh di sudut hati mereka. Lukisan hati inilah yang amat bernilai kepada kita semua hari ini dan hari akan datang.
Ni antara lukisan semasa di Kelas Lukisan, Perkampungan Kraftangan ketika berusia 16 tahun
Walau seteruk manapun lukisan seseorang kanak-kanak itu, namun sebenarnya lukisan kanak-kanak adalah lukisan diri kita, personaliti diri kita, persekitaran kita dan hubungan kita sesama kita manusia kerna mereka hanya akan melukis apa yang dipelajari dari kehidupan seharian mereka (>_<)
.
p/s: belajarlah dari kisah silam kita, pasti mengajar banyak makna..
Fi baiti Sakinah,
25 November 2011,
10.34 pagi.
4 comments:
salam. cantik lukisan tu.
waalaikmslm... subhanallah, dari Allah semua tu, syukran sudi singgah sini
As'salam..kagum dgn kebolehan anda..insyaAllah anda akan menjadi seorang ustazah hebat dan multi-function...ini adalah anugerah Allah untuk dirimu maka jangan sia-siakan kelebihan diri yang ada..teruskan.. :-)
waalaikmslm.. masya ALLAH..allahumma ameen..insyaALLAH, mudah2an, masih byk perlu belajar untuk mjd guru.
Post a Comment