Friday, April 3, 2009

keje bertangguh???

assalamualaikum
Alhamdulillah masa yang paling ana tunggu-tunggu dah tiba... apa tu? musim assignment .. kenapa ana ni suka sangat time2 assignment ni? ana pun tak pasti tetapi dari assignmentlah ana belajar banyak perkara. Teringat pula kenangan semester satu time bermulanya kehidupan sebagai guru pelatih di IPGM Tengku Ampuan Afzan ni. Time tu baru je masuk cini dan masih pokai poketku ini jadi memang susah betul nak wat assignment.. cuba anda bayangkan bagaimana ana menyiapkan assignment ana tanpa laptop.. susah r.. tapi ana tebalkan muka g pinjam ngan sahabiah.. disebabkan timbul kesedaran sebagai orang yang mempunyai kekurangan daripada orang lain.. jadi setiap kali dapat assignment terus gi cari bahan n draft secara kasar then hujung minggu bermulalah kehidupan dengan aktiviti tidak tidur malam.. yelakan sebab sedar diri tidak mempunyai laptop ana pun siapkan assignment dalam masa dua hari atau kurang dari itu... memang penat tapi memang satu KEPUASAN sebab apa? bila time orang lain bertungkus lumus wat assignment ana da goyang kaki... pengalaman-pengalaman.. bila teringat benda-benda camni kadang-kadang rasa sedih pun ada terutama bila assignment da siap then lepas tunjuk kt lecturer kena betulkan yang tu kena betulkan yang inila.. tu yang paling sedih sebab nak pinjam laptop sape plak sebab time tu masing-masing da sibuk nak wat assignment masing-masing.. jadi time tu pandai2la anis ye...
Jadi apa yang ana nak cuba share di sini janganlah kita ni suka menangguhkan kerja-kerja kita.. sebab bila keje da tertangguh maka bertimbun pula kejenya.. yela sebab da dapat keje2 yang len plak.. tapi hairan juga kenapa kadang-kadang orang itu dah menyesal dan timbul kesedaran konon2nya dah tak nak bertangguh lagi tapi bila tiba kerja tetap bertangguh... napela manusia ni suka sungguh bertangguh2 ni...ana pun hairanla... dan dari aspek kita sebagai seorang muslim kita harus sedar bahawa amanah yang kita ada terlalu banyak dari masa kita betul tak?... akhir kalam janganlah kita menjadikan masa dan amanah sebagai asbab mengapa bertangguhnya keje2 kita... hairan-hairan khalifah2 dulu pun lebih banyak amanah dari kita dan masa diorang pun 24jam juga tapi dapat laksanakan amanah yang diberikan dengan Berjaya... tapi kita??????

No comments: