Tuesday, May 26, 2009

alhamdulillah exam da habis tp diriku


alhamdulillah... lega rasanya bila da lepas last paper biar pun diri anis masih terseksa menanggung sakit akibat terjatuh di depan bilik sehingga menyebabkan anis tidak dapat studi.. alhamdulillah sebelum tu da studi jd hr exam hanya mengulang baca je... adui sakitnya allah je yang tahu.. habis pinggang n tulang belakang ni rasa memang da x mampu nk bangun pun... pape pun ini akibat tangki yang bocor depan bilik anis ni menyebabkan lantai licin dan berlumut biapun setiap hari terpaksa menolak air ke bawah supaya tak bertakung... da nasib badan pada 24 mei anis akan jatuh.. ni da masuk hari keempat tak sembuh2 agi.. nak jawab exam pun kejap ke kanan kejap ke kiri menanggung sakit... pape pun doakan anis cepat sembuh ye... x tahan da menanggung derita... x dpat nak menulis panjang kali ni... k, jumpa lagi ye...

::Hari terbuka AMAL [reunion maaHad]::


kata imam hassan al banna
"kita bina kekuatan islam dengan senjata kasih sayang"
salam kepada semua
dijemput semua x MMP, MML dan MMPP
untuk hadir ke Hari Terbuka Amal

TEMPAT:
Maahad Muhammadi Lelaki

TARIKH:
5 DAN 6 JUN

TENTATIF:
5 JUN: PERASMIAN BESERTA KONSERT UNIC
6 JUN : FAMILY DAY AMAL[ SEMUA BATCH , UNIC PUN ADA]
=GAME:FUTSAL, SUKANEKA=

SILA DAFTAR/BAGI RESPON
NAMA,BATCH SPM N NAMA SEKOLAH KEPADA:
BRO FAISAL: 0139932169
SIS ARIJAN: 0133112457

SELEWATNYA 1 JUN

SILA SEBARKAN PADA RAKAN2 YE.. KITA PAKAT KUMPUL RAMAI2 YE
[^_^]

Wednesday, May 20, 2009

exam lg...



final exam untuk sem ni.. emm ada empat paper lagi... mudah-mudahan semua dapat wat terbaik ye.. anis doakan yang terbaik untuk diri anis n sahabat, sahabiah...

19 mei : paper english language
19 mei : arabic
25 mei : pengajian islam 1
26 mei : pengajian islam 2

wat terbaik ye anis.. moga2 kejayaan milik bersama.. amiin\

"Bismillahirrahmanirrahim..Ya Allah..berikanlah aku kesempataN waKtu untuk meMohon kePadaMu..AnuGeraHkan aku kejaYaan dalam HidUpku..aNugerahkan kejaYaan kepada teMan-teManku..Jangan ada antaRa kami sedihnya sendiRian dan juGa kepadaku..andai telah tertulis di luhmaHfuz akan keGagalanku maKa uBahlah meNjadi kejaYaan..EnGkau yang Maha Agung..muDah-mudahan keJayaan di Dunia dan aKhirat jadi miLik kami..AMIN.."

selamat Hari guru

"hak guru lebih agung dari hak ibu bapa, sebab orang tua penyebab adanya kita sekarang dan kehidupan yang fana'.sementara guru adalah penyebab hidup yang kekal. Jika tiada guru nescaya dan diarahkan oleh orang tua akan celaka selamanya" -imam Ghazali.



SELAMAT HARI GURU...
inilah tahun pertama anis bergelar guru walaupaun baru memikul gelaran guru pelatih namun ana sudah mula mengajar anak-anak lecturer di kelas Jauhari setiap hujung minggu. Mmemang betul... tugas seorang guru amat berat dan bukan semudah yang disangka.Terharu rasanya mendapat ucapan hari guru yang pertama dalam hidup anis daripada lecturer tercinta Madam 'Amilin.." Happy teacher's day, madam". time tu anis sedang membahagi2 haidah sempena hari guru. maklumla Penolong ketua unit [penolong kelas kiranya]"Happy teacher's day to u too"... terharu sangat time tu... da jadi cikgu rupanya anis ni... apa-apa pun pengalaman sepanjang menjadi guru pelatih pun da macam2 ada pahit ada manisnya.. semoga terus tabah untuk jadi guru
ye..



untuk cikgu2 anis

terima kasih cikgu yang mengajarku membaca
Terima kasih cikgu yang mengajarku menulis
Terima kasih cikgu yang mengajarku melukis
Terima kasih cikgu yang mengajarku mewarna
Terima kasih cikgu yang mengajarku mengira
Terima kasih guru yang mengajarku erti hidup
Terima kasih guru yang mengajarku mengenal diri

Terima kasih guru terawal – ibu dan ayah
Terima kasih guru muqaddam
Terima kasih guru tadika
Terima kasih cikgu sekolah
Terima kasih pensyarah
Terima kasih guru sejati

Jasamu akan tetap ku kenang hingga ke akhir hayat ini

Terima kasih, selamat hari guru~

Saturday, May 9, 2009

al-Fatihah


buat pengetahuan semua cikgu zainon [Maahad muhammadi Perempuan]sudah kembali kerahmatullah jumaat, 8 mei 2009 al-fatihah buat beliau... moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.... amin...

Friday, May 1, 2009

=what's our excuSe??=


salam alaik..
sudah lama tdk plg ke umah.. jd kesempatan 1 mei ni ana amek untuk pulang.. hajatnya nak beli tiket kul 1.30 petang 30 april tapi memandang kelas untuk hari khamis tamat kul 1.30ptg jd terpaksala beli tiket kul 3 pagi.. tapi bukan ana yang belikan biasanya sahabat yang tlg belikan.. ana akur je yang penting dapat balik... bertolak dari asrama dalam kul 1.30 pg namun harapan untuk naik train tepat pada masanya memang hancur.. hampir sejam menunggu pada jam 4.00 Pagi barulah train yang dinanti-nanti tiba memang perasaan pada masa itu tidak dapat digambarkan dengan mengantuknya, penat dan sedikit kesal dengan kelewatan train tiba dari waktu yang sepatutnya.. sebaik sahaja melabuhkan punggung di atas kerusi mata ana terus terlelap tup-tup dah kul 6 pagi.. masa untuk solat...erm nila fokus topik ana pada hari ini sebenarnya.. keadaan train yang terlalu penuh dengan penumpang lantaran ramai yang naik tanpa tiket [lompat train] menyebabkan laluan di antara kerusi [kt tgh2 tu] penuh ngan penumpang yang bergelimpangan tidurnya.. satu cabaran buat ana n sahabiah nk g amek wudhu' sebab kebanyakan yang kt tgh tu lelaki.. jd kami kuatkan semangat akhirnya tiba di toilet.. cabaran nak amek wudhu' dalam train pun satu masalah dengan train yang bergerak n bergoncang2 hampir basah baju ana di buatnya...



jam menunjukkan waktu hampir 6.30pg barulah ana selesai mengambil wudhu' dan mahu menunaikan solat subuh... alhamdulillah sejujurnya inilah pengalaman pertama ana sembahyang di atas train.. caranya ana rasa semo tlh maklum.. sebenarnya kebetulan ketika amali fiqh ibadah ana turut belajat ttg solat atas kenderaan jd berasa cukup bersyukur dapat praktikkan apa yang dipelajari.. namun teramat-amat sedih melihat ramai..terlalu ramai yang masih hanyut dalam mimpi mereka sedangkan waktu subuh sudah kuar dari waktunya... ketika itu dapatlah ana melihat realiti umat islam pada hari ini yang tidak solat...subuh hanya dua rakaat malah telah diberi rukhsah untuk menunaikannya dalam keadaan duduk.. klu yang perempuan ana fhm kemungkinan2nya tp bg yang lelaki...sedih sangat2 bila ana mengenangkan umat islam yang berada di atas train.. tu moga allah memberi keampunan dan hidayahnya kepada mereka...

uJiaN amaLi


assalamualaikum...alhamdulillah 2 minggu ujian amali sudah berlalu... lega rasanya...kalau semester 1 ana dan sahabat2 terpaksa menjalani ujian amali TARANNUM AL-QURAN Dan BAHASA ARAB..semester ini ada TIGA UJIAN AMALI, AMALI HAFAZAN [JUZ AMMA DAN 6 SURAH PILIHAN], AMALI FIQH IBADAH DAN AMALI BAHASA ARAB. Teringat lagi ketika semester 1..nervous betul nk amali tarannum... tapi Alhamdulillah bila melangkahkan kaki kanan ke bilik ujian..semua perasaan itu tiba-tiba hilang... semester ini lebih tenang dan bersedia rasanya walaupun tetiba je mendapat berita daripada Ketua Unit ana bahawa ujian fiqh ibadah pun akan dijalankan serentak dgn ujian hafazan.,. memang terkejut sangat-sangat sebab da terlewat sangat dimaklumkan.. tapi Alhamdulillah juga semuanya telah dipermudahkan oleh Allah s.w.t.. hanya study sepintas lalu je tapi amalinya tidak sesuah yang disangka..
sehabisnya ujian amali hati masih tak tenang..mana tidaknya MUET pada sabtu minggu lepas juga.. paling sedih keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan menyebabkan ana tidak dapat study pape juz membelek-belek sepintas lalu.. time tu terasa nikmatnya klu sihat. Tapi Alhamdulillah pada keesokan harinya soalan MUET untuk kali ini agak mudah..semoga resultnya juga cemerlang gak.. amiin..



‘ala kulli hal musim asgmnt da nk habis... ingatkan boleh relaks minggu ni memandangkan hari pekerja jadi 1 mei cuti...betul-betul da set dalam kepala nak rehat je minggu ni selepas 2 minggu tanpa rehat dihujung minggu lantaran terlibat ngan Kursus Imam dan Bilal [jd FC] n Tamrin Naqibat pada minggu pertama manakala minggu kedua tu terlibat ngan exam MUET dan Gotong-royong PERDANA manakala minggu-minggu sebelumnya berturut-turut mengajar Kleas Fardhu Ain Jauhari sama ada memang giliran ana ataupun menggantikan sahabiah yang tidak dapat mengajar kerna ada musyaqqah.. namun hari rabu baru-baru ni tetiba je dapat asgnmnt English Language Academic dan terpaksa hantar pada hari isnin ni..jadi masanya tidak sampai 2 minggu kerna kebiasaannya asgnmnt diberi tempoh 2 minggu... tapi bersabar jela ye anis... ujian2.. nanti bulan 6 ni rehatla puas2.. okla setakat tu dahulu coretan daripada ana..assalamualaikum..;