Saturday, January 30, 2010

::(~~)::


bismillahirrahmanirrahim...

dilema sebuah persoalan
kata hati bukan pasti
pentunjuk ilahi pasti dambaan hati
turutkan nafsu hidupku buntu
turutkan iman hidup pasti tenteram...
moga nur iman menjadi penyuluh jalan
agar suatu hari ku bisa benar2 memandang
hidup ini hanya sebuah ujian
penuh penipuan
akhirat jua...
kebahagiaan yang penuh kemanisan...


.........................................................................................................

Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu.
QS. al-Hadid (57) : 20

Berlomba-lombalah kamu kepada (mendapatkan) ampunan dari Tuhanmu dan surga yang luasnya seluas langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. Itulah karunia Allah, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah mempunyai karunia yang besar.
QS. al-Hadid (57) : 21

Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
QS. al-Hadid (57) : 22

(Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri,
QS. al-Hadid (57) : 23


::faKta tentang haiwan ::


Semut boleh mengangkat 50 kali ganda dan menarik 30 kali ganda dari berat badannya.


Kelawar selalunya membeluk ke kiri apabila keluar dari gua.

Hanya .016 mg toksin yang dikeluarkan oleh "Poison Frog" (katak beracun) boleh membunuh 180-paun manusia

Seekor lebah perlu menghisap 4,000 kuntum bunga untuk mendapatkan satu sudu besar madu.


Kambing mempunyai anak mata yang berbentuk segi empat tepat.


Burung unta mempunyai kaki yang terpanjang. Kakinya boleh mencapai sepanjang 1.3m.


**** betina selalunya mempunyai bilangan puting yang bernombor genap, dan selalunya dua belas.


Lebih 10,000 ekor burung mati setahun kerana merempuh tingkap.


Ayam jantan tidak boleh berkokok jika ia tidak memanjangkan tengkuk sepenuhnya.


Seekor zirafah boleh mencuci telinganya dengan menggunakan lidahnya yang panjang 21 inci.


Semua gajah berjalan berjengkit-jengkit kerana bahagian belakang kakinya dibuat daripada lemak dan tidak bertulang.


Itik yang berada di luar kumpulan tidur dengan sebelah mata terbuka tetapi yang berada di tengah pula dengan penuh yakin menutup kedua-dua belah mata.


Anjing mempunyai 100 ekspresi muka yang berbeza, kebanyakannya dibuat dengan menggunakan telinga. Malangnya baka 'bulldog' dan 'pit bulls' cuma ada 10. Oleh itu, mereka mudah disalah interpretasi oleh anjing-anjing lain menyebabkan.


Seekor lembu betina boleh mengeluarkan lebih kurang 200,000 gelas susu semasa hayatnya


Seekor lembu betina boleh mengeluarkan lebih kurang 200,000 gelas susu semasa hayatnya


Seekor kucing boleh berlari kira-kira 20 kilometer sejam (12 batu sejam) apabila ia matang. Tetapi yang ini tidak akan ke mana hari ini - terlalu malas !




Diet Panda ialah 99% buluh.


Deria rasa rama-rama di kaki belakangnya.


Sekiranya ekor kangaroo diangkat, ia tidak boleh melompat sebab ekornya berfungsi untuk mengimbangkannya.


Haiwan darat yang paling pantas di dunia ialah cheetah. Kelajuan yang boleh dicapainya ialah 60-70 batu per jam (110 km/jam).


Cengkadak hanya mempunyai satu telinga.


Hanya nyamuk betina yang akan gigit kerana protin dari darah diperlukan untuk pengeluaran telur.


Gigi tupai akan tumbuh berterusan. Gigi kacipnya boleh tumbuh sepanjang enam inci setahun, tapi masih pendik kerana penggunaan yang kerap.


Kelenjar di kaki rusa akan meninggalkan bau di jejak yang dilaluinya dan akan membantu mereka berkomunikasi diantara satu sama lain.


Tidak ada 2 ekor zebra yang mempunyai tanda yang sama.


Labah-labah mempunyai hidung dikaki yang boleh mengesan bau yang berkemungkinan mangsa, pemangsa atau pasangannya.


Ular tedung berleher hitam boleh menyemburkan bisa ke musuh sehingga sejauh 2.5m(8 kaki).


Seekor bebiri dewasa boleh menyimpan sehingga 2 liter air ubat kutu selepas mandi kutu


Seekor bebiri dewasa boleh menyimpan sehingga 2 liter air ubat kutu selepas mandi kutu

Cimpanzi boleh belajar mengenali dirinya di cermin tetapi monyet tidah boleh berbuat demikian.


Cimpanzi boleh belajar mengenali dirinya di cermin tetapi monyet tidah boleh berbuat demikian.


Siput mengeluarkan cecair tanpa warna dan melekit yang bertindak sebagai pelapik dibawahnya semasa ia bergerak. Cecair ini begitu efektif sehingga membolehkan mereka merangkak di mata pisau tajam dan tidak melukakan mereka.


Siput mengeluarkan cecair tanpa warna dan melekit yang bertindak sebagai pelapik dibawahnya semasa ia bergerak. Cecair ini begitu efektif sehingga membolehkan mereka merangkak di mata pisau tajam dan tidak melukakan mereka.


Belalang boleh melompat sejauh 40 kali ganda panjang badannya.


Burung hantu mempunyai bola mata yang berbentuk tiub. Oleh itu mereka tidak boleh mengerakkan mata mereka. Untuk melihat sekeliling mereka terpaksa mengerakkan keseluruhan kepala.


Ada tapak sulaiman yang tidak perlu pasangan untuk membiak malah mereka boleh pecah kepada dua dan "tangan" yang baru akan tumbuh.


Lalat mempunyai 4000 kanta di setiap matanya.


Terdapat beberapa ekor singa yang boleh mengawan lebih dari 50 kali sehari.


Tanduk badak sumbu dibuat dari bulu yang dipadatkan.


Satu set gigi ikan yu boleh tumbuh dalam masa satu minggu!


Penyu dan kura-kura mempunyai kulit pelindung keras yang dibuat dari 59-61 tulang. Seperti tulang kita, kulit ini merupakan sebahagian dari rangka .


Sistem penghadaman arnab adalah unik. Ia akan berehat dalam lubang tanah selepas makan dan kemudian mengeluarkan najis lembut yang terjadi dari makanan yang separa hadam. Arnab akan makan najis tersebut untuk mendapat khasiat nya. Kemudian ia akan mengeluarkan najis berbiji-biji keras di luar lubang tanah.


Gigi tikus adalah seperti mata pisau kerana ia boleh mengunyah semua benda malah konkrit dan juga besi.


Makanan permulaan anak buaya mengandungi beberapa biji batu. Para saintis berpendapat batu ini sebagai pemberat yang membantu supaya dalam keadaan tegak semasa berenang dan/atau kisar makanan semasa penghadaman .


Burung belatuk boleh mencatuk dua puluh kali dalam masa satu saat..


Lipas boleh hidup selama sembilan hari tanpa kepala sebelum ia mati kelaparan.


Harimau bukan hanya mempunyai bulu yang berbelang malahan kulit nya juga berbelang

Burung penguin jantan akan mengeram sebiji telur yang ditelurkan oleh pasangannya, Semasa tempoh dua bulan ia tidak makan dan akan hilang 40% dari berat badannya

Kumpulan angsa akan berjalan dalam garisan panjang, terbang dalam bentuk V. Semasa seekor angsa mengepak ini akan meningkatkan daya untuk lain yang mengikut, malah lebih 70% daya penerbangan jika dibandingkan terbang bersendirian.


Manusia mempunyai lebih kurang 600 otot; tapi ulat bulu ada lebih 4,000!! Hairan tak?

Ikan lumba-lumba perlu sedar semasa bernafas oleh itu mereka tidak boleh tidur nyenyak kerana ini boleh menyebabkan mati lemas. Mereka telah "menyelesaikan" masalah ini dengan hanya sebahagian dari otaknya yang tidur.


Landak diahirkan bogel dan "duri" di badannya terdapat dibawah kulit dan akan bertunas dalam masa 36 jam.


Ekor monyet membantunya untuk imbangan.


"Skunk" boleh mengeluarkan bau yang busuknya itu sejauh 10 kaki.


Ikan emas akan akhirnya bertukar warna putih jika diletakkan di dalam bilik yang gelap.

Sotong mempunyai tiga jantung.


Bau merupakan cara komunikasi yang utama untuk musang. Ekor yang berbulu lebat dan besar (berus) membantu untuk menyebarkan bau di kawasan sekeliling! Apabila musang keletihan baunya akan kurang.Bila tidur tiada bau yang keluar.


Bau merupakan cara komunikasi yang utama untuk musang. Ekor yang berbulu lebat dan besar (berus) membantu untuk menyebarkan bau di kawasan sekeliling! Apabila musang keletihan baunya akan kurang.Bila tidur tiada bau yang keluar.


Burung bangau bukan dilahirkan warna merah muda. Warna diperolehi dari makanan yang mengandungi pewarna "carotenoids". Boleh mengambil masa sehingga 3 tahun untuk anak bangau bertukar dari kelabu ke warna merah muda.


Burung bangau bukan dilahirkan warna merah muda. Warna diperolehi dari makanan yang mengandungi pewarna "carotenoids". Boleh mengambil masa sehingga 3 tahun untuk anak bangau bertukar dari kelabu ke warna merah muda.





Ketam terkenal berjalan dari sisi!


Kuda tidak boleh bernafas melalui mulut mereka.


Hanya unta simpan kebanyakan lemaknya di dalam bonggol. Jika makanan , sukar dicari lemak ini akan memberi tenaga. Apabila lapar bonggol akan mengecut, kadang-kadang jatuh dan mengendur ke tepi. Selepas beberapa minggu rehat dan makan, ia akan menjadi kental dan berisi semula. Ianya bukan tempat menyimpan air seperti anggapan orangramai


Tiram boleh bertukar dari satu jantina ke jantina yang lain dan bertukar balik bergantung kepada jantina yang paling baik untuk mengawan.


Penglihatan "moose" (rusa besar) tidak baik dan mereka bergantung kepada deria bau yang tajam


Cahaya kunang-kunang adalah cahaya yang sejuk dan tidak mengeluarkan haba . Untuk perbandingan, mentol elektrik yang biasa mengeluarkan 10% tenaga untuk cahaya manakala 90% pembaziran haba


Kebanyakan hamster kerdip hanya satu mata pada satu masa.


Anjing laut boleh menyelam sehingga 1,000 kaki dalam. Semasa menyelam, degupan jantung diperlahankan ke 4-15 degupan seminit.Dengan cara ini oksigen digunakan lebih perlahan oleh itu ia boleh berada di dalam air lebih dari 30 minit


Burung kakak tua tidak boleh bercakap. Ia cuma suka mengajuk/meniru bunyi siulan dan kata-kata .


Beruang kutub tidak boleh di kesan oleh camera inframerah kerana bulunya lut sinar.

Burung kiwi adalah buta oleh itu mereka memburu dengan menggunakan deria bau.

Sumpah-sumpah terkenal kerana berkebolehan menukar warna kulit mengikut tempat ia berada. Warnanya dikawal oleh hormon yang akan mempengaruhi pigmen kulit.


Kala jengking pendarfluor di bawah cahaya ultraungu dan ini memudahkan para saintis mencari nya di lapangan. Pendarfluor ini dianggap menjadi sebagai mekanisma yang sensitif ultraungu dan ini menghindarkan kalajengking dari merosakkan paras cahaya.





Koala bukan beruang. Ianya tidak ada kaitan langsung dengan beruang tetapi berkaitan dengan kanggaru dan wombat. Alasan mereka dipanggil beruang kaola kerana rupanya seperti beruang teddy.


Jika anda memberi gula kiub kepada rakun , ia akan cuba membersihnya (kerana rakun membersih semua makanannya sebelum makan). Ia akan membersihnya berkali-kali sehingga akhirnya gula kiub tersebut larut.


Mamalia yang terbesar di dunia ialah ikan paus biru Beratnya 50 tan semasa dilahirkan, mempunyai jantung saiz sebuah kereta kecil dan lidah sepanjang seekor gajah. Bila dah dewasa, berat badan nya sebanyak 150 tan (sama berat dengan 30 ekor gajah!!)


Ayam Belanda menghidap penyakit jantung. Tentera Udara Amerika sedang menjalankan ujian batasan bunyi dan ayam belanda yang berdekatan mati disebabkan serangan penyakit ini.


Kumbang kura-kura "mengeluarkan darah" kerana melindungi diri dari pemangsa. "Darah" mereka mengandungi bahan kimia yang dibenci atau membawa maut kepada pemangsa.


Feret betina akan mati jika ia tidak jumpa pasangannya apabila ia datang berahi.


Tikus mondok ialah binatang kecil yang suka mengorek lubang terowong dalam tanah dan meninggalkan longgokan tanah di jejak mereka. Mereka boleh mengorek terowong tanah sedalam 300 kaki sehari.

Gigi beaver terlalu tajam dan puak orang asli Amerika pernah menggunakannya sebagai mata pisau .


Salah satu sifat walrus ialah mempunyai sepasang gading panjang, (40cm) yang sebenarnya gigi taring yang akan tumbuh berterusan. Ianya bukan sahaja sebagai daya penarik tetapi untuk menunjukkan sifat agresif/dominans dan sebagai lubang penafasan di dalam ais. Berbeza dari kepercayaan biasa yang mengatakan ianya digunakan untuk menggorek makanan .


Kedudukan mata keldai di kepalanya membolehkan ia melihat kesemua empat kakinya setiap masa.


Tulang-tulang burung merpati lebih ringan daripada bulunya.


Burung gagak berkebolehan untuk mengesan masalah. Ia cepat mengetahui bahawa kereta yang bergerak tidak merbahaya kecuali apabila pemandunya keluar dan ia akan terbang pantas. Di kawasan ia selalu diburu , ia tahu membezakan diantara pemburu yang bersenjata dan peladang dengan peralatannya.



Secara harfiah kita boleh menghipnosis seekor ayam dengan memegangnya dan kemudian melukis satu garisan di atas tanah berkali-kali. Ayam tersebut akan berada di tempat tersebut selama mana yang kita kehendaki.


Bebiri akan berbunyi baa kambing berbunyi maa. Sesungguhnya , suara mereka berbeza.

Seekor siput mempunyai 25000 gigi, betul bacaan anda tadi dua puluh lima ribu.


Tikus boleh jatuh menegak setinggi 12 kaki tanpa cedera. Tikus boleh melompat sehingga 12 inci.


Ada cacing pita akan makan diri sendiri jika tidak dapat mencari bekalan makanan.

Burung helang boleh membunuh anak rusa dan kemudian membawanya terbang .


Beruang dewasa boleh berlari sepantas seekor kuda.


Istilah ‘Black Panther’ selalu digunakan untuk mengaitkannya dengan kucing hitam yang besar - tetapi sebenarnya tiada spesis kucing liar yang khusus yang dipanggil "Black Panther". Oleh itu ianya berkemungkinan seekor "Leopard" atau pun "Jaguar" yang mempunyai kulit dan pigmen bulu yang hitam .


Seekor cicak kecil boleh memanjat dinding yang tegak, melekat dengan badan terbalik atau melekap atas kaca yang di bergilap tanpa perlu menyedut, guna cairan melekit, kuasa elektrostatik atau geseran . Malah cicak menggunakan bulu di kakinya dan pergerakan "peeling" untuk membentuk "intermolecular bonds" dengan permukaan dimana ianya

.

Paruh platypus tidak seperti paruh burung -- ia adalah tulang rawan yang lembut dan mudah lentur -- serupa seperti hidung kita!


Hanya satu haiwan selain manusia yang boleh kena selaran matahari iaitu ****.


Komodo Dragons adalah cicak yang paling besar di dunia dan ia boleh makan separuh dari berat badannya.


Gajah menghabiskan kira-kira 75% dari masanya untuk makan. Ia makan 200kg sehari dan mengeluarkan kira-kira 100kg najis.


Kuek itik tidak bergema.


Gigi ketam terletak di dalam perutnya.


Tanggapan yang mengatakan anjing dan kucing adalah musuh yang semula jadi (seperti pepatah ,” bergaduh seperti anjing dan kucing") adalah pernyataan yang berlebih-lebih, malah adalah tidak benar. Secara am, anjing dan kucing boleh berkawan lebih baik dari kucing dan kucing atau anjing dan anjing.


Merpati dua sejoli adalah burung bayan yang kecil yang hidup berpasangan. Rupa jantan dan betina adalah lebih kurang sama tetapi kebanyakan jantan mempunyai warna yang lebih terang dari betina.


Merpati dua sejoli adalah burung bayan yang kecil yang hidup berpasangan. Rupa jantan dan betina adalah lebih kurang sama tetapi kebanyakan jantan mempunyai warna yang lebih terang dari betina.


Anai-anai Australia dikenali kerana boleh membina anak bukit setinggi dua puluh kaki dan lebarnya pula lebih kurang 100 kaki.


Arnab suka likuoris.

Penguin mengawan hanya dua kali setahun

psss://ini adalah fakta yang benar..........

Tuesday, January 26, 2010

::beLaian ibu::

Belaian Ibu
Album : Damai
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
Oh ibu

Di bahumu tergalas beban
Perjalananmu penuh rintangan
Kau titipkan kasih sayang
Sejujur pengorbanan
Tak ku nafikan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan

Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan
Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu
Oh? Ibu

miss u sO much mom..homesick.. (T_T)

HOMESICK



bIsmillahirrahmaniRRahim...

emmm tetiba jer anis rasa rindu sangat kat mak,abah n adik beradik...rasa nak peluk mak.. macam budak2 pula kan..homesick...tetiba berderai air mata ni sebab rasa rindu yang membungkam dijiwa ni kuat sangat n sakit plak tu...x tau macam mana nak menghuraikan rasa rindu...moga2 masih ada peluang untuk anis berjumpa dengan mak abah n family jika dipanjangkan usia..heee jiwang la plak... tapi memang rindu betul ni.... ana musytaq ila ummi wa abi....musytaq jiddan2... (T_T)..

CORETAN HATI 26 JANUARI 2010

takziah tie..

salam takziah buat sahabatku

buat sahabatku tie..salam takziah atas pemergian bapa saudara tersayang.. memang x dapat menafikan kadangkala kenangan bersama orang tersayang memang menyebabkan deraian air mata x dpt dihentikan dari terus mengalir..pesanku iringi pemergiannya dengan doa agar kebahagiaan hakiki membuatnya terus senang di sana bersama org2 beriman...

psss://dahla nangisnya..nnti x comel da...banyakkan doa ea..

15 jaNuARI itu...



alhamdulillah pada 15 januari 2010 lalu genap umurku 20 tahun... makin meniti usia makin banyak tanggungjawab dan amanah yang perlu ku pikul hari-hari yang mendatang pasti banyak dugaan dan cabaran...sem ini anis pun makin tenang melaluinya... walau kejutan semester pertama ijazah ini membuatkan anis terfikir mampukah anis memikul amanah sebagai seorang guru lantaran terlalu banyak kelemahan ... 3 semester yang lalu alhamdulillah kejayaan sentiasa mengiringiku mungkin ini hikmah dari yang maha esa...atau ini juga mungkin ujian buat diriku.... doaku semoga diri ini semakin matang, semakin tabah, semakin sabar dalam mengharungi kehidupan ini..semoga bahagia, sakinah dan rahmat dari allah sentiasa mengiringi perjalanan hidupku...
setinggi2 kesyukuran aku panjatkan ke hadrat pencipta diri ini yang masih sudi meminjamkan helaan nafasku ini dan memberiku peluang untuk merasai nikmat iman dan islam ini...

terima kasih juga anis ucapkan pada ibubapa yang tersayang yang sanggup bersabar memeliharaku sejak aku masih kecil..terlalu banyak karenah anakmu ini rasanya yang kadangkala mungkin menghiris perasaan insan yang aku sayangi yang sanggup berkorban apa sahaja untukku... 20 tahun bukan masa yang singkat rasanya untuk menatang aku bagai minyak yang penuh...aku sendiri tidak pasti adakah aku mampu menjadi sebaik kalian kelak..yang terlalu besar kesabaran dalam membesarkan aku....

terima kasih juga kepada kakak, abang dan adik2 tercinta yang sanggup menyayangiku dan sanggup berkongsi rasa denganku...dan sanggup bersabar dengan sikap dan karenahku...
terima kasih buat guru2ku yang tersayang yang sanggup berkongsi ilmu dan sentiasa memberiku inspirasi untuk terus melakar kejayaan sedari kecil lagi...

terima kasih juga buat sahabat2ku kerana kehidupan bersama kalian membuatkan aku tersedar erti sebuah kehidupan dan membuatkan aku makin berhati2 dalam meniti hidup ini... membuatkan aku belajar banyak pengalaman bagaimana menempuhi hidup tanpa orang tersayang.... memberiku semangat untuk terus tetap di jalan perjuangan ini ...membuatkan aku terus setia menjadi sahabat yang terbaik buat semua....

....semoga allah merahmati kalian....amin....

sYukran mak,abah,akak,abe,ain,asyraf,danial,ima,fida,shepah,kak lina,atiq n y len2 atas hadiahnya..












....heee mak, acik pakai dah pakai nih...

p/s: sanah helwah kepada rumate tersayang, ima...moga rabitah hati ini terus terikat utuh ... moga kasih allah sentiasa bersamamu....kenangan bersamamu m507,m403,m326...

CORETAN HATI 20 JANUARI 2010

::bersaBarlah adik::

salam takziah buat adik shafida atas kematian ibu tercinta pada 12 januari yang lalu kerana kanser...doaku semoga allah menempatkan ibu adik bersama orang-orang beriman dan mengampuni dosa2 ibu adik... la tahzan ma’akillah ya ukhti... semoga ujian ini menjadikan dirimu semakin tabah menghadapi hari2 tanpa insan tersayang... ingatlah bahawa allah menyayangi ibu adik dan allah pasti memelihara ibu adik...

Wednesday, January 6, 2010

::syukur nikmat::

bismillahirrahmanirrahim

lama benar rasanya anis tidak melakar coretan sejak sampai ke bumi afzan ini..
rindu rasanya utk mencoret sesuatu...
alhmdulillah juga kerna keputusan peperiksaan pun da diumumkan
walaupun belum secara rasmi namun anis cukup bersyukur..lebih2 lagi selepas melalui tahun 2009 y cukup menyukarkan, kejayaan dalam setiap kali peperiksaan seolah2 hadiah daripada allah di atas kesabaran...mungkin..atau juga mgkn ujian daripada allah... wallahua'lam biss0wab...

lagipun setiap manusia yang ingin berjaya akan diuji dengan pelbagai dugaan.

Allah swt sendiri ada menyentuh di dalam Surah Al-Insyirah: 5-6

Oleh itu maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.(sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.”

Setiap yang berlaku juga ada hikmah disebaliknya.

…dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedangkan ia lebih baik bagimu dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedang is melarat kepadamu. Allah mengetahui, tetapi kamu tiada mengetahui”-surah Al-Baqarah ayat 216

anis juga teringat pada satu ayat al-quran yang anis pelajari time f0rm4 dulu... sesungguhnya allah berfirman y berbunyi:

"..katakanlah,wahai hamba-hambaku yang melampaui batas hadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat allah. sesungguhnya Allah mengampuni d0sa-dosa semuanya.sesungguhnya Dialah y maha pengampun lagi maha penyayang
-az-zumar:53


kejayaan sebahagian warna-warna kehidupan
kejayaan seringkali mewarnai hidup
kejayaan warnanya cerah dan menarik
kejayaan adalah satu anugerah Illahi
namun bukan semua kejayaan di dunia baik bagi manusia
kejayaan hakiki adalah di akhirat


warna merah, kejayaan dengan keberanian jiwa
warna hijau, kejayaan dengan kebenaran yang hakiki
warna kuning, kejayaan dengan pengaruh pangkat dan kuasa
warna putih, kejayaan dengan kesucian hati
warna biru, kejayaan dengan kelembutan bicara sopan mesra
warna merah jambu, kejayaan dengan kemanjaan
warna hitam, kejayaan dengan helah dan tipu daya
warna unggu, kejayaan dengan kepura-puraan

kejayaan sering kali menyusul selepas kegagalan
kegagalan juga kadang-kadang menjenguk selepas kejayaan
bila kita alpa ...
namun kejayaan tidak datang bergolek
tidak terbang melayang


psss:tahniah sahabat2ku..teruskan melakar kejayaan di dunia ijazah ini... all the best..

Friday, January 1, 2010

::da....beratnya::

bismillahirrahmanirrahim...

saat demi saat
terlalu pantas menyusur waktu..
meninggalkan jejak-jejak semalam..
detik yang indah pasti ku kenang..
saat bersenang lenang..
di waktu cuti nan lapang
kini semester baru bertandang..
saat untuk melakar gemilang
demi sebuah impian
moga terikat dengan keikhlasan...
pasti terukir sebuah senyuman



"ya tuhan kami,berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari azab neraka"
al-baQarah 2:201


"bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu yang menciptakan
al-alaq 1


i.allah..4 pagi 3 januari ni anis bakal menaiki tren menuju ke kampus tercinta..

d0akan anis ye.. (^-^)

walau berat ku rasakan

psss://heee berat..beg n barang banyak nih..sape nak t0long angkat nek tren nih? (^-^)