Friday, February 26, 2010

::Rabiatul adawiyah::

Rabi’ah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.

Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara’ serta zuhud hampir lenyap sama sekali.
Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.

Bapa Rabi’ah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi’ah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran. Sejak kecil lagi Rabi’ah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam.

Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabi’ah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman. Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba brgantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.

ucapan Rabi’ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:

“Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau!
“Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu.
“Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu.
“Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi’ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu.”

Rabi’ah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:

“Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa.”

Setiap malam begitulah keadaan Rabi’ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi’ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:

“Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu.”

Seperkara menarik tentang diri Rabi’ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:

“Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun.”

Rabi’ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi’ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.

Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:
“Ya Tuhanku! Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu.”

Antara syairnya yang masyhur berbunyi:
“Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun,
Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun,
Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun,
Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun.”

Rabi’ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:
“Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?”
Kecintaan Rabi’ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.

“Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu.”

Begitulah keadaan kehidupan Rabi’ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi’ah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun..
psss:
firman Allah di dalam Surah Ali Imran, ayat 142
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar.”

::parasit yang aneh::

Mahluk ini dinamakan Cymothoa Exigua sejenis parasit yang hidup dalam tubuh ikan, melekat pada dasar lidah ikan…khususnya ikan red snapper.



Cymothoa Exigua menggunakan cakarnya untuk menggali lidah inang ikan tersebut den menghisap darahnya. Cymothoa exigua akan terus tumbuh dan lama kelamaan lidah ikan akan
terus menerus kekurangan darah
..dan akhirnya lidah nya mati dan putus.






Saat lidahnya hilang,sang parasit mengambil alih posisi lidah dengan tubuhnya. yang mengerikannya cymothoa exigua dapat menempel pada otot lidah ikan red snapper menyebabkan red snapper dapat menggunakan Cymothoa Exiguasebagai “lidah barunya”
.. dan selamanya akan begitu..
eiiii
Sumber : http://hakuo1st.blogspot.com/2009/05/fish-monster.html

Thursday, February 25, 2010

::kaTak berAcun y CoMel::

bismiLLaHirrahmaniRRahim..
suBhanallah canTiknya..hu3..
katak pon omang ker? di sebabkan kebuntuan untuk menulis..
tgk Pic katak pon jadilah (^-^)

http://spiralfrogs.net/spiralfrogs-images/bluepoison.jpg

http://animals.nationalgeographic.com/staticfiles/NGS/Shared/StaticFiles/animals/images/primary/blue-poison-dart-frog.jpg

http://to55er.files.wordpress.com/2009/03/poison-dart-frog.jpg

http://synthreferee.files.wordpress.com/2007/03/poison-dart-frog2.jpg

http://delargy.com/images/2003_8_CostaRica/green_poison_dart_frog.JPG

http://animals.nationalgeographic.com/staticfiles/NGS/Shared/StaticFiles/animals/images/primary/golden-poison-dart-frog.jpg


http://www.redorbit.com/modules/reflib/article_images/45_65494938dac7079cf5f8b0dc141a0db7.jpg

http://www.costarica.com/Blog/uploaded_images/Strawberry-Poison-Dart-Frog-716877.JPG

http://www.grizzlyrun.com/Files/Images/Image_Gallery/dendrobates_tinctorius_dart_frog.jpg

http://www.dnr.state.wi.us/org/caer/ce/eek/critter/amphibian/images/copesGrayTreeFrog.jpg



http://farm1.static.flickr.com/144/383488615_b937af4367.jpg

https://www.hoglezoo.org/images/animal_finder/DartFrogs8.jpg
Sumber :
http://www.axxyc.com/news/Galeri-Katak-Katak-Beracun-yang-Penuh-Warna

Sunday, February 21, 2010

::Habiburrahman di KB MALL::


bismillahirrahmanirrahim

alhamdulillah baru2 ini novelis Habiburrahman telah berkunjung ke KB MALL di bumi serambi mekah sempena Hari Hiburan Islam

“Hari Hiburan Islam” yang dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan, membawakan 3 panelis hebat iaitu Ust habiburrahman, Farah Adeeba dan Wardina. Sebelum forum bermula, penonton dihiburkan dengan persembahan dari dua artis nasyid tanahair iaitu All One dan Saujana.

-Kumpulan All One-

-Kumpulan Saujana-

Selesai pertandingan nasyid, majlis diteruskan dengan forum.Forum yang diadakan adalah cukup menarik. Tidak hairanlah penonton begitu ramai memenuhkan ruang legar itu. Wardina dan Farah Adeeba menyampaikan beberapa nasihat pengajaran berguna buat penonton.

-dari kiri: moderator, habiburrahman, wardina dan farah adeeba-

kata-kata perangsang dari Habiburrahman serta butiran kata-katanya jelas walaupun berbahasa Indonesia. Sampai maksudnya. Tidak ubah seperti cara beliau melakonkan watak Ustaz Mujab di dalam filem Ketika Cinta Bertasbih.

-Ustaz sedang menandatangani novel yang dibeli-

Antaranya, beliau menceritakan beberapa perkara yang berlaku di sebalik filem Ketika Cinta Bertasbih yang sedang hangat di Malaysia dewasa kini. Strategi dan perancangan dakwah yang dikendalikan adalah cukup jelas, tegas, halus dan berkesan. Ia telah mampu sedikit sebanyak mengubah perilaku masyarakat Indonesia. Beliau juga turut memberi nasihat-nasihat puitis dan penuh makna kepada semua yang hadir.

-Novel-novel turut dijual dengan harga istimewa-

Banyak juga hadiah lumayan disampaikan kepada penonton, hasil daripada ketepatan penonton menjawab soalan-soalan kuiz mudah yang dilontarkan oleh moderator.Soalan yang menarik [dan hadiah yang menarik] datangnya dari habiburrahman sendiri. Dia bertanya siapakah muslimin yang solat berjemaah straight sejak zohor kelmarin sehingga zohor hari ini. Untuk muslimat pula, siapakah yang solat tahajjud semalam dan solat dhuha pagi ini. Ternyata kedua-dua soalan ini ada penerima hadiahnya. Hebat2.

-Hadiah untuk seorang yang istiqamah dalam solat fardhu berjemaah. Tahniah-

Forum habis pukul 5 ptg dan diteruskan dengan sesi penggambaran. Segalanya berjalan lancar. “Hari Hiburan Islam” di Kelantan sebenarnya diteruskan lagi pada malamnya iaitu Tayangan Filem Ketika Cinta Bertasbih di Dewan Kelantan Trade Centre.

-keselamatan dijaga rapi oleh Unit Amal Kelantan-






ala kulli hal di sini ans juga nk kongsikan catatan beliau mengenai pandangan terhadap bumi serambi mekah ini... jom kita baca!

Komen Habiburrahman el-Shirazy Mengenai Kelantan

Siang itu,14hb. Februari, 2010, saya mendarat di Bandara Kota Bharu, Negeri Kelantan. Saya datang ke Kelantan atas undangan Departemen Penerangan Kerajaan Negeri Kelantan, sebagai pembicara ahli dalam acara talkshow berjudul, Selebriti Sebagai Ikon Masyarakat dalam momen Festival Hiburan Islami.

Juga diundang untuk memberi kuliah umum di Masjid Kerajaan. Tiba di bandara panitia sudah datang menjemput. Mereka terdiri dua orang gadis dan dua orang lelaki. Ramah dan baik. Saya langsung diajak untuk menemui tokoh paling dihormati di Negeri Kelantan, yaitu seorang ulama kharismatik yang juga menjabat sebagai Menteri Besar Kerajaan Negeri Kelantan, yaitu Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat.

Di rumah dinas, tempat Menteri Besar biasa menerima tamu, para wartawan dari media cetak dan elektonik telah menunggu.Ternyata di sana sudah datang terlebih dahulu seorang artis dan penyanyi terkemuka Malaysia yang kini setia mengenalkan jilbab, yaitu Wardina Shafiyyah. Tuan Guru Nik Abdul Aziz menyambut dengan senyum yang mengembang.

Kharismanya sebagai seorang ulama tampak jelas. Sayangnya beliau tidak bisa berlama-lama menemani. Sebab saya datang memang terlambat. Saya sampai di Kota Bharu pukul 12 siang lebih, yang semestinya dijadwalkan pukul 11 siang. Penyebab keterlambatan itu adalah pesawat Malaysian Air Lines yang tidak tepat waktu. Semestinya terbang dari KLIA ke Kota Bharu pukul 10.00 ternyata baru terbang pukul 11.20. Saya dijadwalkan bertemu dan berbincang dengan Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz pukul 11.00, dan beliau ternyata sudah menunggu sejak pukul sebelas.

Beliau pun masih setia menunggu sampai saya datang. Hanya saja tidak bisa berlama-lama menemani, sebab ada tamu lain yang juga harus beliau temui. Sementara beliau menemui tamu yang lain, saya yang baru datang diminta untuk menyantap hidangan makan siang bersama Wardina Shafiyyah dan suaminya. Sebelum makan siang, para wartawan minta konferensi pers. Banyak pertanyaan yang diajukan seputar perkembangan perfilman di Indonesia.

Ada juga yang bertanya tentang proses pembuatan film berkarakter seperti Ketika Cinta Bertasbih dan Ayat Ayat Cinta. Saya sempat menunggu-nunggu adakah wartawan yang akan menanyakan hal berkaitan dengan Manohara. Sebab saya sedang berada di tempat Manohara pernah membuat kisah yang banyak mendapat perhatian di Indonesia. Ternyata tidak ada satu pun yang menyinggung masalah itu. Semuanya fokus menanyakan segala hal yang berkaitan dengan seluk beluk perfilman dan sastra.

Adzan dhuhur berkumandang, Menteri Besar mengajak shalat berjamaah. Saya tidak ikut karena ada bagian dari pakaian saya yang kotor, saya memilih untuk menjama’ shalat dengan jama’ ta`khir. Selesai shalat berjamaah Menteri Besar kembali menemui saya. Kami berbincang- bincang sebentar. Lalu bagian dokumentasi Kerajaan Negeri Kelantan meminta saya berfoto bersama Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Setelah itu panitia mengajak saya langsung ke acara inti yaitu talk show di KB Mall Kota Bharu Kelantan. Panitia memberi tahu pengunjung telah membludak. Saya meminta pengertian panitia untuk membawa saya ke hotel dulu. Sebab saya baru tiba dari bandara, saya perlu cuci muka dang anti pakaian.

Sebenarnya sejak awal saya ingin ke hotel dulu dan berpakaian lebih rapi ketika bertemu dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz. Tetapi waktu tidak memungkinkan, Tuan Guru sudah lama menunggu. Akhirnya saya ikut saja. Maka ketika saya diajak langsung ke KB Mall, saya minta pengertian panitia. Dan mereka setuju. Saya dibawa ke Kelantan Trade Centre untuk membersihkan badan dan ganti pakaian. Acara talk show di KB Mall berjalan hangat. Pengunjung membludak.

Yang unik adalah background panggung dan hiasan Mall seratus persen bernuansa China. Karena hari itu memang bertepatan tahun baru China. Akan tetapi acara sesungguhnya adalah Festival Hari Hiburan Islam. Dalam acara itu tampak jelas kerinduan masyarakat Malaysia akan hadirnya film-film Islami di Malaysia. Masyarakat Malaysia mengakui dalam hal kreatifitas pembuatan film Islami pun Malaysia masih tertinggal beberapa langkah dari Indonesia.

Mereka takjub dengan yang terjadi di Indonesia.Mereka merindukan adanya audisi pemilihan bintang film yang bermoral seperti yang dilakukan di Indonesia melalui film Ketika Cinta Bertasbih. Hari berikutnya, saya menyempatkan diri melihat rumah kediaman Menteri Besar sederhana dan paling bersih di Malaysia. Saya memang ingin melihat langsung seperti apa rumah tokoh besar yang namanya tercatat dalam 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan dimuat dalam buku berjudul ”The 500 Most Influential Muslims” yang dieditori oleh Prof. John L Esposito dan Prof Ibrahim Kalin.

Rumah Menteri Besar Nik Abdul Aziz memang biasa saja, sama dengan umumnya rakyat Malaysia. Rumah itu ada di samping masjid, berada di komplek lembaga pendidikan yang didirikannya. Tak ada penjaga. Tak ada protokoler. Tak ada polisi yang tampak. Benar-benar biasa.

Siapa pun bisa menemui Menteri BEsar ini jika beliau ada di rumah. Siang itu beliau tidak ada di rumah. Saya memang tidak membuat janji untuk itu. Saya ditemui salah satu putra beliau yang juga bersahaja. Dari cerita orang-orang Kelantan, ternyata Menteri Besar Dato` Nik Abdul Aziz dikenal orang yang sangat dekat dengan segala lapisan masyarakat. Ada kebiasaan unik yang dilakukan pemimpin paling kharismatik di Malaysia ini.

Setiap hari Jumàt, tepatnya setelah shalat shubuh, Menteri Besar yang juga ulama besar ini selalu menyediakan diri menjadi tukang cukur bagi rakyatnya. Maka tak heran, jika setiap hari Jumàt, masyarakat berdatangan shalat shubuh di masjid beliau, dan beliau yang menjadi imam shalat. Selesai shalat shubuh puluhan orang bersiap diri untuk dicukur rambutnya oleh beliau. Dan beliau melakukan hal itu dengan penuh rasa sayang pada rakyatnya.

Kebiasaan beliau yang lain. Selama ada di kantornya,jika bukan untuk urusan Negara maka beliau akan mematikan semua fasilitas yang ada di sana. Misalnya jika dia harus shalat pada waktu malam, karena shalat adalah urusan pribadi dan bukan urusan Negara, dia mematikan lampu dan AC yang ada di ruangannya. Kepribadian ini mengingatkan pada kepribadian Umar bin Abdul Aziz.

Tak heran jika Dato` Nik Abdul Aziz ini,pada tahun 1998 dinobatkan oleh Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) sebagai Menteri Besar - kalau di Indonesia sepadan dengan gubernur - yang memiliki reputasi paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai penghargaan atas usaha beliau menentang gejala bentuk suap dan korupsi selama memerintah Negeri Kelantan selama hampir 18 tahun.

Tiga hari saya berada di Malaysia, dan saya menjumpai betapa cintanya penduduk Kelantan pada Tuan Guru mereka, kepada ulama mereka yang juga menjadi Menteri Besar mereka. Ada kalimat Tuan Guru Dato` Haji Nik Abdul Aziz yang diingat selalu oleh rakyatnya, yaitu, ”Pemimpin yang baik adalah pemimpin yang mampu menyatukan hati banyak orang. Bukan pemimpin yang hanya mampu menggunakan kekuasaannya untuk membatasi ini dan itu.”

Selama tiga hari juga,saya masih penasaran kenapa tidak satu orang pun yang menyinggung Manohara. Akhirnya pada suatu jamuan makan bersama beberapa panita, salah seorang dari mereka menanyakan kasus Manohara. Dia bertanya, apakah citra Kelantan sedemikian buruk di Indonesia. Saya jawab,mungkin iya. Tampak dia agak sedih.

Saya lalu balik bertanya sebenarnya bagaimana masyarakat Kelantan memandang kasus Manohara? Orang itu menjawab, mayoritas masyakarat Kelantan tidak tahu menahu tentang kasus Manohara. Tidak ada beritanya sama sekali di Kelantan. Dan itu juga bukan urusan pihak Kerajaan Negeri Kelantan, tetapi itu urusan dalam rumah tangga Istana Raja. Dia sendiri memandang tidak ada yang bisa dibenarkan dalam kasus Manohara. Menurut dia kedua-duanya salah. Dia berkata, ”Mereka bertemu secara tidak baik-baik, dan berpisah juga dengan tidak baik-baik.

Itu masalah dua anak kecil yang tidak baik, tetapi disangkut-pautkan dengan negara.’ Paling tidak mendengar hal itu, saya telah mengetahui satu sudut pandang masyarakat Kelantan tentang kasus itu. Kenyataan yang saya temui, masyarakat awam Melayu Kelantan sangat menghargai bangsa Indonesia. Dan masih mengakui Indonesia sebagai bangsa besar.

Seorang di antara mereka dengan jujur mengatakan kepada saya, ”Indonesia adalah ikon Islam di Asia Tenggara. Jika Indonesia tegak, maka umat Islam di Asia Tenggara termasuk Malaysia tegak. Jika Indonesia runtuh yang lain juga akan runtuh.”

Habiburrahman El Shirazy
Budayawan Muda, Penulis Novel Ketika Cinta Bertasbih

Saturday, February 20, 2010

::aku dan pelangi::


bismillahirrahmanirrahim....

Pelangi, pelangi,
alangkah indahmu..

merah, kuning, hijau, dilangit yang biru

Pelukismu Agung,
siapa gerangan...
pelangi, pelangi, ciptaan Tuhan"


Begitulah lagu yang sering kita nyanyikan waktu kecil, paling kurang bagi sesiapa yang pernah menonton program mari mengaji, lagu inilah yang menjadi lagu tema..
Sayang anis lupa penggubahnya, tapi lagu ini memang indah dan menawan hati. Indah kerana menggambarkan fisik pelangi, menawan hati karena tetap memuji Sang Penciptanya. Keindahan pelangi ada pada warnanya yang beragam. Pelangi memiliki semua warna dasar yang kita kenal sehari-hari.. warna2 kegemaran anis sendiri... (^-^)

pelangi menggambarkan ketenangan.. menggambarkan keamanan..
malah seringkali kita kita menggunakan pelangi sebagai simbol kebahagiaan...

sebagai c0ntosnya..

tak secantik pelangi,yang dirinya dinanti, hadirnya dinikmati

(jiwang ckit..)

"Kadang-kadang Allah sembunyikan matahari, DIA datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya matahari, rupa-rupanya Allah hendak memberi kita pelangi"

sebenarnya...
apa yang anis ingin kongsi bahawa hidup kita sering bertukar warna,
kadang cerah, kadang mendung, kadang biru, kadang putih...
jika digabung warna2 yang telah mlakar hidup kita..
sudah tentu indah gabungan warnanya bukan?
bayangkan dalam lukisan hanya terpalit satu warna sahaja.. sudah tentu hilang seninya..
begitulah juga uniknya kekuasaan allah yang telah menjadikan hidup kita sering berubah wrna agar kita sedar betapa indahnya hidup ini pada erti sebenar....

HIKMAH PELANGI??

pnah anis imbas kembali pejalanan hidup dari kecik smpai besar.anis tak rasa yang hidup anis sentiasa hepi..ada satu fasa, byk yang pahit dari manis, satu fasa pula byk manis dari pahit...tapi bile semakin dewasa,ALLAH menyedarkan anis bhawa semua kenangan-kenangan pahit itu sebenarnya adelah warna-warni kehidupan...cantik..macam pelangi...

warna-warna tu yang menyedarkan anis bhwa hidup ni bukan di bawah aturan kita sndiri,tetapi di bawah perancangan ALLAH yang Maha Sempurna...warna-warna yang juga membuka,menarik pandangan mata hati ini spy berfikir bhwa anis mampu mengubah kelemahan dan keburukan diri sndiri..sungguh,warna-warna itu membuktikan kasih sayang ALLAH pade anis yang telah memberi berjuta-juta peluang untuk diri ini memperbaiki diri.,tp setiap kali tu la anis slalunye gagal menghargai pluang2 ALLAH tu
..astaghfirullahal azim...

ya allah..
indah sungguh kanvas hidup ini
hitam, putih
hijau, biru
kadang sedih
menangis sendu
tapi datang merah, datang jingga
hidup yang susah bertukar ceria
subhanallah
kanvas warna tercoret seribu hikmah
erti hadiah pelangi nan indah

...........................

psss:
anis sendiri memang suka melihat pelangi.. terutama wktu petang melayan perasaan di tingkap kamar.. memerhati indah ciptaan allah....

Friday, February 19, 2010

::jangan gangguku lagi::

Bismillahirrahmanirrahim

jangan pernah dikau hadir dalam hidupku

aku tidak membutuhkan dikau

aku bisa berdiri dengan impianku

aku punya kekuatan

tak perlu kau menghancurkannya

pergilah kau dari sini

aku tidak pernah memintamu untuk hadir dlm hidupku..

maafkan aku...

pergi....pergi.....

.......................................................................................................................................

ketika masih sedang asyik dgn tugasan , tiba2 anis terfikir kenapa malas itu perlu ada? setiap orang punya impian jd kenapa x berusaha ke arah itu? tp mungkin jg dari segi motivasi diri yang makin terhakis dalam diri.. macam anis juga kadang2 minda mudah terpengaruh dgn persekitaran.. memang.. semuanya bermula dari apa yang kita fikirkan... dan ia juga berkait dengan hati...jika malas di hati maka itulah yang akan kita setkan dalam minda...

bila mempersoalkan pada diri.. kenapa perlu jadi org yang suka berusaha? ini kerana anis punya impian sendiri, dan juga memegang impian orang tua anis, impian mak abah yang ingin melihat anis berjaya.. jadi tak kira betapa penat seharusnya anis terus berusaha untuk menjadi yang terbaik.. walau perjalanan di jalan ini bukan pilihan hati... kadang2 melihat org lain bersantai dengan kehidupan dan suka menangguh2 membuatkan anis putus asa... namun bukankah beruntung org yang dalam keadaan dagang?

oleh itu, pergilah MALAS dalam diari hidupku... emmm napela tiba2 dtg ni bersarang dalam hati?? da hmpir 2 hari .. anis tak perlukan engkau lg... bersemadilah engkau di sana....

Thursday, February 18, 2010

::tuhan pilihlah untukku::



~aku dan dunia~

dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang..

hidup ini terlalu banyak liku...

makin ku bernafas

makin sesak helaan nafasku dengan dunia

adakah aku sedang diuji

atau aku adalah penyebab orang lain diuji?

tak tahan lagi rasanya melihat dunia y makin men
yesatkan ini

diriku tersesat di celah2 permainan dan keindahan ini

engkau memberiku pilihan

aku sering me
nolaknya

ya allah pilihlah untukku

engkaulah yang maha mengetahui

engkaulah yang m
emegang hati ini

hanya y bisa ku
tuturkan...

hanyalah


doaku...

Wahai tuhanku, aku memohon pilihan dengan ilmuMu dan memohon takdirMu dengan kekuasaanMu. Dan aku memohon daripada kelebihanMu yang amat besar. Sesungguhnya Engkau sahaja mampu segalanya dan aku tidak mampu dan Engkau amat mengetahui sedangkan aku tidak mengetahui. Engkau mengetahui segala perkara ghaib. Wahai tuhanku sekiranya / engkau ketahui bahawa perkara ini adalah yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, didalam kehidupanku serta kehidupanku selanjutnya, maka takdirkanlah perkara itu untuk ku serta permudahkannya untuk ku dan berkatilah aku padanya. Sekiranya Engkau ketahui bahawa perkara ini adalah bukan yang terbaik buatku dalam perkara agamaku, di dalam kehidupan ku serta kehidupan ku selanjutnya, maka jauhilah daripadanya serta takdirkanlah yang terbaik buatku serta berkatilah aku. Berikanlah kebaikan di mana saja aku berada dan jadikanlah aku ini orang yang redha atas ketentuanMu.

........................

peringatan buat semua...

Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah- megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian...menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. (20:alhadid)


::zaman itu::

bismillahirrahmanirrahim...
seorang sahabatku berkate..
bila tengok pic adik2 tamrin dan pic badati
rindu pada zaman itu mula menggigit rasa...
ya..
memang tidak dinafikan
zaman itulah yang mengajar diri ini juga terlalu byk perkara..
asbabnya lah terbentuknya diriku pada hari ini
kerana tarbiah itu kuatnya diriku melangkah di jalan ini
kerana baiahku pada zaman itu terikatnya hati ini

terlalu banyak kenangan y tidak mungkin k.nis sendiri lupakan
sering juga merancang untuk menyalurkan rasa rindu ini...
melempiaskan rasa ini
namun entah mengapa sering jua muncul halangan untuk itu...

apa yang pasti..
suatu hari ...
k.nis pasti melangkah ke sana lagi..
rindu di hati pasti terbukti...

selamat berjuang adik2ku..
kakakmu ini sentiasa menyokong kalian
bumi mmp akan terus subur selagi masih ada pihak yang ingin mentarbiah dan ditarbiah

KAMI BERSAMA BERSATU BERJUANG DALAM SOF BADATI
PENUH bERSEMANGAT....
KE ARAH MELANCARKAN GERAKAN DAKWAH DAN TARBIYAH



syabas adik2ku..
semoga allah terus menguatkan langkah kalian

pss: bila jumpa2 adik2 kat kb...senyum y adik2 lemparkan da cukup utk mgubat rasa rindu
syukran jg slalu msj k.nis wat k.nis rasa cukup dihargai (T_T)

Monday, February 15, 2010

::tabahlah...::


bismillahirrahmanirrahim..

salam sepenuh kecintaan buat sahabatku
hari demi hari sahabat2ku kehilangan org tsayang,
kadangkala aku bisa menenangkan mereka,
namun
kadangkala aku terduduk
lantaran sedar diri ini lemah
tatkala turut merasa kesedihanmu

ya allah...
inikah tanda kasih sayangmu?
benar sahabat2ku...
kasih sayang allah itu
melebihi malah lebih besar dari kasih sayang org2 y menyayanginya..
ujian kehidupan kadangkala mengundang air mata..
kesedihan pasti mengiringi..itu fitrah..

doaku...
ya allah
kadangkala insan ini lemah
maka kau kuatkanlah
kadangkala dia resah
maka kau tenangkanlah
jika dia meminta maka kau kabulkanlah
dia sangat sayang padamu
maka kau MAHA tahu apa yang terbaik buatnya...
lontarkanlah keyakinan bahawa engkau maha mengetahui
apa yang terbaik buat orang yang disayanginya

salam kesabaran buatmu

............................

2 bulan pertama ni byk mesej2 yang masuk memberikan khabar duka buat diriku..
seorang demi seorang org2 y shbtku sayangi pergi meninggalkan mrk
tahun ni merupakan ujian besar buat shbt2 anis
hrp terus sabar ye..
ade juga shbt y masih stress dgn khlgn ibu tersayang ditmbh lg dgn adknya y buta lntrn turut sakit akibat ketumbuhan.. malah ade jg shbt y masih blom dpt berhubung kerna terlalu terkejut dgn kehilngan org tersyg.. "maaf ye x dpt bls msj k.nis... hrp2 fhm keadaan adik.." melihatkan shbt2 y dilanda ujian.. anis kdg2 sedih.. kerna xdpt memujuk dan menenangkan mereka seadanya.. hanya doa n mesej smgt yang mampu dikirimkn...

hrpnku..m0ga ujian ini mmbuatkan ALLAH bertambah sayang padamu
dan dirimu makin matang



Sunday, February 14, 2010

::seRonoknya cuti::



bismillahirrahmanirrahim

alhmdulillah ...cuti raya cina ni sepertinya kurang sangat bermakna kepada anis kerana dibebankan dengan pelbagai kerja dan tugasan. Insya Allah, cuti 9hari ni akan cuba dimanfaatkan sebaiknya untuk menyiapkan tugasan yang dibekalkan oleh pensyarah. tidak pernah menangguh kerja kadangkala membuattkan anis terasa mahu mencuba bagaimana rasanya kalau kerja tertangguh.. (^-^) konon2 jer... tp x mungkin tidak anis mampu untuk menangguhkan kerja sebabnya kerja2 len sentiasa menanti terutama pencarian bahan utk ISL N TUTORIAL yang menanti setiap hari...

emmm...azam hari tu , ingat nak update blog setiap hari..tp masa terlalu mencemburui anis.. kejap jer klu on9 tup tup 2-3jam so..better wat assignment... (~~.)...

Friday, February 12, 2010

::diaRi sem1::

bismillahirrahmanirrahim...

alhmdulillah detik ini, ketika jari jemariku riang menari di atas keyboard laptop kesayangnku ini.. anis sudah berada fi baiti sakinah... gembira x terkata..almaklumla da lama menanggung derita h0mesick.. pape pun untuk kali ini ingin sekali mencoret apa yang berlaku sepanjang perjalanan anis di kampus untuk semester baru ini.. banyak juga aktiviti yang telah anis ikuti dan lalui.. ala kulli hal pengalaman yang indah ini xkan sesekali anis lupakan...

nila muka2 hepi hari pertama untuk sem ni..



bermula awal tahun ini prog kelas kami (usrah Liqa’ Fikri) telah berjalan lancar ...alhmdulillh bermula dengan sambutan hari lahir buat Syafiq, Izuddin, Kak Fida, anis n mY beloved rumate, ima..



pendaftaran kelas jaUhari Pon menceriakan semester baru ini..nmpaknya ada perubahan dalam kelas jauhari tahun ini..anis doakan agar apapun perubahan yang dilakukan seMoga terus maNtop!!! serOnok dgn bdk2 ni..mcm2 ragam (^-^)







seMinar kesedaran kanser paYudara under block mawar juga memenuhi masa2 anis yang da padat n berjaya memadarkan lagi jadual anis..hehehe papepun info yang diberikan cukup bermakna.. alhmdulillah...

tidak lupakan juga PrOg under Helwi untuk para Naqibat iaitu GeMpaQ usrah dan Prog yang terbaru under BIAGA iaitu Bengkel Usrah yang cuba untuk memperbaiki diri kami ini...




hmmm kehangatan Pilihanraya Kampus (PRK) masih terasa (ye ke hangat?) alhmdulillah caLon kelas kami Arep n Naqiu telah memenangi jawatan untuk MT n EXCO yang dipertandingkan.. syukran kepada semua yang mengundi..salam tahniah n takziah buat semua yang telah dilantik menjadi JPP untuk tahun ini ..ingatlah..kullukum raa’in wakullukum mas uulun ‘an ra’iiyatihi..



kesimPulannya sepanjang 2bulan pertama dikampus ni memang terisila dgn pelbagai aktiviti..rasanya macam ada lagi y xdpt anis ceritakan ..
teringat lagi hari tu..tgh2 h0mescik tetiba allah hadiahkan anis pelangi membuatkan hari itu bertambah ceria,...subhanallah..

k,setakat ini saje dapat anis coretkan...tahniah juga buat adik2 badati yang telah berjaya mengupdate blob..k.nis doakan batch tahun ni makin mantop..ingatlah bahawa bumi mmp akan terus subur andai ada yang ingin mentarbiah dan ditarbiah..