Tuesday, March 16, 2010

::anis sayang, ciNta dan segalanya::


bismillahirrahmanirrahim...
entah macam manala anis boleh letak lagu ni kat blog...
apa y penting amek pengisian dari lirik ini...
Inilah aturan kepada siapa sepatutnya cinta dan kasih itu kita diberikan. Pertama sekali tentulah kepada Allah SWT yang menciptakan kita dengan sebaik-baik kejadian. Keduanya, Rasulullah SAW yang telah berjuang seumur hidup baginda untuk menyampaikan risalah agung ini. Dan di tempat ketiga, seharusnya kasih sayang itu untuk ibu dan bapa yang mengandung, melahir dan membesarkan kita di dunia ini.

Susunan ini sepatutnya kita ajari anak-anak kita sedari kecil lagi. Seperti yang telah anis nyatakan di dalam artikel yang terdahulu ttg pgalaman mgajar , untuk memperkenalkan Allah kepada anak-anak, perkenalkan Allah melalui nama-namaNya indah dan baik dahulu. Biar mereka faham betapa besarnya kasih sayang Allah kepada seluruh umat ini termasuk kepada mereka sendiri yang masih kecil ini.

Setelah itu barulah perkenalkan mereka dengan nama-nama Allah yang menunjukkan keperkasaan dan kekuatanNya. Contohnya seperti Al-Jabbar, Yang Maha Perkasa, Al-Qahhar, Yang Maha Menundukkan, Al-Hakam, Yang Maha Menghukum dan sebagai. Apa tujuannya? Tujuannya supaya timbul rasa gerun dan takut di hati anak-anak kepada Allah apabila timbul keinginan mereka untuk melanggar laranganNya.

Katakan kepada anak-anak bahawa Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang tetapi jika mereka tidak solat, tidak dengar nasihat ibu bapa, bergaduh dengan kawan-kawan, Allah Al-Hakam akan menghukum mereka. Allah telah menyediakan syurga untuk anak-anak yang rajin solat, sayang ibu bapa dan tidak bergaduh dengan kawan-kawan. Tetapi Allah juga telah menyiapkan neraka untuk anak-anak yang degil dan tidak dengar kata.

Bercakap mengenai syurga dan neraka juga akan mengundang pelbagai persoalan di hati anak-anak. Mereka pasti akan bertanya pelbagai soalan yang kadang-kala tidak terfikir dek kita. Pun begitu, terangkanlah dengan bahasa yang paling mudah. Beritahu mereka bahawa syurga itu adalah hadiah yang tidak ada di dunia ini hanya untuk orang-orang yang cintakan Allah dan membuat segala yang Allah perintahkan tanpa rasa malas dan jemu. Neraka pula adalah hukuman untuk orang-orang yang nakal dan tidak dengar kata, dan orang-orang yang tidak sayangkan Allah serta selalu melanggar perintah Allah di dunia.

Terdapat kecenderungan di kalangan kita yang suka mengancam anak-anak dengan kata-kata, “Kalau Along tak solat, nanti masuk neraka,” “Kalau Kimi cakap bohong dengan ibu nanti Allah potong lidah,” dan sebagainya. Pendekatan ini tidak salah tetapi bagi saya kurang tepat. Dalam situasi sebegini, anak-anak akan hanya takut dengan neraka dan mereka akan solat dan berbuat baik hanya sekadar buat supaya tidak dimarahi ibu bapa atau kerana tidak mahu masuk neraka.

Anak-anak ini hanya tahu bahawa kalau mereka nakal, bercakap bohong dan sebagainya mereka akan dimasukkan ke dalam neraka dan jika sebaliknya, mereka akan masuk syurga. Itu sahaja. Jadi, mereka berbuat baik dan menahan diri daripada perbuatan jahat hanya kerana neraka dan syurga! Bukan kerana cinta kepada Allah.

Justeru, pendekatan,strategi, kaedah dan teknik (hehe belajar pedagogi la plak..hehe praktik apa y kita belajar) yang lebih baik adalah dengan berterusan mengingatkan mereka tentang rahmat, nikmat dan kasih sayang Allah yang terlalu banyak di sekeliling mereka bahkan di dalam diri mereka sendiri! Mudah-mudahan mereka akan membesar menjadi hamba Allah yang tangkas di siang hari seperti singa dan tawadhuk di malam hari seperti pendita.

jOm nasyid sama2..ikut ustazah ye
....................................................
Sayang... sayang...
Sayang... sayang...
Sayang... sayang...
Sayang... sayang...


Sayang sayang Allah
Sayang sayang nabi
Sayang sayang ayah
Sayang sayang ibu
Sayang sayang Allah
Sayang sayang nabi
Sayang sayang ayah
Sayang sayang Ibu
Allah...

Marilah adik-adik dengar nasihat ini
Jaga tingkah laku jangan sombong diri
Bersihkanlah diri sucikanlah jiwa
Ikut perintah Allah tinggal laranganNya
Sayang sayang Allah
Sayang sayang nabi

Akhlak yang terpuji itulah akhlak nabi
Rajin membantu rajin menuntut ilmu
Suka memberi tandanya murah hati
Itulah sunnah nabi cukup yang terpuji
Sayang, sayang Allah
Sayang, sayang nabi



Wahai adik-adik kenangkan jasa ayah
Hormatilah dia tanda kasih padanya
Pengorbanannya yang tiada terhingga
Mencari rezeki membesarkan kita

Ingatlah adik kasih ibu tercinta
Mengasuh mendidik tanpa letih dan jemu
Namun di wajahnya tetaplah ceria
Dapatkanlah ibu itulah kasih kita
Sayang sayang Allah
Sayang sayang nabi


Marilah kita saling sayang menyayangi
Sesama keluarga sayang sesama jiran
Sayangkan guru-guru sayang kawan-kawan
Sayangkan negara sayang semuanya
Sayang sayang Allah
Sayang sayang nabi

pss:// (^-^)

“Dia mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya.” (Al Maidah: 54)

“Orang-orang yang beriman itu sangat cinta kepada Allah.” (Al Baqarah: 165)

“Tidak beriman seorang dari kamu sebelum Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya daripada yang lain-lain.”(Bukhari & Muslim)

No comments: