Thursday, April 8, 2010

::adik dan Hanif::

bismillahirrahmanirrahim....

hepi sangat akhirnya mesej anis dibalas juga....

kebimbangan anis terjawab .... ni bukan mesej kekasih tapi mesej orang yang lebih penting dari seorang kekasih... mesej dari adik.. seorang sahabat anis yang senyuman tak pernah lekang dari raut mukanya.. namun disebalik itu, dia menanggung banyak kisah duka.. tabah, kagum dan macam-macam lagi yang sukar anis ungkapkan pada sebarang ungkapan.. “bimbang? nape bimbang plak? kak nis, adik bz kot lagipun besela bulan-bulan macam ni tamrin dan program kat sekolah banyak..” mesej dari seorang sahabat merungkai persoalan yang bersarang dalam benak fikiranku saban hari..kerna mesej yang anis hantar tak terbalas.. adik2..mungkin dengan cara itu kot engkau dapat meredakan kesedihanmu... “maaf kak nis, handset adik tak lekat kat tangan pon.. adik bz dgn program.. ->>[_”]..^_^..[“_]smile tu trademark adik setiap kali mesej seolah2 menggambarkan bahawa jiwa adik hepi..tapi k.nis rindu sangat nak jumpa adik nak peluk dan kalau boleh nak dengar segala luahan hati adik..”lo ni mak sedara oghe plak sakit..kritikal..”..sakit pe dik?” leukemia. doctor kata 50-50.”..anis terfikir sejenak..kanser lagi.. arwah mak adik yang “pergi” baru2 ni pon sebab kanser..adik kepada adik pon telah hilang penglihatan disebabkan kanser..semua orang2 yang adik sayang allah uji.. tapi dalam mesej adk selalu je hepi..k.anis kagum betul..

sebut tentang leukemia ni teringat anis pada arwah sepupu anis, hanif yang telah kembali ke rahmatullah pada 2008.. bila mak su cerita tentang kisah kawan2nya kat sekolah mentertawakan hanif disebabkan kepalanya botak akibat kimoterapi sayu rasanya hati ni.. dahla bukan senang nak ke sekolah sbb slalu sakit tapi bila da ke sekolah orang2 kat sekeliling plak mentertawakan kamu...ingat lagi satu saat ketika hanif kritikal...tetapi tiba-tiba kamu mampu bangkit semula sedangkan sangkaan dr kamu bakal pergi ..” semangat budak ni” kata nurse dan doctor..namun satu saat, tiba-tiba allah mengambil kamu juga sama seperti adik2 kamu yang lain... semoga allah memberi rahmatnya padamu Hanif dan menempatkan kamu bersama-sama orang-orang beriman..semoga kamu setia menunggu ibumu bersama adik-adikmu di pintu syurga... ada hikmah rupanya mengapa allah memanggilmu awal..

hmmm anis pon tak tau apa point anis nak citer dalam post kali ini.. namun ketika ini sebenarnya $@k!t lama menyerang lagi membuatkan anis terfikir macam2.. i.allah cb utk post something yang lebih berinformasi..maaf ye...juz mengisi masa terluang dan tiba2 teringat kat kamu adik dan hanif... rindu sangat kat adik...

ps:.... adik kata sayang sokm0o ->>[_”]..^_^..[“_]~k.nis pun sama dik..

2 comments:

Unknown said...

semoga Allah merahmati mereka semua dan menempatkan mereka dalam kalangan orang-orang soleh. Juga semoga sentiasa teguh menghadapi dugaan... Doa ini mengiringi... Insya-Allah

Anis said...

AMIN..syukran ya akhi