Monday, December 19, 2011

PAUSE




Bismillahirrahmanirrahim..

Berehat seketika… Semoga diberi kekuatan..penulis blog insya ALLAH akan "kembali" di hujung disember atau awal januari nanti..

Nota 1   : DIA menilai PERJALANAN ke sebuah KEHIDUPAN.. jangan mudah menghukum sesama manusia... biarlah DIA ..MAHA SEGALANYA (Tanya diri, hebat sangatkah kita?, DIA MAHA HEBAT)

Nota 2   : Belajar menulis nota diri, prasyarat kematian (tulisan wasiat terhadap diri sendiri, kewajipan     yang perlu dilaksanakan buat diri sehingga nafas terakhir (Alhamdulillah, inspirasi episod 179, sebahagian besar "prasyarat kematianku", syukran)


Wednesday, December 14, 2011

fatamorgana yang dikejar


Bismillahirrahmanirrahim

Pernah mendengar tentang fatamorgana?

sudah tentu!
Anis pasti semuanya pasti pernah. Atau setidak-tidaknya pernah mendengar alunan nasyid bertajuk fatamorgana daripada kumpulan Hijjaz. (mungkinla :P)

Pernah mengejar fatamorgana? bagaimana pengakhirannya? adakah terasa kebodohan diri yang tertipu dengan sesuatu yang tiada pun pada hakikatnya… Rugi benar terasa jika hanya mendapat penat dan lelah diakhir pencarian namun tiada hasil walau setitis air.

Membaca dan meminjam kata-kata dari blog Kak Syafiqah:

“Dunia ni adalah fatamorgana. impian kita tidak pernah habis. tidak berpenghujung. Cuba tengok jalan raya waktu panas terik, kita nampak seperti ada garisan air di hadapan sana. Namun, apabila kita tiba di destinasi tersebut langsung tiada apa-apa walau setitis air. Itulah umpama kehidupan. kita mengejar kehidupan seumpama ada sinar bahagia di hadapan. apabila kita dapat apa yang dikejar, tiada apa pun selain kepuasan yang bersifat sementara. dan kita terus mengejar perkara di hadapan tanpa lelah”.

merenung sedalam-dalam…

inikah kehidupan yang kuimpikan?


….. PASTI MUSNAH!

Sesungguhnya Allah ‘Azza wajalla menyerahkan dunia ini kepada kamu, supaya dengannya kamu memperoleh akhirat. Bukan darinya supaya kamu bersenang dan leka dengannya kerana dunia ini fana, sedang akhirat itu kekal abadi. Janganlah hendaknya kamu menjadi sombong dengan barangan yang rosak  dan fana’ itu dan jangan juga hendaknya kamu sibuk hingga tertinggal dengan barangan yang kekal abadi itu. Justeru itu, utamakanlah sesuatu yang kekal dari yang fana’. Ketahuilah, bahawa dunia ini pasti terputus dari kamu, di akhirnya nanti pasti kamu bertemu dengan Allah. Oleh itu, bertaqwalah kepada Allah ‘Azza Wajalla kerana bertaqwa kepada Allah akan menjadi perisai dari kemurkaanNya.  (Ucapan Saidina Uthman Bin ‘Affan setelah ahli syura melakukan bai’ah kepadanya diriwayatkan khabarnya oleh Ibnu Jarir).

Sungguh benar, setiap bait kata-kata ini, sungguh benar sekali.. langkah yang rapuh, jiwa yang lemah, membuatkan mata terpana, terlekat pada barang yang fana’… berjuta  kesalahan, berlapis kesombongan, selalu sahaja datang menghampiri. Segala salah adalah milik kita. Hanya buat-MU kami sandarkan dan memohon keampunan.

SELAMAT TINGGAL DUNIA

Sesungguhnya dunia bukanlah sebuah kehidupan tetapi adalah sebuah pelayaran dan perniagaan untuk menuju ke sebuah kehidupan yang kekal. Sudah tentu kalimat tauhid yang meniti dibibir menjadi idaman hati saat dijemput-NYA pulang.
لا اله الا الله ، محمد رسول الله
“inilah Lafaz tauhid dan lafaz selamat tinggal terbaik..”

Kita selalu fikir masa depan, tapi kita lupa akan 'hari esok'. IYA… HARI ESOK…

"..dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa sahaja yg telah dilakukan utk HARI ESOK (AKHIRAT).." - [al-Hasyr 59:18-19]

TIADA MAAF BAGIMU

“……TIADA MAAF untukmu wahai SI MATI, yang mati dalam melakukan kesesatan yang disangkanya hidayah. Sama halnya yang mati dengan meninggalkan kebenaran kerana disangkanya kesesatan…” (ucapan Umar al-Khattab di hari Al-Jabiyyah : Kitab al-Kanz khabar dari periwayatan Musa bin ‘Uqbah)

Tergetar hati membaca setiap kalimat ucapan Saidina Umar ini. Allah, selamatkan aku.

“Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. nTunjukilah kami jalan yang lurus.  Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.. “ (Surah al-Fatihah 5-7)

3 PERKARA : MEMBUATKU KETAWA DAN MENANGIS
“tiga perkara telah membuatkan aku tertawa dan tiga perkara pula membuatkan aku menangis. Aku ketawakan pengidam dunia sedangkan kematian menunggunya, seseorang melupakan Allah sedangkan Allah tidak melupakannya dan seseorang yang ketawa sepuas hatinya sedangkan dia tidak mengetahui apakah Tuhannya memarahi atau bersenang denganNYA. Adapun tiga perkara yang membuatku menangis, aku akan berpisah dengan orang yang tercinta Muhammad Sallahu ‘alaihi wasallam dan sahabat-sahabatnya, kedahsyatan ketika nyawa dicabut semasa sakaratul -maut dan berdiri di hadapan RABB AL-ALAMIN, sedangkan aku ini apakah akan dicampak masuk ke dalam neraka atau ke syurga sebagai tempat aku ditempatkan…” (Salman Al-Farisi dalam Kitab AL-Hilyah dari periwayatan Ja’far bin Burqan)

ALLAH… itulah nasihat seorang insan mulia,  Salman Al-Farisi, seorang insan yang hampir dengan rabb-NYA .. pernahkah kita berfikir sedemikian rupa saat tertawa mengilai seolah-olah kita adalah ahli syurga..semoga kita tidak lupa….

p/s: “aku menangis berfikir saat kedahsyatan ketika nyawa dicabut semasa sakaratul -maut dan berdiri di hadapan RABB AL-ALAMIN, sedangkan aku ini apakah akan dicampak masuk ke dalam neraka atau ke syurga sebagai tempat aku ditempatkan…

muhasabah menuju redha-NYA,
15 Disember 2011,
11.37 a.m.

Wednesday, December 7, 2011

genggam tangan





Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah, hari ini bisa menghirup nikmat Allah yang tidak terhitung dengan nikmat sihat sedikit ini yang entah sampai berapa saat Allah ingin meminjamkan pada jiwa ini.

Menghitung kembali jiwa-jiwa lama yang jauh dengan Allah. Membelek kembali rentetan sejarah hidup para sahabat yang ternyata benar-benar meruntun jiwa ini. Allah… dekatnya mereka dengan-Mu, dengan Kekasih-Mu.

Merekalah insan yang telah mencapai puncak keyakinan dan kepercayaan dengan segala apa yang telah dibawa kepada mereka daripada Allah tanpa sebarang keraguan terhadap suruhan agama.

MAJLIS-MAJLIS IMAN

Para sahabat adalah insan yang sangat mengambil berat di dalam mendidik diri mereka sendiri. Sentiasa berusaha mempertingkatkan kualiti pentarbiyyahan. Sudah menjadi kebiasaan sesetengahnya dalam kalangan mereka meminta bantuan dari sesetengan yang lain untuk membuat teguran dan nasihat terhadap diri mereka dalam rangka amar ma’ruf dan nahi munkar serta sentiasa berhimpun dalam majlis-majlis iman.

GENGGAM TANGAN

Pernah tak kita menggenggam tangan sahabat kita dan mengajak ke arah sesuatu?

mungkin..hmmmm

YA, pernah bersemangat mengajak sahabat sendiri menghabiskan masa terluang dengan makan di kafe sambil santai-santai menenangkan fikiran.

Ya, pernah bersemangat mengajak sahabat menonton cerita korea atau menonton bola dengan alasan mahu menghilangkan tekanan akibat belajar atau tugasan dan kebosanan sambil berteriak dan bergelak sakan.

Ya, pernah, bersemangat mengajak sahabat berbual kosong sambil menghidang teh panas di dalam bilik.

dan pelbagai kemungkinan lagi realiti yang berlaku disekeliling kita bukan?

GENGGAM TANGANKU LAGI..

Cukup berbeda zaman sahabat dan manusia pada hari ini bukan. Membaca Suri Teladan Kehidupan Para Sahabat karya Dr. ‘Ali Shurbaji, membuat jiwa terbayang kesucian hati para sahabat. Saya genggam tanganmu sahabat, jom kita sama-sama merenung kalimat ini…

Ibnu Abi Syaibah telah mengeluarkan sebuah hadith dari Abu Dzar R.a, dengan katanya:
“Pernah Umar memegang tangan seorang dua sahabat sambil menyeru kepada mereka: “Ayuh, kita tingkatkan iman.” Lantas mereka melakukan zikrullah ‘Azza Wajalla.

Al-Tayalisi telah meriwayatkan hadith dari Abi Darda’ dengan katanya:
“Pernah ‘Abdullah bin Rawahah r.a memegang tanganku sambil berkata: “Ayuh, kita tingkatkan keimanan kita kerana sebenarnya hati ini cepat berubah, lebih cepat dari kawah yang menggelegak.”

Lihatlah bagaimana teladan para sahabat Rasulullah terdahulu, sentiasa mengajak sahabat yang lain mendekatkan diri kepada Allah dan keredhaannya.

Renung kembali, adakah kita juga sedemikian atau hati kita begitu  girang dalam mengajak sahabat kita sama-sama ke arah kemurkaan Allah dan neraka-Nya atau sebaliknya.

Al-Iman Ahmad dan Al-Tabrani telah meriwayatkan sebuah hadis dari Abu Hurairah R.A dengan katanya: Rasulullah s.a telah bersabda: “Perbaharuilah iman kamu.”

Mereka bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimana kami hendak memperbaharui iman kami?”
Jawab Rasulullah s.a.w “ Perbanyakkan menyebut kalimah LA ILAHA ILLALLAH.”           

Biarlah waktu telah berlalu dan bersenggang jauh kita dan para sahabat, namun gema pengaruhnya tetap segar dan mekar, buat memberi petunjuk pembentukan diri dalam melalui detik sebelum bertemu rabb…



ربي ... لا تخرجني من هذه الدنيا حتى ترضى عني
Ya Tuhanku, janganlah engkaulah keluarkan aku dari dunia ini sehingga engkau redha akan aku..

p/s: Aku risau ya Hafiz, andai saat ini, kau menjemputku pulang, aku tidak mampu kembali dengan diri yang sama seperti saat aku dilahirkan...sudah tentu malu diri ini tidak berbelah bahagi…


Sekadar menaip,
7 Disember 2011,
4.11 P.M.


Sunday, December 4, 2011

Alhamdulillah..my weeding card


Bismillahirrahmanirrahim


Alhamdulillah, dengan izin-NYA Anis di sini ingin menyampaikan hasrat di hati untuk semua pembaca blog ini. Saya, Anis Humaira dengan sukacitanya menjemput anda untuk sama-sama hadir ke majlis sebagaimana kad di bawah (right click, open in new tab), Insya ALLAH semoga Allah redha pada kalian dan semoga Anis masih tidak terlewat untuk menjemput kalian (maaf sangat-sangat sekiranya terlewat) Harap sahabat-sahabat sudi untuk luangkan masa. 










Allah…. sahabat-sahabat.. renungkanlah…
Sebenarnya, inilah jemputan daripada Allah yang sangat menyayangi kita semua. Cuma kita yang jarang memandang kad jemputan yang banyak tercatat dalam Al-Quran yang ternyata lebih menjanjikan kebahagiaan berganda di akhirat dan keberkatan serta rahmat di dunia.

Firman Allah yang Maha Penyayang:
Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. (al-Israa’:79)

“Wahai orang yang berselimut! Bangunlah solat tahajjud pada waktu malam, selain daripada sedikit masa (yang tidak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan bacalah al-Quran dengan tartiil”  (Surah al-Muzammil ayat 1-4)

Orang yang mendirikan solat malam mendapat kebaikan dan kerahmatan, sebagaimana dijelaskan dalam al-Quran

“Sesungguhnya orang yang bertakwa ditempatkan dalam syurga, dengan mata air mata air terpancar. Mereka mengambil apa yang diberikan oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang yang berbuat kebaikan. Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan diakhir malam mereka beristighfar kepada Allah.”  (az-Zariyat:15-18)

Anis membaca satu hadis yang Anis kira perlu dikongsi di sini yang bermaksud:

Daripada Abu Hurairah : Aku bertanya : Wahai Rasulullah! Beritahulah kepadaku tentang suatu  amalan yang membolehkan aku masuk Syurga lalu Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud :  Sebarkanlah salam, jamukanlah makan, dirikanlah solat sedangkan manusia lain sedang tidur  nescaya engkau akan masuk Syurga dengan selamat – (Dikeluarkan oleh Imam Ahmad, Hakim  dan Ibnu Habban dengan sanad sohih)

Indahnya memadu kasih dan cinta kepada Rabb pada saat insan lain masih lena dalam dakapan mimpi. Alangkah ruginya saat tidak terjaga dan bukan tergolong dalam kalangan manusia yang ringan badannya untuk memperbanyakkan sujud kepada penciptanya.

Imam al-Mubarakfuri berkata:
"Suatu malam aku bangun dan merenungi al-Quran, lalu aku bandingkan amalanku dengan amalan ahli syurga. Ternyata, aku dapati bahawa amalan mereka begitu berat (mantap). Hampir tidak ada malam yang berlalu tanpa mereka gunakan untuk beribadah. Setiap malam mereka bersujud dan berdiri di hadapan Rabb mereka. Ku lihat diriku bukanlah termasuk di antara mereka."

Dari Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Tuhan kita Yang Maha Berkat dan Maha Tinggi turun ke langit dunia setiap malam, pada sepertiga malam terakhir dan berfirman, 'Barangsiapa yang berdoa kepadaKu pasti Aku kabulkan, barangsiapa meminta kepadaKu pasti Aku beri, dan barangsiapa yang memohon ampunanKu pasti Aku ampuni'."  (HR Bukhari)

Pesan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat:
“Kalau kita terjaga di tengah-tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa-apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah. Kemudian tidurlah.
Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa-apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya). Kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga. Kita bimbang malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita”.

Terjaga kita diawal pagi, adalah satu rahmat yang merupakan kurniaan Allah SWT. Siapa tahu saat Allah takdirkan kita terjaga, sebenarnya Allah menunggu untuk memakbulkan sebarang permintaan malam tersebut. Mulalah dari langkah pertama, berdoa sebaik terjaga. malah mintalah dari Allah untuk bangkitkan kita malam-malam seterusnya.

Itulah caranya mengucapkan terima kasih kerana terjaga saat sedang tidur. Tetapi, alangkah baiknya andai Tahajud dapat ditunaikan....Insya ALLAH, hari ini kita hanya bangun berdoa, mudah-mudahan langkah seterusnya adalah kita mampu kuatkan diri untuk sujud kepadaNYA.


P/s: Rasa malu pada Allah bila terjaga pagi-pagi buta, Allah sedang tunggu permintaan kita untuk dikabulkan tapi kita menyombongkan diri dengan memejam rapat mata kita. Allah..ampunkan aku saat aku tidak kuat melawan nafsu.


Hanya sekadar berkongsi,
5 Disember 2011
11.02 a.m

Monday, November 28, 2011

ALLAH tegur saya

WARNING : ARTIKEL NI AGAK PANJANG UNTUK DI BACA..


dua penilaian manusia yang berbeza....


Bismillahirrahmanirrahim..

Saat Allah menegurku berkali-kali, mengajar aku makin bersyukur. Menjadi hamba yang seharusnya tidak henti-henti untuk belajar menjadi hamba.

Itu teguran Allah buat Aku..

Jangan kata saya mulia,
hakikatnya saya hina!
ALLAH! engkaulah yang maha mengetahui siapa aku sesungguhnya..T_T

Seorang kakak yang saya hormati pernah berkongsi kata yang betul-betul menyentuh hati ini…

“seseorang itu mulia bukan sebab dia tu mulia tapi Allah tutup aib dia dari mata orang lain, jadi jangan rasa kita hebat sebab kita mulia, tapi ketahuialh Allah telah buat org pandang kita baik sebab Dia tutup aib kita..nescaya kalau dibuka aib setiap manusia, pasti manusia ni tiada yang mulia melainkan nabi dan rasulNya..


Allah..sangat terkesan di hati..

Saat mesej hijrah menerpa inbox satu persatu aku baca. Namun hatiku tertarik dengan satu kata. Hijrah : 1 Amanah!

amanah….amanah…









Setiap hari aku berangan..iye, aku tahu tidak salah aku membina impian. Aku nak sangat menjadi hambanya yang solehah, bila terbaca ayat dalam surah an-nisa’:34  teringin pula nak jadi wanita yang hafizah dan qanitah. . (tinggi sangatkah saya berangan?)..

ya ALLAH, makin aku sedar.. rupanya sangat sukar untuk menjadi solehah, sangat payah untuk istiqamah, semuanya memerlukan mujahadah! sedangkan aku tak lepas-lepas dari melakukan salah..
aku perlukanmu ya ALLAH T_T”

sahabat blogger saya kata…Tapi insyaAllah jika niat dah ada, Allah akan bantu kita ke arah itu. Tapi kena berusahalah sungguh-sungguh dalam menjayakan misi dalam saki baki umur yang masih ada.

Andai ditoleh ke masa lalu sememangnya terasa lemah semangat. Terlalu banyal dosa dan noda. Namun, jika kita sentiasa melihat ke belakang, sampai bila-bila pun kita tak dapat lepas dari diri kita yang lama. Setiap hari apabila bangun dari tidur, jadilah diri yang baru. Tinggalkan sahaja diri yang semalam. Andai diri yang semalam kurang baik, diri hari ini patut lebih baik. Andai diri yang semalam sudah baik dan soleh, hari ini patut lebih dan lebih lagi baik dan soleh dari hari semalam.

TAPI…..Manusia suka melihat keaiban orang lain tanpa melihat keaiban diri sendiri. Terkadang seorang insan itu sudah pun bertaubat dan cuba berubah. Namun, ada juga insan lain yang tidak henti-henti bercakap tentang dosa silam si dia. Mulia sangatkah kita? Allah sendiri mahu menutup aib hambaNya mengapa kita terasa “besar” dengan membuka keaiban orang lain. Saya menaip ini, saya menasihati diri saya yang selalu sangat lupa!!!!!


Habib Umar berkata “Apabila kamu bertemu dengan Ahli maksiat,maka sayangi mereka dan doakan mereka agar diberikan hidayah oleh Allah”.


GOLONGAN MUFLIS
Saya membaca satu hadis, saya tahu saya pernah membacanya tapi kali ini saya membacanya dengan hati dan saya sangat malu dengan diri dan berasa sangat takut.

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Tahukah kamu, siapakah gerangan orang yang muflis itu?” Lalu jawab sahabat: “Pada pandangan kami, orang yang muflis itu ialah mereka yang tidak mempunyai wang dan harta.” Lantas Baginda s.a.w bersabda: “Sesungguhnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah mereka yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat. Dia juga (dalam masa yang sama) datang dengan membawa dosa menghina, menyakiti orang, memakan harta orang lain, menumpahkan darah (membunuh), dan memukul orang. Lalu diberi segala kebajikan itu kepadanya dan ini adalah kebajikan-kebajikannya. Maka jika telah habis pahala kebajikannya sebelum dapat dibayar kepada orang yang menuntutnya (orang yang dihina, disakiti dan dizaliminya ketika di dunia dulu), maka dosa-dosanya itu akan dilemparkan kepadanya, lalu dia kemudiannya dicampakkan ke dalam api neraka.” (Hadith Riwayat Muslim)
 Sudah pasti saya merasa hal yang sedemikian kerna saya pasti dosa menghina, menyakiti orang sangat mudah dilakukan tanpa disengajakan.

Jelas!

 bahawa golongan yang menjadi muflis pada akhirat adalah berasal daripada orang yang memiliki pahala yang banyak. Bagaimanapun, semua pahala ibadat mereka itu habis kerana digunakan sebagai bayaran ganti rugi kepada insan yang pernah disakiti, dikhianati, dihina, dibunuh atau dizaliminya.

Alangkah ruginya golongan muflis ini..T_T

 Ganjaran pahala yang mereka kumpul dengan mengerjakan bermacam ibadat, akhirnya menjadi barang tukaran kerana denda yang perlu mereka bayar disebabkan kesalahan mereka terhadap orang lain.

DI DUNIA…Meskipun kita malu jika isytiharkan muflis, namun kita masih lagi beruntung kalau dibandingkan dengan situasi muflis di akhirat. Jika muflis di dunia, masih ada lagi orang yang bersimpati dan dapat membantu kita. Tetapi bagaimana pula hal keadaan kita apabila muflis di akhirat? Siapakah yang akan bersimpati? Siapakah yang bakal menolong kita dan siapakah pula yang akan menyelamatkan kita dari azab seksaan neraka Allah?

Firman Allah bermaksud: “Pada hari itu Kami akan tutup mulut mereka dan memberi peluang tangan mereka memberitahu Kami (mengenai kesalahan masing-masing), dan kaki mereka pula menjadi saksi terhadap apa yang sudah mereka perbuatkan (ketika hidup di dunia).” (Surah Yaasin, ayat 65)

Oleh itu, di sini saya ingin sekali memohon maaf, kerna saya pasti saya ada berbuat salah dengan anda di sana..sama ada saya pernah sakiti, aniayai, hina dan pelbagai perbuatan buruk yang tidak pantas saya lakukan. Saya lagi takut tatkala membaca satu lagi hadith dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang ada sebarang kesalahan dengan saudaranya maka hendaklah diselesaikan sekarang, kerana sesungguhnya di sana (di akhirat) tiada lagi wang ringgit untuk dibuat bayaran, (yang ada hanyalah) diambil hasanah (kebaikan) yang ada padanya, kalau dia tidak mempunyai kebaikan, diambil keburukan orang itu lalu diletakkan ke atasnya.” (Hadith Riwayat Bukhari)

Benar, saya pernah menulis sebelum ini, saya amat takut dengan manusia, kerna dengan manusia ini saya pasti ia menjanjikan dua jenis lubuk. Sama ada itulah lubuk pahala atau lubuk dosa tanpa saya sedari.

Terkadang, terasa baru semalam kita menguntum senyum pada rakan, bergurau senda, usik mengusik erat berpelukan .. terasa senang sekali

Namun, hari ini, tiba-tiba dia membisu, senyuman entah ke mana, membuatkan kita serba dan tertanya-tanya.
Alangkah indahnya andai semua bisa meneliti ayat ini…

 “Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat” (Al Hujuraat : 10)

Manusia..SAYA masih dengan sifatnya manusia….Kadang-kadang, selalu sangat laju benar lidah menghambur kata tanpa sempat dihakimi akal dan pemikiran. Terlalu banyak berkata-kata juga terkadang bawa mudarat kepada diri sendiri. Terlalu asyik bersembang, sampai tidak sedar perlahan-lahan hati sahabat terguris dengan pertuturan kita. Boleh jadi kata-kata yang dianggap sudah cukup baik, hakikatnya meninggalkan kesan pada sahabat kita saya. Boleh jadi pertuturan yang dianggap kiasan, tidak disenangi hati sahabat.

Manusia ….biasa, selalu kita sukar mengawal nada percakapan. Yang sepatutnya berunsur nasihat, kita sampaikan dengan nada mengarah dan menyalahkan. Yang hakikatnya berbentuk pujian, kita zahirkan dengan nada perlian atau kejian. Kritikan-kritikan yang pedas juga dilempar sesuka hati.


Menegur sahabat memang payah, tapi punya cara dan ‘skill’ yang tersendiri.  Seharusnya saya masih perlu belajar.. menegur dengan cara yang tidak mengaibkan sahabat, tegurlah dengan penuh hikmah dan unsur berlemah lembut kerana untuk mengakui kesalahan memang sukar, apatah lagi membetulkannya.  Memang payah menjaga hati manusia, namun itu lah manisnya dan istimewanya seorang sahabat. Hati yang perlu kita jaga dengan kasih sayang.

Kerana itu awal-awal lagi Ali bin Abu Thalib berkata : “Barangsiapa lembut tutur katanya, nescaya manusia suka dengannya”. Berhati-hatilah menjaga pertuturan, kerana dek satu perkataan yang tersasar nada dan maksudnya, hati kawan bisa dirobekkan.

Sabda Rasulullah SAW;
“Jika seorang di antara kamu mencintai saudaranya kerana Allah, maka khabarkanlah kepadanya, kerana hal itu dapat mengekalkan keakraban dan memantapkan cinta.”

Kisah ini saya tak nak lupa…
Rasulullah sendiri gemar memanggil sahabat-sahabat baginda dengan ungkapan cinta dan kasih sayang, “ Wahai Umar yang aku kasihi”, “ Wahai Abu Bakar yang aku sayangi”. Mengapa tidak kita praktikkan akhlak Qudwah Hasanah yang cukup indah ini?

“Kepada sahabat yang ku kasihi hingga ke syurga”
“ Saya sayang kamu kerana Allah, ayuh berteman demi redha-Nya !”

ya ALLAH, jadikan aku orang yang sejuk hatinya, jadikan aku orang yang menjaga AKHLAK, KATA-KATA..

p/s: ALLAH TEGUR AKU LAGI… AKU TERINGIN NAK RASA SOLEHAH TU MACAM MANA… UNTUNGNYA KAMU…

SIFU MENULIS HARI INI :

ALLAH TEGUR SAYA,
11.53 P.M,
28 NOVEMBER 2011.

Sunday, November 27, 2011

benar...




Bismillahirrahmanirrahim..


"Jika manusia harus lama menanti apa yang diinginkannya, maka hilanglah kesabaran dan sempitlah dadanya.



Ia lupa bahawa di dalam penciptaan ini Allah memiliki sunnah-sunnah yang tidak akan berubah, bahawa segala sesuatu ini mempunyai waktu yang telah ditetapkan, bahawa Allah tidak akan dapat dipengaruhi oleh ketergesa-gesaan seorang pun.



Setiap buah memiliki batas waktu matang. Ketergesa-gesaan seseorang tidak akan dapat mematangkannya sebelum batas waktunya, sebab ia tunduk kepada sunnatullah yang mengaturnya. Tak seorang pun dapat memaksanya."

(Dr.Yusuf al-Qaradhawi, anak murid Syeikh Muhammad al-Ghazali.)




p/s: dirimu berharga dari segala-galanya, bertakhta keIMANan untuk dipertahankan, sayangi diri , tiada sia-sia mencintai diri.. sempurna sejahtera..(cinta pertama : far east)


Cinta Pertama,
Fi baiti Sakinah,
28 November 2011,
12.54 a.m

Friday, November 25, 2011

lukisan kanak-kanak


Bismillahirrahmanirrahim..


Semalam sempat mengemas kembali rak buku untuk menyusun bekalan buku-buku yang baru di bawa pulang dari lipis ($_$) fuhh! Lega terasa ..


Time  mengemas, terjumpa kembali lukisan zaman kecik-kecik, sangat kelakar dan memang kalau sekarang melukis begitu, insya allah memang kena reject :p


Jika sahabat-sahabat berfikir kembali, zaman kanak-kanak, semua yang melukis, lebih kurang je gayanya. Bak kata seorang blogger ni…

1)            kalau melukis mesti lukis ‘ rumah saya
2)            kalau dah melukis rumah mesti rumah macam ni.
3)         Pastu ada matahari ( ada yang pakai sunglasses, padahal dah nama matahari buat pe nak pakai     
           sunglasses lagi kan?
4)       Ada sawah bendang ( konon tinggal kat kampung la biarpun rumah kita kat bandar hehe)
5)      burung-burung berhuruf  ‘ m ‘
6)       kalau nak cantik lagi letak pokok yang daun merimbun macam rambut ronald mcdonald tuh.









zaman dulu-dulu kalau nak melukis, buku latihan jadi mangsa 




lukis muka kawan baik sendiri, walaupun lukisan memang teruk sangat @_@ (adik tengok lukisan ni gelak sakan :P kalaulah asma tengok lukisan ni hehe)






ce tengok bahagian tayar kereta ni  (=_=)” confirm accident kalau naik kereta ni hehe




Hakikatnya ingatan dan kenangan anak-anak inilah sebenarnya yang  menjadi gambaran pegun sezaman dalam bentuk lukisan. Lukisan-lukisan mereka hari inilah yang akan menjadi perbandingan dan khazanah rakyat dalam tempoh sekurang-kurangnya 10 tahun dari sekarang dan kekal hingga bila-bila.. ($_$)



KENYATAAN


Tapi kebiasaannya apabila kita sudah dewasa,  kebanyakan kita lupa zaman kanak-kanak sehinggalah kita terpandang kanak-kanak yang sedang menjalankan aktiviti seharian mereka. Samada semasa makan, minum, tidur, bermain atau semasa mereka bergaul sesama sebaya mereka. Kadangkala muncul juga refleksi kenangan kita yang mendambakan zaman kanak-kanak kita dengan ungkapan, zaman yang tidak perlu memikirkan tentang permasalahan hidup dan tanggungjawab diri.


Ada juga yang berpandangan negatif dan menolak kenyataan, seolah-olah mereka lahir hari ini dan terus dewasa keesokan harinya. Kemungkinan zaman kanak-kanak mereka kurang ceria, menyebabkan mereka membenci zaman kanak-kanak mereka dan tidak menyukai anak-anak. 'Ramai ibu bapa dari zaman sebelum merdeka sehingga selepas merdeka hari ini, lupa pada zaman kanak-kanak mereka yang sentiasa berharap diberi perhatian dan penghargaan oleh orang dewasa'. Mungkinkah kita salah seorang daripadanya?


Walau apapun, lukisan ialah satu aspek komunikasi mudah yang pernah di 'tunjukkan oleh orang zaman pra-sejarah/ zaman batu di dalam gua kediaman mereka' dan berupaya menceritakan pengalaman, kenangan dan apa jua yang terpendam jauh di sudut hati mereka. Lukisan hati inilah yang amat bernilai kepada kita semua hari ini dan hari akan datang.

Ni antara lukisan semasa di Kelas Lukisan, Perkampungan Kraftangan ketika berusia 16 tahun
















Walau seteruk manapun lukisan seseorang kanak-kanak itu, namun sebenarnya lukisan kanak-kanak adalah lukisan diri kita, personaliti diri kita, persekitaran kita dan hubungan kita sesama kita manusia kerna mereka hanya akan melukis apa yang dipelajari dari kehidupan seharian mereka (>_<)
.


p/s: belajarlah dari kisah silam kita, pasti mengajar banyak makna.. 


Fi baiti Sakinah,
25 November 2011,
10.34 pagi.




Wednesday, November 23, 2011

katanya berHIKMAH



Bismillahirrahmanirrahim..



Pagi semalam ketika sedang menyiapkan sarapan pagi, handphone berbunyi. Tangan terus menggapai Sony Ericsson yang sudah berusia 3 tahun lebih itu.


“ada mesej masuk..” hati berkata.


Kak Meyah!!!!


“Kak, anis masak makanan kegemaran kak hari ni..huhu..”.

Nasi goreng ikan masin… kak meyah suka kan?? ^_^..

“sedapnyeww..bru  maren kak teringin nak makan..tapi adop jual kat kntin..kat abg mie  je ada..hehe.” Kak Meyah membalas ringkas.


Lega dapat khabaran daripada Kak Meyah. Setelah sempat membalas 2,3 mesej. Fikiran terus melayang pada sebatang susuk tubuh insan yang tidak jemu melontarkan nasihat itu. Selalu,  dari susuk tubuhnya umpama diri ini dapat melihat bayangan bidadari syurga. Allah… beruntungnya kamu.



Mengajar erti husnuzon pada Allah dan pada manusia. Perwatakannya menggambarkan perasaan redha dalam menghadapi ujian sakit daripada Cinta Pertamanya…Allahu ‘Azza Wajalla.


Senyuman tidak henti-henti diukirkan, ciuman yang panas terasa, ikhlas daripadanya singgah dipipiku beberapa kali sebelum kami berpisah.


“kak..bila lagi kita nak jumpa ni..mesti rindu selepas ni…”, sempat melepaskan kata dalam pelukan terakhir. Tidak menghiraukan insan lain saat itu.



“Bukan selamanya, insya-Allah program-program nanti akan menyatukan kita, kita tak pernah berpisah,”. Kata-katanya sedikit membalut apa yang diri ini rasai. Pelukan itu sangat ketat terasa.



Banyak nasihatnya yang akan diri ini simpan kemas, jika dilihat bagaimana dia menafsirkan kisah semut dalam gula, banyak mengajar bahawa hikmah disebalik peristiwa itu bukan hanya meniti dibibir tapi perlu difahami dengan hati dan akal fikiran.


Kak menulis ringkas…



Cuba bilang padaku siapa manusia di dunia ini yang berjaya melepasi dunia ini tanpa pernah dihujani hujan-hujan ujian... Yang berjaya mahupun yang tidak berjaya pasti semuanya pernah disimbah hujan ujian ini. Itulah dunia.. Dunia yang sedang kita bertapak dan berinjak ini, kita tidak akan pernah terlepas daripada ujian. Namun segalanya menjadi indah jika selamanya kita mampu untuk memandang hujanan ujian ini adalah sebenarnya perancangan dari Tuhan demi untuk mentarbiyyah diri kita.


Aku juga sebagai manusia yang ditakdirkan untuk singgah di dunia ini. dibawa mengenal alam menerusi kedua ibu bapaku. sedari kecil bergenang dengan kolam kesusahan. Semua kita sebenarnya bergelut dengan ujian. Tiada siapa yang terlepas daripadanya. Jika selamanya aku memandang kepada ujian yang telah berlalu itu, aku pasti kan tiada lagi di dunia. Termakan dengan hasutan syaitan yag selalu bergolak supaya aku memisahkan jasad dan roh ini membuatkan aku menjadi lebih berani untuk bertindak.


Di kala ini, serasanya dengan nikmat ujian itu, aku perlu melafazkan rasa syukurku kepada Allah, kerana Dia lah aku masih boleh berkongsi cerita hidupku pada hari ini. Alhamdulillah Ya Allah hari demi hari aku dididik dengan ujian ini, dengannya aku sepatutnya menjadi lebih matang dalam segala aspek hidup..berfikir mahupun bertindak...bercakap mahupun diam...segalanya perlu disandarkan pada Mu yang menciptakan aku..Usahlah kalian memandang kepada ujian dan musibah itu terlalu lama, usahlah terlalu berkira dengan ujian yang dibebankan barang sekejap, kerana semua ini akan berakhir sekejapan waktu lagi..



Aku tersedar dari lamunanku yang terlalu lama, tertancap kepada tabung gula di dapur, lama lamunanku sehingga tanpa sedar air panas yang inginku bancuhkan Milo itu sudah menjadi suam-suam kuku.. Aku terleka melihat semut-semut kecil itu yang berusaha meloloskan dirinya ke dalam tabung gula. Aku kagum dengan usaha mereka.

Di kala ini aku mampu tersenyum melihat keletah semut-semut ini. Di kala lainnya, berbeza pula pandanganku kepada semut. Aku marah kepada usaha semut ini kerana mereka selalu  bertamu ke dalam tabung gula sehingga menyusahkan aku untuk membancuh minuman dan menyusahkan aku untuk memilih gula yang tidak dicerobohi oleh mereka. Namun ini bukanlah salah mereka, kekadang keletah adik-adik yang masih kecil terlupa untuk menutup tabung gula, sememangnya inilah yang mengundang semut-semut untuk masuk menikmati manisnya gula sehingga kadang-kadang banyak mereka yang kutemui mati di dalamnya, terkambus dek terleka kerana manisnya gula. 


Melihat situasi ini membuatkan aku marah, Marah kepada kecuaian adik kerana mereka semut ini berjaya menceroboh. Aku marah sehingga aku lupa kepada adanya ujian. Adanya pencipta ujian dan adanya ganjaran di sebalik ujian. Aku marah sehingga suatu saat Allah membuka pintu hikmah itu barang sekejapan waktu untukku melihat hikmah disebalik kematian seekor semut. Manakan tidak, gula yang telah diceroboh oleh najis cicak itu terkambus hikmahnya dengan disandarkan kematian semut-semut didalamnya. Aku bersyukur diberi peluang ini. Menyedari hakikatnya setiap sesuatu yang berlaku itu sebenarnya mempunyai hikmahnya yang tersendiri, walau kematian seekor semut sekalipun. Mereka-mereka yang berada di sekitar ujian itu hanyalah disandarkan sebagai rangka ujian yang semata-mata ditakdirkan kepada kita untuk menambahkan iman...waalhualam


Untuk diriku, aku perlu kuat untuk mempertahankan prinsip hikmah di sebalik ujian itu.. aku perlu...  walau seekor semut yang mati di dalam gula itu pun aku perlu memandangnya sebagai ujian yang terselindung hikmah di sebaliknya. aku perlu agar bertambah kekuatan diriku untuk berhadapan dengan ujian-ujian cinta Ilahi idalam hidup yang sekejap ini.. Ya Allah kurniakan untuk kami kekuatan dalam berhadapan dengan segala bentuk ujianMU....




'





RUMAH PAHALA

 Belajar juga daripadanya bahawa sebagai seorang yang bergelar perempuan, apabila pulang  ke rumah, tidak dinafikan tugas menjadi suri rumah adalah perkara biasa. Walaupun diri ini tidak dapat meluangkan masa untuk pergi menadah kitab seperti yang dilakukan oleh sahabat-sahabat muslimin, namun sebenarnya inilah tugas luar biasa yang Allah anugerahkan buat insan bernama wanita.

Kak Meyah pernah menulis dengan hatinya dan diri ini cukup terkesan bahawa :

Setiap kali aku pulang bercuti, itulah rutinku yang satu. Mengemas rumah tak kan pernah berhenti. Tak kan pernah berakhir.. Aku kadang-kadang termenung, berfikir sendiri..apa yang ada di sebalik semua dugaan ini..

               
Bila aku fikir-fikir semula aku mendapat satu penerang hati.. Rupa-rupanya itulah pahala yang Allah dekatkan untuk aku. Aku tak perlu bersusah payah mencari kebajikan yang jauh kerana kebajikan yang dekar telah didamparkan di hadapan aku. Apa yang penting aku perlu ikhlas dan bersabar untuk meraih pahala yang Allah dekatkan kepadaku..Allahu Rabbi...terima kasih ya Allah...


ANUGERAH ALLAH BUATKU

Allah itu baikkan? selalu nak bagi yang terbaik dalam hidup kita. Allah sangat tahu apa yang kita perlu. Saat Anis tercampak keseorangan di bumi Afzan ini, Anis sangat bersyukur dipertemukan dengan insan yang Allah anugerahkan hati  sehebat ini.


Tersedar dari kesakitan perkara pertama yang meniti dibibirmu, “Allah… pukul berapa ni? kak tak solat lagi!...”. Tatkala tersedar dari kesakitan itu juga, bukan diri ini yang memujukmu dengan kata-kata agar terus kuat dengan ujianNya, tapi dirimu yang memujuk insan disekeliling.. “sabar dik deh, ujian Allah  semua ni.. ujian buat adik ni..”. Tidak sanggup melihat air mata itu tatkala menahan kesakitan. Kak kuat deh!


Untung dirimu dipilih menjadi insan yang mengingati Allah setiap masa, menyebut namaNya dalam suka. Redha itu manis dalam kepahitan. Anis doakan kak meyah selalu..


“Allah, tolong jaga kakak saya ini baik-baik.. sembuhkanlah dia..dia sahabatku, sembuhkanlah sahabatku, Mahirah Basirah Binti Sa’ari,  sembuhkanlah dia, semoga dia dan aku menjadi hambaMu yang bersyukur, aku sangat menyayangi dia, limpahilah kasih sayangmu jua untuk dia.. ganjarilah dia kebaikan berganda atas kesabarannya di atas ujianMu..”.


TIDAK LUPA

Betapa ukhuwah kami, sehingga pernah makan coklat dengan penuh perasaan keanak-anakan. Berebut-berebut! Satu demi satu baris coklat bar itu habis disantap! Namun,  tanpa kami sedari terdapat ulat di atasnya. Terus terkejut dan membuangnya. Erk! terkejut bukan main lagi kami.. huhu.. kak meyah..kak meyah..rindu saat itu…


Saat menuam lebam-lebam di badan Kak Meyah, Kak Meyah menghadiahi satu MMS,  mengintai inbox Anis.. Pada waktu itu, diri ini tidak memahami dan sekadar menatap MMS itu bersamanya. Rupa-rupanya Kak Meyah mahu mengungkapkan sayang buat diri ini. Ye, Anis pun sayang pada kak..tapi Allah sayang kak lebih-lebih lagi . Anis simpan memori itu ketat-ketat. Senyuman kak tu simpan untuk anis nanti ye!

p/s: apabila rindukan seseorang yang tiada di hadapan mata, doa adalah saluran terbaik bagi membuktikan cinta..indah bukan? Anis takkan lupa kisah kematian itu..terima kasih kerna memahat kisah itu dalam ingatan ini..Allah...


Fi baiti sakinah
23 november 2011
2.42 p.m