Wednesday, February 16, 2011

mengetuk fikiranku



Bismillahirrahmanirrahim …


Masih setia membaca di teratak usang ini? Terlalu banyak perkara yang mentarbiyah diri ini sejak akhir-akhir ini.



Dengan kalam di post terakhir hari itu, mungkin ada yang ternanti, bila masanya bakal dicoretkan sebuah pengisian. ALLAHU AKBAR…



Bulan Januari yang berlalu, Alhamdulillah sedaya upaya mengumpul segala kekuatan. Kadang senyum, kadang senyap tanpa bicara. PELIK? Ayat biasa yang ditujukan kepada diri ini. Adakah pelik itu sama dengan “ghuraba’” yang sering diistilahkan itu? Wallahu a’lam.



Alhamdulillah, diri ini sedang menikmati ujian atau mungkin ini adalah madu bagi sebuah kesabaran, enaknya usah dikira, YA ALLAH, memang benar, Engkaulah yang memegang hati-hati mereka.



Permulaan dan pembaharuan. Terkadang, sesuatu perkara yang ada pada diri kita itu, dikongsi untuk dijadikan pengajaran.



Anis tergerak untuk berkongsi dengan satu kata-kata daripada Ukht Atirah, yang Anis kira dapat menjentik minda..



"Kalau adek perasan, Allah tak meletakkan seseorang itu pada satu-satu tempat melainkan di dalamnya ada pengajaran dan perkongsian kisah dari orang itu. Begitu jugak adek, adek rapat dengan akak, sedangkan sebelum ni kita dah lama kenal kenapa sekarang baru adek rapat dengan akak?"



Perkongsian suatu kisah itu menjadikan kita memperbaiki kehidupan kita melalui pengalaman manusia di hadapan kita.



"Sebelum Allah menegur kita, DIA akan utuskan seorang manusia yang saling tak tumpah kisahnya seperti kita agar kita mengambil manfaat. Dan jika kita buat tak tahu, ketika itu, jangan sesekali wujud perkataan "KENAPA" apabila mendapat teguran dariNYA, dan adek perlu ingat, teguran DIA sangat pedih.



Langkah itu baru bermula. Langkah ini baru sahaja dimulakan. Rancang dan perancangan itulah yang akan mengatur kehidupan kita, tenang menghadapi segala urusan.

Rancang dan perancanganlah yang menjadikan diri ini kini sedar, apa yang harus dilakukan seterusnya.

Rancang dan perancanganlah yang menjadikan diri ini mula tersedar, wujudku di dunia adalah untukNYA.



Anis tersentak mendengar sebuah kisah pandangan manusia terhadap sahabat yang Anis cukup sanjungi. Bagi Anis, dia ada hak untuk memilih jalan hidupnya dan kita juga ada hak untuk menegur dia andai benar dia benar-benar tersalah memilih jalan.. YA ALLAH, bantu sahabatku ini andai benar di tersalah dalam menilai yang mana hak dan batil, andai dia salah dalam mengira bahawa dia makin dekat dalam memilih jalan kepadaMu, atau mungkin aku dan sahabat yang terleka dengan jalan ini hingga lupa apa sebenarnya jalan sebenar hidup kami. Dan adakah ini benar yang telah di ajar oleh KekasihMU..



HAKIKAT MANUSIA..



Manusia kini amat suka mengambil tahu kisah manusia lain tanpa dia mengetahui, untuk apa kisah itu dia ketahui. Perlahan-lahan, tenang, dan tunggu, setiap perkara itu ada waktunya. Jika kisah itu ada kaitan denganmu, maka ia akan datang sendiri tanpa disuruh.



Tenang, dan perlahan-lahan, setiap perkara ada masanya yang telah ditetapkan. Janganlah kita memaksanya cepat atau lambat, tapi hadapi segala ujianmu dengan tenang. Allah menolongmu. Mintalah pada Allah dan amati sekeliling, ada kisah untukmu.



Berdoalah kerana setiap hari, DIA menanti suara halus dari hambaNYA yang merintih memohon pertolongan dariNYA.




Jadilah hambaNYA yang memerhati, kerana dengan melihat sahaja, anda bakal mengetahui hikmah yang ada untuk apa anda diletakkan di situ.

Bersyukurlah..




Wahai Tuhan jauh sudah
Lelah kaki melangkah
Aku hilang tanpa arah
Rindu hati sinarmu


Wahai Tuhan aku lemah
Hina berlumur noda
Hapuskanlah terangilah
Jiwa di hitam jalanku

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa

Ya Rabbi ijinkanlah
Aku kembali padaMu
Meski mungkin takkan sempurna
Aku sebagai hambaMu

Ampunkanlah aku
Terimalah taubatku
Sesungguhnya engkau
Sang Maha Pengampun Dosa
Berikanlah aku kesempatan waktu
Aku ingin kembali
Kembali kepadaMu

Dan mungkin tak layak
Sujud padaMu
Dan sungguh tak layak aku



p/s: ya ALLAH, PIMPIN hatiku mengenal hak dan batil… ya ALLAH bantulah aku mengenal sahabatku agar aku bisa membantunya… berilah petunjuk padaku…

Melakar coretan hati,

15 februari 2011

1.27 p.m

Fi… M217..

1 comment:

Mat Ganu said...

aminn..alhamdulillah.
sudah lame ambe tidak berkunngjung kesini...semoga dalam rahmat ALLAH sentiasa..insyaALLAH.