Bismillahirrahmanirrahim..
Masih lagi segar menghirup udara fi baiti sakinah. Walaupun menjadi suri rumah sepenuh masa.. namun banyak perkara yang telah dapat diperkukuhkan sebermulanya cuti.. (gembira hehe)
SIHATKAH KAMU?
Anis ingin memetik kata-kata Ummuabbas berkaitan suatu perkara yang ingin anis kongsikan pada kali ini..
Kita sering berkata:
‘ Sedapnya makanan ni…’. Kita memuji sambil menyuapkan nasi ke mulut. Persekitaran yang bersih dan nyaman menambahkan lagi keselesaan kita menjamu selera. Bukan itu sahaja, terdapat perkara yang lebih utama menyebabkan kita dapat menikmati kelazatan sesuatu makanan. Iya! Badan yang sihat dan lidah tiada masalah.
Begitulah perumpamaan kalau kita punya hati yang sihat. Bersih pula. Sudah tentu apa sahaja perintah dan larangan Allah dapat dirasai kelazatan melaksanakannya. Hati yang sihat dapat merasakan manisnya iman. Indahnya taqwa. Berdebar-debar hati tatkala disebut nama Allah. Itulah tanda cinta. Selagi kita tidak merasakan demikian, percayalah bahawa jiwa kita sedang sakit. Apatah lagi apabila mendengar suruhan dan larangan Allah, hati memberontak. “Susahlah…”. ‘Malaslah…’ Itu simpton hati kita yang sudah dijangkiti virus.
Bila badan tidak sihat, sudah tentu kita akan mencari ubatnya. Ubatnya pula mesti sesuai dengan jenis penyakit. Tersilap ubat, menambahkan lagi penyakit. Tak pun… terus k.o! (Na’uzubillah). Begitu juga hati kita. Kenal pasti dulu penyakitnya. Kemudian baru dapatkan kaedah rawatan dan ubat yang sesuai. Sebagai contoh, Kita punya penyakit kedekut. Kita pun mulalah bangun tahajjud setiap malam untuk membuang penyakit tersebut. Sedangkan kita tidak pula cuba-cuba ‘transfer’ akaun kepada individu atau badan yang memerlukannya. Natijahnya penyakit kedekut kekal melarat pada diri kita.
Ambil cara mudah, kalau kita ternampak iklan mohon derma atau datang si fakir meminta sedekah, hulurkan sahaja apa yang ada di tangan. Mula-mula memang kena paksa dulu. Alah bisa tegal biasa.
PENYAKIT ####
Akhir-akhir ini, kita sering dihadapkan dengan masalah dan penyakit berkait zina. Dari sekecil-kecil skandal seperti yang menimpa orang awam (kena tangkap khalwat) hinggalah sebesar-besarnya. (Tak perlulah diulaskan di sini rasanya) “(^-~)”.
Islam mempunyai kaedah ‘mencegah lebih baik dari berubat’. Justeru dalam merawat penyakit zina ini, Islam menganjurkan ummatnya lelaki dan wanita supaya menundukkan pandangan. Menundukkan pandangan bukan bererti menundukkan kepala sehingga berjalan terlanggar tiang!
Sekadar sedikit pengisian, ibrah dari ayat 30 dan 31 surah an-nur yang bermaksud:
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandanganya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih Suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa yang mereka perbuat".
Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinyua agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.
jelas dan nyata maksud ayat ini… menyentuh perihal perintah memelihara pandangan dan aurat bagi lelaki dan wanita beriman. Nampak perkara ini mudah dan sering menjadi permainan harian dan terlepas pandang oleh masyarakat kini.
Jika dilihat, surah ini dumulakan ayat pertama yang menekankan hukum-hukum yang terdapat dalam surah An-Nur ini. Ayat ini bermaksud:
(Ini adalah) satu surat yang kami turunkan dan kami wajibkan (menjalankan hukum-hukum yang ada di dalam)nya, dan kami turunkan di dalamnya ayat ayat yang jelas, agar kamu selalu mengingatinya.
Allah perintahkan kaum lelaki dahulu supaya menjaga pandangan. Kemudian barulah diperintahkan kaum wanita supaya memelihara pandangan mereka serta menutup aurat. Ia membuktikan bahawa lelaki sebenarnya mampu mengawal pandangan mereka walaupun terdapat wanita yang tidak menutup aurat di hadapannya. Allah tidak membebankan hambaNya dengan perkara yang tidak mampu dilakukan. Selebihnya bergantung pada hati kita sendiri, mahu atau tidak.
Menundukkan pandangan ialah mengalihkan pandangan daripada melihat perkara yang diharamkan Allah. Lagi pula, seperkara yang kita perlu sedari mata kita bukan milik kita. Pinjaman sahaja dari Allah. Ibarat kita meminjam barang orang. Bolehkah kita menggunanya sesuka hati kita?. Selepas pinjam, kita hantar sambil mengucapkan terima kasih. Begitu juga dengan mata. Kita guna ikut cara yang diredai Allah. Itu tanda terima kasih kita sebagai peminjam. Sampai masanya, kita terpaksa pulangkan semula nikmat tersebut. Sama ada di dunia lagi seperti menjadi buta (minta dijauhkan Allah) atau setelah hayat berpindah ke alam barzakh.
Pintu masuk kepada ‘kawah api’ zina ini bermula dari pandangan. Dari mata jatuh ke hati. Sebab itu Rasulullah menegah kita mengulangi pandangan pada tempat yang diharamkan. Haram bererti ‘penyakit’ atau dosa. Kalau pun kita merasa ‘lazat’ pandangan tersebut… hakikatnya ia adalah simpton bahawa hati kita sedang sakit. Keseronokan syahwat bersifat sementara dan mengundang pelbagai bala. Bala pertama ialah hilang ketenangan jiwa. Hati yang sihat secara automatik menolak perkara-perkara jelik dan hina. Tiada rasa ‘syok’ atau ‘best’. Sebaliknya merasa benci, loya atau mual.
Bagi setiap perkara yang Allah perintahkan dipenuhi dengan hikmah dan kebaikan bagi mereka yang memerhatkan dengan AKAL dan IMAN. Setiap lelaki yang menundukkan pandangan, dengan izin Allah, dapat memelihara dirinya daripada bisikan syaitan, nafsu serta dorongan ke arah perkara yang memudaratkan iman dan kemanusiaan. Boleh dikatakan majoriti wanita yang berhias adalah bagi mendapatkan perhatian kaum adam. Ini kerana perasaan ini adalah fitrah yang Allah tetapkan dalam diri mereka. Betul tak?
Fitrah bagi lelaki pula suka memandang perkara yang menyedapkan pandangan dan CANTIK. Lelaki juga suka kesenangan. Tetapi sering terlupa bahawa secantik-cantik kesenangan dan perhiasan di dunia adalah isteri yang solehah.
FILEM TIADA PENONTON
Anis suka berkongsi satu analogi yang Anis peroleh dari sebuah buku hasil pembacaan semalam, sangat-sangat mudah dan logik! Pernah tak seseorang itu berfikir disebalik suruhan Allah itu, dengan menundukkan pandangan akan berkuranglah wanita yang memilih untuk tidak menutup aurat. Ini dapat diibaratkan seperti pemilik panggung wayang yang tiada penonton atau pelanggan yang datang menonton filem yang dinobatkan “hebat” di panggungnya. Sehebat manapun filem yang ditayangkan, apabila tiada yang datang menonton, lambat laun premis panggung wayang tersebut terpaksa ditutup juga.
Begitu juga apa yang berlaku dengan fitrah manusia. Psikologi yang disebutkan Allah dalam ayat tadi menunjukkan setiap permulaan kebaikan dan mematuhi perintah Allah itu sepatutnya bermula dengan Lelaki.
ALLAH LEBIH MEMAHAMI
Allah yang mencipta kita mengetahui dan sangat memahami kegemaran kita. Justeru Dia menjanjikan nikmat atau kelazatan yang jauh lebih umph! Allah menyebut dalam ayat 40 dan 41 surah al-Naa’ziaat,
‘ Sesiapa yang takut akan kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari menuruti hawa nafsunya. Maka sesungguhnya syurgalah tempatnya.’
Di syurga itu ada bidadari. Kalau kita diperlihatkan dengan seorang sahaja dari bidadari itu, nescaya semua perempuan di dunia ini kelihatan “hodoh” belaka. Yang cantik hanya perempuan solehah. Hanya perempuan beriman dapat mengalahkan kecantikan bidadari syurga. Fikir-fikirkan….
sekadar perkongsian ilmu,
Fi baiti sakinah,
1 Jun 2011
9.55 a.m