Tuesday, March 6, 2012

Impian terakhirmu.....




Bismillahirrahmanirrahim…

Dia, insan yang ku rindui,
Dia, insan yang sentiasa cuba menguatkan ikatan ukhuwah ini,
Dia, insan yang sentiasa meminta nasihat daripada diriku..
Dia, insan yang sentiasa merendahkan dirinya
namun,
selepas ini,
tiada lagi insan itu,
meminta nasihat daripadaku,
menyatakan rindu untuk bertemuku,
menyuarakan suara demi sebuah persahabatan…
Dia…
punya impian terakhir,
sungguh!
terkilan dihati tidak dapat diubati
impiannya tidakku penuhi… T_T
aku pasti rindu….rindu yang tak dapat lagi diluahkan kepadanya…


Cinta memerlukan PENGORBANAN dan satu-satunya jalan pengorbanan bertemu kekasih sejati adalah melalui pintu KEMATIAN


Ya Allah, engkau terlebih dahulu menjemput sahabatku Nurul Hidayah, kau ampunilah dosa-dosanya, leburkanlah segala kesilapannya, biarkanlah ia bertebaran umpama debu, bertemumu tanpa dosa, jadikanlah lubung kuburnya sebagai taman syurga, sesungguhnya kematian dtg menjemput dlm keadaan dia sbg "penuntut ilmu". Moga ditempatkan bersama golongan syuhada.


Moga arwah juga memaafkan dosa2ku. Teringat kalam rindunya, rindu untuk bertemu, dayah, walau kita tak ditakdirkan bertemu di dunia, moga Allah menemukan kita di Syurga. Ameen


Yang pasti, seorang sahabat yang bertaqwa pasti berasa cemburu kerana sahabat yang dicintainya terlebih dahulu dapat berjumpa dengan kekasih utamanya, kerna untuk bertemu dengan cinta yang sebenar memerlukan sebuah pengorbanan terbesar dengan melalui sebuah pintu kematian.

p/s: Dayah, anis minta maaf kerana tidak dapat memenuhi permintaan dirimu untuk bertemu.  Sungguh! terkilan… Setelah 10 tahun berpisah, akhirnya kita benar-benar berpisah…Anis doakan, moga Allah mempertemukan kita di sana…moga Kita menjadi Ahli FirdausNya… Dayah, hidup penuh dengan perancangan. Satu demi satu diatur. Impian demi impian dipasang.  Namun,  manusia hanya mampu berusaha sebaik tadbir namun tetap dibatasi takdir pemilik segalanya…


Dayah, selamat menempuh dunia baharu..
6 Mac 2012,
3.58 p.m


1 comment:

Mengharap RedhaMu said...

Innanillah....moga Allah tempatkannya bersama para solihin. Moga2 tetapkan dalam doa2 harian terhadap teman2 yang hidup dan yang telah menemui pencipta kita.....amin....