Bismillahirrahmanirrahim…
Lembaran yang anis taip kali ini sama seperti
yang biasa-biasa. Sama sahaja seperti yang lepas. Beberapa sahabat menunggu
anis untuk terus menaip berkongsi. Ada juga yang tidak henti-henti bertanya.
Tiga minggu cuti sementara menunggu semester baru, ke mana menghilang? Menyepi hampir sebulan bukan bermakna menghilang. Kali
ini, anis belajar. Minggu pertama di Pahang minggu
kedua di Kedah, Penang, Perak, Perlis dan minggu terakhir di Kelantan dan
beberapa hari sebelum habisnya cuti kembali ke bumi Darul Makmur. Sebagai
menghargai sahabat-sahabat yang sedia menanti, Anis berkongsi sedikit
dikesempatan yang ada.
Praktikum fasa 2 bakal mengundang diri ini
menjadi seorang guru sekali lagi. Seorang sahabat bertanya, bagaimanana cara
menguruskan masa. Diam berfikir. Berkongsi sedikit dengannya. Diri ini terkesan
dengan kata-kata seorang sahabat, kerja memang banyak gila! Tapi jangan sampai
kita gila kerana kerja. Iya, benar, kerja memang banyak. Kitalah yang perlu
menguasai kerja, jangan biarkan kerja yang menguasai kita.
Lembaran hati ini menaip berkaitan sebuah
lakaran hidup sendiri untuk ditatap oleh insan yang melalui perjalanan yang
sama. Sebelum ini Anis sudah beberapa kiranya menulis berkaitan M.A.A.F. Tapi
kali ini Anis menulis setelah mendapat ibrah untuk tatapan seorang insan yang
meminta sebuah nasihat yang Anis berharap agar sebuah tulisan semoga mampu
mengetuk pintu hati. Semoga Allah membenarkan perkara ini berlaku.
“Saya dah maafkan tapi saya tidak dapat melihat
wajah mereka lagi”.
“My dear, kamu belum memaafkan mereka lagi….”
“Apa maksud Kak Nis? Saya dah memberi maaf
kepada mereka, tapi entahla….mungkin maaf secara “basi-basi”….”
“Adik, maaf kamu bukan dari hati kan? Kamu rasa
tenang dah lepas memberi maaf?”
“ Sama saja Kak Nis, macam ada sesuatu di hati
saya, sukar saya nak gambarkan….”
Anis faham situasi yang dihadapinya. Pernah
melalui “pattern” ujian yang sama. Perit memandang orang yang melukakan
hati berkali-kali. Berulang-ulang. Namun, mungkin kerana sikap pendiam
membuatkan rasa itu tidak terlalu kelihatan. Berpura-pura tidak lagi terasa.
Namun, sakitnya bagai ditusuk-tusuk dan dicarik-carik.
“Dik, kamu tahu tak orang yang tidak memaafkan
akan sentiasa “diikat” oleh orang yang tidak dimaafkannya. Dik, “maafkan”
nescaya ikatan itu akan terlepas. Maafkan dengan sebenar kemaafan, dengan itu
adik akan terbebas dari terus mengingatkan kesedihan, kekecewaan, kemarahan
yang dilakukan mereka terhadap diri adik. Maafkan, adik akan sihat, adik akan
bebas!”
Adik itu kelihatan diam, berfikir barangkali.
“Hmmm, memang saya masih dibelenggu oleh
rasa sakit itu Kak Nis. Mungkin, kerana saya rasa memberi maaf itu umpama saya
orang yang kalah. Tapi saya silap kerana saya sendiri menderita dengan ikatan
itu.”
Memberi maaf terkadang ternyata lebih sukar
dari meminta maaf. Kenapa? Walhal sudah berapa ayat al-Quran dan hadis yang
dibaca, namun masih sukar untuk dipraktikkan. Selaklah lembaran hatimu.
Lembaran dirimu. Pasti jawapannya ada. Ketika mahu dipraktikkan terasa umpama
ego ditarik-tarik. Kemarahan membuak-buak. Allah….
Tulisan seorang ustaz yang berkongsi
perkongsian ustaznya,
“Mengapa sukar memaafkan? Ya, engkau ego.
Rasa besar diri. Engkau tidak rasa kebesaran Allah. Orang yang merasakan
kebesaran Allah pasti akan merasa kekerdilan diri. Allah lagikan pengampun.
Dosa demi dosa hambaNya. Diampun segalanya. Bukan sekadar mengampunkan, malah Allah menyayangi pendosa yang bertaubat dari dosanya.”
“Kenapa kau merasa besar? Kaukah yang
memberikan rezeki kepada dia (orang yang enggan dimaafkan)? Kaukah yang memberikan hidayah kepadanya?
Kaukah yang menyembuhkan dia ketika sakit? Insaflah. Allah yang memberikan
semua itu. JIKA ALLAH YANG BESAR JASA KEPADA DIRINYA PUN MEMAAFKAN, ADAKAH
PERNAH ADA PERKATAAN “LAYAK” BUAT DIRIMU UNTUK TIDAK MEMAAFKAN?”
Adik itu terdiam
ketika Anis berkongsi hasil pembacaan Anis itu.
“Kak Nis, masih terngiang-ngiang apa yang berlaku, mungkin
alasan saya tidak memaafkan mereka “munasabah” di mata saya, namun mungkin
tidak di sisi Allah. Allah pasti berkehendakkan saya agar memaafkan mereka.
Perit, namun rasa terikat itu lebih perit sangat kan?
Kak Nis,
baru saya sedar betapa “kecilnya” kesalahan manusia dengan manusia. Berbanding
dosa manusia dengan Allah. Apakah alasan saya untuk terus tidak memaafkan.
Memaafkan konon…padahal sebenarnya tidak.
Moga Allah sudi memaafkan perlakuan saya ini.”
“Ye dik,
maafkan dosa sesama manusia agar kita mudah berbicara di mahkamah sana nanti.
Allah maha penyayang, Allah maha pemaaf dan suka kepada hambanya yang suka
memaafkan.”
“InsyaALLAH,
sekarang juga saya harus pergi bertemu mereka. Ya Allah egonya aku selama ini.
Umpama menyimpan sifat “ketuhanan” dalam diri yang penuh kehinaan”.
Adik itu berlalu,
segera ingin “memberi” maaf, bimbang tidak berkesempatan, bimbang menjadi
pemutus silaturrahim. Ruginya menjadi pemutus silaturrahim lantaran bau syurga
pun tidak dapat dihidu.
Pernah tengok ikan
dilautan? Tidak pernah terpengaruh dengan masinnya air laut. Namun begitu,
setelah ikan itu mati, hanya secubit garam sudah mampu memasinkannya. Begitu
juga dengan hati kita, bila ia hidup, ia pasti kuat menangkis garam-garam
kehidupan yang cuba memasinkannya, namun apabila hati mati, pasti hati itu
mudah masin walaupun dengan secubit pengaruh garam.
Kata-kata ini Anis
berkongsi dengan seorang sahabat sewaktu duduk di atas bangku, saat dituntut
hak sebagai seorang sahabat untuk memberi nasihat. Allah, berat bibir untuk
mengungkap berat lagi hati. Moga Allah memimpin aku….jagailah aku.
Setelah sekian lama menyepi,
mengharap redha Ilahi,
Moga Allah sudi memberi.
Memperkenankan doa di hati.
Usah
terus menanti
jangan
dilayan kehendak hati
bakal
sempurnakah impianmu nanti?
belum
tentu itu yang Ilahi janji
pintalah
petunjuk dalam aliran doa suci
Moga dipimpin hati.
Fi M302,
27 Jun 2012,
6.25 P.M.