Friday, May 13, 2016

Moga aku makin dewasa



Cukup usiaku 25 Tahun. Saat di mana merupakan ulang tahun pengorbanan seorang mak melahirkan aku. Mungkin aku belum mengerti lagi bagaimana ‘rasa’ sakit dan perit itu kerna aku bukan seorang ibu. Sekalipun jika aku seorang ibu, mustahil aku akan merasakan kesakitan dan keperitan yang ‘sama’. Cukuplah mendengar kisah dari bibir ibuku, membuatku sebak menahan air mata. Bukan hanya lelah mengandung, sakit melahirkan, perit tumpah darah selepas kelahiranku, penat menjagaku, menahan sabar karenah burukku, itu ini dan tidak juga akan berakhir catatanku jika ingin diganti dengan kata yang tidak seberapa untuk menggambarkan segalanya.


Maafkan aku yang tidak selalu bisa bersamamu mak, aku selalu merindukanmu, dalam kesendirianku, aku selalu ingin menemuimu, aku ingin membahagiakanmu, walau mungkin kadang cara ku tidak selalu membahagiakanmu. Terima kasih kerana melahirkanku, kerana dari itu aku dapat menikmati genap usiaku saban tahun.


Hanya satu, berapa pun usiaku melangkah ke hadapan, moga redha Allah dan Rasul dapat ku gapai seiring redhamu mak dan abah dan manusia seluruhnya. Moga aku makin ‘dewasa’ dalam ibadah, akhlak dan seluruhnya. Jazakumullahu Khair atas doa kalian. Moga setiap patah doa yang ditaip seikhlasnya akan dimakbulkan sang Khaliq. Moga kebaikan yang didoakan terlimpah buat kalian juga.


Khamis,
15 Januari 2015,
Bintulu, Sarawak

10 comments:

Inni Akhafullah said...

Comey gmbr ni...nk ag gmbr lamo2. Nnt cr deh.. 😍😍

Humaira said...

hensem abah kita, comey mak hehe... muka Anas Ker dah mcm abah dh hehe. maghila amek sini Inni Akhafullah

Inni Akhafullah said...

Jauh sgt 😭 . K.nis hntr kot wasap deh nnt...comey mak, abah plop napok hensem! 😍😘

Abdul Halim said...

Come belako

Siti Hajar said...

abyana ikut rupa ummi Nisa Cairo :)

Imah Nabilah said...

Epppy besdaayy anisss..smga pnjg umor n dmurhkn rzki sllu

Abdul Halim said...

Hepy Besday Anis Humaira.. Semoga dipayungi kerahmatan Allah S.W.T

Jamal Bikers said...

Kakak n abgku yg dsayangi.

Norliza Darus said...

Happy Belated Birthday my dear Anis.

Ummu Aiman said...

Sanah Helwah kak anis..