Saturday, March 31, 2018

TEKS BERCERITA KISAH AL-QURAN MTQ 2018: KISAH ASHABUL KAHFI



بسم الله والحمدلله ! السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Terima Kasih Tuan Pengerusi Majlis. Yang dihormati barisan para hakim yang adil lagi saksama, yang saya muliakan guru-guru, kawan-kawan dan para hadirin yang dikasihi Allah sekalian.

(Nasyid- Rentak Lagu Aishah)
La...la....la...la....
Kawan-kawan,
Marilah kita dengar,
Cerita, kisah tujuh pemuda yang beriman.
 
Pengenalan
Salam

Salutasi


Tajuk Cerita

Kawan-kawan, 

Dikisahkan, pada suatu hari seluruh kaum di dalam bandar berkumpul untuk menyambut perayaan. Ketika itulah, para pemuda ashabul kahfi menyaksikan sendiri perbuatan syirik kaum mereka. Lalu dengan ilham daripada Allah, mereka mengambil keputusan untuk mengasingkan diri daripada kaum mereka di salah satu gua di pergunungan. Lantas mereka memohon kepada Allah agar melimpahkan rahmat ke atas mereka di dalam gua itu. Doa mereka ini tercatat kemas di dalam surah al-Kahfi ayat 10:

(Ingatlah) ketika pemuda-pemuda itu berlindung ke dalam gua lalu mereka berdoa “Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan sempurnakanlah petunjuk bagi kami dalam urusan kami.” 

Kawan-kawan, lihatlah betapa pemuda al-kahfi mengharapkan rahmat Allah dalam menghadapi ujian tersebut. Sejak akhir-akhir ini, banyak dilaporkan berita remaja yang membunuh diri disebabkan masalah yang dihadapi dan mereka seolah-olah berputus asa dari rahmat Allah.

(Sajak)
Duhai Temanku,
Lihatlah ke arah langit yang luas,
Sungguh, Rahmat Allah melebihi keluasannya,
Pandanglah ke laut biru yang dalam,
Sungguh! Rahmat Allah melebihi kedalamannya,
Maka duhai temanku!
La Tahzan, Innallaha ma’aka!

Jadi kawan-kawan, janganlah kita sesekali berputus asa dari rahmat Allah kerana rahmatNya amatlah luas.




Isi 1







 Ayat Al-Quran






Isu Semasa












 Pengajaran
Kawan-kawan, 
Dengan izin Allah akhirnya mereka sampai ke gua. Bersama-sama mereka terdapat seekor anjing yang setia duduk di pintu gua dengan menghulurkan kedua-dua kakinya. Allah SWT kemudiannya telah menidurkan para pemuda dan anjing tersebut selama 309 tahun.
Ha? 309 tahun?
Ya kawan-kawan. Mereka tidur dengan hanya menutup sebelah mata dan membuka sebelah mata lagi untuk terus menerima bekalan oksigen. Allah juga telah membolak-balikkan jasad mereka ke sebelah kanan dan kiri supaya aliran darah terus mengalir seperti normal dan jasad mereka tidak dimakan oleh tanah.
Firman Allah SWT dalam surah al-Kahfi ayat 25 dan 26:
 
ﭐﭐDan mereka tinggal di dalam gua selama tiga ratus dan ditambah sembilan tahun. Katakanlah, “Allah lebih mengetahui berapa lama mereka tinggal (di gua)….”
(Nasyid): 
Di sangka tidur hanya sehari,
Rupanya 309 tahun,
Zaman bertukar beberapa kurun,
Di bumi bersejarah ini.

Kawan-kawan tentu hairan bagaimana peristiwa ini boleh berlaku, bukan? Haa... sebenarnya tiada apa yang mustahil bagi Allah. Cuba kita imbas kembali pada awal januari tahun ini, Gurun Sahara telah dilanda ribut salji sehingga sebahagian gurun tersebut telah diliputi salji setebal 40 sentimeter. Masya Allah. Oleh itu,wajiblah kita tetap percaya dengan setiap satu yang diceritakan di dalam al-Quran
Isi 2












Ayat al-Quran












Isu semasa


Pengajaran
Kawan-kawan,

Sesedarnya daripada tidur, mereka semua tertanya-tanya tentang tempoh masa mereka tertidur

“Eh, berapa lama agaknya kita tidur?”

“Hmmm, mungkin sehari atau setengah hari kot.”

Kemudian salah seorang daripada mereka berkata “TuhanMu lebih mengetahui berapa lama kita di sini.”

Setelah itu, mereka menyuruh salah seorang daripada mereka untuk membeli makanan. Namun mereka berpesan kepadanya.

“Kau kena berlemah lembut. Jangan sampai tercerita tentang rahsia kita tau.”
Lalu keluarlah pemuda itu ke bandar. Kebimbangan mereka telah dicatatkan di dalam surah al-Kahfi ayat 20:
“Sesungguhnya, jika mereka mengetahui tempatmu, nescaya mereka akan melempari kamu dengan batu, atau memaksamu kembali kepada agama mereka, dan jika demikian nescaya kamu tidak akan beruntung selama-lamanya.”

Kawan-kawan, begitu utuh sekali pemuda al-kahfi mempertahankan akidah mereka. Mereka begitu bimbang akan dipaksa mensyirikkan Allah. Begitulah nasib yang sama menimpa saudara Islam di Rohingya. Mereka telah diusir dari kampung halaman, dibakar hidup-hidup oleh para tentera dan sami budha sehingga syahid hanya kerana mempertahankan akidah mereka. 

(Petikan Doa Qunut Nazilah)
Ya Allah hancurkan kumpulan mereka
Ya Allah pecahkan pakatan mereka
Ya Allah leburkan pendirian mereka
Ya Allah musnahkan langkah mereka

Oleh itu kawan-kawan, kita hendaklah mencontohi keutuhan dalam mempertahankan akidah seperti keutuhan ashabul kahfi dan saudara kita di Rohingya.


Isi 3














  
Ayat al-Quran







Isu semasa









 Pengajaran
Kawan-kawan. 

Dengan kehendak Allah, rahsia mereka telah terbongkar.

“Bukankah itu mata wang lama? Ujar seseorang ketika pemuda itu membeli makanan.

Pemuda itu amat terkejut dengan apa yang didengarnya. Barulah dia sedar bahawa zaman telah berlalu beberapa kurun. Pemuda itu kemudiannya telah dibawa menghadap pemerintah pada ketika itu. Lantas, demi melihat kebenaran, pemerintah dan kaumnya berangkat ke gua untuk melihat keadaan para penghuni gua yang beriman. Akhirnya para pemuda al kahfi bertemu dengan pemerintah dan menceritakan kisah mereka. Mereka berehat kembali dan pada ketika inilah Allah mematikan mereka. Setelah itu, pemerintah dalam kalangan mereka telah mengambil keputusan untuk membina masjid di sisi gua itu.

Firman Allah SWT di dalam surah al-Kahfi ayat 21:
Maka mereka berkata, “Dirikanlah sebuah bangunan di atas gua mereka..."

Lihatlah kawan-kawan, sekarang ini ramai umat Islam yang tidak mengamalkan sikap berhati-hati dalam menyelidik kebenaran. Mereka suka menyebar berita yang kurang pasti di laman-laman sosial.  Alangkah seronoknya sekiranya kita semua dapat mencontohi sikap kaum dan pemimpin dalam kisah ashabul kahfi yang terlebih dahulu menyelidik kebenaran serta segera beriman dengan kebesaran Allah SWT.


Isi 4
















Ayat al-Quran





 Isu Semasa



Pengajaran
(Pantun)
Ashaabul kahfi pemuda beriman,
Demi aqidah nyawa di pertaruhkan,
Ayuhlah kawan ambillah teladan,
Itulah contoh mukmin pilihan.

Kisah Ashabul Kahfi!

Sekian.
وبالله التوفيق والهداية السلام عليكم ورحمة الله وبركاته!

Teks disediakan oleh :
Ustazah Nurul Anis, SK Kidurong, Bintulu.


Penutup



Rujukan:
1)     Irsyad al-Hadith Siri ke-50: Kisah dan bilangan Ashabul Kahfi

2)     Memimpin Kisah-Kisah Melawan dalam al-Quran (4): Israiliyyat Penceritaan Kisah Ashabul Kahfi

3)     Pengaruh Israiliyyat Dalam Penafsiran Ashab Al-Kahf : Kajian Terhadap Tafsir Al-Tobari

4)     Fenomena ilmiah kisah Ashabul Kahfi


5)     Siri Terakhir: Kebijaksanaan Allah swt dalam peristiwa Ashaabul Kahfi


6)     Tafsir Ibnu Katsir Surah Al-Kahfi ayat 21



------------------------------------------------------------------------------------------------------
#Perkongsian Teks Bercerita wakil SK Kidurong pada tahun 2018. Boleh komen di bawah sekiranya ingin copy, dan jangan lupa untuk kreditkan di atas nama saya. Terima Kasih Moga bermanfaat.