بسم الله
والحمدلله ! السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Terima Kasih Tuan Pengerusi Majlis. Yang dihormati barisan para hakim yang adil lagi
saksama, yang saya muliakan guru-guru, kawan-kawan dan para hadirin yang
dikasihi Allah sekalian.
(Nasyid- Rentak Lagu Aishah)
La...la....la...la....
Kawan-kawan,
Marilah kita dengar,
Cerita, kisah tujuh
pemuda yang beriman.
|
Pengenalan
Salam
Salutasi
Tajuk Cerita
|
Kawan-kawan,
Dikisahkan, pada suatu hari seluruh kaum di dalam bandar berkumpul
untuk menyambut perayaan. Ketika itulah, para pemuda ashabul kahfi menyaksikan
sendiri perbuatan syirik kaum mereka. Lalu dengan ilham daripada Allah, mereka
mengambil keputusan untuk mengasingkan diri daripada kaum mereka di salah
satu gua di pergunungan. Lantas mereka memohon kepada Allah agar melimpahkan
rahmat ke atas mereka di dalam gua itu. Doa mereka ini tercatat kemas di
dalam surah al-Kahfi ayat 10:
ﭐ
(Ingatlah) ketika pemuda-pemuda itu berlindung ke dalam gua lalu
mereka berdoa “Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisiMu dan
sempurnakanlah petunjuk bagi kami dalam urusan kami.”
Kawan-kawan, lihatlah betapa pemuda al-kahfi mengharapkan
rahmat Allah dalam menghadapi ujian tersebut. Sejak akhir-akhir ini, banyak dilaporkan
berita remaja yang membunuh diri disebabkan masalah yang dihadapi dan mereka
seolah-olah berputus asa dari rahmat Allah.
(Sajak)
Duhai
Temanku,
Lihatlah ke
arah langit yang luas,
Sungguh,
Rahmat Allah melebihi keluasannya,
Pandanglah ke
laut biru yang dalam,
Sungguh!
Rahmat Allah melebihi kedalamannya,
Maka duhai
temanku!
La Tahzan, Innallaha
ma’aka!
Jadi kawan-kawan, janganlah kita
sesekali berputus asa dari rahmat Allah kerana rahmatNya amatlah luas.
|
Isi 1
Ayat Al-Quran
Isu Semasa
Pengajaran
|
Kawan-kawan,
Dengan izin Allah akhirnya mereka sampai ke gua. Bersama-sama
mereka terdapat seekor anjing yang setia duduk di pintu gua dengan
menghulurkan kedua-dua kakinya. Allah SWT kemudiannya telah menidurkan para pemuda
dan anjing tersebut selama 309 tahun.
Ha? 309 tahun?
Ya kawan-kawan. Mereka tidur
dengan hanya menutup sebelah mata dan membuka sebelah mata lagi untuk terus
menerima bekalan oksigen. Allah juga telah membolak-balikkan
jasad mereka ke sebelah kanan dan kiri supaya aliran darah terus mengalir
seperti normal dan jasad mereka tidak dimakan oleh tanah.
Firman Allah SWT dalam surah
al-Kahfi ayat 25 dan 26:
ﭐﭐ“Dan mereka tinggal di dalam gua
selama tiga ratus dan ditambah sembilan tahun. Katakanlah, “Allah lebih
mengetahui berapa lama mereka tinggal (di gua)….”
(Nasyid):
Di sangka tidur hanya sehari,
Rupanya 309 tahun,
Zaman bertukar beberapa kurun,
Di bumi bersejarah ini.
Kawan-kawan tentu hairan bagaimana peristiwa
ini boleh berlaku, bukan? Haa... sebenarnya tiada apa yang mustahil bagi
Allah. Cuba kita imbas kembali pada awal januari tahun ini, Gurun Sahara
telah dilanda ribut salji sehingga sebahagian gurun tersebut telah diliputi
salji setebal 40 sentimeter. Masya Allah. Oleh itu,wajiblah kita tetap
percaya dengan setiap satu yang diceritakan di dalam al-Quran
|
Isi 2
Ayat al-Quran
Isu semasa
Pengajaran
|
Kawan-kawan,
Sesedarnya daripada tidur, mereka semua tertanya-tanya tentang
tempoh masa mereka tertidur.
“Eh, berapa lama agaknya kita tidur?”
“Hmmm, mungkin sehari atau setengah hari kot.”
Kemudian salah seorang daripada mereka berkata “TuhanMu lebih
mengetahui berapa lama kita di sini.”
“Kau kena berlemah lembut. Jangan sampai tercerita tentang rahsia
kita tau.”
Lalu keluarlah pemuda itu ke bandar. Kebimbangan mereka telah
dicatatkan di dalam surah al-Kahfi ayat 20:
“Sesungguhnya, jika mereka mengetahui tempatmu, nescaya mereka
akan melempari kamu dengan batu, atau memaksamu kembali kepada agama mereka,
dan jika demikian nescaya kamu tidak akan beruntung selama-lamanya.”
Kawan-kawan, begitu utuh sekali pemuda al-kahfi mempertahankan
akidah mereka. Mereka begitu bimbang akan dipaksa mensyirikkan Allah.
Begitulah nasib yang sama menimpa saudara Islam di Rohingya. Mereka telah diusir
dari kampung halaman, dibakar hidup-hidup oleh para tentera dan sami budha
sehingga syahid hanya kerana mempertahankan akidah mereka.
(Petikan Doa Qunut Nazilah)
Ya Allah hancurkan kumpulan mereka
Ya Allah pecahkan pakatan mereka Ya Allah leburkan pendirian mereka Ya Allah musnahkan langkah mereka
Oleh itu
kawan-kawan, kita hendaklah mencontohi keutuhan dalam mempertahankan akidah
seperti keutuhan ashabul kahfi dan saudara kita di Rohingya.
|
Isi 3
Ayat al-Quran
Isu semasa
Pengajaran
|
Kawan-kawan.
Dengan
kehendak Allah, rahsia mereka telah terbongkar.
“Bukankah itu mata wang lama? Ujar
seseorang ketika pemuda itu membeli makanan.
Pemuda itu amat terkejut dengan apa
yang didengarnya. Barulah dia sedar bahawa zaman telah berlalu beberapa
kurun. Pemuda itu kemudiannya telah dibawa menghadap pemerintah pada ketika
itu. Lantas, demi melihat kebenaran, pemerintah dan kaumnya berangkat ke gua
untuk melihat keadaan para penghuni gua yang beriman. Akhirnya para pemuda al
kahfi bertemu dengan pemerintah dan menceritakan kisah mereka. Mereka berehat
kembali dan pada ketika inilah Allah mematikan mereka. Setelah itu, pemerintah
dalam kalangan mereka telah mengambil keputusan untuk membina masjid di sisi
gua itu.
Firman Allah SWT di dalam surah al-Kahfi ayat 21:
ﱗ
“Maka mereka berkata, “Dirikanlah sebuah bangunan di atas gua
mereka..."
Lihatlah kawan-kawan, sekarang ini ramai umat Islam yang tidak
mengamalkan sikap berhati-hati dalam menyelidik kebenaran. Mereka suka
menyebar berita yang kurang pasti di laman-laman sosial. Alangkah seronoknya sekiranya kita semua
dapat mencontohi sikap kaum dan pemimpin dalam kisah ashabul kahfi yang
terlebih dahulu menyelidik kebenaran serta segera beriman dengan kebesaran
Allah SWT.
|
Isi 4
Ayat al-Quran
Isu Semasa
Pengajaran
|
(Pantun)
Ashaabul kahfi pemuda beriman,
Demi aqidah nyawa di pertaruhkan,
Ayuhlah kawan ambillah teladan,
Itulah contoh mukmin pilihan.
Kisah Ashabul Kahfi!
Sekian.
وبالله
التوفيق والهداية السلام عليكم ورحمة
الله وبركاته!
Teks disediakan
oleh :
Ustazah Nurul Anis, SK Kidurong, Bintulu.
|
Penutup |
Rujukan:
1)
Irsyad al-Hadith Siri ke-50: Kisah dan bilangan Ashabul Kahfi
2)
Memimpin Kisah-Kisah Melawan dalam al-Quran
(4): Israiliyyat Penceritaan Kisah Ashabul Kahfi
3)
Pengaruh Israiliyyat Dalam Penafsiran Ashab
Al-Kahf : Kajian Terhadap Tafsir Al-Tobari
4) Fenomena ilmiah kisah Ashabul Kahfi
5) Siri Terakhir: Kebijaksanaan Allah swt dalam peristiwa Ashaabul Kahfi
6) Tafsir Ibnu Katsir Surah Al-Kahfi ayat 21
------------------------------------------------------------------------------------------------------
#Perkongsian Teks Bercerita wakil SK Kidurong pada tahun 2018. Boleh komen di bawah sekiranya ingin copy, dan jangan lupa untuk kreditkan di atas nama saya. Terima Kasih Moga bermanfaat.
58 comments:
Jalan cerita menarik. Tak mahu cuba tulis buku cerita kanak-kanak? Anis pun pandai melukis. Pakej lengkap. Anis ada guna konsep apa-apa dalam penceritaan ni?
Belum lagi berfikir ke arah tu. Idea yang menarik, mungkin boleh dicuba untuk masa akan datang. Terima Kasih :)
Mohon copy ye
Silakan.semoga bermanfaat cikgu.
Saya mohon untuk di copy utk kegunaan pelajar saya cikgu
Silakan cikgu
mohon copy ye.. utk anak murid sy.. terima kasih🙂
Sy mohon guna untuk anak bole?
Salam.. mohon copy ye cikgu.
Salam.. mohon copy ye cikgu.
assalamualaikum, sangat menarik dan padat. mohon untuk copy yaa. terima kasih. halal kan yaaa :)
ASSALAMUALAIKUM. MOHON SHARE AND COPY YA. TERIMA KASIH
Assalamualaikum.. jalan cerita terbaik dan menarik.. mohon copy untuk ank murid guna.. minta halal...tq
mohon copy..semoga murah rezeki
salam, saya minta izin share dan copy ya.
Bermanfaat sangat , saya copy ye
Salam,Sgt menarik mohon copy ye, terima kasih
Salam. Mohon untuk copy ya. Tq
Saya mohon untuk di copy utk kegunaan pelajar saya ustazah
Assalamualaikum ustazah. mohon copy dan share cerita ini dan ashabul sabti untuk kegunaan pertandingan bercerita disekolah ya. Moga Allah murahkan rezeki ustazah selalu. Terima kasih :)
assalamualaikum ustazah..mohon share dan copy ye utk anak sy..minta halal ilmu..semoga ustzah sentiasa dilimpahi rahmat dan rezeki
Salam..mohon copy yea..
Sy mohon copy yaa ..
Assalamualaikum.. mohon copy utk pertandingan bercerita ye,, semoga ustazah diberkati allah,, dan selamat hari guru
Assalamualaikum wth. Perkongsian yamng sangat bermanfaat dengan rujukan yang diyakini. Mohon izin share dan copy untuk digunakan murid sekolah saya ya. Semoga Allah berkati usaha Ustzh insyAllah
Perkongsia yang bermanfaat dengan sumber rujukan yang diyakini. Mohon izin share dan copy untuk rujukan murid sekolah saya ya untuk pertandingan bercerita. Moga Allah berkati usaha Ustzh insyaAllah
Mohon copy ya.terima kasih
Assalamualaikum...mohon izin share n copy utk pertandingan bercrita murid sy..smoga ustazah dipermudahkan segala urusan dn sentiasa dlm rahmat Allah..syukran jazilan..
assalamualaikum..mohon copy tajuk kisah ashabulkahfi yer... terima kasih..moga dimurahkan rezeki
mohon izin share ye
mohon copy ye
mohon copy ye
Assalamualaikum..mohon copy cerita ye cg untuk kegunaan anak..terima..barokallahufik
Assalammualaikum..Mohon digunakan teks ini ye.. Utk ank murid saya..terima kasih
Assalamualaikum..saya mohon gunakan teks ini untuk pertandingan bercerita murid saya.terima kasih cikgu anis.
Assalamualaikum cg hanis...sy mohon copy teks...Terima kasih
Assalamualaikum...mohon copy ya, terima kasih
saya mohon copy teks ye...terima kasih.....
mohon copy teks. terima kasih banyak
MINTA IZIN COPY CIKGU..
saya minta izain untuk gunakan utk anak murid. semoga bermanfaat,,
terima kasih
Mohon copy, terima kasih
Mohon copy, terima sadih
Mohon copy, terima kasih
Mohon copy, terima kasih
Assalamualaikum. Mohon copy untuk rujukan anak saya. Doakan anak saya berjaya utk pertandingan bercerita anak2 pasti nanti. Terima kasih
Assalamualaikum. Mohon copy untuk kegunaan anak murid saya.
Mohon saya copy sedikit utk anak murid aaya ye
Salam..ustzah.. Cerita yg menarik..moga Allah sentiasa mberikan ilham ntk ustzh.. Sy mohon copy utk ank murid sy..
Assalamualaikum,,izinkn sy copy
mohon copy ye
Assalamualaikum. Mohon copy utk anak murid sy ya. Semoga bermanfaat. Tq
Assalaamualaikum. Saya mohon copy ye untuk kegunaan pelajar saya.. Terima kasih atas perkongsian.
Mohon copy ye ustazah untuk kegunaan pelajar saya. Terima kasih atas perkongsian ilmunya
assalamualaikum wbt..mohon copy ya..terima kasih
Assalamualaikum ustazah. Mohon copy untuk kegunaan murid saya. Terima kasih.
Assalammualaikum. Saya mohon copy ya untuk kegunaan anak Terima kasih.
Assalamualaikum saya mohon copy ye cikgu untuk anak murid saya. Semoga pahala perkongsian mengalir buat cikgu. Terima kasih cikgu
Post a Comment