Sambil menunggu murid menyiapkan
tugasan, sempat berbual-bual dengan murid. Murid A menceritakan kisah kematian
datuknya yang sangat disayangi. Kedengaran suara sebak dan mata sedikit
berkaca. Katanya, arwah datuknya dulu sentiasa berpesan tentang agama dan
solat. Lantas, terus ustazah menitipkan pesan,
“Kamu tahu tak apa yang
diharapkan oleh orang yang telah mati?”
“Apa ustazah?”
“Doa daripada anak yang soleh, doa daripada ahli
keluarga kepadanya tanpa henti. Bukan ketika mula-mula kematian sahaja tapi
sepanjang kehidupan kita, sampai kita tua pun kita terus berdoa untuk ahli
keluarga kita yang dah meninggal. Sebab nanti apabila kita dah meninggal, kita
pun mengharapkan doa yang sama juga daripada ahli keluarga.”
“Nanti ustazah pun mesti nak anak
ustazah doakan ustazah kan?”
Sebak pula soalan ini. Murid B pula mencelah “Eh,
ustazah kan tak kahwin lagi.” Tersenyum si ustazah.
Terus ustazah menjawab dengan sebak sambil
memandang muka murid-murid, “Ustazah harapkan doa daripada anak murid ustazah
jelah, kamu semua anak-anak ustazah, kamu semualah tolong doakan ustazah nanti
tau.”
Tetiba murid-murid lain menyahut, “Saya! Saya!
Saya akan selalu doakan ustazah!”
“A’a kitoranglah doakan ustazah!”
Terima Kasih anak-anak. Moga
terus membesar dalam keimanan dan ketaqwaan serta sentiasa tidak lupakan
ustazah dalam doamu sebagaimana ustazah tidak lupakan guru-guru ustazah dalam
doa.