Bismillahirrahmanirrahim
Tajuk post ni macam nak jual produk je
kan. Tapi tak, sekadar perkongsian. Kulit muka adalah anugerah dan amanah
daripada Allah untuk kita jaga, selain untuk disyukuri, kulit yang sihat juga
membuatkan kita semakin yakin untuk berhadapan dengan manusia lain kan?
Baru-baru ini, rakan sekerja bertanya, “Kulit you
makin ok lah, you pakai apa ye sekarang?”. “Eh, akak ingat ke kulit
saya dulu macam mana?”, saya bertanya kembali, terkejut juga rakan sekerja masih
ingat rupa saya yang dahulu. Yelah, dah lima tahun berlalu dari zaman mula-mula
posting dahulu. “Eh, mestilah ingat, dulu teruk juga kan jerawat you?”
Ya, beberapa tahun dahulu, memang diuji
sungguh. Gara-gara menjadi mangsa kerakusan penjual kosmetik ni. Pada tahun
2012, saya terjebak dengan produk kecantikan tempatan SF ****ty. Teringin nak kulit licin kononnya. Memang
saya dapat apa yang saya nak, dalam 2,3 bulan kulit memang cantik
sungguh-sungguh. Licin sangat, tapi akibatnya saya tanggung beberapa bulan
selepas tu apabila jerawat mula naik. Sedangkan kulit saya yang asal tidak
pernah ada jerawat (kecuali apabila minggu datang bulan) dan
tidak mempunyai sebarang masalah. Kesan penggunaan produk tersebut, kulit saya break
out teruk. Bukan untuk beberapa bulan ye, tapi untuk 4 TAHUN. Sedihkan?
Masa tu baru faham perasaan orang yang Allah uji kulit berjerawat ni. Jadi,
pelbagai produk saya cuba untuk pulih seperti biasa. Duit tak yah cakap berapa
banyak saya habiskan untuk pulihkan kulit. Produk mahal (Shaklee Set Enfuselle, Cetaphil, Khan Skincare dan lain-lain) dan produk murah semua
saya cuba. Tapi Allah masih belum izinkan untuk pulih.
Sebelum kejadian break out
Kulit ketika break out, teruk kan?
Pada tahun 2017, saya cuba produk Himalaya
selepas ternampak kakak ipar saya pakai hehe. Alhamdulillah, setelah istiqamah,
dalam masa 3 bulan, jerawat saya mula berhenti dan selepas tu saya masih
teruskan penggunaan produk ni sehingga akhirnya parut pun mula hilang.
Kuncinya, kena SABAR DAN ISTIQAMAH. Hebat penangan Himalaya ni, mula-mula saya
seorang sahaja yang pakai produk ni, selepas nampak kesan yang sangat positif,
ketiga-tiga housemates saya pun terjebak dengan Himalaya. Sekarang,
rakan sekerja pula. Untuk permulaan, saya hanya pakai pencuci muka, toner dan
krim siang sahaja.
Neem Face Wash ni tak ada paraben, SLS/SLES,
dan phthalates. Mengandungi 100% herbal actives. Sesuai untuk mereka yang nak
kulit bersih dari masalah. Yang penting dermatological tested. Himalaya memang terkenal
dengan Neem Face Wash ni. Pencuci muka Himalaya, mula-mula saya pakai agak kering untuk
kulit saya, tapi alhamdulillah sekarang dah sesuai dan serasi dengan saya. Jadi korang sebelum beli yang pack besar, boleh beli pack percubaan dahulu untuk lihat keserasian kulit.
Krim siang
Alhamdulillah, dalam masa tiga bulan sudah menampakkan hasil yang
sangat positif.
Sekarang tadaaaaa, full set Himalaya termasuk untuk rambut, krim mata pun saya
pakai yang Himalaya. Krim malam himalaya korang wajib cuba, pakai sebelum tidur, sekiranya korang ada jerawat atau bintik-bintik di muka, bangun dari tidur korang akan rasa perubahannya.
Selain itu, yang sangat membantu dalam mengatasi masalah jerawat adalah penggunaan Dalacin T
Dalacin T ni adalah sejenis antibiotik yang akan
meresap ke dalam darah untuk melawan bakteria penyebab jerawat. Dalam bentuk
cecair. Sangat membantu, kalau ada jerawat yang baru tumbuh, terus dab, jerawat
akan terus kecut. Korang boleh cari di farmasi.
Dalacin T ni mengandungi antibiotik jenis Clindamycin Phosphate yang diuji secara klinikal dapat menghalang pertumbuhan bakteria Propionibacterium acnes yang banyak menyebabkan jerawat.
Tidak dilupakan, sepanjang proses untuk pulih
kulit, saya juga ada consume Dianz Vitamin C & E. Dalam 10 botol
juga untuk dapatkan hasil. Alhamdulillah kulit makin sihat, kurang berminyak dan makin lembut. Sekarang walaupun dah berhenti consume
vitamin ni, tapi kulit masih tetap sihat.
Dianz vitamin old pack yang saya consume dulu
Tips paling penting adalah DOA. Minta kesembuhan
daripada Allah. Macam kelakar kan, tapi waktu kulit break out tu memang
perasaan saya down dan malu. Pakai bedak tebal, walaupun tahu kalau
pakai bedak makin teruk kulit kita. Jadi, doa jangan putus ye. Boleh jadi, produk yang serasi untuk orang lain belum tentu serasi dengan kita. Jadi berdoa supaya Allah temukan dengan solusi yang terbaik. Kulit berjerawat ni ujian besar untuk kaum wanita kan? Mana-mana yang sedang mencari solusi, boleh cuba tips di atas ye. Mana tahu sesuai untuk kulit korang. Semoga Allah beri kesembuhan bagi yang sedang mencari solusi.
Kulit saya sekarang. Alhamdulillah.
Sekadar berkongsi,
11.11.2018 (Ahad)
Bintulu, Sarawak.
No comments:
Post a Comment