September 2018, saya dapat PM di facebook daripada Muhammad Syauqi, sahabat sebatch di IPG tentang cara nak menerbitkan buku. Disebabkan sebelum ini, saya pernah menulis dua buah buku pertama terbitan di bawah syarikat buku dan sebuah lagi diterbit dan dicetak sendiri, maka saya berkongsi sedikit sebanyak apa yang saya tahu. Jujurnya ini bukan kali pertama saya menerima PM daripada rakan-rakan FB berkaitan perkara ini. Tetapi memang ramai yang mempunyai keinginan membuak-buak untuk menerbitkan buku dan alhamdulillah ada yang dah berjaya menghasilkan buku di bawah syarikat-syarikat buku terkemuka.
September 2019, saya sekali lagi menerima PM di facebook daripada Syauqi dan
akhirnya kami berhubung melalui whatsApp. Saya dapat lihat kesungguhan dia
untuk menerbitkan karya. Ketika itu, katanya dah selesai menulis manuskrip dan
tinggal untuk dicetak. Dipendekkan cerita kali ini dia tanya pendapat saya
berkaitan cara menerbitkan buku sendiri secara lebih mendalam. Malam tu juga
dia hantar emel untuk minta saya tolong semak keseluruhan manuskrip. Tipulah
kalau saya baca habis dalam satu malam. Panjang kot 🤣.
Saya lihat sepintas lalu dan minta dia tambah beberapa bahagian. Bincang punya
bincang, akhirnya dia tanya, "Anis setuju untuk tolong settle A-Z buku
ni?" Saya terus balas "In shaa Allah. Asalkan kita boleh bekerja
dalam keadaan tolak ansur, boleh faham kekangan kerja masing-masing dan
lain-lain. In shaa Allah boleh." Lepas tu baru terdetik mampu ke aku nak
tolong selesaikan ni dengan kekalutan kerjanya.
Tapi saya puji kesungguhan Syauqi, sebab esoknya dia terus emelkan manuskrip
yang telah dibaiki dan ditambah baik. Nampak tak betapa dia mempunyai keinginan
membuak-buak untuk menerbitkan buku sehingga sanggup mengeluarkan modal sendiri
asalkan penulisannya sampai ke masyarakat. Selepas itu, kami mula berbincang
berkaitan percetakan seperti pemilihan kertas, jenis cetakan dan sebagainya.
Saya punya target untuk siapkan bulan 12 tahun lepas tapi memandangkan kekangan kerja, saya akur bahawa saya takkan dapat menghadap manuskrip dan fokus sepenuhnya untuk menyiapkan design dan susun atur buku. Untuk makluman, manuskrip adalah dalam tulisan di microsoft word sahaja. Saya perlu menyusun atur buku satu demi satu muka surat, mereka bentuk grafik setiap muka surat dan memikirkan konsep yang sesuai. Buku ini mempunyai 270 muka surat termasuk muka depan dan belakang.
Akhirnya pada bulan 12 tahun lepas, saya berjaya menyiapkan design muka hadapan
buku dan reka bentuk dan reka letak di dalam buku. Selepas beberapa hari, saya
menukar design muka hadapan, kerana saya sendiri tak berpuas hati dengan design
yang telah dihasilkan. Setelah kami berbincang dan memperbaiki beberapa
bahagian akhirnya pada 25 disember 2019, buku dah siap sedia untuk dicetak.
Saya mula mencari-cari syarikat percetakan di sekitar Miri, Bintulu dan
semenanjung serta membanding-bandingkan harga. Asalnya kami bercadang untuk
cetak di Bintulu tetapi akhirnya rezeki yang lebih baik untuk kami di
semenanjung.Alhamdulillah setelah saya berbincang dengan syarikat percetakan,
pada 15 Januari buku mula dicetak dan selesai dicetak pada 30 Januari 2020.
Alhamdulillah, pada 3 Februari, buku selamat tiba di Kuantan (Rumah Syauqi)
walaupun lewat beberapa hari dari jangkaan. Selepas itu, kami mula
membincangkan berkaitan promosi dan jualan. Bukan mudah prosesnya, tapi Allah
telah mempermudahkan.
Akhirnya inilah hasilnya. Memang pengalaman ini sebenarnya sangat berharga
untuk saya dan saya sangat berbesar hati dapat membantu penulis yang sangat
berbakat seperti Syauqi. Pengalaman menguruskan percetakan buku sendiri sebelum
ini sangat membantu dalam melancarkan proses menerbitkan buku ini.
Syukur, moga dapat beri kebaikan dan inspirasi kepada yang lain. Jika anda ada
impian, jangan berhenti, teruskan berjalan dan berusaha merealisasikan impian
anda! Tiada yang mustahil dalam hidup ini.
Dapatkan buku ini secara terus daripada penulis. Saya dah baca A to Z, dan
secara jujur ini adalah buku yang terbaik
dari sudut gaya penulisan dan paling penting adalah kisah-kisah yang
diceritakan tak ada satu kisah pun membosankan! Bacalah dan anda pasti terasa
seolah-olah menonton tayangan filem terbaik
di hadapan anda. Tahniah sahabat!
Jom sokong sahabat saya ini. Berminat? Boleh tekan link ini untuk pembelian terus dengan Syauqi https://bukuijazahjalanan.wasap.my/
Boleh juga terus ke FB Muhammad
Syauqi untuk menonton reviu dan mengetahui lebih lanjut berkaitan
buku ini.
Dari penulis ke editor buku,
Bintulu,
9 Februari 2020.
9 Februari 2020.