Isu yang diutarakan BUKAN dalam konteks SUAMI ISTERI dalam berumah tangga. Dalam rumah tangga, memang perlulah ISTERI tu buat-buat BUAT-BUAT TAK TAHU untuk meraikan suami, untuk bermanja walaupun kita tahu je buat semua tu. Waktu ok, waktu suami ada depan mata, semua benda tak tahu buat. Waktu merajuk, bergaduh, waktu suami tak ada eh tetiba tahu buat semua perkara. Gituuu.
Tapi isu sebenar yang diutarakan adalah tentang PEREMPUAN LAMBAT JODOH. PEREMPUAN KENA BUAT BUAT B**** UNTUK DAPAT JODOH? Maksudnya depan lelaki yang tak ada ikatan sah dengan kita? Kalau lelaki yang tak ada ikatan, saya memang buat b**** pun, dia wasap benda tak penting memang saya buat b****, dia nak menggedik pun saya buat b**** jugak. Sebab takut saya kurang cerdik sampai jatuh ke dalam kejahilan diri sendiri melayan lelaki yang tidak ada tujuan yang jelas ke arah pernikahan.
Dalam pandangan saya, jadilah diri sendiri sesuai dengan syariat. Rendah hati bukan rendah diri. Nak jadi perempuan berjaya silakan. Nak berdikari, silakan. Nak ada pencapaian Hebat silakan. Jangan bataskan potensi diri anda hanya kerana takut jodoh menjauh. Tapi berjaya janganlah sampai meninggi diri. Sesuai dengan yang dah diajar dalam Islam. Riak, sombong bukan perempuan je perlu jauhi, lelaki pun sama. Lelaki yang baik pasti boleh menilai yang mana baik.
Begitu juga dengan perempuan. Rendahkan hati supaya dapat lihat kebaikan dalam diri lelaki lain dan dapat juga menilai lelaki yang baik atau lelaki yang hanya mengambil kesempatan mahupun lelaki berhidung belang.
Kalau dah jodoh, kau pasti akan kahwin juga. Jodohmu takkan tertukar dan takkan tersalah orang sebab Allah dah tulis semuanya. Sebagaimana yakinnya kau akan kematian yang akan menjemputmu bila-bila masa, begitu juga kau perlu yakin dengan rezeki yang telah Allah aturkan termasuk jodoh yang pasti akan tiba pada bila-bila masa mengikut aturanNya.
Bintulu,
10 Jun 2021.
No comments:
Post a Comment