Thursday, February 5, 2009

jaNgan Gundah..


salam ..lama rasanya ana tidak menjenguk blog ini. Dalam seminggu ini ana tidak mempunyai kelapangan.. alhamdulillah keputusan peperiksaan buat pertama kalinya buat diri ana di bumi IPTAA telah dikeluarkan baru2 ini dan syukur Alhamdulillah allah telah mengurniaan kejayaan yg agak cemerlang kepada ana apabila diisytiharkan sebagai top 10 bg batch ana. Bila menyebut tentang kejayaan sebenarnya kadangkala ana cukup bimbang jika ana lupa padaNya.. sebenarnya KEJAYAAN yang dilihat indah ini adalah satu ujian ALLAH bagi hambanya sekalipun ramai manusia yang tidak melihatnya sebegitu..
Menyebut tentang ujian teringat pada seorang teman yang baru2 ini diuji dengan kematian sahabatnya jua pada seorang teman ana yang diuji apabila sahabat2nya yang lain telah memberikan kepercayaan pada dirinya untuk mewakili kelas ana untuk PILIHANRAYA dan pada sahabat ana yang DIPULAUKAN oleh sahabatnya sendiri tanpa diketahu asbab dan alas an. Namun apa yang pasti semua ujian yang dilalui pastinya memeritkan dan cukup pahit... sebenarnya apabila selangkah ke alam perjuangan [hidup adalah perjuangan] bermakna diri kita tidak akan terlepas dari diuji begitulah hidup ini.. hidup bagai satu medan perjuangan…setiap hari dan setiap detik pasti akan diuji sama adaa dengan kesenangan atau dengan kesusahan dan ujian

Tiada manusia yang tidak diuji dengan tekanan. Sama ada dirumah, pejabat, di IPTAA atau keluarga, tekanan tetap ada. Malah tekanan dianggap sebagai lumrah dalam perjuangan dan hidup manusia.

Bagaimanapun ana terjumpa sabda RASULULLAH memberikan penawar untuk berdepan tekanan seperti sabda baginda yang bermaksud,
“sesungguhnya orang mukmin akan menerima tekanan hidup kerana tidak ada satu bencana samada kerana terkena duri atau yang lebih besar, tidak juga ketakutan melainkan ALLAH akan mengangkat darjatnya satu darjat dan menghapuskan satu kesalahan dengan kesabarannya menghadapi bencana dan kesusahan tersebut,”
(Riwayat Al-H akim)
Tapi Ingatlah bahawa ujian selalu seiring dengan perjuangan. Oleh itu, ia tetap memerlukan bekalan iman, sabar dan istiqamah. Ujian dijadikan tuhan untuk mengukur tahap keimanan seseorang itu kepada ALLAH dan seluruh ajaran-NYA adalah benar dan diikuti oleh PERLAKUAN DAN TINDAKAN ATAU HANYA TERHENTI SETAKAT DIMULUT SAHAJA.
.
Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan merupakan perbuatan yang amat dilarang oleh agama kerana mengeluh akan membuatkan lemah semangat dan menerbitkan rasa kecewa serta putus asa sedangkan ALLAH berfirman yang bermaksud “ sesunnguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan,” ( al-insyirah:6)

Namun apa yang penting bagi diri ana, sering sematkan dalam hati, tanpa masalah atau ujian, tidak akan lahir kematangan kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan. {an-nisa`}

betul x macam tu??? entahla..ingatlah hanya yang terpilih untuk menrima ujian diantara berjuta umat manusia adalah manusia paling beruntung..kerana ALLAH SAAAAYANG KITA..ana cukup suka pada kata2 ALLAH MEMBERI UJIAN PADA KITA BUKAN SAJE2 TAPI INGATLAH SEBAB ALLAH SAAAAAYANG KITA…itu jelas menunjukkan allah mengasihi kita setiap masa .. bersyukurlah dan tabahlah menghadapi ujian yang diberi maka apa yang perlu kita lakukan? BERSYUKURLAH….

No comments: