Friday, February 27, 2009

ya allah bantuilah hambamu ini


Ketika Diriku Merasa Bersalah dan Berdosa..

Diriku sedar diriku hanya ciptaan Ya Kholiq yang tidak lepas dari kesilapan.
Ya Ghofur dan Ya Affuw sudah pasti menunggu-nunggu bilakan diriku menadah tangan memohon ampun dariNya dan Dia sudah pasti akan mengampunkan kesalahanku walaupun sebanyak buih di lautan. Sifat pemaaf dan pengampun Allah tidak ada tolok bandingnya.

Diriku memohon agar sedikit sifat Ghofur dan AffuwMu Ya Allah diberikan kepada diriku agar diriku mampu menjadi seorang yang pemaaf agar diriku mampu memaafkan sahabatku, semua insan dalam hidupku agar dengan sifat memaafkan ini mampu melahirkan hubungan ukhwah yang lebih erat dan seterusnya diriku mampu berbuat baik sesama manusia dan terus mengutip redhaMu Ya Allah.

Ketika Diriku buntu dan merasa tiada siapa..

Sekiranya diriku merasa buntu dan lemah pemikiran, tentulah Ya Hakim yang Maha Bijaksana, Ya Alim Yang Maha Berilmu dan ya Rashid yang Maha Cerdas akan memberikan kebijaksanaanNya, IlmuNya dan KecerdasanNya kepada diriku agar diriku mampu memikirkan yang terbaik dan Dia tentu akan melapangkan pemikiranku dan kehidupanku kerana Dia Ya Basith yang Maha Pelapang.

Ketika jiwaku merasa keseorangan dan kesunyian, tentulah diriku akan berpaling kepada Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Wadud, Ya Jalil, Ya Sami’ dan Ya Bashir kerana Dialah yang mampu menghilangkan kesunyianku dengan Ar-Rahman, ar-Rahim dan Ya WadudNya yang sangat tulus. Dan Dia Ya Sami’ sentiasa akan mendengar setiap keluhan, rayuan dan rintihanku setiap saat tanpa jemu dan Ya Bashir akan terus melihat kebajikanku dan memberi perhatian kepada diriku setiap saat tanpa henti.

Bagaimana Diriku Menggapai Cinta

Dengan menyerahkan seluruh cintaku buat Ya Wadud, diriku akan pasti mendapat cintaNya, cinta yang tidak ada tolok bandingnya. Ya Wadud akan pasti memasukkan perasaan cinta ini kedalam orang-orang disekelilingku kerana Dia ingin diriku merasai betapa indahnya cintaNya, walaupun sedikit. Apatah lagi cintaNya di akhirat nanti, sudah tentu tidak terjangkau oleh akalku yang cetek ini. Oleh itu diriku menggapai cintaNya dengan menanamkan cintaNya jauh dihati sanubariku dan diriku keluarkan cinta-cinta selain Allah dari hatiku, cinta manusia, makhluq, dunia dan nafsu itu diriku genggam sekuat-kuatnya di genggamanku sebagai amanah Allah.

Diriku sedar cinta makhluq digenggamanku ini akan pergi meninggalkanku pada bila-bila masa dan ketika dia meninggalkanku, diriku akan melepaskannya dengan penuh rasa redha dan syukur kepada Tuhanku kerana kehilangan cinta sementara itu ada kebaikan buatku.

Cinta Allah dihati akan ku jaga sebaik-baiknya yang akan menyuluh hatiku dengan An-Nurnya dan akan menyalakan bintang-bintang dihatiku umpama bintang-bintang dilangit yang akan menjadi petunjuk jalan kepada diriku disepanjang kehidupan ini. Dengan cara ini, jiwaku pasti tenang kerana diriku pasti tidak akan kehilangan cinta yang begitu tulus, suci dan abadi daripada Ya Wadud, Ya Jalil dan Ya Quddus.

No comments: