Sunday, March 29, 2009

BUAT DIRIKU YANG SERING ALPA


Di saat ini…
Aku memerlukan seseorang
Tempat merawat segala keperitan yang ku simpan
dikau tahu?
Segala yang aku usahakan mungkin akan menjadi sia-sia
tatkala ku hilang benda yang paling penting dalam hidup seseorang
KEKUATAN DAN KETABAHAN
dikau tahu apa itu KEKUATAN DAN KETABAHAN bagiku ?
Satu- satunya benda yang ku perlukan dalam menghadapi dugaan
Namun,
Hari ini aku kecundang lagi
Kecundang pada kali ini amat bererti buatku
Baruku sedar bahawa KEKUATAN DAN KETABAHAN bukannya satu- satunya aset
Aset yang paling penting ialah keredhaan allah
Selama ini aku lupa dan alpa
Bahawa allah sentiasa bersamaku
BILA MANA AKU YAKIN ALLAH ITU SENTIASA DI SISIKU
KEKUATAN DAN KETABAHAN AKAN MUNCUL MENGIRINGI LANGKAHKU

BUAT DIRIKU YANG SERING ALPA DALAM DUNIA SENDIRI

KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. " - Surah Al-Baqarah ayat 286

KENAPA RASA FRUST? QURAN MENJAWAB "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139

Firman Allah yang bermaksud: “Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (al-Quran, al-Taghabun (64):

Monday, March 16, 2009

Resipi kejayaan Madihah dapat 20A



=Nik Nur Madihah bersama ibu bapanya Nik Mohd. Kamal Hussien dan Mariani Omar di rumah mereka di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kota Bharu=

KETIKA keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan semalam seorang pelajar, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, membuat kejutan apabila mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2.

Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan yang hidup dalam keadaan serba kekurangan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.

Wartawan Utusan Malaysia, AZRAN FITRI RAHIM dan jurugambar, HAFIZ JOHARI menemui Nik Nur Madihah di rumah keluarganya di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa, Kota Bharu untuk mengetahui rahsia kejayaannya.

Dia yang pernah menjadi antara pelajar terbaik peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) peringkat kebangsaan 2006 itu bertukar menjadi selebriti sekelip mata kerana kecemerlangannya itu.

Malah wartawan yang berpusu-pusu untuk menemu bualnya terpaksa menunggu giliran untuk memasuki rumah yang disewa bapanya dengan harga RM90 sebulan kerana ia terlalu sempit dan agak uzur.

Rumah kecil itu menjadi gambaran kehidupan sukar mereka sekeluarga malah bilik kecil yang dilindungi almari di ruang tamu menjadi tempat dia berehat manakala ruang tamu yang mampu memuatkan kira-kira empat orang itu menjadi bilik belajar tetapnya pada setiap hari.

UTUSAN MALAYSIA: Bagaimana timbulnya idea untuk mengambil 20 mata pelajaran dalam peperiksaan SPM tahun lepas?

NIK NUR MADIHAH: Sebelum ini jika dilihat kebanyakan pelajar cemerlang datang dari keluarga yang senang seperti anak guru, pegawai bank, oleh itu, timbul idea saya mahu buktikan kepada masyarakat bahawa anak nelayan juga mampu mencatatkan kejayaan yang cemerlang seperti orang lain.

Jadi, saya mencabar diri sendiri supaya mencatat sejarah dengan 20A.

Apakah resipi kejayaan dan bagaimana saudari belajar sehingga mencatatkan keputusan cemerlang ini?

Keputusan ini adalah di luar jangkaan, saya sasarkan hanya 18A. Paling penting ialah banyak berusaha dan belajar secara strategik, sekiranya timbul masalah cepat bertanya kepada guru dan selebihnya bertawakal.

Strategi yang saya maksudkan ialah memberi tumpuan sepenuhnya ketika belajar kerana saya tidak mempunyai jadual belajar yang khusus seperti orang lain. Saya belajar ketika terasa mahu belajar sahaja tetapi ia berterusan.

Siapakah di sebalik kejayaan ini dan bagaimana mereka membantu untuk kejayaan ini?

Ibu bapa dan guru-guru banyak memberi dorongan, tanpa mereka saya mungkin tidak mencapai kejayaan ini.

Saya sebenarnya merahsiakan kepada ibu bapa bahawa saya mengambil 20 mata pelajaran dalam SPM sehinggalah keputusan peperiksaan percubaan keluar baru saya beritahu kedudukan sebenar dan mereka memberikan sokongan malah ayah memberi cabaran tambahan.

Saya rahsiakan sebab saya mahu membuat kejutan. Jadi keputusan ini adalah sumbangan kecil saya kepada ibu bapa yang banyak berjasa untuk membesarkan saya.

Dorongan guru-guru di Sekolah Menengah Arab Maahad Muhammadi (Perempuan) bagaimana?

Amat baik, malah guru yang menyelia saya, Mohd. Razali Konok mencadangkan supaya saya berhubung dengan bekas pelajar terbaik SPM 2006, Siti Fatimah Mukhtar, selepas itu saya sentiasa berhubung dengannya untuk mendapatkan nasihat.

Sebagai anak nelayan, bagaimana kehidupan saudari?

Kehidupan kami sekeluarga amat sukar, kadang-kadang tidak ada makanan. Oleh itu, sejak tahun enam saya mengamalkan puasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis.

Secara purata saya akan membawa wang poket tidak sampai RM1 malah kadang-kadang tiada wang untuk makan di sekolah kerana wang yang diberikan oleh ayah hanya cukup untuk tambang bas ke sekolah kira-kira RM4 untuk pergi dan balik.

Di sekolah saya hanya makan roti atau bawa bekal nasi goreng. Saya menerima semua ini dengan reda kerana faham ayah tidak mempunyai pendapatan tetap secara purata sekitar RM500 - RM700 sebulan.

Bagaimana saudari belajar dengan keadaan rumah yang sempit dan kurang selesa ini?

Saya belajar di ruang tamu, Alhamdulillah tiada gangguan kerana tiga adik saya sudah besar dan dua daripadanya tinggal di asrama.

Adakah saudari merasa rendah diri berbanding rakan-rakan lain yang lebih selesa dan mewah di sekolah?

Tidak, malah saya menjadikan ia satu cabaran untuk mengubah kehidupan keluarga kami.

Kehidupan yang sukar terutama ketika musim tengkujuh atau bot ayah rosak menjadikan saya lebih insaf untuk berusaha bersungguh-sungguh. Pada ketika ayah tidak dapat ke laut, kami hanya makan nasi berlauk telur goreng.

Kenapa tidak tinggal di asrama dan adakah saudari mendapat kemudahan biasiswa?

Kalau tinggal di asrama kos lebih tinggi, lagi pun saya lebih selesa dan tenang belajar di rumah kerana tiada gangguan walaupun rumah tidak sebesar mana.

Saya tidak pernah mendapat biasiswa dari mana-mana agensi cuma sumbangan yang diberikan oleh guru-guru melalui Cikgu Razali sebanyak RM200 sebulan.

Adakah saudari mendapat tuisyen daripada pusat tuisyen di luar sekolah bagi mata pelajaran yang tidak diajar di sekolah?

Tidak, ayah tidak mampu. Saya beruntung kerana sekolah menyediakan guru lain untuk lapan mata pelajaran yang tidak diajar di sekolah, saya bersama rakan-rakan akan belajar subjek tersebut pada kelas tambahan ketika cuti hujung minggu tetapi bagi mata pelajaran sastera saya belajar sendiri dan tidak pernah mengikuti kelas secara formal.

Lapan subjek ini, Pendidikan Agama Islam, Prinsip Akaun, Perdagangan, Ekonomi, Tasawur Islam, Geografi, Sains dan Sastera saya belajar ketika tingkatan lima.

Bagaimana dalam tempoh setahun saudari mempelajari semua subjek-subjek ini?

Seperti saya jelaskan tadi, banyak berusaha dan bertanya. Idea untuk menambah lagi mata pelajaran hanya timbul ketika tingkatan lima kerana pada tingkatan empat saya terpaksa menumpukan pada 24 mata pelajaran termasuk 12 subjek agama untuk peperiksaan Sijil Menengah Ugama (SMU).

Adakah saudari menjawab semua soalan mata pelajaran Sains dan Matematik seperti Fizik dan Kimia dalam bahasa Inggeris?

Ya, sebab lagi mudah dan ditekan oleh guru sejak awal lagi.

Apakah hobi dan cita-cita saudari?

Hobi saya ialah membaca, kalau ada masa lapang saya akan membaca terutama novel tulisan Faisal Tehrani. Saya bercita-cita untuk menjadi seorang ahli fizik, disebabkan tidak ramai orang Melayu menjadi ahli fizik.

Di mana mahu melanjutkan pelajaran?

Di luar negara tetapi tempat khusus atau universiti mana saya tidak kisah.

sumber: dari utusan malaysia

MMP Sekali Lagi Memecahkan Rekod SPM



Hari ini bertarikh 12 Mac 2009 merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pihak terutama pelajar-pelajar yang menghadapi Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia(STAM).



Keputusan SPM dan STAM telah diumumkan pada tengah hari tadi di Dewan Utama, MMP dan MMP merupakan sekolah terbaik di Malaysia. Pelajar terbaik MMP ialah Nik Nur Madihah bt Nik Mohd Kamal dengan pencapaian 20A iaitu 19A1 dan 1A2, dipercayai terbaik seluruh Malaysia. Manakala, pelajar terbaik STAM ialah SuhaZlinda bt Razali dengan pencapaian 10 Mumtaz.

Hal ini mengulang sejarah pencapaian Siti Fatimah Mokhtar, pelajar terbaik SPM 2006 yang memperoleh 18A (17A1 dan 1A2) dan Nur Amalina Juhari, calon terbaik SPM 2007 yang memperolah 15A (13A1 dan 2A2)
Manakala dua orang lagi pelajar MMP juga telah mendapat keputusan yang cemerlang iaitu Ezzatul-Akhma Muhamad, 13A1 dan Nur Farah Aisyah Nazim, 13A1 dan 4A2.

Nik Nur Madihah dan Nur Farah Aisyah Nazim telah menerima slip keputusan tersebut daripada anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar.

Turut hadir sama pada majlis tersebut ialah bekas pelajar MMP, Siti Fatimah Mukhtar iaitu pelajar cemerlang SPM 2006 peringkat kebangsaan.


Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua yang berjaya.

Senarai pelajar cemerlang SPM disertakan di bawah:

Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal- 20A
Ezzatul-Akhma Muhamad -13A
Nur Farah Aisyah Nazim -17A
Nik Madihah Nik Shafii -13A
Nurul Ain Othman -12A
Nur Syafekar Zaini -12A
Zur Ain Mohd Isa -14A 2B
Madihah Hj Mat Ali -12A

P/S: tahniah jua kepada sahabat ana suhazlinda.. k.su kwn sebelah ana dalam kelas syukran dh merealisasikan impian ana utk dapat 10 mumtaz.. even x dpt amek stam kena paksa smbg pengajian tmpt len.. redha jela cik anis ye..syukran k.su..

Thursday, March 12, 2009

SPM: Pelajar Maahad Perempuan dapat 20A


KOTA BHARU, 12 Mac (Hrkh) - Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Normadiha Nik Mohamad Kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan.

Anak nelayan dari Kampung Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut daripada anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah di sekolah tersebut hari ini.

————————-
Kita tengok nanti, Kementerian Pelajaran nak iktiraf atau tidak pelajar ini sebagai pelajar terbaik SPM peringkat kebangsaan bagi tahun 2008. Jangan jadi seperti tahun lepas, pelajar YIK(Yayasan Islam Kelantan) yang dapat 17A…tetapi yang diisytihar pelajar terbaik SPM budak Johor yang dapat 14A

Sunday, March 8, 2009

salam Maulidur Rasul


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Kehidupan Rasulullah adalah kehidupan yang penuh teladan bagi umat, acuan dakwah sekaligus sebagai pedoman hidup. Beliau adalah teladan dalam ketaatan, dalam beribadah dan berakhlak yang mulia. Teladan dalam bermuamalah yang baik dan dalam menjaga kehormatan dan kemuliaan. Cukuplah pujian Allah atas beliau sebagai buktinya, Allah Subhanahu wa Ta'ala berfirman:

"Dan sesungguhnya engkau benar-benar berbudi pekerti yang agung." (Al-Qalam 4)

Ahlus Sunnah wal Jamaah menempatkan Rasulullah pada kedudukan yang diberikan Allah Subhanahu wa Ta'ala kepada beliau, iaitu sebagai hamba Allah dan Rasul-Nya. Ahlus Sunnah Wal Jamaah tidaklah berlebih-lebihan dalam menyanjung Rasulullah . Kedudukan yang telah diberikan Allah Subhanahu wa Ta'ala sudah cukup untuk menunjukkan ketinggian darjat beliau. Kita, sebagai Ahlu Sunnah, wajib berjalan di atas prinsip tersebut, kita tidak boleh mengada-adakan perbuatan bid'ah, seperti mengadakan peringatan maulid Nabi serta perayaan-perayaan sejenisnya. Namun manifestasi cinta kita kepada beliau ialah dengan mentaati perintah beliau, menjauhkan diri dari segala yang dilarang dan dibencinya.

Dalam sebuah syair dituturkan:

Yang harus kita maklumi, beliau hanyalah seorang manusia biasa.

Di samping beliau adalah hamba Allah Subhanahu wa Ta'ala yang terbaik.

Allah Subhanahu wa Ta'ala mengistimewakan beliau dengan stempel putih kenabian.

Bagaikan cahaya yang terang bersinar.

Allah Subhanahu wa Ta'ala menyertakan nama beliau dengan asma-Nya.

Saat muazzin mengumandangkan azan lima kali sehari semalam dengan bersyahadat.

Hingga nama beliau dipetik dari namaNya sebagai penghormatan.

Allah Subhanahu wa Ta'ala, pemilik 'Arsy adalah Yang Maha Terpuji,

Sementara beliau adalah yang terpuji.

Meskipun kita tidak sempat menyaksikan beliau secara langsung di dunia, kerana terpisah ruang dan waktu, namun kita tidak akan bosan memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala semoga kita termasuk orang-orang yang disebutkan Rasulullah dalam sabdanya yang bermaksud:

"Betapa ingin aku bertemu dengan saudara-saudaraku!" Para sahabat berkata: "Wahai Rasulullah, bukankah kami ini saudara-saudaramu?" Rasulullah menjawab: "Kamu sekalian adalah sahabat-sahabatku, saudara-saudaraku adalah generasi yang belum lagi muncul." "Wahai Rasulullah, bagaimanakah engkau dapat mengenali suatu generasi dari umatmu yang belum lagi muncul?" tanya sahabat. Beliau menjawab: "Bagaimanakah menurutmu, bila seseorang memiliki seekor kuda yang putih kepala dan kakinya di antara kuda-kuda yang hitam legam, bukankah dia dapat mengenali kudanya?" "Tentu saja wahai Rasulullah!" jawab mereka. "Sungguh, mereka akan datang dengan warna putih bercahaya pada wajah dan tubuh mereka disebabkan air wudhu'. Dan akulah yang akan mendahului mereka tiba di telaga (Al-Kautsar)!" jawab beliau." (HR. Muslim)


Ana memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala semoga kita semua tergolong orang-orang yang mengikuti jejak beliau dan meneladani kehidupan beliau serta menapaki sunnahnya. ana juga memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala semoga Dia Subhanahu wa Ta'ala mengumpulkan kita bersama beliau di Syurga 'Adn. Dan semoga Allah Subhanahu wa Ta'ala memberikan pahala yang sempurna bagi beliau sebagai balasan atas seluruh yang telah beliau persembahkan. Shalawat dan salam semoga tercurah atas beliau, segenap keluarga serta sahabat.

menaNgis



Setiap orang pasti pernah menangis, baik kaum lelaki mahupun wanita. Akan tetapi tahukah kamu, mengapa dan kerana siapa mereka menangis? Rasulullah juga menangis, padahal dunia berada dalam genggamannya jika beliau menghendaki. Dan Syurga ada di hadapan beliau, sementara beliau berada di tempat yang paling tinggi di dalamnya. Benar, beliau memang sering menangis, sebagaimana tangisan seorang hamba ahli ibadah. Beliau menangis di dalam shalat tatkala bermunajat kepada Rabb . Beliau juga menangis ketika men-dengarkan tilawah Al-Quran. Tangisan yang bersumber dari kelembutan hati dan ketulusan nurani serta dari ma'rifat keagungan Allah .

Dari Mutharrif yakni bin Abdillah bin Asy-Syikhkhir dari bapaknya yakni Abdullah bin Asy-Syikhkhir Radhiallaahu anhu ia berkata:

Aku datang menemui Rasulullah ketika beliau sedang shalat. Dari rongga dada beliau keluar suara seperti bunyi air yang tengah mendidih di dalam kuali, disebabkan tangis beliau." (HR. Abu Daud)

Abdullah bin Mas'ud Radhiallaahu anhu menuturkan: "Rasulullah pernah berkata kepadaku: "Bacalah Al-Qur'an untukku" aku berkata: "Wahai Rasulullah, apakah aku yang harus membacanya, sedangkan Al-Qur'an itu diturunkan kepadamu?" beliau menimpali: "Aku lebih suka mendengarkannya dari orang lain." Aku pun membacakan surat An-Nisaa' untuk beliau. Hingga telah sampai pada ayat: "Maka bagaimanakah (halnya orang-orang kafir nanti), apabila kami mendatangkan seseorang saksi (rasul) dari tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu (sebagai umatmu)." (QS. An-Nisa: 41) Aku lihat air mata beliau menitis." (HR. Al-Bukhari)

Cubalah perhatikan uban yang menghiasi rambut beliau. Jumlahnya lebih kurang lapan belas helai di kepala dan janggut beliau. Camkanlah dengan mata hatimu, dengarkanlah kisah uban putih tersebut dari penuturan beliau. Abu Bakar Radhiallaahu anhu pernah bertanya: "Wahai Rasulullah , sungguh Anda telah beruban." Beliau menjawab:


"Surat Hud, surat Al-Waqi'ah, surat Al-Mursalat, surat 'Amma yatasaa`aluun dan surat Idzasy Syamsu kuwwirat telah menyebabkan aku beruban." (HR. At-Tirmdzi)

Friday, March 6, 2009

Rasulullah SAW bersabda : "Takutlah ghibah(mengumpat). Ia lebih buruk dari zina. Lelaki berzina lalu taubat, Allah menerima taubatnya. Sedangkan Allah tidak mengampuni orang yang ghibah(mengumpat) sebelum orang yang diumpat memaafkannya"