Thursday, June 4, 2009

keMbara ke Baitul Qurra' wal iLmi




dalam memenuhi musim cuti ni, anis mengambil peluang bersama-sama sahabat dan sahabiah menelusuri bumi melaka dalam mencari sedikit ilmu di Pondok Baitul Qurra' Wal ilmi.
Mengambil keputusan untuk sama-sama mengikut serta dalam kembara ini bukan mudah, lebih-lebih lagi dengan kondisi diri anis sendiri masih lagi sakit lantaran tergelincir hari tu, namun alhamdulillah sehari sebelum bertolak anis sempat ke hospital menjalani medical-check up disebabkan pinggang dan belakang masih sakit biarpun da lima hari berlalu [hari ni 13hari da jatuh tp still sakit lg..isk..isk] Selepas x-ray alhamdulillah tiada tulang yang retak atau patah, hanya kecederaan biasa akibat jatuh.

Kembara ke Melaka bermula pada hari jumaat petang. Di sana anis sempatla belajar dua buah kitab iaitu Ini Kitab Sifat dua puluh dan Kitab Da'wah Al-mau'izotul Hasanah.. namun sebenarnya anis tidak sempat pun mengahabiskan kitab tu disebabkan keadaan kesihatan yang masih kurang baik, jadi anis hanya stay di sana sehingga hari isnin manakala sahabat2 yang len sempat menghabiskan pengajian sehingga hari rabu. Papepun seronok dan rasa bertuah sekali terpilih untuk menuntut ilmu dengan Ulama' dari Baitul Qurra', Ustaz Zul.. sedikit sebanyak dapatla belajar dan melihat sedikit sebanyak kehidupan di pondok di samping berkenalan dengan orang Sabah..

alhamdulillah..




p/s:untuk lihat lebih banyak gambar sila klik di my pictures
http://inniakhafullah2.blogspot.com

No comments: