Tuesday, June 16, 2009
Ketika Diriku buntu dan merasa tiada siapa..
Sekiranya diriku merasa buntu dan lemah pemikiran,
tentulah Ya Hakim yang Maha Bijaksana,
Ya Alim Yang Maha Berilmu
dan ya Rashid yang Maha Cerdas akan memberikan kebijaksanaanNya,
IlmuNya dan KecerdasanNya kepada diriku
agar diriku mampu memikirkan yang terbaik
dan Dia tentu akan melapangkan pemikiranku dan kehidupanku
kerana Dia Ya Basith yang Maha Pelapang.
Ketika jiwaku merasa keseorangan dan kesunyian,
tentulah diriku akan berpaling kepada Ya Rahman,
Ya Rahim,
Ya Wadud,
Ya Jalil, Ya Sami’
dan Ya Bashir
kerana Dialah yang mampu menghilangkan kesunyianku
dengan Ar-Rahman, ar-Rahim dan Ya WadudNya yang sangat tulus.
Dan Dia Ya Sami’ sentiasa akan mendengar setiap keluhan, rayuan dan rintihanku setiap saat tanpa jemu
dan Ya Bashir akan terus melihat kebajikanku dan memberi perhatian kepada diriku setiap saat tanpa henti.
p/s: La taHzan ya sohabi wa sohabati iNNalaHa ma'aNa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment