tertarik anis dengan sajak hasil nukilan Usman Awang ini... hati y membaca sekadar apa y tersurat sudah pasti merungkaikan makna yang berbeda... berbanding dengan hati kecilku... yang membacanya dari sudut y tersirat... subhanallah... hebatnya nukilan seorang insan ini y bisa menguatkn dan menyedarkan ku suatu hakikat....
Gadis Kecil - Usman Awang
Tubuh itu mengingatkan daku sebatang pinang di desa sepi kurus dan tinggi ketika ribut besar pohon sekitarnya rebah terkapar dan pohon pinang tegak menanti sinar mentari pagi
Demikianlah gadi kecil itu kurus seperti sebatang pinang bertahun berulang-alik melalui penjara kawat duri menemui ayahnya yang bertahun pula sendiri menentang tiap penderitaan tabah dan beriman.
Gadis kecil itu mengagumkan daku tenang dan senyuman yang agung dengan sopan menolak pemberianku 'saya tak perlu wang, pak cik, cukuplah kertas dan buku.'
Usianya terlalu muda Jiwanya didewasakan oleh pengalaman tidak semua orang mencapai kekuatan demikian ketabahan yang unik, mempesonakan. Bila aku menyatakan simpati dan dukaku rasa pilu terhadapnya
sekali lagi dia tersenyum dan berkata: 'jangan sedih, pak cik, tabahkan hati banyak anak-anak seperti saya di dunia ini.'
Aku jadi terpaku dia, si gadis kecil itu menenteramkan mengawal ombak emosiku jangan sedih melihat derita pahitnya. Alangkah malunya hati seorang lelaki dewasa yang mahu membela manusia derita terpenjara menerima nasihat supaya tabah dan berani, dari anak penghuni penjara sendiri?
Sepuluh anak seperti dia akan menghapuskan erti seribu penjara.
walaupun da hmpir seminggu peristiwa ini berlaku namun anis nak citer juga..
.........................
citernya berlaku 12 mac y lepas, hr jumaat, Solat sunat Istisqa’ y diadakan utk memohon hujan bukan sahaja menakjubkan 2,000 jemaah yang hadir bahkan rakyat negeri ini apabila kerahmatannya langsung terbukti sebaik sahaja solat dimulakan
Hujan pun mula turun ketika bacaan surah al-Fatihah.
Solat yang dimulakan pada pukul 8.30 pagi ini itu diimamkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. di Padang Perdana bersebelahan jalan berhadapan dengan Stadium Sultan Mohamad IV, dekat sini.
Tuan guru melahirkan rasa syukur tidak terhingganya kerana menganggap doa rakyat Kelantan minta diturunkan hujan itu segera dimakbulkan Allah SWT.
“Syukur, kita sembahyang Istisqa’ hari ini mendapat sambutan baik dan di tengah-tengah sembahyang itu turun hujan.
“Saya sendiri telah didedah oleh Allah dengan air hujan yang pertama semasa sembahyang hari ini sangat-sangat besarlah harapan, mudah-mudahan Allah beri pada kita bahagia di dunia dan akhirat.
“Tiada erti kita bahagia di dunia tetapi akhirat kelak kita masuk neraka. Dengan sebab itu saya berusaha supaya rakyat Kelantan faham bahawa kesusahan yang berlaku atas dunia ini adalah berpunca daripada dosa.
“Ayat-ayat Quran banyak menyebut bala yang menimpa manusia ini adalah berpunca daripada dosa.
“Oleh yang demikian kita kena pakat-pakat (sama-sama) tegur, nasihat, tak kiralah dalam apa jua pun keadaan termasuk politik, ekonomi kerana ini cara Islam, bukan cara demokrasi, bukan cara komunis dan juga sosialis, tapi cara Islam” katanya.
Menjawab soalan sama ada solat hajat dan solat istisqa yang diadakan pagi ini sebagai tradisi negeri Kelantan, beliau berkata “wallahualam. Yang pastinya nabi Muhammad SAW sendiri sembahyang istisqa’ setiap kali berlakunya kemarau”.
Kisah hujan yang turun dengan lebat sewaktu Tuan Guru Nik Aziz dan pimpinan serta rakyat Kelantan yang lain belum sempat ruku' sewaktu mengerjakan Solat Sunat Istisqa (meminta hujan) cukup menginsafkan bahawa sekiranya Allah mengkehendaki sesuatu, perkara itu akan terjadi dengan sangat mudah dan cepat.
bismillahirrahmanirrahim... entah macam manala anis boleh letak lagu ni kat blog... apa y penting amek pengisian dari lirik ini... Inilah aturan kepada siapa sepatutnya cinta dan kasih itu kita diberikan. Pertama sekali tentulah kepada Allah SWT yang menciptakan kita dengan sebaik-baik kejadian. Keduanya, Rasulullah SAW yang telah berjuang seumur hidup baginda untuk menyampaikan risalah agung ini. Dan di tempat ketiga, seharusnya kasih sayang itu untuk ibu dan bapa yang mengandung, melahir dan membesarkan kita di dunia ini.
Susunan ini sepatutnya kita ajari anak-anak kita sedari kecil lagi. Seperti yang telah anis nyatakan di dalam artikel yang terdahulu ttg pgalaman mgajar , untuk memperkenalkan Allah kepada anak-anak, perkenalkan Allah melalui nama-namaNya indah dan baik dahulu. Biar mereka faham betapa besarnya kasih sayang Allah kepada seluruh umat ini termasuk kepada mereka sendiri yang masih kecil ini.
Setelah itu barulah perkenalkan mereka dengan nama-nama Allah yang menunjukkan keperkasaan dan kekuatanNya. Contohnya seperti Al-Jabbar, Yang Maha Perkasa, Al-Qahhar, Yang Maha Menundukkan, Al-Hakam, Yang Maha Menghukum dan sebagai. Apa tujuannya? Tujuannya supaya timbul rasa gerun dan takut di hati anak-anak kepada Allah apabila timbul keinginan mereka untuk melanggar laranganNya.
Katakan kepada anak-anak bahawa Allah itu Maha Pengasih dan Penyayang tetapi jika mereka tidak solat, tidak dengar nasihat ibu bapa, bergaduh dengan kawan-kawan, Allah Al-Hakam akan menghukum mereka. Allah telah menyediakan syurga untuk anak-anak yang rajin solat, sayang ibu bapa dan tidak bergaduh dengan kawan-kawan. Tetapi Allah juga telah menyiapkan neraka untuk anak-anak yang degil dan tidak dengar kata.
Bercakap mengenai syurga dan neraka juga akan mengundang pelbagai persoalan di hati anak-anak. Mereka pasti akan bertanya pelbagai soalan yang kadang-kala tidak terfikir dek kita. Pun begitu, terangkanlah dengan bahasa yang paling mudah. Beritahu mereka bahawa syurga itu adalah hadiah yang tidak ada di dunia ini hanya untuk orang-orang yang cintakan Allah dan membuat segala yang Allah perintahkan tanpa rasa malas dan jemu. Neraka pula adalah hukuman untuk orang-orang yang nakal dan tidak dengar kata, dan orang-orang yang tidak sayangkan Allah serta selalu melanggar perintah Allah di dunia.
Terdapat kecenderungan di kalangan kita yang suka mengancam anak-anak dengan kata-kata, “Kalau Along tak solat, nanti masuk neraka,” “Kalau Kimi cakap bohong dengan ibu nanti Allah potong lidah,” dan sebagainya. Pendekatan ini tidak salah tetapi bagi saya kurang tepat. Dalam situasi sebegini, anak-anak akan hanya takut dengan neraka dan mereka akan solat dan berbuat baik hanya sekadar buat supaya tidak dimarahi ibu bapa atau kerana tidak mahu masuk neraka.
Anak-anak ini hanya tahu bahawa kalau mereka nakal, bercakap bohong dan sebagainya mereka akan dimasukkan ke dalam neraka dan jika sebaliknya, mereka akan masuk syurga. Itu sahaja. Jadi, mereka berbuat baik dan menahan diri daripada perbuatan jahat hanya kerana neraka dan syurga! Bukan kerana cinta kepada Allah.
Justeru, pendekatan,strategi, kaedah dan teknik (hehe belajar pedagogi la plak..hehe praktik apa y kita belajar) yang lebih baik adalah dengan berterusan mengingatkan mereka tentang rahmat, nikmat dan kasih sayang Allah yang terlalu banyak di sekeliling mereka bahkan di dalam diri mereka sendiri! Mudah-mudahan mereka akan membesar menjadi hamba Allah yang tangkas di siang hari seperti singa dan tawadhuk di malam hari seperti pendita.
Sayang sayang Allah Sayang sayang nabi Sayang sayang ayah Sayang sayang ibu Sayang sayang Allah Sayang sayang nabi Sayang sayang ayah Sayang sayang Ibu Allah...
Marilah adik-adik dengar nasihat ini Jaga tingkah laku jangan sombong diri Bersihkanlah diri sucikanlah jiwa Ikut perintah Allah tinggal laranganNya Sayang sayang Allah Sayang sayang nabi
Akhlak yang terpuji itulah akhlak nabi Rajin membantu rajin menuntut ilmu Suka memberi tandanya murah hati Itulah sunnah nabi cukup yang terpuji Sayang, sayang Allah Sayang, sayang nabi
Wahai adik-adik kenangkan jasa ayah Hormatilah dia tanda kasih padanya Pengorbanannya yang tiada terhingga Mencari rezeki membesarkan kita
Ingatlah adik kasih ibu tercinta Mengasuh mendidik tanpa letih dan jemu Namun di wajahnya tetaplah ceria Dapatkanlah ibu itulah kasih kita Sayang sayang Allah Sayang sayang nabi
Marilah kita saling sayang menyayangi Sesama keluarga sayang sesama jiran Sayangkan guru-guru sayang kawan-kawan Sayangkan negara sayang semuanya Sayang sayang Allah Sayang sayang nabi
pss:// (^-^)
“Dia mencintai mereka dan merekapun mencintai-Nya.” (Al Maidah: 54)
“Orang-orang yang beriman itu sangat cinta kepada Allah.” (Al Baqarah: 165)
“Tidak beriman seorang dari kamu sebelum Allah dan Rasul-Nya lebih dicintainya daripada yang lain-lain.”(Bukhari & Muslim)
bismillahirrahmanirrahim... dedikasi khas buat akak n zauj serta bakal zauj anis juga (^-^) he.. gurau je...
I praise Allah for sending me you my love You found your home and sail with me And I`m here with you Now let me let you know You`ve opened my heart I was always thinking that love was wrong But everything was changed when you came along And there is a couple words I want to say
For the rest of my life I`ll be with you I`ll stay by your side honest and true Till the end of my time I`ll be loving you...loving you For the rest of my life Thru days and night I`ll thank Allah for open my eyes Now and forever I…I`ll be there for you
I know it deep in my heart I feel so blessed when I think of you And I ask Allah to bless all we do You`re my wife and my friend and my strength And I pray we`re together in Jannah Now I find myself so strong Everything changed when you came along And theres a couple word I want to say
I know that deep in my heart now that you`re here Infront of me I strongly feel love And I have no doubt And I`m singing loud that I`ll love you eternally
cuti2 y berlalu ni mbuatkan hati ini tsentuh... ditmbah dengan kenangan time BIG.. suka tgk kwn2 y kreatif.. time kawan2 melakar n melukis logo utk bendera group msg2 sebenarnya hati anis membuak2..tgn ni rasa gatal je nak melukis tp entah kenape.. anis pendamkan je semo perasaan tu.. bila teringat balik kenangan belajar lukisan di perkampungan kraftangan dulu.. suka dan riangnya hati ... teringat dengan catitan anis suatu ketika dulu...
Aku semakin seronok belajar di kelas lukisan. Cikgu pula seorang yang agak lucu. Tapi perkara yang sukar dibendung ketika mula-mula belajar lukisan ialah sikap cikgu yang suka mengambil berus lukisan ditangan aku dan kawan-kawanku tanpa memberitahu dahulu. Kadang-kadang tu tersentuh tangan cikgu. Tapi lama-kelamaan perkara tersebut dapat diatasi. Perkara yang paling lucu adalah apabila cikgu memberi komen tentang lukisan aku. Kadang-kadang tu aku rasa lukisan aku dah macam lukisan pelukis terkenal dah tapi bila tiba lukisan dinilai mulala cikgu dengan komennya yang mengatakan lukisan aku seperti sambal belacan la macam kari tak dimasak dengan cara yang betul. Tapi biasanya selepas dikritik dah mual tu barulah cikgu tanda last-last dapat A juga. Melukis memang perkara yang amat menghiburkan diriku…sampai sekarang pun aku suka melukis walaupun tak sehebat mana pun… Perkara paling sedih ketika tingkatan lima ialah apabila cikgu memutuskan para pelajar tidak dibenarkan mengambil subjek pendidikan seni visual tahun tu. Aku memang salah seorang yang turut kecewa..hancurlah impian dan cita-citaku untuk menjadi pereka bentuk dalaman. Namun aku pasrah aku jadikan apa yang aku belajar selama ni sebagai ilmu tambahan..biarlah semua mungkin yang terbaik buat diriku.. aku mula memacak impian baru dalam diriku…”baiklah! anis kamu jangan kecewa mulai hari ini kamu bukan lagi seorang interior designer tapi seorang pakar dalam bahasa arab..ya! kamu akan mendalami bahasa arab” bisik hati kecilku. Ketika tu aku mula membuat perancangan untuk mengambil tingkatan enam bawah dan mengambil STAM untuk mendalami bahasa arab seterusnya ke Jordan atau mesir. Sebenarnya sampai sekarang aku ingin sekali ke ummul Qura tapi mana mungkin kerana untuk ke sana kita perlu ditemani muhrim..[kalau tak silap akula] takkan aku kena kahwin kot…Walaupun aku telah memasang niat untuk mengambil STAM namun SPM tidak aku abaikan . Aku lakukan dengan sebaiknya juga Tingkatan enam memang saat paling gembira kerana disaat itu aku merasakan ketenangan dan ketika inilah perasaanku pada MMP tidak dapat aku gambarkan. Entah mengapa MMP yang dahulunya aku sendiri tidak mahu menjejakinya menjadi bumi kesayanganku…di sinilah banyak kenangan telah dilakar susah senang ..pendek kata semua memori memang menggamit perasaanku. ...
emm terlebih la plak ceritanya... tp y pasti seni masih lagi sebati dalam diriku.. kalau tgk nota2 anis time boring..pasti penuh dgn kartoon n lukisan.. hehe tula rahsia ans x tido dlm kelas... disamping dpt mghilangkan mengantuk.. lukisan ni satu terapi jg..time2 sedih boleh release rs sedih tu.. k,la.. anis pon x tau nak tulis apa lagi...
kate org kalau usia remaja ni.. macam2 ujian datang termasuklah kecelaruan identiti... yang anis maksudkan di sini ialah sama ade kecenderungan nak jadi baik atau sebaliknya... betul ke x..anis pon x tau.. tp sejak akhir2 ni anis pon makin terasa.. kadang rasa nak still jadi macam dulu.. baik.. tp kadang2 hati ni rasa nak berubah.. emm tengok ayat anis kat blog pon kdg2 nmpk laen.. tp alhmdulillah anis dapat rasakan bahawa ujian itu bakal pergi... n anis still macam dulu.. emm mungkin atau anis juga sedikit berubah.. jadi.. klu sahabat2 rasa anis makin berubah, maafkan diri ini ye.. anis masih dalam proses mencari dan introspeksi diri.. kadang2 dengan diri sndiri pon anis boleh benci... sebab anis bisa berubah menjadi seperti org laen.. emm klu tulisan org laen ans boleh tiru.. perangai org y x baek klu blh anis x mo tiru.. 'ala kulli hal.. anis juz mampu doakan agar pencarian dan penantian anis tidak sia2....
anis ingat lagi.. dulu..walaupun anis kecik, x matang.. tapi anis punya hati y besar, tabah.. tapi skrg wlaupon da makin tua.. kadang2 hati ini x seteguh dan sekuat dulu..
papepon.. anis suka.. suka berkawan dgn mereka y baek2.. yang suka mencari ilmu.. yang suka mberi peringatan pd org laen yang bisa memimpin org laeb anis bukan pilih kasih.. tp klu ans bergaul dgn org2 y krg dari segi itu.. anis x mmpu.. anis x kuat lg.. kerna anis takut.. anis juga terhanyut..... anis dpt merasainya... ya allah.. peganglah hati hmbamu ini...
ps/..sahabat2ku maafkn anis jika anis byk berubah dr segi sikap dan tingkahlaku.. kdg2 anis x mo, xnak pon tp jiwa ini mudah tercalit noda... mg2 allah sntiasa memimpin ht anis dan mengurniakan anis shbt y bisa membawa anis ke arah kebaikan
bismillahirrahmanirrahim...
alhmdulillah akhirnya anis dpt meng"update" blog tersayang..
tenet kat bilik slow n kdg2 x dpt lgsg..pelix tp benar.. bilik sebelah dpt je..
tp ade hikmahla..wat eseimen pon x blh nk cr bhn kt tenet.. isk3..
pape pon..dlm post ni nak ucapkan tahniah kepada semua adik2 mmp yang telah berjaya melakar kejayaaN dalam spm br2 ni.. x lupa juga buat sahabat yang pernah sama2 susah2 sama2 naek bas SKMK 61A ke sekolah dgn anis dulu.. cik habibah kite..
Biasalah kalau ingin berjaya, kita kena ikutilah jejak langkah mereka yang telah berjaya. Saya mengetahui cara belajar Kak Fatimah, Kak Madihah dan Kak Amalina belajar.Saya cuba mengikuti cara mereka dan kalau tidak sesuai saya akan membuat kaedah sendiri" - Habibah Hanan Mat Yusof
Tahniah… SPM: 2 pelajar Maahad Muhammadi dapat 15A
Pelajar-pelajar sekolah agama di Kelantan terus mengungguli pencapaian dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2009 apabila seorang pelajar mendapat 12A+. Pelajar terbabit, Ahmad Harith Zabidi Azhar dari Maahad Muhammadi Lelaki itu juga mendapat 2A dan 1A menjadikan pencapaian keseluruhan 15A.
Manakala Habibah Hanan Mat Yusof dari Maahad Muhammad Perempuan pula mendapat 10A+ di mana jumlah keseluruhan subjek (15A). Pencapaian bagi kedua-dua sekolah tersebut ialah 100 peratus.
Keputusan SPM bagi sekolah bagi Maahad Muhammadi Perempuan diumumkan Pengarah Yayasan Islam Kelantan (Yik), Ahmad Robert Abdul Rahim pagi tadi. Pengumuman di Maahad Muhammadi Lelaki dilakukan pengetuanya, Azhar Salleh petang ini. Seramai 385 calon menduduki peperiksan SPM di Maahad Muhammadi Perempuan. Daripada jumlah tersebut seorang mendapat 15A, 14A (1), 13A (1), 12A (9), 11A (9), 10A (13) dan 9A (22).Di Maahad Muhammadi Lelaki, seramai 359 pelajar menduduki SPM tahun lepas, di mana keputusan keseluruhan tahun ini meningkat.
Keputusan tersebut iaitu seorang pelajar mendapat 15A, masing-masing seorang mendapat 14A dan 13A, 12A (5), 11A (10), 10A (14) dan 9A (20). Sementara itu, Habibah Hanan yang juga pelajar terbaik Maahad Muhammadi Perempuan mendedahkan rahsia kejayaannya dengan mengikuti kaedah yang digunakan pelajar yang telah berjaya sebelum ini.
“Biasalah kalau ingin berjaya, kita kena ikutilah jejak langkah mereka yang telah berjaya. Saya mengetahui cara belajar Kak Fatimah, Kak Madihah dan Kak Amalina belajar.
“Saya cuba mengikuti cara mereka dan kalau tidak sesuai saya akan membuat kaedah sendiri,” katanya ketika ditemui pemberita.
Beliau mengakui, pelajar cemerlang SPM 2008 peringkat negara, Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal sebagai idolanya untuk mencapai kecemerlangan. Pelajar berasal dari Jalan Bayam, Kota Bharu merupakan anak bongsu daripada 10 beradik. Ayah dan ibunya merupakan pesara guru.
Ditanya ke mana akan melanjutkan pengajian selepas ini, beliau memberitahu akan berbincang keluarga dan guru terlebih dahulu. “Namun saya minati Fizik, tetapi saya tidak mendapat A+. Selain itu saya juga meminati bidang kehakiman. Bagaimanapun keluarga meminta saya menyambung pengajian dalam bidang perubatan,” katanya.
Tahun lepas Nik Nur Madihah juga dari Maahad Muhammadi Perempuan muncul pelajar terbaik SPM peringkat kebangsaan apabila mendapat 20A.
HABIBAH Hanan Mat Yusoff dari SMU (A) Maahad Muhammadi (P), Kota Bharu dijulang rakan selepas mendapat 15A dalam SPM 2009. Beliau adalah pelajar terbaik sekolah itu selepas Nik Nur Madihah memperoleh 20A pada 2008.
--Harian Metro--
Habibah Hanan Pelajar Terbaik SPM Peringkat Kebangsaan 2009
KOTA BHARU: “Saya jadikan Nik Nur Madihah sebagai idola untuk berjaya dan hasilnya terbukti sebaik mendapat keputusan cemerlang 15A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) diumumkan semalam,” kata Habibah Hanan Mat Yusoff, 18.
Habibah Hanan menjadi pelajar terbaik di bawah kelolaan Yayasan Islam Kelantan (YIK) apabila memperoleh keputusan cemerlang 15A termasuk 10A+ dalam peperiksaan diumumkan, semalam. Kejayaan Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal yang memperoleh 20A dalam SPM 2008 tahun lalu dijadikan idola serta pembakar semangat kepada pelajar Maahad Muhammadi Perempuan (MMP). “Walaupun tidak sehebat pencapaian Nik Nur Madihah yang memperoleh 20A, tetapi saya sudah berusaha sebaik mungkin untuk mencapai keputusan terbaik bagi diri saya dalam SPM 2009. “Usaha gigih saya selama ini membuahkan hasil kerana dinobatkan sebagai pelajar cemerlang seperti kejayaan dikecapi Nur Madihah tahun lalu,” katanya, semalam. Habibah Hanan yang diumumkan sebagai pelajar cemerlang MMP menerima keputusan slip peperiksaan SPM serta hadiah wang tunai RM500 yang disampaikan Pengarah YIK, Ahmad Robert Abd Rahim.
Habibah berkata, kesabaran belajar tanpa mengira waktu dan mendapat dorongan daripada ibu bapanya, selain sokongan guru dan rakan membantunya merealisasikan impiannya. Katanya, kejayaan itu disokong dengan kesabarannya mengulang kaji pelajaran serta bijak membahagikan masa