Bismillahirrahmanirrahim…
Teringat sebuah entry berkaitan belajar menerima orang baru dan membina semangat :: zuriat yang dinanti membuatkan beberapa sahabiah bertanya tentang kakak, adakah sudah berisi. Sambil tersenyum, meminta mereka membaca, coretan itu hanya sekadar sebuah iktibar (tiada kaitan dengan kakak).
Hari ini hampir enam bulan, si mujahid kecil menumpang di dalam rahim kak nisa', masing-masing gembira dan tak sabar rasanya menanti si comel..(ngeee…^-^).
Sepanjang kakak mengharungi bulan-bulan untuk bergelar ibu, pelbagai perkara yang telah Anis belajar, macam-macam juga kisah yang mak ungkapkan sendiri betapa sukarnya proses menjadi ibu itu.
Fasa hamil ini pelbagai mehnah dan tribulasi (hiperbola tak?) yang terpaksa ditempuhi oleh di ibu,
Firman ALLAH S.W.T.
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibubapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). [Luqman 31:14]
Semalam, menanti waktu berbuka, sempat bersembang dengan mak, sambil membantu mengeluarkan kuih-muih dari acuan untuk di susun. Mendengar betapa teruknya kisah alahan mak ketika mengandungkan kakak, hinggakan mahu ke bilik air pun abah terpaksa “dukung”.. hehe so sweet and romantic la… (mak dulu kurus tak pela…)
Tersenyum, malu mendengar pengalaman mak. Pelbagai cerita yang tak pernah keluar, kini dengan senang dikongsi.
“time abang dulu, mak memang tak larat sangat sampai kena guna kaedah forceps (Forceps in childbirth) maklumlah time mengandungkan abang dulu, time tu kakak pun tak sampai setahun lagi…”
“ mengandungkan Asyraf dulu, mak tersilap makan, tiga hari kena tahan wad, takut kuman tu terjangkit kat baby kot, time tu setiap 4 jam sekali kena suntik ubat untuk matikan kuman tu. Allahu Akbar, time ubat tu disuntik, mak dapat rasa ubat tu mengalir setiap urat dalam badan ni, sakitnya ALLAH je tau, tulah suntikan palig sakit kot yang pernah kena..”
"Masa mengandung ni lah masa yang paling teruk nak bermujahadah. Bayangkan kalau kita manja dan lembik sepanjang masa, melayan perasaan dan keadaan yang sangat tak best ni, nanti anak-anak lahir kita nak mereka itu dan ini. Dari awal ni la kita kena train DIRI SENDIRI untuk mujahadah supaya kita boleh bina sahsiah anak-anak sentiasa mengekalkan momentum untuk bermujahadah! Kata nak lahirkan anak-anak yang hebat, macammana anak nak hebat kalau ibunya lembik?!"
Macam-macam pengalaman yang dapat ditimba daripada seorang ibu…
tersangat cumil...ini dah melampau! ^-^
Yang pasti jika ingin dicoretkan satu persatu pasti akan mengundang rasa hiba, tatkala merasa betapa seorang ibu sanggup mengharungi segalanya demi seorang cahaya mata.
“acik, kakak kena suntik hari ni..huhu sakitnya bengkak dah tangan ni…”
“sakit ke?”
“sakitla…. Tak caya Tanya mak, time ngandung ni 2x kena suntik..”
“2 kali je? Bukan ke 20 kali…hehe…” (ayat kejam…)
sempat bergurau manja dengan “wanita hamil” tu semalam..^-^
pelbagai kesusahan yang terpaksa ditempuhi oleh si ibu yang terpaksa menanggung pelbagai kesusahan, sama ada dari sudut fizikal mahupun mental, dalam proses mengandung seorang anak. Allah mengkhabarkan kesusahan ini dengan firman-Nya yang bermaksud:
“…ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah…” [al-Ahqaf 46:15]
Malah, Kesusahan ketika mengandung semakin bertambah selari dengan pembesaran janin. Kesusahan yang semakin bertambah mengakibatkan seorang ibu menanggung kelemahan demi kelemahan: “…ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan…”
Kesusahan ini mencapai tahap paling berat ketika hendak melahirkan anak tersebut: “…dan telah melahirkannya dengan menanggung susah payah.”
Kesusahan ini diungkap oleh Allah dalam kisah Maryam ketika beliau hendak melahirkan ‘Isa a.s :
(Ketika dia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); dia berkata: “Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!” [Maryam 19:23]
Setelah melahirkan, ibu benar-benar memberi perhatian kepada anaknya. Seandainya anaknya tidak
sihat atau hilang sekejap daripada perhatiannya, nescaya dia menjadi bimbang. Apatah lagi jika anaknya dijauhkan daripadanya, seorang ibu akan teramat berdukacita sehingga hatinya menjadi kosong, sehinggalah anaknya dikembalikan kepadanya.
Cuba kita Kenali bagaimana kisah perhatian seorang ibu terhadap anaknya berdasarkan kisah daripada al-Qur’an, ketika Allah Subhanahu wa Ta‘ala memerintah ibu Musa untuk menghanyutkan anaknya (Musa) agar dia (Musa) tidak ditangkap dan dibunuh oleh Fir’aun:
Dan Kami ilhamkan kepada ibu Musa: “Susukanlah dia; dalam pada itu jika engkau takutkan sesuatu bahaya mengenainya (dari angkara Firaun), maka (letakkanlah dia di dalam peti dan) lepaskanlah dia ke laut; dan janganlah engkau merasa bimbang dan jangan pula berdukacita; sesungguhnya Kami akan mengembalikannya kepadamu dan Kami akan melantiknya menjadi salah seorang daripada Rasul-rasul Kami.
Setelah itu dia (Musa) dipungut oleh orang-orang Firaun; kesudahannya dia akan menjadi musuh dan menyebabkan dukacita bagi mereka; sesungguhnya Firaun dan Haman serta orang-orangnya adalah golongan yang bersalah.
Dan (ketika melihat kanak-kanak itu) berkatalah isteri Fir’aun: “(Semoga dia menjadi) cahaya mata bagiku dan bagimu; janganlah kamu membunuhnya; mudah-mudahan dia berguna kepada kita atau kita jadikan dia anak.”
Padahal mereka tidak menyedari (kesudahannya).
Dan (sepeninggalannya) menjadilah hati ibu Musa kosong; sesungguhnya dia nyaris-nyaris menyatakan perihal anaknya itu dengan berterus-terang jika tidaklah Kami kuatkan hatinya (dengan perasaan sabar dan tenang tenteram), supaya tetaplah dia dari orang-orang yang percaya (akan janji Allah).
Dan berkatalah dia kepada kakak Musa: “Pergilah cari khabar beritanya.” (Maka pergilah dia) lalu dilihatnya dari jauh sedang orang ramai tidak menyedarinya.
Dan Kami jadikan dia (Musa) dari mulanya enggan menyusu kepada perempuan-perempuan yang hendak menyusukannya; (melihatkan halnya itu), kakaknya berkata (kepada isteri Fir’aun): “Mahukah aku tunjukkan kamu kepada penduduk sebuah rumah yang dapat memeliharanya untuk kamu, serta mereka tulus ikhlas kepadanya?”
Maka (dengan jalan itu) Kami kembalikan dia kepada ibunya supaya tenang tenteram hatinya dan tidak berdukacita (disebabkan bercerai dengannya); dan supaya dia mengetahui bahawa janji Allah (untuk menyelamatkannya) adalah benar; akan tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui (yang demikian itu).
[Maksud surah al-Qasas 28:7-13]
Sekalipun dengan segala pengorbanan ibu tadi…. daripada saat mengandung hinggalah kepada membesarkan,
seorang anak lazimnya akan lebih cenderung untuk meremehkan ibunya berbanding ayahnya. Faktor penyebab adalah sama ketika menjelaskan bab sebelum ini berkenaan mengapa ibu dikhususkan daripada ayah dalam larangan menderhaka.
Hurm mungkin kerana sifat kewanitaan seorang ibu yang lemah lembut dan peranannya yang “hanya di rumah” menyebabkan sebahagian anak-anak tidak menghormati ibu mereka dan justeru melecehkan tuntutan berbuat baik kepadanya.
DOAKAN MEREKA SETULUS HATIMU…
Walaupun coretan kali ini cukup ringkas, anis ingin sekali mengajak sahabat-sahabiah untuk merenungi doa yang kita pelajari semenjak kecil ini..
YA TUHANKU, AMPUNILAH DOSAKU DAN DOSA KEDUA IBUBAPAKU DAN KASIHANILAH MEREKA SEBAGAIMANA MEREKA MENGASIHANIKU SEMENJAK KECIL..
ALLAH…
Betapa dalamnya maksud doa ini, cukuplah jika mampu kita berdoa, tulus dari hati seorang anak,
Ketika berdoa, bayangkan wajah ibubapa kita, pasti terasa cukup! Cukup membuatkan diri terasa betapa besarnya nilai kata “AMPUNILAH DOSAKU DAN DOSA KEDUA IBUBAPAKU DAN KASIHANILAH MEREKA SEBAGAIMANA MEREKA MENGASIHANIKU SEMENJAK KECIL..
Firman ALLAH S.W.T
Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan. (Surah Ibrahim 41)
.
Adakah kita sama sekali tidak bersyukur dengan kurniaan ALLAH yang cukup besar ini… ya ALLAH ampunilah aku, aku sering menyakiti hati ibubapaku dalam aku sedar juga tidak, aku sering terlupa bahawa hatinya cukup halus dan rapuh… andai aku di tempatnya mampukah aku menjadi setabahnya..
Ya ALLAH sombongnya aku kepadamu, sombongnya aku pada nikmat yang kau kurniakan kepadaku…
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan? Maha Agung nama Tuhanmu Yang Mempunyai Kebesaran dan Kurnia.(Surah Ar-Rahman : 77-78)
p/s: hari ini hari terakhir menatap wajah mak abah… terasa kejapnya ... Tiba detik mentarbiyah diri….
kembara mujahidah meniti hari,
musafir kembali seorang diri,
hanya mengharap redha ilahi,
tuluskan niat sucikan nurani….
hari terakhirku…
Fi baiti Sakinah
1 februari 2011,
4.23 p.m