Bismillahirrahmanirrahim…
hari ini aku mencari jiwa untuk terus menulis… mencari hati yang kian kelam..mencari pengertian yang kian kabur…. memang benar akhir zaman ini penuh fitnah… aku sentiasa doakan agar rabb memimpin hatiku..
ingin aku bertemu titik yang ingin ku cari..biar hingga aku benar-benar rasa bahawa aku benar-benar hamba…..
pasti!!!
aku bimbang andai aku tidak bisa menjadi hamba yang baik….masakan aku dapat bergembira dengan gambaran dunia yang terlukis di hatiku…
aku tidak dapat menipu rabbku bahawa aku bukan hambanya yang baik…
tapi DIA masih sentiasa sudi memandangku dengan cara dan kehendaknya..
aku sentiasa rakus dengan nikmat dunia…mungkin aku mengatakan tidak namun di mana maqamku di sisi rabb…. ighfirli ya Rabb….
aku ingat….
semalam digenangi air mata menahan sakit…sekejap di atas katil..sekejap duduk di atas lantai… hampir-hampir menghantukkan sekuat rasa kepala ke dinding… ALLAH Maha Tahu…andai mak ada di sisi pasti terurai sedikit kesakitan dengan belaian kasih sayang mak…..
aku tahu aku takkan mampu menahan rasa yang aku tanggung sejak usiaku mula menginjak belasan tahun ini…
namun…saatku menadah tangan memohon kepada rabb ternyata kasih sayang ALLAH lebih besar dan lebih agung…aku hampir saja disesatkan dengan kesakitan yang menimpaku.. nikmat mataku bagai dihiris-hiris… inilah akibat dosaku… pasti ada dosa yang aku lakukan tanpa aku sedar….
biarlah insan sentiasa takkan bisa memahami aku…
aku berkongsi bukan menagih simpati… aku hanya ingin koreksi diri mengajak hati yang ingin menghayati erti…
ya ALLAH…aku sering lupa… siapalah aku untuk terus berbicara dan mengatakan sebarang kata…
cukuplah aku hanya ingin mengingatkan bersyukurlah kamu kerna ALLAH masih membenarkan kamu menjadi hamba yang dapat beribadah sesungguhnya…
dengan segala nikmat yang ada pada kamu..
sujudlah pada rabbmu..
hidupkan hati dan bibir dengan zikrullah
lafazkan rindu dengan selawat…
semoga aku sentiasa ditetapkan menjadi hamba yang tau bersyukur…
mudah-mudahan….
aku juga bersyukur kerna ALLAH sentiasa mengatur hidupku dengan aturan hidup yang tidak pernah aku fikirkan…
“aku yakin ya Allah, ilmu Mu maha luas, pasti ada kebaikan yang masih terselindung di sebalik ujian ini. Yang ketika ini tidak mampu aku fikirkan dan bayangkan..."
hatiku melakar,
25/7/2011
6.38 petang
M217
2 comments:
Moga kesakitan dan ujian yang menimpa mampu mematangkan kita untuk jalani hidup dengan lebih baik..moga dengan peringatan yang kita terima menjadikan kita lebih hati-hati menangani gerak laku kita seharian..moga kita dicenderungkan ke arah kebaikan dalam setiap tindak tanduk kita..
insyaALLAH...amin...syukran ya Akh atas doanya ,.. moga tidak disalah ertikan bingkisan di atas ^-^
Post a Comment