Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum
Mengambil sedikit masa untuk menulis pada pagi jumaat yang penuh barakah ini. Alhamdulillah… Alhamdulillah, terasa sangat dekat dengan kasihNYA… mudah-mudahan perasaan rindu ini akan terus menebal.
Ramadhan sudah pun menginjak ke angka 5 hari..sekejap sahaja saat-saat paling penting telah berlalu, allahumma taqabbal minna solatana wasiamana wa ‘ibadatana kulluha tammah.. amen..
Hari-hari menerima mesej daripada Abah bercerita tentang “Qaryah Ramadhan”!
tutt tutt.. mesej masuk…
“Apa habaq? sihat ka? malam tadi p tengok imam mesir perdengaq bacaan kat kemah terawih”
tutt tutt.. mesej masuk…
“la ni kami kat khemah ramadhan…hari ni buka posa kat sini..”
tutt tutt.. mesej masuk… lagi
“Assalamualaikum, sihatka? dari tadi duk kat kemah trawih, ptg td ust Azhar kuliah bersama program remaja hampir 3 ribu orang, malam ni perasmian dgn MB Tok guru
orait abah!
serius!!
Anis sangat cemburu!! mana taknya hari-hari abah update aktiviti family huhu… ada bakat terpendam untuk jadi wartawan ye..hehe
"pagi ni dengar tazkirah d dataran stadium.."
mesej terbaru huhu
rindu jugak dengan dengan pengisian di Qaryah Ramadhan, namun harus bijak memaknakan situasi, perlu belajar membaca hikmah
papepun jihad untuk menuntut ilmu mesti diteruskan, namun, lain pula keadaannya cukup berbeza bila menginjak ke Madrasah Ramadhan ini..
masing-masing dalam kuliah, bila hampir tengahari sudah “lembik” dan bila ada kelas petang sepertinya sudah tiada respon, bercakap pun malas… harus kuat!! (cakap pada diri sendiri)
Bercerita tentang Qaryah Ramadhan, mungkin ada yang mahu mendapatkan maklumat lanjut mengenainya, di sini anis sertakan link untuk pembaca mendapatkan maklumat detail (just click):
Pada nafsu yang dilenturkan lapar dahaga
Pada fikiran disinar wahyu dan sabda
Pada hati bersih di solat tarawih
Apakah kesemuanya telah dimiliki??
Pada fikiran disinar wahyu dan sabda
Pada hati bersih di solat tarawih
Apakah kesemuanya telah dimiliki??
Puasa mengajar erti kepayahan
Menghadap ujian berlandaskan iman
Puasa perisai yang sangat maknawi
Penyingkap hijjab antara hamba dengan Ilahi
Menghadap ujian berlandaskan iman
Puasa perisai yang sangat maknawi
Penyingkap hijjab antara hamba dengan Ilahi
Puasa sempurna menahan rohani dan rasa
Puasa sederhana menahan indera dan juga anggota
Puasa biasa hanya melawan lapar dan dahaga
Puasa sederhana menahan indera dan juga anggota
Puasa biasa hanya melawan lapar dan dahaga
Lalu di manakah puasa kita
Adakah masih ditahap lama??
Adakah masih ditahap lama??
Lalu muhasabah di hujung Ramadan
Sudahkah terbangun jiwa teguh dan kukuh
Atau kolam jiwa masih tercemar keruh
Oleh sembilu dosa dan duri angkara
Sudahkah terbangun jiwa teguh dan kukuh
Atau kolam jiwa masih tercemar keruh
Oleh sembilu dosa dan duri angkara
Ketika bertahmid, bertakbir, bertasbih
Terasakah kita hamba Ilahi
Yang hanya mampu mengukir takbir
Sedangkan padaNya segala takdir (T_T)
Terasakah kita hamba Ilahi
Yang hanya mampu mengukir takbir
Sedangkan padaNya segala takdir (T_T)
sekadar coretan kosong,
11.50 a.m
5 Ogos 2011
Fi M217
No comments:
Post a Comment