Bismillahirrahmanirrahim…
Assalamualaikum…
Jari masih laju untuk menaip sesuatu.. ini anugerah Allah buatku, terasa rindu teramat, mahu berkongsi sesuatu. Beberapa hari kerap membaca tentang maksiat dan taqwa, namun belum cukup lagi untuk memaknakan, ilmu itu tidak pernah habis bukan?
Membaca coretan berkaitan dosa (maksiat) ingin sekali hati ini berkongsi..
BENARKAH DOSA MENGHALANG CAHAYA ILMU??
HUBUNGAN HATI DAN AKAL
Kekuatan akal mempunyai hubungan yang kuat dengan hati manusia sehingga kita akan dapat menemui di dalam al-Quran dan hadith serta sirah salafussoleh yang memperihalkan mengenai keadaan ini.
Maksud firman Allah s.w.t. :
Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Karena Sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang di dalam dada. (al-hajj 46)
Anis rasa, masing-masing pernah mendengar kisah tentang Al-Imam al-Syafie pernah mengeluh dan bersedih menanggung kesan dan akibat maksiat yang beliau rasakan dalam hatinya, beliau mengadu kepada Waki’ (salah seorang guru beliau) dalam untaian syairnya:
”Aku mengadu kepada Waki’mengenai buruknya hafalanku; beliau memberi petunjuk kepadaku agar aku meninggalkan maksiat; Beliau berkata: Ketahuilah bahawa ilmu adalah cahaya; sedangkan cahaya Allah tidak mungkin diberikan kepada pelaku maksiat.”
Menurut Imam al-Ghazali :
“hati itu ibarat cermin, apabila terang cerminnya, maka teranglah segala maklumat atau ilmu pengetahuan yang diterima”.
MAKSIAT MELEMAHKAN KEKUATAN HATI
Membaca buku Wasiat Sebelum Dirimu bergelar Ulama’ membuka juga mata ini untuk melihat betapa maksiat itu banyak memberi kesan pada umat Islam seperti kekalahan dalam medan perang, semuanya mempunyai sirah yang cukup besar maknanya pada diri ini, malahan kekalahan tentera bukan ISLAM dalam peperangan juga disebabkan asyiknya mereka dalam berhibur, ini jelas disebut dalam buku Wasiat Sebelum Dirimu Bergelar Ulama yang memperihalkan bahawa kekalahan tentera (anis lupa Negara apa, mohon bagi masa untuk membuat rujukan semula) adalah disebabkan baynyak kelab hiburan dan pelacuran sehingga presiden Negara tersebut mengarahkan agar semua kelab hiburan dan pelacuran itu ditutup selepas itu. Bukan itu sahaja, malahan MAKSIAT juga merupakan antara punca kekalahan MAKSIAT memiliki pengaruh bahaya dan buruk bagi hati serta fizikal manusia.
Antara pengaruh buruk serta bahaya dosa, ia akan memadamkan cahaya ilmu yang dikurniakan Allah dalam hati. Imam Malik pernah mengagumi kecerdasan Imam Syafie yang masih muda, memiliki ketajaman otak dan kesempurnaan pemahaman.
Imam Malik berkata: “Aku melihat Allah meletak cahaya dalam hatimu, kerana itu jangan kamu padamkan dengan kegelapan maksiat.”
Sementara itu, Imam Syafie pernah menceritakan pengalaman peribadinya dalam bait syair; Saya mengadu pada guru Waqi’ mengenai mutu hafalanku yang buruk, maka ia mengarahkan supaya aku meninggalkan maksiat. Ia berkata, “Ketahuilah ilmu adalah kemuliaan dan kemuliaan Allah tidak diberikan kepada ahli maksiat.”
REZEKI TIDAK LANCAR
Dalam Musnad Ahmad, Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya seorang hamba diharamkan daripada rezeki kerana maksiat yang ia lakukan.” Seperti ketakwaan kepada Allah mendatangkan rezeki, sebaliknya maksiat akan mendatangkan kekafiran.
KETERASINGAN ANTARA ALLAH
Seorang yang melakukan maksiat akan menemukan perasaan terasing antara dirinya dan Allah dalam hatinya. Keterasingan ini tidak boleh diganti dan dinilai dengan kenikmatan apa pun. Andainya semua kelazatan di dunia disatukan, maka tetap tidak boleh mengubati perasaan keterasingan itu. Perasaan itu hanya ada pada hati yang hidup, sementara hati mati tidak mempunyai perasaan itu.
Ada seorang lelaki mengadu perasaan keterasingan pada dirinya kepada ahli makrifat lalu dijawab: “Jika kamu menemukan keterasingan dalam dirinya kerana berbuat dosa, segeralah tinggalkan dosa itu dan temui ketenteraman hati dalam berbuat taat. Ketahuilah, tidak ada hati yang rasakan keterasingan kecuali kerana dosa.”
KETERASINGAN ANTARA MANUSIA
Perasaan terasing bukan hanya terjadi dengan Allah tetapi juga manusia terutama dengan mereka yang melakukan kebaikan.
ALLAH AKAN MENYULITKAN URUSANNYA
Orang yang melakukan maksiat akan selalu menemui jalan buntu pada setiap urusannya. Orang yang bertakwa kepada Allah akan menemui kemudahan pada urusannya sebaliknya mereka yang jauh daripada takwa disulitkan urusannya.
KEGELAPAN DALAM HATI
Kegelapan itu nyata dalam hatinya seperti melihat dan berasakan gelapnya malam. Ini kerana ketaatan adalah cahaya sementara maksiat adalah kegelapan. Semakin kuat kegelapan dalam hati maka seseorang itu terus dalam kebingungan. Akibatnya ia terjatuh dalam kesesatan dan hal yang menghancurkan tanpa disedari.
MAKSIAT MELEMAHKAN KEKUATAN HATI
Maksiat melemahkan hati dan kelemahan fizikal disebabkan lemahnya hati. Semakin kuat hatinya, semakin kuat fizikalnya. Ahli maksiat, meskipun fizikalnya kuat tetapi apabila diperlukan dan dalam keadaan terdesak, kekuatan fizikal mereka tidak berdaya.
Renungkan bagaimana kekuatan fizikal kaum Rom dan Parsi yang mengkhianati mereka ketika memerlukannya hingga dengan mudah orang beriman menakluki kekuatan fizikal dan hati mereka.
MALAS MENGERJAKAN IBADAT
Orang yang melakukan maksiat akan malas melaksanakan amal ibadat. Sedangkan setiap bentuk ketaatan kepada Allah nilainya melebihi dunia dan segala isinya.
TERBIASA BERBUAT DOSA
Maksiat melunturkan persepsi buruk mengenai dosa dalam hati seseorang. Ertinya, dia tidak akan berasa bahawa dosa yang dilakukan adalah perbuatan buruk. Akibatnya, dosa menjadi sebahagian daripada kebiasaan. Keadaan ini membahayakan diri sendiri.
Walaupun dilihat dan dicerca, dia tidak rasakan dirinya terhina. Perasaan seperti itu adalah kesenangan dan kenikmatan daripada pelaku maksiat. Bahkan, ada yang bangga menceritakan maksiat yang dilakukan.
Rasulullah SAW bersabda: “Semua umatku akan dimaafkan oleh Allah kecuali muhajirun (yang terang-terangan berbuat maksiat. Termasuk mujaharah adalah ketika Allah menutupi seseorang berbuat maksiat, tapi pagi harinya ia membuka aibnya sendiri. Ia mengatakan, “Hai teman, semalam aku melakukan ini dan itu.” Dia merobek kehormatannya sendiri ketika Allah menutupnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Banyak melakukan dosa membuatkan hati seseorang itu rosak kerana bercampur antara baik dan buruk. Hati yang tidak lagi menganggap baik perkara yang baik dan tidak menganggap buruk perkara yang buruk melainkan apa yang disukai oleh hawa nafsunya
BUTA MATA INDERA CELIK MATA HATI VS CELIK MATA INDERA BUTA MATA HATI
Maksud firman Allah s.w.t. :
Sesungguhnya penglihatan (mata kasar) itu tidaklah buta, tetapi yang buta itu ialah (mata) hati yang ada di dalam dada.” (al-Hajj : 46)
Orang yang celik mata hati dapat melihat arah, tujuan, jalan, bekalan, dorongan, halangan dan akhiran hidupnya menurut pandangan pencipta-Nya.
Maksud firman-Nya :
“Dan tidaklah aku ciptakan (makhluk) dari kalangan jin dan manusia melainkan untuk mengabdikan diri kepada-KU.” (Adz-Dzaariyaat : 56)
Seseorang yang telah sedar akan hakikat ini akan memiliki satu dorongan yang menggelodak dalam fikiran, jiwa dan emosinya yang menuntut pada perubahan. Kesedaran adalah gerbang awal ke arah perubahan diri. Manusia umpama orang yang sedang tidur, tidak mungkin kita boleh terus mengajaknya bertindak tanpa mengejutkannya terlebih dahulu.
Maksud firman Allah s.w.t. :
“Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu member manfaat kepada orang-orang beriman. (Adz-Dzaariyaat : 55)
UNIVERSTI : ANTARA SIJIL DAN AMANAH KEILMUAN?
Pandangan mata yang celik semata-mata akan menjurus ke arah memperoleh sijil samada diploma ataupun Ijazah.
Pandangan mata hati yang celik akan lebih memfokuskan kepada amanah keilmuan iaitu mempelajari, menghayati, mengamalkan dan seterusnya menyampaikan.
Jika kedua-duanya celik, andalah yang bakal menjadi insan yang terbaik, cemerlang, gemilang dan terbilang di dunia dan di akhirat. InsyaAllah…
kita berada di golongan yang mana?
tepuk dada, rasakan dekat hati, tanya iman...
Apa khabar iman aku hari ini?
Wallahu a’alam…
p/s:credit t0 IbnAl-Faqir wa al-Haqir ila Rabb al-Kabir atas perkongsian ilmu yang cukup bermanfaat
sekadar berkongsi apa yang ada,
5 ogos 2011
12.55 a.m
Fi M217
2 comments:
hati ibarat singa yg tidur.tatkala dirangsang nafsu, maka mengganaslah ia tapi jika diulik dodoian iman, ia akn trus tidur dlm ketenangan zikrullah..k anis, ni madihah :)
masya ALLAH~ adikku sayang rupanya... rindunya dgn gurau senda + "kemanjaan" adik madihah ni sob3
Post a Comment