Bismillahirrahmanirrahim..
"Sungguh ku cemburu!
engkau bakal melangkah ke alam perkahwinan..
bukan cemburu kerana engkau menemui cinta terlebih dahulu,
tetapi,
cemburu kerana kau bakal menyempurnakan separuh dari agamamu,
cemburu kerana kau bakal menyempurnakan separuh dari agamamu,
cemburu kerana setiap tindak baikmu terhadap pasanganmu bernilai ibadah,
cemburu kerana engkau berjaya menyempurnakan sunnah Nabi kita,’
cemburu kerana engkau bakal menjadi penyambung umat Nabi Muhammad"
Nota 1 : seorang sahabat berkongsi kata-kata Penulis, Pahrol Mohd Juoi, tentang CINTA: Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingnya.
Nota 2 : credit to : adik Dr. Nur Farah Aisyah Nazim
Nota 3 : Wink2! (^_~)v... tahniah buat kamu....
Nota 4 : Jika ada yang bertanya bagaimana aku memandang keyakinan tentang JODOH, maka akan ku jawab, bagiku sama saja kau menanyakan keyakinanku tentang KEMATIAN...
Nota 4 : Jika ada yang bertanya bagaimana aku memandang keyakinan tentang JODOH, maka akan ku jawab, bagiku sama saja kau menanyakan keyakinanku tentang KEMATIAN...
dalam mood melakar cerpen terbaru,
Fi Baiti Sakinah,
22 Januari 2012,
10.26 p.m
6 comments:
huhu...
benar bagai dikata...
betul2 cemburu bila tengok sahabat trdekat xputus2 mengutip pahala.insyaAllah...
brgayut lame2 dengan suami, pahala..
msj2 dgn suami, pahala lagi..
cerita baek2 pasal suami, pahala jgk..
rndu2an dgn suami yg jauh, pahala..
jadi, jom~!
#tunggu dengan sabar#
>>yani:
tersenyum lebar membaca komen yani..
yani lagilah dkt kan tgk classmate sendiri... hehe..samela bila tgk shbt2..insyaALLAH masanya akan sampai..
teruja! xsbr nk tgk yani dinikahkan nnti :P
p/s:~rindu nak merasai syurga dunia i2 jgn sampai melebihi rindu utk merasai syurga akhirat, rindu utk menjadi insan terpilih menatap wajah kekasih pertama dan kedua, menerima ucapan salam daripadaNYA..xdpt tbayang dgn AKAL DAN ILMU Y TBATAS INI.. jika kita dpt merasai indahnya, pasti dunia ni xde nilai pn, w,pon sedikit melainkan kita memndg sebagai utk myediakan bekal ke sana smata2
hati ini teringat pd seorg shbt yg berniat menolak merasai syrga dunia..krn takut hatinya lbh cnderung pd selain Allah..
"jodoh..
ada yg menyuruh berusaha..
namun hati tidak mahu..
lbh senang utk mbiarkan ia di sana..
di cc Dia yg Maha Mengetahui" -mcm mn ni k.nis?? tlg komen..^__^
"keyakinanku ttg kematian.."-like this! yakin pd Allah..
syukran!
>>adik ida manja:
USAHA KE TUNGGU JE YE? mentang2lah lama x usrah..nk usrah kat sni ke hehe... ok2, ni ap y kak nis bce...
kita tahu bahawa ketentuan dan ketetapan Allah itu, menunggu di hadapan kita, apabila kamu menghidupkan enjin kehidupan kamu, maka peluang peluang pun di bukakan kepada diri mu. jika kamu jenis berserah nasib, maka nasiblah apa peluang yang menimpa mu. jika pula kamu jenis berusaha berikhtiar bersungguh sungguh, I want to get What i wanted, teruskan, keyakinan kamulah memandu kamu ke hadapan, usaha dan tawakkal. jodoh tu ........Peluang terbuka, kamulah pilih. Kita percaya adanya Allah, tentu kamu berserah, berharap kepadaNYA tp… apa usaha ikhtiar kamu, cth, dlm hidup, nak dapat degree, sanggup keluar negeri, kamu bersungguh sungguh ke arah itu. kenapa dalam hal jodoh, kamu tak prepare, tak usaha,?
ni ad pndgn dr seorang ust,
“dalam sebuah hadis, Nabi ada sebut(lebih kurang maksudnya)..Allah telah menakdirkan takdir-takdir 50 ribu tahun sebelum takdir itu terjadi.maksud yang tepat boleh rujuk Jami'us Soghir berkenaan hadis ini. begitu juga hadis tentang apabila ruh ditiupkan ke dalam rahim, setiap anak Adam telah tertulis 4 perkara-umurnya, rezekinya,ajal mautnya dan bahagiakah atau celaka! kenyataannya dan pada hakikatnya segalanya telah tertulis di Lauh Mahfuz.tapi kenyataannya dan hakikatnya. seseorang tidak mengetahui apa yang akan berlaku ke atasnya...ianya ghaib...termasuklah jodoh.
Apabila kita membaca Al Quran dan Hadis-hadis, begitulah...usaha dan ikhtiar tetap diperintahkan...Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan kamu. begitulah banyak ayat2 perintah dan larangan yang banyak menganjur kita berusaha dan berikhtiar. Manakala dalam konteks tawakal, banyak juga ayat-ayat perintah bertawakal diperintahkan ke atas kita...ulama-ulama ketuhanan banyak dah yang menghuraikan dengan terperinci berkenaan permasalahan ini. Bahkan ada yang menulis, usaha dan ikhtiar si hamba tidak memberi bekas! Panjang lebar ilmu ni. Apa yang saya pegang dan saya yakin ianya selamat ialah kita wajib berusaha berikhtiar, usaha dan ikhtiar kita itu adalah takdir ke atas kita, kelak bukan Allah yang akan ditanya tetapi kitalah yang ditanya tentang usaha dan ikhtiar kita itu. Dan sewajibnya usaha ikhtiar kita itu sejalan dengan apa yang dikehendaki Allah dan RasulNya, barulah keredhaan kita perolehi. Doa juga termasuk usaha ikhtiar”.
wallahu a’lam..
alhamdulillah, alf syukr..komennya ckup jls..*rndu saat bsamaT_T..
hmm,mnja smpai semo nk tny k.ns,hehe
klu d tukar mksd 'usaha' dlm soalan tu..is it jwpnnya jg brbeza? mksdny, seseorg tu berusaha, tp pd dirinya sndiri shj ; doa, & mcari solehah dlm diri..tp scr luaran, dia tdk mncari jodohnya..mgkn kita blh andaikan, dia 'sudah letih' utk mlayani kerenah manusia, bahkan kerenah dirinya sendiri dlm soal jdoh ni..mgkn, sbb khuatir & tdk mahu mbuka ruang ftnah pd dirinya..
hmm,keep thinking,.gi mana ya?
*nk dera k.ns jwb soalan2 ni,ok x? heheh..
kak nis pon rindu saat tu…T_T…
andai ad pluang garaplah, kak nis setia mnanti dgn doa..
bkaitan dgn usaha..lbh focus utk elak fitnah, kak nis setuju dgn bbrapa pkara y dicdgkan oleh seorg ustzh,dan ckp utk dilihat sbgai usaha jg:
1. Sediakan diri dengan pertingkatkan keimanan dan keyakinan bahawa semua ini susunan Allah swt kerana Dia telah merancang dan akan memberi yang suami soleh yang terbaik di sisiNya untuk anakanda. InsyaAllah ida akan terhindar daripada terjebak kepada perkara yang haram atau dilarang Allah swt.
2. Hafalkan doa surah Furqan ayat 74 – semasa doa minta Allah sampaikan kepada bakal suami soleh yang Allah dah catit dalam buku lauh Mahfuz, tapi kita belum tahu lagi agar dia pun rasa sakinah dan melakukan yang sama, surah Ibrahim ayat 40, surah Ali Imran ayat 38 – bayangkan anak2 yang bakal Allah anugerahkan kepada anakanda dan bakal suami agar mereka sentiasa solat dan berbuat baik.
3. Tanggungjawab asal mencarikan jodoh untuk anak2 ialah ibubapa- hadith Nabi saw. Neraca pertimbangan ciri-ciri calon suami adalah agama dan akhlaqnya. ‘Apabila datang kepada kamu seseorang yang kamu berpuas hati di sudut agama dan akhlaqnya, maka kamu kahwinkan anak kamu dengan segera. Jika kamu tidak berbuat demikian, nescaya berbangkit fitnah di mukabumi ini dan kerosakan yang akan ditempuhnya nanti’ Hadith riwayat Abu Hurairah.
Sekiranya keluarga tidak mampu untuk berbuat demikian, sekiranya ida berada dalam organisasi Islam yang ada unit ‘Baitul Muslim’ – boleh menjadi pengantara permulaan untuk membantu proses mencari dan mempertemukan jodoh anakanda – perkenalkan calon, solat istikharah, buat keputusan menerima atau menolak, jika bersetuju maka pihak baitul muslim akan meneruskan proses ‘ta’aruf- berkenalan dengan kehadiran orang tengah yang telah berumahtangga, setelah kedua2 pihak bersetuju untuk mendirikan rumahtangga dengan kebenaran keluarga, pihak unit baitul muslim akan menyerahkan proses teknikal kepada keluarga masing2..
ataupun mnurut pglmn kak anis blh jg meminta ptolongan org2 y dipercayai utk mcarikan jodoh buat kita..
4. Perkara asas yang perlu ada dalam diri ialah, semua yang berlaku adalah susunan Allah swt. Kita sebagai manusia makhluq Allah swt hanya mampu berdoa, berusaha, dan akhirnya bertawakkal kepada Allah swt. Keputusan adalah haqNya. Apapun, yang penting pergantungan kita 100% pada Allah swt bukan pada manusia- walaupun ibubapa kita, unit baitul Muslim dan sebagainya.
5. Firman Allah dalam surah At-Tahrim : ayat 8. Banyakkan bertaubat terhadap kesalahan dulu jika ada, semoga Allah tutupkan kesalahan anakanda yang lalu, kerana Allah swt hendak memberi anakanda suami yang soleh.
Perkara terakhir, sentiasa mempersiapkan diri yang terbaik, InsyaAllah bila sudah sampai masanya Allah akan pertemukan jodoh dengan hamba yang bergelar suami soleh yang paling baik Allah swt pilihkan untuk anakanda untuk kebahagiaan anakanda dunia dan akhirat. InsyaAllah…
ida sedia maklum kan…insyaALLAH.. kadang2 ramai sahabat kak nis yang tidak mencari tapi dicari, dlm pada itu, sentiasalah menjadi, insyaALLAH ad jalannya, jalan ada banyak, terpulanglah kepada kita..sama ada hendak melihat ia sebagai suatu usaha atau bagaimana..
Post a Comment