Bismillahirrahmanirrahim
KILAUAN BINTANG YANG KU SUKA
Maha suci Allah yang menjadikan langit terhias indah dengan butiran bintang yang indah, yang sungguh menggamit perasaan.
“Subhanallah!!! Tengok tu… tengok bintang tu, besnya malam ni nampak bintang! “
“kalau bintang macam tu, buruj apa ye? adus…. lupa sudaa….”
Antara perkara yang paling best dilakukan apabila balik surau adalah berjalan dengan memandang ke atas sambil melihat bintang-bintang! sangat comel…
Semalam, melihat langit dengan warna menakutkan sangat menggetarkan jiwa! Allah… terdetik dalam jiwa, macam mana keadaan kiamat nanti, sebagaimana yang diceritakan dalam al-Quran sangat menakutkan! Debar sangat-sangat! Syukur dapat rasa perasaan takut tu T_T
Teringat pula pada wajah bersih kanak-kanak ribena apabila diceritakan tentang sesuatu. Terlopong dibuatnya. Membulat biji mata hitam. Adus~ sangat comel la sayang, buat muka macam tu… :p
Malam ini, tengah menyidai pakaian di ampaian, hati riang gembira, melihat langit kembali terhias rapi dengan bintang-bintang. Syukur bila ALLAH kembalikan sakinah yang dihiasan langit malam…
Alhamdulillah!
Walaupun banyak yang nak dikongsi, tapi biarlah Anis menyimpan terlebih dahulu, tunggu sampai masak, baru asyik kot untuk dikongsi!
KILAUAN CITA-CITA YANG TAK PERNAH KU SANGKA
Menjadi seorang pendidik memang sangat seronok, dan rasa malu dengan ALLAH…. kenapa ye? nanti insyaALLAH Anis ceritakan.
“nape ayat anis macam seronok sangat je praktikum?”
“kak!.....bla..bla…bla..bla….”
“Kak dengar Anis citer, Kak pon rasa seronok! beruntung kita jadi cikgu!”
Alhamdulillah, walaupun ini bukan apa yang Anis nak kejar, tapi ini apa yang Mak Abah nak Anis kejar, Allah pun berkehendakkan ini. Sekejap sahaja sebulan yang menjenguk ini, belum puas meneguk ilmu menjadi seorang bakal guru. Walaupun penyeliaan terakhir dibatalkan tiba-tiba dalam 15 minit sebelum P&P.. huhu semua bahan dah sedia, LCD dah terpasang, tapi tiada apa yang perlu disedihkan. Ada hikmah tu!
Penyeliaan pertama…
“Abah, Alhamdulillah dah selesai observe, tapi acik dapat sederhana je, tapi boleh usaha lagi kan?.. InsyaALLAH boleh diperbaiki…”
Abah menjawab dengan kata-kata yang membuatkan air mata ni laju mengalir…
“syukur..kami sentiasa doakan kejayaan anak-anak…amin…kuatkan semangat…iman dan sabar, selamat maju jaya dalam cita-citamu..amin”..
Ye,kuatkan semangat! IMAN dan SABAR… sangat mendalam…
“Hari ni tiba-tiba observe batal, huhu, sebab lecturer ada hal, dia sempat observe kawan acik sorang je dulu…insya ALLAH esok ada lagi …”
“tak pa la…sabar menanti hari esok, kami sentiasa doakan, hanya ALLAH yang menentukan…”
InsyaALLAH abah, sabar menanti…banyak perkara yang dinasihatkan untuk sabar… insyaALLAH akan berusaha sabar dalam perkara tersebut… -_-“
kilauan cita-cita yang tak pernah ku damba benar-benar mengubat jiwa!
InsyaALLAH semoga kerjaya yang dibina mampu menjadi amal jariah bekal ke sana!
“kalau kat manusia, biasa kita akan cakap apa bila kita terima hadiah?” teringat dalam kelas tahun 1, bercerita bab solat…
“Ustazah2!! kita kena ucap terima kasih kat diaaaaaaa.” Kecoh sangat
“tapi kalau kat ALLAH,dia bagi macam-macam nikmat, tangan, mata, kaki,hidung dan macam-macam lagi! semuanya percuuuu?????
“maaaaaaaaa.” Laju menyambung ayat yang tak lengkap :p
“jadi, agak-agak apa yang perlu kita buat?”
“kita kena cakap, terima kasih ALLAH!!!!!” tersenyum mendengar mereka mengulang dua tiga kali kalimah terima kasih ALLAH, terima kasih ALLAH!
Ya, ustazah pon nak cakap jugak…
Terima kasih ya ALLAH di atas kilauan bintang yang menenangkan jiwa pada malam yang penuh perasaan ini, terima kasih ya ALLAH di atas kilauan cita-cita yang menarik jiwaku, moga bisa menjadi amalku menuju ke syurga! InsyaALLAH, nak genggam erat-erat nasihat abah, ACIK! kuatkan semangat! IMAN dan SABAR.
Jom , nak sambung tengok bintang lagi…sambil memuji ALLAH…subhanallah
rembulan, cahayanya menawan,
menerangi kegelapan malam,
bebintang sinar berkelipan,
menghiasi cahya rembulan.
Bulan dan bintang menjadi saksi,
kebesaran Ilahi.
M302,
12 April 2012,
10.32 malam.
3 comments:
jiwa seorang pendidik, mendidik di kelas, juga mendidik di alam maya..barakallahufik
insyaALLAH, moga ditetapkan hati di atas jln kebaikan ini...
insyaALLAH, moga ditetapkan hati di atas jln kebaikan ini...
Post a Comment