Thursday, May 17, 2012

catatan kecil untuk si kecil


Umi, kejap-kejap! Abyana nak baca blog mak lang anis jap hihihi. 



Bismillahirrahmanirrahim…

Saat detik masa berlalu,
tibalah hari yang ditunggu,
di bawah cahaya rembulan,
bersinar wajahmu sayang.
Tibalah tika kau diraikan;
moga dalam keredhaan tuhan.

Selamat ulang tahun sayang.
Kau bakal merasakan hebatnya cinta;
celikkan mata menghadap dunia.
Moga Allah memimpin jiwa,
Langkah makin dibina,
pergilah terbang diiringi doa,
berkenalan dunia pelbagai warna.


Selamat Ulang Tahun Abyana Sayang
15 Mei 2012


mak lang yang mana satu ye? 

P/s : Ya rabb, umurku benar-benar genap pada angka  22 tahun tanggal 17 Jamadil Thani 1433 … Allah… kurniakanlah aku sekeping hati  yang benar-benar takut kepadamu Allah… Moga-moga dengan ketakutan itu mendekatkanku kepadamu.

Ibnu Abi Syaibah dan Abu Nu’aim di dalam kitabnya Al-Hilyah telah meriwayatkan do’a yang diambil dari ‘Umar Radiyallahu ‘Anhu :

Ya Tuhanku! Aku berlindung denganMu, dari tindakan Engkau mengambil nyawaku secara mengejut dalam keadaan aku tidak sedar, atau meninggalkan aku dalam keadaan terlalai atau menjadikan aku dari golongan lalai.

M302,
Khamis,
25 Jamadil Thani 1433H,
17 Mei 2012M,
2.54 p.m.



No comments: