Saturday, May 5, 2012

hadiahbuatsyasya




Bismillahirrahmanirrahim..


mengenalmu mengajarku  terus menguntum senyuman,
tatkala aku sendu,
menaruh bintang dalam mata, hati dan genggamanku..
mungkin sesaat aku tidak melihatmu
di bawah matahari
tapi ketika sampai pada malam
kau selalu di sana menjelma pelita
di lorong paling gelap dan berdebu
kaulah bintang sejati
yang tertawa, menangis, berjalan
dan tak henti berkelip
dalam hidupku…

Menulis kerana sayang,
mencatat kerana rindu,
bersyukur dikurniakan insan sebaikmu,
Allah nak uji keutuhan persahabatan kita,
cuba untuk tidak roboh,
terus bangkit dan berserah.


moga ini menjadi saksi,
paksi sebuah persahabatan,
melamar janji naungan Allah,
buat insan yang saling cinta mencintai hanya kerana ALLAH…
berkumpul dan berpisah keranaNya.

Owh Allah kau bangkitkan jiwaku,
cahayamu terangi hatiku,
kau hadiah cinta ini dalam jiwa kami.
Selamat Ulang Tahun Kelahiran kesayanganku,
dengan cinta terbebas segala duka,
dengan cinta terjalin sebuah tanggungjawab,
saling membahagiakan,
saling menjaga,
saling menasihati,
saling menutup keaiban sahabatnya,
semoga aku mampu,
menjadi,
memiliki,
meredhai,
apa yang tertulis buatku…

~withlove ~
Juz4SitiNursyairahRajami






No comments: