Bismillahirrahmanirrahim.
Ya Tuhanku, berilah aku petunjuk agar aku dapat mensyukuri
nikmat-Mu yang telah engkau limpahkan kepadaku dan kepada kedua orang tuaku,
dan agar aku dapat berbuat kebajikan yang Engkau redhai; dan berilah aku
kebaikan yang akan mengalir kepada anak cucuku. Sungguh, aku bertaubat kepada
Engkau, dan sungguh, aku termasuk orang muslim. (Al-Ahqaf :15)
Hanya
mampu memanjatkan kesyukuran ke atas-Mu kerana dengan rahmat-Mu, kerana kasih
sayang-Mu, aku masih bernafas di saat usia 23 Tahun, sedang aku sedar, betapa
ramai insan, malah sahabatku sendiri telah pergi menemui-Mu pada angka 23 ini.
Dengan usia ini, aku tahu siapa sesungguhnya aku, dengan kurnia nikmat usia ini
aku berharap bukanlah makin bercambahnya dosaku dan hanya mengharap moga
bertambah amal kebaikan, yang paling ku harapkan redha-Mu. Aku bukanlah hamba
yang baik, apatah lagi anak yang solehah, kakak yang baik, adik yang baik bukan
juga seorang sahabat yang baik, tapi aku berharap dan aku masih tetap terus
berusaha mencapainya. Jika aku mengakui silap hari ini, aku sedar bahawa aku
sentiasa dalam zon ‘mungkin’ akan mengulanginya esok. (Aku pohon doa daripada
mak, abah, kakak, abe, ain, asyraf, Danial dan seluruh sahabat dan guruku).
Sahabat2,
terima kasih atas doanya, moga dari hati yang tulus itu, dikabulkan Allah,
segala kebaikan moga terus terlimpah atasku, wa imma kebaikan itu bukan dalam erti ‘kebaikan’
dalam kefahamanku, kerana dalam pandanganku yang masih cetek ilmu dan tipisnya
iman ini.
Anak-anak
usrah umi (termasuk semua usrah yang pernah umi jaga), yang sudi menerima diri umi ini seadanya, moga ikatan hati terus
terpatri, tiada apa yang mampu diberi selain hanya apa adanya. Sangat menyayangi
kalian seadanya dengan anugerah kasih dan sayang yang Allah berikan. Air mata
dan gelak tawa kalian ‘semalam’ dan sepanjang perkenalan ini sangat
menghiburkan dan ‘bakal’ umi rindui (memori y manis ^^.) Jazakumullahu khairan jaza' atas 'hadiah' sempena 150113 ini.
masa darjah 6... pakai tudung sampai tak nampak mata :P
Juga buat semua pembaca blog ini, terutama beberapa angka silent reader, Alhamdulillah setiap kali post, dalam masa sehari, traffic sentiasa naik. Mohon maaf, jika ada e-mail, message fb yang tak terbalas. Hanya mengharapkan ada manfaat ilmu untuk dikongsi bersama. Tidak pernah terfikir untuk menjadi seorang insan yang diberi anugerah untuk menulis, moga inilah menjadi antara bekal yang akan terus mengalir buatku di alam sana.
fi amanillah ya Anis…
15 Januari 1990-15 Januari 2013,
Insya ALLAH, hadiah buat semua pembaca
blog bakal tiba, hanya mohon doa daripada kalian.
Berusaha sebaik tadbir berharap sebaik
taqdir.