Hatiku, di Terminal Musafir ini berusahalah mewujudkan
rasa sebenarnya keranaMu ya Allah...
Aku harus sedar
seandainya diri ini masih teragak-agak melakukan apa yang Allah suka dan masih
terlalu berat meninggalkan perkara yang aku suka sedangkan aku tahu Allah
membencinya, maka aku sedar… cintaku masih lemah. Mengapa aku masih tidak bersedia mengharungi kesusahan
demiMu, tapi masih sanggup mengharungi seperit apa pun kesusahan dalam mengejar
dunia? Ketidaksanggupanku ini aku sedar, kerana lemahnya rasa cintaku….
Duhai hati,
jangan engkau rakus dengan dunia. Dunia ini bukan dicipta untuk bermukim di
daerah hati tetapi sekadar di hujung jari agar mudah engkau melepaskannya. Dia menyentap untuk menyedarkan hati yang
lalai, "Hai manusia, kembalilah kepada Tuhanmu. Kembalilah kepada
jalan yang Aku redhai."
Menantimu Terminal Musafir, d0akan aku, dalam kekangan masa ini....
Menantimu Terminal Musafir, d0akan aku, dalam kekangan masa ini....
4 comments:
Hati yang tenang adlah hati yang sentiasa merasa bahawa Allah adalah peneman setia walau d mn berada..berserah diri dlm semua perkara dan redha dalam musibah, bersyukur dlm nikmat, sentiasa meminta walau dlm perkara mudah...
salam..hati manusia bkn senang tuk kita didik..apa yg dibenci ALLAH itulah yg disukai manusia dan sebaliknya..ya ALLAH didiklah hati kami agar sentiasa mengingatiMU..amin..nice entry..baca entry trus follow..:)
ila afnan :
betul tu, insya ALLAH bersama menggapai 'rasa' itu. Kehidupan adalah sebuah perjalanan 'mencari'. jzkk
ila nur naa'irah:
waalaikmslm... didikan iman... moga kita semua bisa menggapai ihsan. bereh! moga mdpt manfaat ya solehah
Post a Comment