Bismillahirrahmanirrahim
Setiap tulisan ku
mulakan dengan basmallah,
agar hati dipandu oleh
Allah.
Untuk dakwah yang ku
cinta,
meraih kedekatan Sang
Pencipta.
Aku
memohon keampunan kepada ALLAH di atas segala dosa yang aku lakukan hingga
kadang tidak tersampainya dakwah ini. Tatkala
jariku ligat menaip, hati terus berusaha mengeluarkan apa jua yang tersisa
untuk berbagi dengan manusia. Terkadang, cemburu dengan insan yang bisa
menyampaikan ilmu setiap hari sama ada melalui lisan atau tulisan. ‘Ala
kulli hal, tetap memanjatkan syukur, lantaran sedar ALLAH masih memberi
sedikit kesempatan untuk terus menulis walau hanya sekadarnya.
Sedar tak
sedar, sudah beberapa masa tidak mengupdate blog ini. Sentiasa ada
sesuatu yang ingin dikongsi. Namun, aturan Allah itu lebih indah dan mengatasi
segala yang kita rasa. Masa terus berlalu, bersama introspeksi diri sebagai
‘abd (hamba) ALLAH adakah sedaya upayanya kita telah berusaha untuk menjadi
yang terbaik. Selalu disibukkan dengan urusan dunia membuatkan semakin hari
semakin tenggelam dalam kegawatan masa. Itulah yang sering dikeluhkan oleh
sesetengah insan.
TAHUN 2013
Menjejak angka 2013, masa agak padat dengan pelbagai perancangan kuliah dan
peribadi serta untuk agama ini. Masih teragak-agak mengatur langkah. Namun
terus digagah walau payah. Apa yang mustahil di mata manusia namun sebaliknya
disisiNya. Praktikum 3 bulan sudah melepasi sempadan. Internship, dengan harapan muncul sebagai yang lebih baik. Azam masih dipasak.
Namun, perlu dipadu dengan usaha. Terus menerus mengatur langkah hingga
segalanya berjaya tanpa disangka. Satu kepuasan dengan usaha diri yang
serba kekurangan. Kajian Tindakan untuk tahun ini, memfokuskan berkaitan
dengung dan bukan dengung dalam bacaan al-Quran. Maka satu formula yang sangat
menarik (minat murid Anis) telah diilhamkan oleh Allah. Alhamdulillah, tiada
kepuasan yang dirasai melainkan kegembiraan melihat bacaan al-Quran mereka
bertambah baik dan feedback yang sangat positif daripada mereka. Allahu, ustazah rasa nak
peluk-peluk kamu semua! Terima kasih sebab memberi kerjasama kepada ustazah ye.
Antara bahan yang digunakan ketika kajian
AR yang telah siap dijilid
Kajian fiqh juga tidak kurang mencabar. Benar, Allah sentiasa memberikan apa yang kita perlu. Tajuk berkaitan fiqh kontemporari adalah takdir Allah untuk diri ini. Dengan izinNya juga, asbab kajian fiqh ini, maka dengan segala kudrat yang ada, drive laju-laju ke ibu negara dan library-library demi ilmu. (Alhamdulillah, memang rasa nak angkut library masuk bonet kereta :P ).
UJIAN ITU SENTIASA ADA
Disaat kemanisan telah menyerap masuk
ke dalam kehidupan, rasa masin dan masam masih lagi terus mencari ruang.
UjianNya, tatkala hanya dua hingga tiga hari (memang betul-betul 2 atau 3
hari!) Anis perlu menghantar kajian tindakan, Maha aturanNya, semua bahan
kajian hilang! Ya, 100% hilang. Alhamdulillah, dengan izinNya, Dia
menganugerahkan rasa setenang-tenangnya dalam diri ini. Setelah, hardisk didiagnosis oleh beberapa orang ‘doktor’
bahawa sememangnya tidak lagi dapat diselamatkan, hati terus sentap! Memang
menitis air mata ini. Saat itu, sememangnya memujuk diri. Langkah diatur
laju-laju. Serajin-rajinnya mengutip maklumat dari bahan-bahan hard-copy yang sebelum ini pernah telah disemak
oleh Dr. Alhamdulillah,
masih
tersisa, dan terus meminta ihsan Dr. untuk mengambil kembali proposal kajian
Anis yang lepas untuk ditaip balik. Allah maha menduga, saat kekalutan itu, satu
panggilan menjengah suasana. Diberitakan, tok wan masuk ICU dan tenat dengan
harapan 55%. Memang rasa sangat teruji. Namun, benarlah, ayat yang diulang baca
dan dihayati, “sesiapa yang tertaqwa kepada Allah, maka Allah akan jadikan
baginya jalan keluar.” Allah telah menyediakan jalan keluar yang terbaik bagi
episod ini. Terima Kasih ya ALLAH!
MY ROOMATE
Tidak terungkap dek kata. Untuk Ima, sungguh banyak kelemahan dan kecacatan sepanjang kita berkongsi. Ima, terima kasih kerana menerima baik dan buruk Anis. Sememangnya ALLAH maha mengaturkan segalanya bukan? Memori saat kita bergurau senda, segala-galanya tetap indah dikenang. Sengaja tidak mahu mengungkapkan selamat tinggal, kerna yakin adanya pertemuan yang diaturkanNya. Insya ALLAH. Ima, kerana Allah, ada rasa sayang di hati ini.
MY ROOMATE
Tidak terungkap dek kata. Untuk Ima, sungguh banyak kelemahan dan kecacatan sepanjang kita berkongsi. Ima, terima kasih kerana menerima baik dan buruk Anis. Sememangnya ALLAH maha mengaturkan segalanya bukan? Memori saat kita bergurau senda, segala-galanya tetap indah dikenang. Sengaja tidak mahu mengungkapkan selamat tinggal, kerna yakin adanya pertemuan yang diaturkanNya. Insya ALLAH. Ima, kerana Allah, ada rasa sayang di hati ini.
Disebalik redup matamu,
tersimpan satu rahsia,
yang terbuku diruang hatimu,
disebalik senyumanmu,
tersirat simpulan,
deritanya hanya kau yang tahu.
Kau setia menanti
Kau setia mengharungi
Biarpun ribut badai melanda
Kau teguh berdiri
Walau deras angin menderu
Kau tetap di sisi
Ku doakan agar kau kan bahagia
Ku doakan agar tiada lagi derita
Moga Tuhan kan merahmati mu
Kau setia mengharungi
Biarpun ribut badai melanda
Kau teguh berdiri
Walau deras angin menderu
Kau tetap di sisi
Ku doakan agar kau kan bahagia
Ku doakan agar tiada lagi derita
Moga Tuhan kan merahmati mu
Di syurga yang
selayaknya.
SAHABAT, I LOVE U
Sungguh, rasa menghampiri penghujung pertemuan secara fizikal
dengan sahabat-sahabat, lima tahun setengah di sini memang hampir saja tidak
terasa. Sekejap saja. Asyik-asyik Anis dan sahabat-sahabat bertanya, “Eh, betul
ke kita ni dah nak berpisah?” Allahu. Benar, secara adatnya dan aturan
takdirnya. Namun, perancanganNya kelak, masih lagi rahsia. Terlalu singkat jika
mahu diungkapkan dengan kata rasa di hati. Apa yang pasti deraian air mata
selaju-lajunya mengalir. Hatta, di Jabatan bersama pensyarah, air mata
kami masih mengalir laju, hingga rasa tersimpan di dada guru-guru kami,
terpancar keluar. Sebakmu guru, merah wajahmu guru, ungkapan kesedihanmu guru,
kami juga merasanya.
Benar, saat
demi saat terlalu pantas menyusur waktu, meninggalkan jejak-jejak semalam.
Barangkali ada calitan memori yang pahit pada suatu masa dahulu namun indah
tika dikenang. Yang indah lebih lagi membuahkan kerinduan. Saat perpisahan itu
bertandang, wajah kan sugul penuh kepayahan. Lafaz kan tenat kepayahan. Sesungguhnya
teman, diri ini mencintaimu, mengasihi dirimu seadanya. Air mata kita ini, air
mata perpisahan ini. sejernih embun di dedaun, bak mutiar berkilauan,
menyingkap rahsia keikhlasan yang terpendam. Setiap bait-bait doa yang
sahabat-sahabat lafazkan, moga menjadi kenyataan.
“Aku inginkan persahabatan indah ini, bisa mjadi
syafaat,di Mahkamah Mahsyar nanti, ketika semua umat manusia gusar mcari
plindungan, Allah menyeru 7 golongan, antaranya dua pemuda, yang saling bkasih
sayang KERANA ALLAH, begitu sabda junjungan.”
SAHABATKU
Dahulu... hatiku pernah berkata:
"Tuhan... Aku belum nampak akan kebaikan di sebalik
kepedihan ini dengan ilmuku yang terbatas. Tetapi aku yakin ya Allah, ilmu Mu
maha luas, pasti ada kebaikan yang masih terselindung di sebalik ujian ini.
Yang ketika ini tidak mampu aku fikirkan dan bayangkan..."
Alhamdulillah...alhamdulillah...hatiku mampu berkata, aku
bahagia! Ku
berdoa, biarlah kita bisa berpimpinan tangan... seiring sejalan ke syurga. Hanya ALLAH maha tahu betapa hati ini
Andai
ku simpul dan ku susun awan menjadi ayat-ayat dilembaran dada langit mbiru itu... bakal
sempurnakah ayatku nanti?
HADIAH DARIPADA ALLAH
Dicelah-celah kesibukan akhir tahun ini, tanpa disedari banyak
karya terhasil. Kajian tindakan, kajian fiqh dan Alhamdulillah, dengan lafaz bismillah, Anis ingin memperkenalkan karya kecil Anis bersama MUSTREAD SDN BHD, “Menjejak
Cinta Allah & Rasul.” Selain itu, bersama DBP kompilasi cerpen bersama
beberapa orang sahabat dan adik-adik IPG (belum lagi terbit). Alhamdulillah.
Sejujurnya, sepanjang praktikum 3 bulan dan internship Anis cuba dan
terus menerus memanfaatkan masa. Walaupun sangat kritikal. Alhamdulillah....
Dikesempatan ini, Anis ingin sekali melafazkan dedikasi khas untuk semua:
“Aku bersyukur kerna dikurniakan ibubapa sebaik mak
dan abah, aku gembira kerna dikurniakan kakak sebaikmu, aku selalu berbangga
dikurniakan abang setulus dirimu abe, aku selalu tersenyum bahagia kerana
melihat telatahmu Ain, Asyraf dan adik. Aku berterima kasih kepada yang Esa
kerna dipertemukan dengan guru-guru yang soleh dan solehah hingga aku semakin
terasa kedekatan bersamaMu. Aku memandang kembali sekelilingku, ada sahabat
yang senantiasa menerima baik dan burukku. Lalu aku bertanya dengan nikmat yang
sebegini hebat, apa lagi yang harus aku dustakan.
Di
celah-celah kesibukan tahun akhir sebelum aku benar-benar bergelar guru, aku
cuba merealisasikan impian yang terbuku. Tidak salah bermimpi seindah bulan,
kerna ada Allah merealisasikan, asal tidak lupa usaha diiring doa, ada semangat yang menyuntik
rasa. Dengan Allah sebagai saksiku, aku menaip kata demi kata, moga karya ini
menjadi bukti ketulusan cintaku, ya ALLAH, ikhlaskan hatiku. Aku dedikasikan
karya ini untuk dakwah kepadaMu.
Terima
Ya Allah, terima kasih mak dan abah, terima kasih Kakak, Abe, Ain, Asyraf,
Adik. Terima kasih guru-guruku, terima kasih sahabat-sahabatku dan terima kasih
kepada insan yang membuka jalan dalam memaknakan ilmu yang ada.
Bohot Syukria!
Semoga karya ini dapat membangkitkan iman.
Kembalikan semangat di Terminal Musafir ini.
Sesungguhnya ada Allah dan orang-orang beriman yang selalu
menemani di kala hati lelah.”
DaripadaMu kami datang,
kepadaMulah kami kembali. Wassalam.
26 November 2013,
11.35 p.m.