Bismillahirrahmanirrahim
Seseorang akan bersama siapa yang dia cintai. Itulah
pesan Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan dalam hadis al-Bukhari dan Muslim.
Cinta kepada Allah, kepada yang Maha Segalanya. Sentiasa berharap untuk bertemu
al-Khaliq. Inilah puncak kebahagiaan. Pertemuan denganNya adalah sebesar-besar
nikmat melebihi nikmat memasuki Syurga itu sendiri. Naungan cinta Allah inilah
yang melingkupi semua interaksi kita dengan semua makhluk, termasuk hubungan
dengan manusia. Berbagi rasa manisnya kenikmatan iman, dan mengajak mereka ke
jalan yang diredhaiNya. Cinta kepada ALLAH tentu saja, bukan hanya ungkapan
bibir,bukan sekadar janji tetapi ia harus dibaktikan sepanjang kehidupan dengan
menjadi setiap inci dalam apa jua dilakukan sebagai IBADAH.
Apa jua yang Anis kongsikan dalam karya Menjejak Cinta
ALLAH dan Rasul tidak lain, hanya berharap semoga dapat membangkitkan ‘rasa’
dan inspirasi di Terminal Musafir ini. Terminal Musafir ini merujuk kepada
kehidupan yang merupakan persinggahan dan sebuah perjalanan atau musafir
sebelum tiba di pintu kehidupan sebenar di sana.
RESPON PEMBACA
Sekadar berkongsi respon
beberapa orang pembaca yang Anis kumpulkan dari e-mel,twitter, facebook mengikut tulisan asal mereka ^-^
assalamualaikum
akak anis humaira.alhamdulillah sy dah abis baca menjejak cinta Allah DAN
RASUL..bnyak ilmu yg dpt saya pelajari sbg hamba allah yg lemah..alhamdulillah
kerana dpt baca buku ini..persoalan sy disini ,klau boleh kak anis share sdikit
sbnyak mcmmana nk cri idea yg mantap utk dijadikan sbuah buku mcm akak
buat..terima kasih
OREO CHIPS
Sebuah perjalanan musafir yang
menghadapi rintangan tidak terperi, Kisah berpaksikan tauhid sungguh luar biasa
terinspirasi,
Intipati yang padat berunsur
motivasi penuh muhasabah diri,
Pelengkap bicara yang sarat
dengan kata-kata hikmah sangat diyakini,
Kiasan gaya bahasa santapan
minda teruja tepat konotasi,
Mampat dengan kekuatan ilmu-nya
sememangnya luas ilmu ilahi,
Penyampaian yang santai tidak
membosankan malah mudah memahami,
diiklankan
dengan pengajaran dan renungan penambah seri,
Diilhamkan dengan sunnah
rasulullah semakin bervariasi,
Diselitkan dengan informasi yang
lengkap hebat tersaji,
sekalung
tahniah seikhlas kata anis humaira penulisannya tersendiri,
Buku pilihan terbaik berjaya
mencuit hati kami
Farah Deena Sazmel
Your book is
very interesting.. much better dan bnyk perkara yang saya tahu,,, bnyk jugak cerita2 yang menarik ,, besides the interesting story ,, I would know bnyk
kata2 semangat dan bnyk lagi... happy to read this book..
Nur
Ain Awatif
"Hasil
karya kak Anis Humaira.. Banyak input, kata2 hikmah, puisi2 yang terkesan di
hati.. Terima kasih kak Anis."
Nurul
Zakiyyah
Klik untuk besarkan |
...sebuah buku yang mengajak
pembaca untuk mendekatkan diri kepada ALLAH swt dan Rasulnya ..dengan catatan
inspirasi serta iktibar daripada kisah kisah masyhur islam dan diselit juga
pelan tindakan dan nota saranan yang tampak ringkas namun dapat memberi
keyakinan dan semangat kepada pembaca supaya menilai erti sebenar kehidupan
sementara ini..buku ini juga menawarkan konsep yang berlainan dengan buku buku
yang lain...
buku ini juga sangat santai dan ringkas dan
seolah olah bercerita kepada pembaca itu sendiri ..puisi-puisi dan kata kata hikmah
juga dapat membangun jiwa-jiwa yang lemah tatkala diri diuji ..
saya sangat tertarik dengan muka depan buku ini
yang sangat kreatif dan cantik..dan juga tajuk buku yang memberi inspirasi
untuk seorang pembaca untuk terus menjejaki cinta Allah dan rasul..harganya
yang agak berpatutan sesuai dengan isinya yang ringkas namun penuh dengan ilmu
ya ukht Anis
Humaira ..semoga terus isqamah dalam setiap tindakan dan bidang yang diceburi
...may ALLAH bless u ..mabruk
Nurulhusna
Abdullah
Bila baca-baca balik, macam testimoni barang-barang yang jual kat Facebook pun ada ^-^. Apa pun jua respon pembaca
di luar sana, apa yang penting adalah semoga buku ini memberikan manfaat kepada
kehidupan anda. Ilmu itu datangnya daripada ALLAH. Anis sangat gembira sekiranya buku ini telah mampu menberikan kesan yang positif kepada anda. Anis juga gembira apabila ada juga pembaca dari luar negara yang memberikan respon. Bagi pembaca yang ada meminta nasihat, Anis hanya
mampu menjawab mengikut kemampuan yang ada dan menjawab tidak tahu sekiranya
diluar pengetahuan diri ini.
‘Ala kulli hal, kehidupan
kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada
hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya
dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi. Mudah-mudahan kita
semua dijadikan Allah sebagai insan yang
ISTIQAMAH, tidak mudah tersasar. Semoga ALLAH memberikan kegembiraan, kenikmatan
berupa Syurga Firdaus.
Selamat meneruskan usaha
MENJEJAK CINTA ALLAH & RASUL dan doakan Anis istiqamah dan kuat untuk terus
menulis. Sekiranya anda ingin berkongsi respon ada, boleh terus komen dipos ini atau hantarkan e-mel kepada Anis (id_humaira@ymail.com) atau pm di Facebook (Anis Humaira). Semoga ALLAH membalas kebaikan anda semua ^-^
1 comment:
waalaikumsalam nana, alhamdulillah, terima kasih sudi singgah di teratak ini. Moga ALLAH permudahkan :) terima kasih atas sokongannya
Post a Comment