Bismillahirrahmanirrahim
Atas permintaan seorang ukht, Anis nak berkongsi sedikit tutorial untuk menghasilkan gambar yang diedit dengan kata-kata dan boleh digunakan sebagai poster dakwah seperti di bawah
1) Mula-mula pilih gambar yang anda suka. Insert > Picture
2) Adjust saiz gambar anda, nak besar ke kecil. Terpulang. Untuk tutorial ini Anis pilih saiz asal
3) Insert shape. Pilih mana-mana bentuk yang anda suka untuk letak kata-kata nanti.
4) Ketika anda masukkan shape, ia akan berwarna putih. Jadi tak berapa nak cantik kan?
5) Kemudian untuk jadikannya transparent, right click shape tersebut, click format shape > click fill > click solid fill> click transparency. Terpulang kepada citarasa masing-masing.
6) Baiklah, setelah itu click line colour. Sekiranya anda mahu shape anda berwarna, jadi pilihlah warna yang sesuai, sekiranya tidak mahu, maka click no fill.
7) Setelah itu, untuk jadikannya double seperti ini, cuma copy>paste dan resize kan biar saiznya lebih kecil dari shape yang pertama tadi.
8) Kemudian tibalah masa yang dinantikan, untuk masukkan kata-kata. Click wordArt ataupun click Text Box. Kemudian jadilah seperti gambar di bawah ini.
9) Untuk save gambar ini, senang sahaja, ada dua cara.
a) Cara pertama tekan shift+F5 dan printscreen (control+alt+PrtSc SysRq) dan paste kan ke dalam Paint. Kemudian akan ada border hitam di sebelah kanan dan kiri kan? Senang sahaja, cuma, select all dan letakkan cursor di atas gambar dan gerakkan. Dari situ, anda boleh gerakkan sahaja border yang saki baki tu. Kemudian save gambar tersebut mengikut format yang anda suka (png, jpeg, gif dll)
a) Cara kedua, tekan (control+ huruf A) dan paste kan ke dalam Paint.Kemudian akan ada border putih di sebelah kanan dan kiri kan? Senang sahaja, cuma, select all dan letakkan cursor di atas gambar dan gerakkan ke rapat ke tepi. Dari situ, anda boleh gerakkan sahaja border yang saki baki tu. Kemudian save gambar tersebut mengikut format yang anda suka (png, jpeg, gif dll)
DONE!
Selamat Mencuba
Fi Baiti Sakinah,
Jumaat,
24 Januari 2014,
6.56 p.m.
3 comments:
Subhanallah..terbaik la..^_^
powerpoint pun jadik.....
*thumb ups
Tahniah saudari. Memang kreatif dan cantik. Kadang-kadang alat yg mudah pun dah cukup asalkan ada kreativiti dan ilham. Saya pun bila nak melukis lukisan ringkas guna MS Paint atau edit dengan MS Word saja. Photoshop kompleks sangat. :)
Post a Comment