Saturday, February 4, 2017

No free Design!





Saya belajar sendiri design tanpa guru dan hanya menggunakan powerpoint untuk mereka bentuk pelbagai design sejak sekolah menengah.

Ramai orang menyangka saya menggunakan adobe photoshop. Tetapi tidak. Saya hanya memanfaatkan program asas yang di dalam laptop.

Saya mempunyai banyak kisah dalam mereka bentuk banner, bunting, kad kahwin, kad jemputan, resit, baju T dan sebagainya. Ada yang memberi bayaran, ada yang berjanji untuk membayar design kad kahwin tetapi setelah beranak pinak masih belum dilunaskan dan kebanyakan kisah saya mereha hanya mahukan design secara PERCUMA.

            Mentaliti segelintir orang memandang kerja design ini mudah dan mahukan ianya percuma. Hanya designer tahu apa yang mereka hadapi untuk menyiapkan satu design. Bermula dari saat mencari idea, pengorbanan masa dan sebagainya. Sekiranya anda hanya mahukan percuma dan percuma fikirkannya semula. Sekiranya designer memberikan designnya secara percuma sekurang-kurangnya dahulukanlah sedikit penghargaan terima kasih dan ia pasti amat bermakna bagi designer, bukannya kritikan menjatuhkan dan ketidakpuasan hati anda atas design tersebut. Walhal anda tidak membayar sesen pun. Belajarlah menghargai dan cubalah memahami kesusahan kerja dan hasil karya seseorang.


No comments: