(Nasyid)
طلع البدر علينا
من ثنيات الوداع
وجب الشكر علينا
ما دعا لله داع
بسم الله والحمدلله
! السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Terima Kasih Tuan Pengerusi Majlis. Yang dihormati barisan para hakim yang adil lagi
saksama, yang saya muliakan guru-guru, kawan-kawan dan para hadirin yang
dikasihi Allah sekalian.
Kepimpinan Rasulullah SAW,
dengarkanlah cerita
saya.
Kawan-kawan,
Suatu hari, baginda solat berjemaah dengan para sahabat. Terdengar
suatu bunyi sangat menganggu fikiran Umar al-Khattab yang berada di barisan
hadapan ketika itu.
Kruk…Kruk
Kruk… Kruk
Bunyi itu terus berulang setiap kali baginda menggerakkan tubuhnya.
Selesai solat, Umar terus bertanya kepada baginda.
“Apakah engkau sakit, ya Rasul?”
Rasulullah menjawab : “Tidak, Umar; Alhamdulilah aku sihat."
“Kami seperti mendengar seolah-olah sendi di
tubuhmu saling bergesekan. Kami yakin kalau engkau sedang dalam
keadaan sakit wahai Rasul."
Rasulullah tersenyum. Manis sekali. Baginda
kemudian mengangkat jubah sehingga bahagian perutnya terlihat dengan jelas. Alangkah
terkejutnya Umar dan para sahabat melihat perut baginda begitu kempis, dililiti
dengan kain yang berisi dengan batu kerikil. Ternyata baginda sedang menahan lapar!
ﭐﱡﭐ
“Dan sesungguhnya
kamu benar-benar mempunyai akhlak yang agung.”
(Al-Qalam: 4)
Eh, kawan-kawan masih ada lagi ke
pemimpin seperti Rasulullah pada hari ini?
Ada, negara kitakan mempunyai seorang Yang diPertuan Agong Sultan Muhammad V yang selalu solat
berjemaah bersama rakyat dan membantu rakyat yang kesusahan.
(Nasyid)
Orang kaya mati
Orang miskin mati
Raja-raja mati
Rakyat biasa mati
Semua pergi menghadap Ilahi
Dunia yang dicari
Tak ada yang berarti
Orang miskin mati
Raja-raja mati
Rakyat biasa mati
Semua pergi menghadap Ilahi
Dunia yang dicari
Tak ada yang berarti
Dunia yang dicari
Takkan di bawa mati
Masya Allah! Jom kita jadi pemimpin seperti
Rasulullah!
Kawan-kawan pernah dengar peperangan Zat
Al-Riqa’?
Kisahnya begini, seramai 70 orang pendakwah Islam telah pergi mengajar di
pedalaman. Tiba-tiba mereka telah diserang hendap dan dibunuh oleh Kabilah
Salim. Rasulullah sangat berdukacita dengan kejadian ini. Lantas baginda berdoa
qunut nazilah selama sebulan tanpa henti supaya Allah memusnahkan
kabilah salim.
(Petikan Doa Qunut
Nazilah)
Ya Allah hancurkan kumpulan mereka
Ya Allah pecahkan pakatan mereka
Ya Allah leburkan pendirian mereka
Ya Allah musnahkan langkah mereka
Ya Allah pecahkan pakatan mereka
Ya Allah leburkan pendirian mereka
Ya Allah musnahkan langkah mereka
Dalam perjalanan menuju ke medan perang, umat Islam hanya mempunyai seekor
unta. Baginda sanggup bergilir-gilir menunggang unta itu dengan para sahabat sehingga
kaki baginda dan para sahabat berlubang-lubang dan kuku jari kaki mereka
tercabut, lalu mereka membungkus kaki dengan reja-reja kain. Dengan pertolongan
daripada Allah, peperangan tidak sempat berlaku kerana Kabilah Salim bertempiaran
lari setelah Allah mencampakkan kegerunan dalam hati mereka.
ﭐ
“Sesungguhnya telah ada bagi kalian
pada diri Rasulullah itu tauladan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa
mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat dan banyak berzikir
kepada Allah.”
(Al-Ahzab: 21)
Tahu tak kisah kawan-kawan kita di Syria dan Rohingya? Setiap hari mereka
hidup dalam ketakutan. Mereka ditembak, dibakar hidup-hidup, dibom sehingga
terburai perut dan otak. Tetapi di manakah peranan pemimpin Islam pada hari
ini? Kawan-kawan janganlah kita berhenti berdoa untuk mereka di sana dan
berusahalah mencontohi Rasulullah sebagaimana pemimpin.
Kawan-kawan nak dengar kisah Rasulullah sebagai
pemimpin keluarga?
Rasulullah adalah
seorang suami, seorang ayah yang sentiasa membantu keluarganya.
Ibnu Hajar pernah berkata
bahawa Aisyah meriwayatkan katanya: “Baginda yang menjahit kainnya, menjahit
sepatunya, dan mengerjakan apa yang biasa dikerjakan lelaki di rumah mereka.”
(Hadis riwayat Ahmad Ibnu
Hibban).
Rasulullah juga sangat
marah kepada suami yang memukul isterinya. Sikap baik Rasulullah terhadap isteri ini
diakui sendiri oleh isteri baginda Aisyah yang meriwayatkan: “Rasulullah SAW tidak pernah sekalipun
memukul isteri dan pembantunya.” (Hadis riwayat Bukhari)
ﭐ
Sesungguhnya rahmat
Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.” (Al-A’raf: 56)
Semalam saya ada menonton berita, seorang suami sanggup memukul isterinya
di khalayak ramai. Ada juga suami yang tidak memberi nafkah kepada isteri. Astaghfirullahalazim...beginikah
yang diajar Rasulullah? Kita perlulah berusaha mencontohi Rasulullah sebagai
pemimpin keluarga.
(Seloka)
Anak-anak jalan
berpimpin,
Singgah membeli buah
nona,
Suami adalah
pemimpin,
Pasti ditanya Allah
di sana.
Rasa sayang…eh!
Kawan-kawan,
Rasulullah sentiasa
memimpin dirinya agar berlaku jujur sehingga dipercayai oleh kawan dan lawan. Ketika
berniaga, baginda sentiasa memberitahu dengan jujur harga modal sesuatu barang
yang dijual dan para pelanggan bebas membayar berapa harga yang mereka
kehendaki. Kerana itulah barang-barang Rasulullah paling laku dan terlajak
laris berbanding dengan peniaga lain.
Dan tiadalah Kami mengutus kamu,
melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam (Al-Anbiya’:107)
Lihatlah
kawan-kawan, sekarang ini, ramai pemimpin dilaporkan tidak jujur sehingga
berlaku pecah amanah dan rasuah secara berleluasa. Alangkah seronoknya
sekiranya semua pemimpin jujur seperti Rasulullah. Kawan-kawan, bersamalah mencontohi
Rasulullah dalam memimpin dirinya sendiri.
(Nasyid)
Tak terjangkau
tinggi pekertimu
Tidak tergambar
indahnya akhlakmu
Tidak terbalas
segala jasamu
Sesungguhnya Engkau
Rasul mulia.
Kisah Kepimpinan Rasulullah SAW!
Sekian.
وبالله التوفيق والهداية السلام عليكم ورحمة الله وبركاته!
Teks disediakan oleh
:
Ustazah Nurul Anis
SK Kidurong, Bintulu.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
#Perkongsian Teks Bercerita wakil SK Kidurong pada tahun 2017. Boleh komen di bawah sekiranya ingin copy, dan jangan lupa untuk kreditkan di atas nama saya. Terima Kasih Moga bermanfaat.
67 comments:
Assalamualaikum sis... kisah yang menarik dan mohon untuk di copy ye! tq sis =)
Moga bermanfaat
Assalamualaikum..mohon copy, syukran
Share ya
Mohon share ya
assalammualaikum.. boleh saya dapatkan email ustazah.. untuk minta bantuan menyemak text saya
Boleh hubungi melalui id_humaira@ymail.com atau terus ke FB saya, Nurul Anis Abu Bakar. Terima kasih 😊
Assalamualaikum sis... kisah yang menarik dan mohon untuk di copy ye! tq sis =)
salam...mohon copy yer...moga Allah merahmati sis sekeluarga
Assalamualaikum, minta izin copy ya.. Semoga Allah permudahkan segala urusan sis sekeluarga
asalamualikum ustazah izinkan saya untuk copy smoga allah membalas jasa ustazah
Assalam..mohon copy ye..semoge Allah membalas jasa ustazah
saya mohon copy yer..smg menjadi amal jariah kepada ustazah..aamiin..
saya mohon copy yer..smg menjadi amal jariah kepada ustazah..aamiin..
saya mohon copy yer..smg menjadi amal jariah kepada ustazah..aamiin..
saya mohon copy..smg menjadi amal jariah kepada ustazah
Mohon di copy ye ustazah
Assalamualaikum ustazah nurul anis. Terima kasih atas diatas kisah yang begitu menarik.. saya mohon copy ye.. terima kasih ye, semoga ustazah terus berjaya dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain
Assalamualaikum ustazah nurul anis
Assalamualaikum ustazah nurul anis, terima kasih atas kisah yang menarik. Saya mohon copy ye
Assalamualaikum ustazah nurul anis, terima kasih atas kisah yang menarik. Saya mohon copy ye
Assalamualaikum ustazah..terima kasih diatas kisah yang begitu menarik..saya mohon copy ye, ustazah..semoga Allah sentiasa merahmati ustazah
Assalamualaikum ustazah
Assalamualaikum ustazah
Assalamualaikum ustazah nurul anis
Assalamualaikum...mohon copy ya ustzh.. untuk ihtifal di daerah taiping..terima kasih..
NanaMarch 12, 2020 at 7:04 AM
Assalamualaikum ustazah nurul anis. Terima kasih atas diatas kisah yang begitu menarik.. saya mohon copy ye.. terima kasih ye, semoga ustazah terus berjaya dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain
Reply
Assalamualaikum ustazah. Izin share untuk digunakan dalam pertandingan sekolah saya ya. moga ustazah dimurahkan rezeki selalu :)
mohon copy ya.. terima kasih
asslam ustzah mohon copy teks ni yea..terima kasih
Assalamualaikum,izinkan saya juga utk copy ustazah...terima kasih
Assalamualaikum . menarik . mohon untuk copy. terima kasih
Assalamualaikum..tumpang copy ya ustazah
Minta izin copy ya
Assalamualaikum ustazah....mohon untuk copy ye..terima kasih
assalamualaikum ustazah...mohon copy dan share ya
mohon copy teks ya ustazah. moga ustazah dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan
assalamualaikum ustazah mohon copy teks bercerita nya ya. terima kasih ustazah semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.
Mohon copy teks ya ustazah. Terima kasih semoga dipermudahkan urusan
mohon copy ya, moga ALLAH rahmati sentiasa..
Assalamualaikum.. mohon copy teks ya ustazah. Semoga ustazah dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan..
Assalamualaikum.. mohon copy teks ya ustazah. Semoga ustazah dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan..
assalamualaikum..mohon copy teks ye sis..tq
Assalamualaikum... ustazah.... mohon keizinan utk guna teks ustazah😀
Assalamualaikum ustazah....mohon untuk copy ye..terima kasih
Assalamualaikum ustazah....mohon untuk copy ye..terima kasih
Assalamualaikum ustazah, mohon keizinan untuk guna teks ustazah sebagai panduan ya. Terima kasih
Assalamualaikum ustazah.. saya mohon copy ya
ASSALAMU'ALAIKUM USTAZAH..ALHAMDULILLAH KISAH YANG MENARIK..MINTA IZIN UNTUK COPY YE.
Assalamualaikum sis.. mohon copy yea..
Asalammualaikum ustazah,izinkan saya share ye
Mohon izin utk share ye ustazah
Assalamualaikum Ustazah, saya mohon izin untu gunakan teks cerita ustazah ya, terima kasih
Assalamualaikum, Ustazah mohon copy ya, kisah yg menarik.. terima kasih
assalamualaikum. mohon copy ya ustazah. jazakillah
Assalamualaikum ustazah, saya mohon copy ya teks bercerita ini. Terima kasih
Assalamualaikum ustazah, saya mohon copy ya. Semoga perkongsian kisah ini memberi manfaat
Assalamualaikum. Menarik teks ni. Saya mohon izin copy teks ini ya.. nak beri anak saya cuba masuk pertandingan bercerita.. terima kasih banyak2..
amat menarik kisah ni. saya ambil sebagai rujukan ya ustazah anis. terima kasih
Assalamualaikum. teks yang menarik. saya minta izin copy. Semoga pahala berpanjangan
Assalamualaikum, saya mohon copy ya ustazah. Terima kasih 🌷
Assalamualaikum ustazah..mohon copy dan guna ye...syukran ustszah
Asslmualaikum ustzh.. mohon copy ye.. terima kasih
saya mohon untuk copy ye, sebagai latihan anak2 murid
Assalamua'laikum.. Mohon share ya usz. Syukran
mohon copy sebagai rujukan. terima kasih
Assalammualaikum Ustaz@Ustazah
Saya mohon copy dan guna ye.. Terima Kasih banyak2.. ❤️
Post a Comment