Saturday, March 31, 2018

TEKS BERCERITA KISAH AL-QURAN MTQ 2017: KISAH KEPIMPINAN RASULULLAH SAW



(Nasyid)
طلع البدر علينا
من ثنيات الوداع
وجب الشكر علينا
ما دعا لله داع
بسم الله والحمدلله ! السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Terima Kasih Tuan Pengerusi Majlis. Yang dihormati barisan para hakim yang adil lagi saksama, yang saya muliakan guru-guru, kawan-kawan dan para hadirin yang dikasihi Allah sekalian.

Kepimpinan Rasulullah SAW, dengarkanlah cerita saya.

Kawan-kawan,

Suatu hari, baginda solat berjemaah dengan para sahabat. Terdengar suatu bunyi sangat menganggu fikiran Umar al-Khattab yang berada di barisan hadapan ketika itu.
Kruk…Kruk
Kruk… Kruk
Bunyi itu terus berulang setiap kali baginda menggerakkan tubuhnya. Selesai solat, Umar terus bertanya kepada baginda.
“Apakah engkau sakit, ya Rasul?”
Rasulullah menjawab : “Tidak, Umar; Alhamdulilah aku sihat."
“Kami seperti mendengar seolah-olah sendi di tubuhmu saling bergesekan. Kami  yakin  kalau engkau sedang dalam keadaan sakit wahai Rasul."

Rasulullah tersenyum. Manis sekali. Baginda kemudian mengangkat jubah sehingga bahagian perutnya terlihat dengan jelas. Alangkah terkejutnya Umar dan para sahabat melihat perut baginda begitu kempis, dililiti dengan kain yang berisi dengan batu kerikil. Ternyata baginda sedang menahan lapar!
ﭐﱡﭐ 

 


  “Dan sesungguhnya kamu benar-benar mempunyai akhlak yang agung.” 
(Al-Qalam: 4)        
      
Eh,  kawan-kawan masih ada lagi ke pemimpin seperti Rasulullah pada hari ini?

Ada, negara kitakan mempunyai seorang Yang diPertuan Agong Sultan Muhammad V yang selalu solat berjemaah bersama rakyat dan membantu rakyat yang kesusahan.

(Nasyid)
Orang kaya mati
Orang miskin mati
Raja-raja mati
Rakyat biasa mati
Semua pergi menghadap Ilahi
Dunia yang dicari
Tak ada yang berarti
Dunia yang dicari
Takkan di bawa mati

 Masya Allah! Jom kita jadi pemimpin seperti Rasulullah!

Kawan-kawan pernah dengar peperangan Zat Al-Riqa’?

Kisahnya begini, seramai 70 orang pendakwah Islam telah pergi mengajar di pedalaman. Tiba-tiba mereka telah diserang hendap dan dibunuh oleh Kabilah Salim. Rasulullah sangat berdukacita dengan kejadian ini. Lantas baginda berdoa qunut nazilah selama sebulan tanpa henti supaya Allah memusnahkan kabilah salim.

(Petikan Doa Qunut Nazilah)
Ya Allah hancurkan kumpulan mereka
Ya Allah pecahkan pakatan mereka
Ya Allah leburkan pendirian mereka
Ya Allah musnahkan langkah mereka

Dalam perjalanan menuju ke medan perang, umat Islam hanya mempunyai seekor unta. Baginda sanggup bergilir-gilir menunggang unta itu dengan para sahabat sehingga kaki baginda dan para sahabat berlubang-lubang dan kuku jari kaki mereka tercabut, lalu mereka membungkus kaki dengan reja-reja kain. Dengan pertolongan daripada Allah, peperangan tidak sempat berlaku kerana Kabilah Salim bertempiaran lari setelah Allah mencampakkan kegerunan dalam hati mereka.

  Sesungguhnya telah ada bagi kalian pada diri Rasulullah itu tauladan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik hari akhirat dan banyak berzikir kepada Allah.
(Al-Ahzab: 21)

Tahu tak kisah kawan-kawan kita di Syria dan Rohingya? Setiap hari mereka hidup dalam ketakutan. Mereka ditembak, dibakar hidup-hidup, dibom sehingga terburai perut dan otak. Tetapi di manakah peranan pemimpin Islam pada hari ini? Kawan-kawan janganlah kita berhenti berdoa untuk mereka di sana dan berusahalah mencontohi Rasulullah sebagaimana pemimpin.

Kawan-kawan nak dengar kisah Rasulullah sebagai pemimpin keluarga?

Rasulullah adalah seorang suami, seorang ayah yang sentiasa membantu keluarganya.

Ibnu Hajar pernah berkata bahawa Aisyah meriwayatkan katanya: “Baginda yang menjahit kainnya, menjahit sepatunya, dan mengerjakan apa yang biasa dikerjakan lelaki di rumah mereka.”
(Hadis riwayat Ahmad Ibnu Hibban).

Rasulullah juga sangat marah kepada suami yang memukul isterinya. Sikap baik Rasulullah terhadap isteri ini diakui sendiri oleh isteri baginda Aisyah   yang meriwayatkan: “Rasulullah SAW tidak pernah sekalipun memukul isteri dan pembantunya.” (Hadis riwayat Bukhari)
 ﭐ
 Sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik.”                                                                                 (Al-A’raf: 56)

Semalam saya ada menonton berita, seorang suami sanggup memukul isterinya di khalayak ramai. Ada juga suami yang tidak memberi nafkah kepada isteri. Astaghfirullahalazim...beginikah yang diajar Rasulullah? Kita perlulah berusaha mencontohi Rasulullah sebagai pemimpin keluarga.
(Seloka)
Anak-anak jalan berpimpin,
Singgah membeli buah nona,
Suami adalah pemimpin,
Pasti ditanya Allah di sana.
Rasa sayang…eh!
Kawan-kawan,
Rasulullah sentiasa memimpin dirinya agar berlaku jujur sehingga dipercayai oleh kawan dan lawan. Ketika berniaga, baginda sentiasa memberitahu dengan jujur harga modal sesuatu barang yang dijual dan para pelanggan bebas membayar berapa harga yang mereka kehendaki. Kerana itulah barang-barang Rasulullah paling laku dan terlajak laris berbanding dengan peniaga lain. 
Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam  (Al-Anbiya’:107) 

Lihatlah kawan-kawan, sekarang ini, ramai pemimpin dilaporkan tidak jujur sehingga berlaku pecah amanah dan rasuah secara berleluasa. Alangkah seronoknya sekiranya semua pemimpin jujur seperti Rasulullah. Kawan-kawan, bersamalah mencontohi Rasulullah dalam memimpin dirinya sendiri.

(Nasyid)
Tak terjangkau tinggi pekertimu
Tidak tergambar indahnya akhlakmu
Tidak terbalas segala jasamu
Sesungguhnya Engkau Rasul mulia.

Kisah Kepimpinan Rasulullah SAW!

Sekian.

وبالله التوفيق والهداية السلام عليكم ورحمة الله وبركاته!

Teks disediakan oleh :
Ustazah Nurul Anis
SK Kidurong, Bintulu.
------------------------------------------------------------------------------------------------------
#Perkongsian Teks Bercerita wakil SK Kidurong pada tahun 2017. Boleh komen di bawah sekiranya ingin copy, dan jangan lupa untuk kreditkan di atas nama saya. Terima Kasih Moga bermanfaat.

67 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum sis... kisah yang menarik dan mohon untuk di copy ye! tq sis =)

Anis said...

Moga bermanfaat

Unknown said...

Assalamualaikum..mohon copy, syukran

jun said...

Share ya

Unknown said...

Mohon share ya

fatin izzati syazwani said...

assalammualaikum.. boleh saya dapatkan email ustazah.. untuk minta bantuan menyemak text saya

Anis said...

Boleh hubungi melalui id_humaira@ymail.com atau terus ke FB saya, Nurul Anis Abu Bakar. Terima kasih 😊

MIRMO 고양이 goh-yang-ee said...

Assalamualaikum sis... kisah yang menarik dan mohon untuk di copy ye! tq sis =)

Anonymous said...

salam...mohon copy yer...moga Allah merahmati sis sekeluarga

Unknown said...

Assalamualaikum, minta izin copy ya.. Semoga Allah permudahkan segala urusan sis sekeluarga

Unknown said...

asalamualikum ustazah izinkan saya untuk copy smoga allah membalas jasa ustazah

Anonymous said...

Assalam..mohon copy ye..semoge Allah membalas jasa ustazah

kak yong said...

saya mohon copy yer..smg menjadi amal jariah kepada ustazah..aamiin..


kak yong said...

saya mohon copy yer..smg menjadi amal jariah kepada ustazah..aamiin..


kak yong said...

saya mohon copy yer..smg menjadi amal jariah kepada ustazah..aamiin..


kak yong said...

saya mohon copy..smg menjadi amal jariah kepada ustazah

Unknown said...

Mohon di copy ye ustazah

Nana said...

Assalamualaikum ustazah nurul anis. Terima kasih atas diatas kisah yang begitu menarik.. saya mohon copy ye.. terima kasih ye, semoga ustazah terus berjaya dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain

Nana said...

Assalamualaikum ustazah nurul anis

Nana said...

Assalamualaikum ustazah nurul anis, terima kasih atas kisah yang menarik. Saya mohon copy ye

Nana said...

Assalamualaikum ustazah nurul anis, terima kasih atas kisah yang menarik. Saya mohon copy ye

Nana said...

Assalamualaikum ustazah..terima kasih diatas kisah yang begitu menarik..saya mohon copy ye, ustazah..semoga Allah sentiasa merahmati ustazah

Nana said...

Assalamualaikum ustazah

Unknown said...

Assalamualaikum ustazah

Unknown said...

Assalamualaikum ustazah nurul anis

Naim said...

Assalamualaikum...mohon copy ya ustzh.. untuk ihtifal di daerah taiping..terima kasih..

Unknown said...

NanaMarch 12, 2020 at 7:04 AM
Assalamualaikum ustazah nurul anis. Terima kasih atas diatas kisah yang begitu menarik.. saya mohon copy ye.. terima kasih ye, semoga ustazah terus berjaya dan sentiasa memberi manfaat kepada orang lain

Reply

Anonymous said...

Assalamualaikum ustazah. Izin share untuk digunakan dalam pertandingan sekolah saya ya. moga ustazah dimurahkan rezeki selalu :)

Anonymous said...

mohon copy ya.. terima kasih

Unknown said...

asslam ustzah mohon copy teks ni yea..terima kasih

Anonymous said...

Assalamualaikum,izinkan saya juga utk copy ustazah...terima kasih

Anonymous said...

Assalamualaikum . menarik . mohon untuk copy. terima kasih

Unknown said...

Assalamualaikum..tumpang copy ya ustazah

Unknown said...

Minta izin copy ya

Anonymous said...

Assalamualaikum ustazah....mohon untuk copy ye..terima kasih

Anonymous said...

assalamualaikum ustazah...mohon copy dan share ya

Unknown said...

mohon copy teks ya ustazah. moga ustazah dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan

pu3shazira said...

assalamualaikum ustazah mohon copy teks bercerita nya ya. terima kasih ustazah semoga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan.

pu3shazira said...

Mohon copy teks ya ustazah. Terima kasih semoga dipermudahkan urusan

arif said...

mohon copy ya, moga ALLAH rahmati sentiasa..

Some1 said...

Assalamualaikum.. mohon copy teks ya ustazah. Semoga ustazah dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan..

Some1 said...

Assalamualaikum.. mohon copy teks ya ustazah. Semoga ustazah dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan..

Unknown said...

assalamualaikum..mohon copy teks ye sis..tq

Unknown said...

Assalamualaikum... ustazah.... mohon keizinan utk guna teks ustazah😀

Unknown said...

Assalamualaikum ustazah....mohon untuk copy ye..terima kasih

Unknown said...

Assalamualaikum ustazah....mohon untuk copy ye..terima kasih

Anonymous said...

Assalamualaikum ustazah, mohon keizinan untuk guna teks ustazah sebagai panduan ya. Terima kasih

Wafiqah said...

Assalamualaikum ustazah.. saya mohon copy ya

nasrun said...

ASSALAMU'ALAIKUM USTAZAH..ALHAMDULILLAH KISAH YANG MENARIK..MINTA IZIN UNTUK COPY YE.

Anonymous said...

Assalamualaikum sis.. mohon copy yea..

Anonymous said...

Asalammualaikum ustazah,izinkan saya share ye

Anonymous said...

Mohon izin utk share ye ustazah

Anonymous said...

Assalamualaikum Ustazah, saya mohon izin untu gunakan teks cerita ustazah ya, terima kasih

Anonymous said...

Assalamualaikum, Ustazah mohon copy ya, kisah yg menarik.. terima kasih

Anonymous said...

assalamualaikum. mohon copy ya ustazah. jazakillah

Farahaniyusoff said...

Assalamualaikum ustazah, saya mohon copy ya teks bercerita ini. Terima kasih

Anonymous said...

Assalamualaikum ustazah, saya mohon copy ya. Semoga perkongsian kisah ini memberi manfaat

me, myself & i said...

Assalamualaikum. Menarik teks ni. Saya mohon izin copy teks ini ya.. nak beri anak saya cuba masuk pertandingan bercerita.. terima kasih banyak2..

kai said...

amat menarik kisah ni. saya ambil sebagai rujukan ya ustazah anis. terima kasih

Edy said...

Assalamualaikum. teks yang menarik. saya minta izin copy. Semoga pahala berpanjangan

Anonymous said...

Assalamualaikum, saya mohon copy ya ustazah. Terima kasih 🌷

Anonymous said...

Assalamualaikum ustazah..mohon copy dan guna ye...syukran ustszah

Anonymous said...

Asslmualaikum ustzh.. mohon copy ye.. terima kasih

Anonymous said...

saya mohon untuk copy ye, sebagai latihan anak2 murid

Anonymous said...

Assalamua'laikum.. Mohon share ya usz. Syukran

Anonymous said...

mohon copy sebagai rujukan. terima kasih

Anonymous said...

Assalammualaikum Ustaz@Ustazah
Saya mohon copy dan guna ye.. Terima Kasih banyak2.. ❤️